CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Syd

[Merged] Norman masih lagi BERHUTANG hantaran kawen dengan Abby

  [Copy link]
Post time 17-9-2010 10:12 AM | Show all posts
bayor aje le kalu berhutang tu.. laki neh kalu berhutang mmg liat nk byr.. byk benor alasan.. sengall betul..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2010 10:46 AM | Show all posts
hutang hantaran sampai anak 3 x terasa malu ke
patutla abby mention jelaskan apa yang patut
ni nak kahwin baru duit hantaran kena ada

sharing & caring :

Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 10:49 AM | Show all posts
keadahnya norman nih memang tak ada duit..........
pluto Post at 16-9-2010 15:49



    HAHAHAHA.......................
    Inilah mesej sebeno yang ABBY NAK SAMPAIKAN. Bukanlah dia
    kemarok nor, nakkan duit tu sebab dia tahu, tak mananya si
    Normiang ada duit nak bayo..............
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 10:54 AM | Show all posts
aduhai... go go abby go.. rmi sokong ko.. si zul pon lebih berganda ensem fr normiang dah kertu tuh... ceh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2010 10:58 AM | Show all posts
"Kenapa Sekarang Abby Nak Ungkit?" - Memey Suhaiza

Oleh FERIDE HIKMET ATAK



Norman dan Memey belum berbincang tentang wang hantaran lagi.

SETELAHhampir setahun pelbagai kontroversi yang membabitkan Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi senyap tanpa berita, hal rumahtangga mereka yang lepas timbul lagi.

Kali ini, kenyataan mengejut daripada Abby membabitkan hutang wang hantaran berjumlah RM11,111.11 yang masih belum dilangsaikan Norman.

Hal tersebut membuatkan tunang Norman iaitu Memey Suhaiza Suhaimi turut terkena tempias yang memungkinkan reputasi dirinya terhadap keluarga dan peminat terjejas.

Beritahu Memey, dia terkejut apabila Abby menceritakan hal-hal peribadi kepada umum dan meminta pelakon itu untuk selesaikan masalah dia dengan Norman cara baik.

Malah Memey tidak risau jika situasi dialami Abby (tidak terima wang hantaran)akan terkena pula kepadanya.

“Saya harap Abby dapat selesaikan hal-hal peribadi dengan cara baik dan tak perlu buat satu Malaysia tahu.

“Kenapa baru sekarang nak ungkit? Saya tak tahu apa yang sedang dia fikirkan. Bila kami dah bertunang, hal ini pula timbul. Kalau boleh saya nak jernihkan keadaan dan selesaikan elok-elok, jadi tak seronok pula bagi kedua-dua belah pihak.

“Bila hal ini terjadi, tempiasnya terkena pada saya. Dengan keluarga, saya boleh jelaskan, tetapi orang lain macam mana? Saya tak mahu campur tangan sangat walaupun saya tahu hal yang sebenar.

“Apapun, saya tak takut jika wang hantaran saya tidak dibayar kerana saya kenal Norman. Lagipun setakat ini tiada perjanjian mengenai hantaran dibuat antara keluarga kami,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Tambah pelakon berusia 22 tahun itu, sebelum ini, Abby pernah menyatakan kepada Memey hasratnya untuk meminta balik hutang-hutang terdahulu Norman.

Malah Memey terkejut bila Abby menyatakan yang Norman tidak pernah memberi nafkah kepada anak-anak mereka.

“Sebenarnya saya dah lama tahu tentang hal ini. Dalam beberapa tahun kami kenal, Abby pernah cakap pada saya yang dia nak balik duit-duit itu dan saya tak faham kenapa dia perlu memberitahu saya. Mungkin dia ingin menunjukkan sesuatu, saya pun tak pasti.

“Cuma saya pelik, kenapa dia kata yang Norman tidak ambil kisah tentang nafkah anak-anak mereka sedangkan saya nampak sendiri depan mata segala perbelanjaan seperti barang-barang dapur serta keperluan lain yang Noman beli.

“Jadi bila keluar kenyataan sebegitu, saya terkejut. Tak seronoklah kalau orang baca, kerana orang luar tak tahu hal sebenarnya tetapi saya nampak realitinya apa yang Norman buat untuk anak-anaknya.,” ujar Memey yang akan mendirikan rumahtangga bersama Norman tahun depan.

Norman dan Abby telah bernikah pada 8 Januari 2002 dan melangsungkan perkahwinan mereka pada 31 Ogos 2002 di Perdana Grand Ballroom, Dewan Felda, Jalan Semarak.

Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.

Perkahwinan mereka gagal bertahan kerana dipercayai gara-gara gangguan pihak ketiga iaitu Memey serta kes tangkap khalwat kedua-dua mereka.

Abby Sanggup Bersumpah Norman Bohong

Sementara itu, Abby yang dihubungi berkata, dia geram bila Norman membuat kenyataan di sebuah akhbar yang menyatakan bahawa dia tidak berhutang apa-apa pun dengannya.

Dalam laman social Facebook Abby pula, pelakon itu sanggup bersumpah dengan nama Allah mengenai pembohongan yang dibuat oleh Norman Hakim.

Pelakon drama Marhabbah Delaila itu juga berkata, kenyataan Norman juga bercanggah berbanding kisah sebenar yang berlaku dan menganggap Norman dan Memey telah lama bersekongkol.

“Saya akui yang saya pernah bercakap dengan Memey meminta Norman membayar balik hutang-hutangnya kerana ini sahaja cara yang ada. Ini kerana saya gagal berkomunikasi secara baik dengan Norman.
Abby meluahkan perasaannya di akaun laman Facebook miliknya

“Sebab itu saya memberanikan diri mengeluarkan kenyataan tentang hal ini. Saya tahu, pastinya ada pihak akan mempertikaikan tindakan saya tetapi ini saja cara yang saya ada.

“Selepas saya membuat kenyataan, Norman ada menghantar SMS pada saya berunsur ugutan dan saya tak padam lagi mesej-mesej dia.

“Rasanya kalaulah dulu dia tak buat perangai dan menjadi suami dunia akhirat, saya percaya perkara ini tidak akan sampai ke tahap ini, tak dapat balik wang hantaran pun tak apa.

“Malah, jika saya tidak ada anak sekalipun, saya tak akan tuntut apa-apa. Tapi disebabkan anak-anak, saya akan tuntut hak saya demi mereka,” tegasnya.

Beritahu Abby lagi, Norman memang ada membelanjakan beberapa barangan untuk anak-anak tetapi secara ala kadar sahaja.

“Nak jenguk anak pun jarang-jarang, sedangkan dia perlu bertemu dengan anaknya dengan lebih kerap kerana itu merupakan tanggungjawabnya kepada anak-anak kami,” katanya yang akan memulakan penggambaran drama Gerak Khas, esok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2010 10:59 AM | Show all posts
time bertunang laa orang dok tetap
bila nak nikah..
hantaran berapa..
letak separuh dulu, sekurang2 nya..
etc
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-9-2010 10:59 AM | Show all posts
apalaks memey menyibuk dalam hal hutang dorang berdua nehh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2010 11:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2010 11:05 AM | Show all posts
memek kene jwb dulu...hantaran ko nanti duit norman atau duit ko sendiri atau tongtong???

tp memek pedulik ape..janji dapat kwin dgn habang norman
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 11:07 AM | Show all posts
dah bcerai 2 tahun = 24bulan

dlm 24bulan tu mau2 cuma 2,3 bulan aje norman kuar belanja utk anak2 dia...tu pon nasib baik

ada belanja dr takde langsung..agaknya tu yg memek cuba nak bgtau kite semua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2010 11:07 AM | Show all posts
pandai laa normiang
carik pempuan2 rajin keje
banyak dapat job, buat bini
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 11:08 AM | Show all posts
Saya harap Abby dapat selesaikan hal-hal peribadi dengan cara baik dan tak perlu buat satu Malaysia tahu.

Apa maksud ko pompan
bkn satu mesia tau ko kena tgkap basah malu ler sikit
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 11:09 AM | Show all posts
dunia dunia..hutang bayar jelah..apa susah kalau ada duit..uish..pastu kawin le langsung besar-besaran haik
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 11:11 AM | Show all posts
dunia dunia..hutang bayar jelah..apa susah kalau ada duit..uish..pastu kawin le langsung besar-besaran haik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2010 11:15 AM | Show all posts
elok laa kasi tao nko
jgn ko pikir
normiang tu bujang
takde anak2
esok2 jgn ko ingat
duit normiang tu, tuk ko sorang jahhh, memey
tu ada 3 orang lagi nak kasi mencekik
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 11:19 AM | Show all posts
tak paham naper org ckp abby meroyan segala.. aku percaya kalo norman tu takdak duit tp setia, tak menggatai dan sanggup bersusah payah mencari sesuap nasi membesarkan anak2 bersama abby.. nescaya abby x ambik pot pun hutang2 dia tu.. mmg laki haprak si norman ni..  dah la xde duit.. dok mentoto kan diri dgn pompuan lain plak.. u deserve better abby!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2010 11:28 AM | Show all posts
Memek cuba nak coverrline ni. Almaklum baru bertunang, mesti
Abang Normiang tanggong atas bawah. Tunggulah bila dah kawen,
Memek, barulah ko tahu sapa ABANG Normiang tu. Takdanya dia
nak bukakkan pintu keta/rumah, tarikkan kerusi, cium tangan ko
sepanjang masa. Nak-nak ko dah beranak dan dah tak ketat lagi.
A LEPORD WILL NOT CHANGE IT'S SPOT!.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2010 11:30 AM | Show all posts
Reply 450# natashism


nak tanggung menda?
mampu ker?
kalau suh tido kat opis
angkut sndiri bantal toto...

dok setinggan pung lagi bagus!
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 11:35 AM | Show all posts
Memey masih boleh bg kenyataan lagi?
Kaber dik, kaber... Awak tu pelakonkan...
Kaber jek selagi boleh kaber..
Malu dik klau nak tarik balik.

Ada masa lagi ni nak wat skrip,
kang dah kawen sok, kena mendam rasa jek..
maklumlah abg Norman tu jenis tak suka lekat kat umah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 11:35 AM | Show all posts
Reply  natashism


nak tanggung menda?
mampu ker?
kalau suh tido kat opis
angkut sndiri banta ...
Syd Post at 16-9-2010 17:30



    Kekkekkek..........jadik, memang sahlah telahanku, CINCIN YANG
    TERSARONG DIJARI MEMEK, MEMEK BELI SENDIRI DI PASO MALAM......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 03:27 AM GMT+8 , Processed in 1.877587 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list