CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
Post time 24-1-2022 12:44 PM | Show all posts
1. Fauziah Latiff
Antara lagu-lagu Fauziah Latiff yang saya suka ialah Kau Merubah Segalanya, Teratai Layu Di Tasik Madu dan Setia Kukorbankan.

2. Fauziah Nawi
Tidak dinafikan Fauziah Nawi merupakan seorang pelakon hebat yang dapat menjiwai semua watak yang diberikan kepadanya.

3. Fauziah Ahmad Daud
Salah seorang artis yang selalu terpalit dengan kontroversi tentunya Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali dengan nama Ogy.

4. Fara Fauzana
Kerjaya Farah Fauzana adalah sebagai seorang penyampai radio sebelum menceburkan diri dalam bidang lakonan.

5. Faizal Tahir
Saya lebih menggemari lagu-lagu Anuar Zain daripada Faizal Tahir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 12:59 PM | Show all posts
1) Fauziah Latiff
Fauziah Latiff adalah antara salah seorang artis yang sudah menunaikan ibadah haji.

2) Fauziah Nawi
Fauziah Nawi adalah antara pelakon veteran yang masih lagi  aktif berlakon.

3) Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud merupakan seorang pelakon berbakat wanita di Malaysia.

4) Fara Fauzana
Fara Fauzana masih lagi menjadi penyampai radio Hot FM sehingga kini.

5) Faizal Tahir
Faizal Tahir adalah seorang penyanyi dan komposer terkenal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:22 PM | Show all posts
1) Fauziah Latiff
Nama sebenar artis jelita Fauziah Latiff ialah Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff

2) Fauziah Nawi
Pelakon Fauziah Nawi pernah berkhidmat sebagai tenaga pengajar Akademi Fantasia Musim 4

3) Fauziah Ahmad Daud
Pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud merupakan anak kepada biduan Dato' Ahmad Daud dan primadona filem Melayu, seniwati Datin Saadiah

4) Fara Fauzana
Fara Fauzana kembali ke dunia penyiaran setelah 5 tahun meninggalkan konti radio HOT FM.

5) Faizal Tahir
Aku Tanpa CintaMu merupakan lagu yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir bersama kumpulan Mirwana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 04:52 PM | Show all posts
1) Fauziah Latiff
FAUZIAH LATIFF pernah berkahwin dengan Syed Budriz yang merupakan kerabat diraja Selangor.

2) Fauziah Nawi
Rupa ibu saya seiras dengan rupa pelakon drama FAUZIAH NAWI

3) Fauziah Ahmad Daud
FAUZIAH AHMAD DAUD pernah bergelar primadona filem melayu suatu ketika dulu.

4) Fara Fauzana
FARA FAUZANA mengambil keputusan untuk membatalkan Majlis perkahwinannya di saat akhir atas sebab peribadi.

5) Faizal Tahir
FAIZAL TAHIR antara penyanyi yang mempunyai vokal yang sedap pada pendengaran saya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts

1) Fauziah Latiff
Fauziah Latiff pernah menjadi juri program realiti nyanyian, Akademi Fantasia.

2) Fauziah Nawi
Drama bersiri 'Diari Maisara' diarahkan oleh pelakon Fauziah Nawi.

3) Fauziah Ahmad Daud
Ibu angkat saya merupakan sepupu kepada pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud.

4) Fara Fauzana
Lagu duet nyanyian Fara Fauzana dan Nila Kurnia menduduki tempat pertama carta lagu radio Johor.

5) Faizal Tahir
Lagu ciptaan Faizal Tahir tercalon dalam kategori Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 08:22 PM | Show all posts
1.  Fauziah Latiff lahir pada 5 Disember 1970 dan kini berumur 44 tahun namun wajahnya masih cantik seperti berumur 20 tahun

2.  Seniwati terkenal Fauziah Nawi menyelar keangkuhan dan sikap tidak bertanggungjawab penggiat seni yang bangga meneruskan penggambaran walaupun tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan

3.  Pelakon bertaraf primadona negara, Fauziah Ahmad Daud, 59, atau Ogy, mendedahkan dirinya sayu dan sedih apabila terkenangkan Allahyarhamah ibunya, seniwati Saadiah Baharom saat dia membawakan watak Noriah dalam drama popular berjudul Ayahanda

4.  Fara Fauzana kini kembali ke konti radio bergandingan dengan dua lagi rakan penyampai iaitu AG (kiri) dan Fad untuk segmen pagi Hot FM

5.  Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir teruja apabila lagu ciptaannya, X Missing You diadaptasi dalam versi Mandarin nyanyian artis terkenal China dan Hong Kong, G.E.M yang diberi judul I’ll Be Missing You

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2022 10:59 PM | Show all posts
Antara lagu hit nyayian Fauziah Latiff adalah teratai layu di tasik madu

Fauziah Nawi menjayakan drama Pondok bergandingan dengan Rosyam Nor

Fauziah Ahmad Daud memegang watak utama dalam filem Azura

Fara Fauzana pernah meninggalkan stesyen radio Era untuk bersama stesyen radio baru Hotfm suatu ketika dulu

Faizal Tahir pernah mencetuskan kontroversi semasa Konsert Ulangtahun 8TV

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 12:18 PM | Show all posts
1.Fauziah Latiff
Fauziah Latiff pernah menjadi juri program kanak-kanak Ceria Pop Star.

2. Fauziah Nawi
Pengarah filem Allahyarham Pitt Haniff merupakan anak kepada seniwati Fauziah Nawi.

3. Fauziah Ahmad Daud
Aktres popular tanahair Fauziah Ahmad Daud pernah melakonkan watak utama dalam filem "Suara Kekasih" bersama aktor Allahyarham Azmil Mustapha.

4. Fara Fauzana
Fara Fauzana kembali mengacara slot pagi "Rakyat Rangers" di Hot FM bersama Fad dan AG.

5. Faizal Tahir
Faizal Tahir pernah menyertai kumpulan nasyid Mirwana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2022 03:02 PM | Show all posts
holaaaa...

keyword hari ini

1) cemberut

2) curiga

3) culik

4) cagaran

5) coklat


** 1 keyword 1 ayat

** keyword valid selagi belum ada keyword baru
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 03:55 PM | Show all posts
1) cemberut
Ada mitos mengatakan ekspresi cemberut membuatkan wajah lekas menjadi tua

2) curiga
Menaruh rasa curiga pada pasangan adalah hal yang lumrah, tapi jika berlebihan ia memburukan hubungan dan keadaan.

3) culik
Kanak-kanak yang menjadi mangsa culik itu telah dapat diselamatkan hasil kerjasama orang ramai.

4) cagaran
Azila memajak barang kemas miliknya sebagai cagaran untuk dia meminjam wang.

5) coklat
Makan coklat yang betul akan memberi kebaikan kepada kesihatan kita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 04:31 PM | Show all posts
CEMBERUT
Sebelum menampilkan wajah cemberut kepada suaminya,dia tersenyum lebar dahulu.

CURIGA
jgn tanamkan perasaan curiga pada pasangan kita.

CULIK
kanak2 sekolah sentiasa menjadi mangsa culik ditahun 90 an

CAGARAN
dia meletakkan cagaran pada rumah yg dia duduk skg ini

COKLAT
untuk buat kek coklat, x banyak bahan yg diperlukan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 06:37 PM | Show all posts
1) cemberut
Baru pertama kali saya mendengar perkataan CEMBERUT, jadi saya tidak pasti apa makna sebenarnya.

2) curiga
Akibat rasa CURIGA yang kuat terhadap suaminya, Lia curi curi memeriksa telefon bimbit suaminya.


3) culik
Mangsa CULIK berhampiran sekolah semalam telah berjaya dijumpai oleh pihak polis.

4) cagaran
Untuk menempah barangan dikedai itu, tuan kedai meminta pelanggan untuk membayar CAGARAN sebanyak 50 peratus.

5) coklat
Saya suka makan COKLAT bila terasa runsing atau sedang memikirkan sesuatu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 07:54 PM | Show all posts
1) cemberut
Dari air mukanya yang cemberut Aziz tahu isterinya tidak puashati dengan keputusannya tidak jadi pergi bercuti.

2) curiga
Cikgu Amena merasa curiga dengan alasan Muna tidak datang ke sekolah semalam.

3) culik
Faizah hampir-hampir menjadi mangsa culik ketika menunggu ibunya datang mengambilnya di sekolah.

4) cagaran
Ibu Danial mengamuk bila dapat tahu anaknya membuat cagaran rumah miliknya untuk meminjam duit dari  ahlong.

5) coklat
Memakan coklat hitam untuk beberapa minggu boleh menurunkan paras tekanan darah tinggi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:26 PM | Show all posts
Muka Isya cemberut bila tidak dapat apa yang dihajatinya

Sikap curiga amat berbahaya di dalam perkahwinan

Kes culik di India tahun lepas telah mengorbankan kanak-kanak berumur 5 tahun

Ah long meminta cagaran sebelum memberi pinjaman wang tunai

Air coklat chip kegemaran saya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 08:06 AM | Show all posts

1.  Seharian dia cemberut kerana tidak puas hati dengan penilaian ketua jabatan
2.  Dia menjadi curiga dan mula berprasangka buruk kepada suaminya selepas terjumpa face mask yang terdapat kesan gincu di dalamnya
3.  Suspek kedua kes culik dan bunuh seorang lelaki yang mayatnya dijumpai ditanam di sebuah kebun kelapa sawit di Bidor, semalam
4.  Jumlah wang yang dapat anda pinjam dengan menggunakan pinjaman cagaran kereta akan bergantung kepada nilai kereta anda
5.  Jika anda memakan coklat ketika stres, ia mampu mengeluarkan hormon endorfin ke dalam otak kita untuk merangsang emosi gembira















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
1) cemberut
Didie risau melihat adiknya berwajah cemberut semenjak petang semalam.

2) curiga
Emma meminta penjelasan dari Faris untuk menghilangkan rasa curiga dalam hatinya.

3) culik
Kampung Gajah digemparkan dengan dua kejadian culik melibatkan anak Pak Hadi dan cucu Haji Imran.

4) cagaran
Johari menjadikan geran tanah milik ayahnya sebagai cagaran pinjaman.

5) coklat
Kamal dan isterinya memulakan perniagaan gubahan coklat sejak November tahun lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2022 09:09 AM | Show all posts
holaaaa...


keyword hari ni

1) Destinasi

2) Ditindas

3) Ditangguhkan

4) Dandan

5) Dongeng

** 1 keyword 1 ayat

** keyword valid selagi belum ada yang baru


Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 09:31 AM | Show all posts
1) Destinasi
Pulau Pangkor antara destinasi pelancongan yang menarik di Perak

2) Ditindas
Wanita kini perlu lebih peka dan celik undang-undang bagi mengelakkan diri daripada terus dianiaya atau di tindas

3) Ditangguhkan
Ibadah umrah ditangguhkan buat sementara sehingga penularan covid19 reda berkuat kuasa 8 Januari ini.

4) Dandan
Setelah tamat persekolahan, Zahira mengikuti kursus dandan rambut anjuran Institut Kemahiran Belia Negara.

5) Dongeng
Buku cerita Kisah Dongeng Antarabangsa itu telah dibeli semasa Pesta Buku Antarabangsa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 11:46 AM | Show all posts
1) Destinasi
Destinasi percutian pilihan kami bulan ini adalah Lost World of Tambun, Perak

2) Ditindas
Hetty merasa ditindas oleh Ramil,rakan baiknya sendiri.

3) Ditangguhkan
Mesyuarat ini akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dberitahu kelak.'kata Pengerusi Majlis'

4) Dandan
Syafinaz berdandan berlebihan sewaktu hari pernikahan beliau.

5) Dongeng
Si Tanggang adalah salah satu kisah dongeng rakyat yang boleh dijadikan iktibar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 01:25 PM | Show all posts
1) Destinasi
Melaka, Langkawi dan Pulau Pinang adalah antara destinasi pelancongan dalam negara yang popular.

2) Ditindas
Penduduk perumahan meluahkan rasa kesal kerana ditindas pihak pemaju kebelakangan ini.

3) Ditangguhkan
Program bantuan awal persekolahan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga bulan mac.

4) Dandan
Ayuni senyum lebar selepas rambutnya siap didandan ibunya.

5) Dongeng
Buku koleksi kisah dongeng mendapat sambutan luar biasa ketika ekspo buku bulan lepas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.103096 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list