CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~

 Close [Copy link]
 Author| Post time 19-8-2010 10:00 AM | Show all posts
Aku bersiap di depan cermin.  Siap berdandan.  Dah janji dengan Marshila nak jumpa di KLCC.  Tengok jam di dinding, oh, banyak masa lagi.  Kembali melihat cermin.  Kemudian betulkan sedikit tudung yang tersenget.  Okey...done !!

Aku capai sling bag yang aku bawa pergi kerja setiap hari.  Baru saja nak keluar dari bilik, terlanggar dengan Naim. Ouchhh...

"Sorry, aku tak sengaja",

Dia pandang aku atas bawah.  Aku nampak pelik ke?

"Nak ke mana?"

"Oh...ingat nak tanya apa tadi.  Aku nak jumpa Marshila.  Kat KLCC. Oh ye, ada sikit mihun goreng atas meja.  Bye..",

Cepat-cepat aku capai kasut di rak.  Tapi tak secepat Naim yang berdiri menghalang pintu rumah.  Aku ke kiri, dia ikut ke kiri.  AKu ke kanan, dia ikut pulak ke kanan.  Ishhh...

"Tepi lah..aku nak cepat ni.  Jauh tau nak jalan kaki amik tren..", saja aku buat muka kesian.

"Saya hantar?",

"Tak payah, kau kata kau banyak kerja. Aku tak nak kacau..", aku saja cipta alasan.

Aku berundur setapak ke belakang bila dia datang dekat.  Mula lah tu...aku pejamkan mata rapat-rapat bila terasa bibir Naim dah mencecah ke dahi aku.  Kemudian melarat ke pipi, terus ke hidung dan akhirnya landing baik punya kat bibir aku yang agak mongel ni, Naim yang cakap masa kami baru diijabkabul.  Sebab masa tu dia curi-curi cium.  Sesaat...dua saat...dan wajah Fazdwan kembali menjelma.

"Ahhh!!! tepilah....", terdorong Naim ke tepi dinding bila aku tolak dia kasar.  Kenapa mesti Fazdwan??  Terduduk aku di situ.

Dah puas aku buang wajah itu, tapi dia tetap muncul.   Biar perkara malang tu dah berbulan lamanya, ia tetap menghantui aku.  

Naim peluk aku erat.  

"Dian Juwita...sampai bila..?", sambil sapu air mata aku.  Geleng kepala.  Memang aku tak tahu sampai bila...

Naim Najman yang baik hati, Naim Najman yang romantik, Naim Najman yang sentiasa ada di sisi...mengenangkan itu membuatkan aku menangis teresak-esak.

"Hello Shila, Ju tak sihat, lah.  Date korang cancel..", dia letak semula handphonenya di dalam poket seluar.

"Kita duduk rumah hari ini,  boleh saya cium awak puas-puas..", tangan aku capai pehanya.  Mengaduh dia kesakitan.  Tapi lepas tu, dia angkat aku bawa masuk ke bilik.  Dia buka tudungku perlahan.  Kemudian dia selimutkan aku dengan comforter.

"Nak Blue Bear-Bear tak?", dia tanya aku sambil memegang Blue Bear-Bear yang dah separuh lembik.

Aku senyum, mengangguk.  Dia letakkan Blue Bear-Bear di dada aku.  Baru rasa selesa.  Dan seperti biasa, dia tetap mencium aku.  Lepas tu dia keluar.  Aku pandang jam di tangan, oh waktu dia di bilik bacaan sekarang ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2010 10:12 AM | Show all posts
ariellin, best.....dah habis ke??
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 10:14 AM | Show all posts
Kesian gak kat naim tu......
jadi suami yg sabar mendpt haknya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 10:24 AM | Show all posts
nak lagikkkkkkk, go naim go!! kejap gi ok lah tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 11:03 AM | Show all posts
lamanya..dian trauma.. cian naim..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2010 11:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 19-8-2010 10:29

"Ju, ada orang nak jumpa U. Lelaki.  Dia tunggu di cafe", Miss Wong, akauntan kat kilang tempat aku kerja ni, bagitahu masa aku sibuk buat potostat segala mak nenek buku.

"Siapa?  Naim ke?", aku tanya dia.  Masih berdiri di hadapan mesin potostat.

"Kalau U punya suami yang handsome dan gagah perkasa tu, of course I kenal. Tapi yang ni segak jugak..", dia senyum.

"U sudah kawin pun, banyak laku ma..", ishh..amoi sorang ni.  Mengarut sungguh.

"I ke cafe sekejab..", walau dalam hati ni dah mula main teka-teki, namun aku tetap atur langkah kaki ke cafe.  Mungkin Abang Long..

Cashier perempuan yang seksi dekat kaunter tu senyum bila dia nampak aku melangkah masuk ke cafe.  Ada beberapa orang executive yang sedang menikmati breakfast.

Pandangan mata jatuh pada susuk tubuh yang tunduk membaca paper di meja yang terletak di sudut paling hujung. Dia agaknya sebab tak pernah nampak pun kat kilang ni.

Aku datang dekat.  Ya Allah....

Otak mula mengimbas malam durjana itu.  Segalanya bagai kan rakaman semula.  Aku benci kau, sial !!!

Pang !! tangan singgah di pipinya sebelum sempat dia membuka mulut.  

"Ju!! Ju !! maafkan saya !! Ju !!......", dia berlari mendapatkan aku.  

Aku cuma ada rasa marah.  Rasa meluat.  Rasa jijik.  Sebesar zarah pun, dia tak kasihan aku. Ha, yang ada kat cafe ni tengok wayang free arini.  

"Ju !!! Saya mintak maaf, Ju !! listen to me !! Ju....", jerit lah sekuat mana pun Fazdwan, aku anggap kau tak pernah singgah dalam hati aku.  

"Ju !! I beg u, Ju !!!..", pergi mampus dengan kau, Fazdwan !!

Tanganku direntap kasar.  

"Sakitlah !!..", dia bercekak pinggang.  Nafasnya turun naik.  

"Ju, dengar saya cakap.  Saya cintakan awak...",

"Pergi jahanam dengan kau punya cinta !!  Jantan tak tahu malu !!", aku tinggalkan dia ! hati aku ni dah berkecai-kecai.  Jatuh berderai.  Lukanya dalam sekali.  kau buat aku macam sampah ! Kau pijak-pijak maruah aku !! Bodoh !!

"Ju, saya tau awak masih cintakan saya...!! damn !!", aku takkan menoleh masa silam kita, Fazdwan.  Semuanya aku dah buang jauh-jauh !!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2010 11:46 AM | Show all posts
Eeh........ Fazwan xkena apa2 tindakan ke?
kan ari tu dah lapor polis.
Atau dia dah bebas
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 11:51 AM | Show all posts
Eeh........ Fazwan xkena apa2 tindakan ke?
kan ari tu dah lapor polis.
Atau dia dah bebas
uda08_za Post at 19-8-2010 11:46
patutnya 5 tahun makan free dalam jel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2010 11:59 AM | Show all posts
aaiikk mai blk dah si saiko fadzwan tu....
adoiiyaaiii dian pasni kne hati2 lah takut diculiknyer plak bini si naim tu
org saiko ni mcm2 leh wat huhuhu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2010 12:02 PM | Show all posts
Eeh........ Fazwan xkena apa2 tindakan ke?
kan ari tu dah lapor polis.
Atau dia dah bebas
uda08_za Post at 19-8-2010 10:46



berita selanjutnya di next n3
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 12:04 PM | Show all posts
mak aih..idup lagi si fadzwan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 12:12 PM | Show all posts
berani lg c fadzwan g cari ju.. xtakut naim dtg belasah lg ke??
xkena tangkap eh dia???
meh nak bg 2-3 das...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 12:39 PM | Show all posts
Reply 450# ariellin


  OK Uda sabar menanti, terungkai segala
  persoalan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 12:45 PM | Show all posts
Reply 448# cmf_blingblings


bling makan free sedap le dia tp
kalau mcm cikgu disiplin rotan
baru dia sedar dan insaf kot.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 01:10 PM | Show all posts
wah akhirnya NAIM NAJMAN dapat DIAN JUWITA....
tp sian NAIM, JU trauma...
tp NAIM masih romantik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2010 01:38 PM | Show all posts
Marshila menghirup milo panas dengan perlahan.  Bunyi bising di KLCC kami tak hiraukan.

"Wei..apsal? Tadi kau yang beria-ia nak jumpa aku sampai tak menyempat-nyempat.  Kau ada masalah dengan tengkujuh ke?",

Aku pandang dia.  Nafas ku lepas perlahan.  Kepala serabut sebenarnya.  Tadi aku mintak half day dengan Mr Jimmy, manager kat kilang.  

"Ju, kenapa ni?", dia pegang tangan aku.

"Wan..", bulat matanya tatkala mendengar nama itu disebut oleh aku.  

"Kenapa?  Dia datang jumpa kau?  Dia nak apa lagi?",

"Ishhh, menyembur ler.  Cuba tanya slow-slow", dia mencebik.  Ketawa aku tengok reaksi muka Marshila.  Sedikit terhibur.

"Wei..cerita lah, jantan tu nak apa?", bunyi dah hilang sabar namun masih Marshila sempat lagi menyumbat mulutnya dengan burger McD kegemaran dia.

"Dia datang mintak maaf.  Dia ingat senang-senang aku nak maafkan dia", suara ku tahan-tahan walaupun suhu badan aku ni dah tahap menggelegak kepanasan.  Kalau ikutkan hati, aku sumbat aje dia tu dalam penjara.  Confirm gemuk dia meringkuk dalam tu sebab makan ditanggung.  

"Tu lah, dulu lagi kitorang dah suruh buat repot, tapi laki kesayangan kau tu tak mau..tengok sekarang, dia dah muncul..time for revenge..", sambil jari-jemarinya digerak-gerakkan ke mata aku.

"Kau ni kan...aku serius lah..", aku minum milo panas Marshila.  Sedap jugak milo McD ni.

"Betul lah..tapi kau tak rasa pelik ke, kenapa Naim tak nak buat police repot?  Something weird lah, Ju..", dia dah mula berangan nak jadi macam Detektif Conan.  

Kalau ikut logik akal, memang aku pelik.  Pelik sebab Naim tak nak buat police repot.  Mula-mula, dia yang ajak aku buat police repot.  Lepas tu, sampai aje dekat pintu pagar balai polis, dia  u-turn.    Tapi sebab masa tu aku ni tengah dalam keadaan senoneng atau dalam erti kata lain, aku kurang waras, jadi aku pun berat mulut nak tanya.  Dan lepas dia kena marah dengan Pak Engku kenapa tak buat repot, Naim cakap nak jaga nama baik dan maruah kedua-dua keluarga.  Dan dia cakap dia boleh handle si durjana tu.  Dan aku pun dah tak ingat untuk bangkitkan tentang isu tu semula tapi bila Fazdwan muncul balik dalam hidup aku, perasaan pelik macam yang Marshila cakap tadi datang balik.  

"Ju, handphone kau bunyi tu",  hah!

Aku capai handphone.  Tertera di skrin "TENGKUJUH"..

"Salam...Dengan Shila....KLCC...McD...naik tren jek...tak payah..", aku terus off handphone.  

"Kau kenapa?", pelik betul aku dengan reaksi Marshila sekarang ni.  Tak pernah nampak orang bercakap kat handphone ke?

"Kau tak boleh terima dia ke?  Kalau lah aku....", dah mula dah...

"Kalau apa? Kau kawin je dengan Abang Long.  Kita berbiras, nak?", tiba-tiba datang idea bodoh entah dari planet mana.  Tak leh bayangkan aku berbiras dengan Marshila.  Harus lah dua puluh empat jam nak mengadap muka dia.  Eee...tak kuasa aku!!

"Tak nak lah!  Abang Long kau tu, dua puluh empat jam dengan spek mata hitam dia.  Tak rimas ke?", dia gelengkan kepala.  

"Ha ha ha, gila lah kau ni Shila.  Okey, aku balik dulu.  Naim dah on the way balik rumah", aku peluk dia erat.  

"Jangan lupa, kirim salam dekat mama papa.  Tengok lah kalau ada masa, aku ke sana", dan kami berpisah menuju ke destinasi masing-masing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2010 02:07 PM | Show all posts
???bior betul
xnak repot sbb jga nama baik keluarga?
musykil
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 02:57 PM | Show all posts
mesti ada sbb nape naim xnak report polis... pas2 tetiba aje si fadzwan muncul mcm pelik aje.. airell next2 n3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2010 03:14 PM | Show all posts
mesti ada sbb nape naim xnak report polis... pas2 tetiba aje si fadzwan muncul mcm pelik aje.. airel ...
asnita Post at 19-8-2010 13:57



  n3 jab g ye...kalu idea mari....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2010 03:15 PM | Show all posts
???bior betul
xnak repot sbb jga nama baik keluarga?
musykil
uda08_za Post at 19-8-2010 13:07


uda ..aku pun muskil sama  kang aku skoden ek...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.074033 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list