CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
 Author| Post time 2-11-2010 11:16 PM | Show all posts
“ I want all of you to finish the exercise on antonyms and synonyms. If you have any questions, please see me. Don’t just keep quiet, okay” Cikgu Amir bersuara dengan lantang di depan kelas 5 Marikh.

“ Yes, sir” Cuma seorang dua yang menjawab.

“ For those who are interested in attending the extra classes during the holidays as well as the English camp next month, please give your names to me by tomorrow. ”

Beberapa orang mengangguk tapi selainnya sudah hanyut. Mata masing masing sudah kuyu. Kelas terakhir sebelum tamat waktu sekolah menguji tahap tumpuan setiap pelajar. Masing masing sedang berangan tentang aktiviti lepas sekolah, sama ada nak keluar dating, atau nak beriadah. Yang “ sihat’ sedang berfikir tentang hidangan untuk makan tengahari. Sabar sajalah. Cikgu Amir menggeleng kepala. Inilah cabaran yang di hadapi setiap hari.

Deringan loceng berbunyi menandakan tamat waktu sekolah. Murid murid Tingkatan 5 Marikh  meluru keluar sambil mengucapkan salam pada guru mereka. Cuma tinggal dua tiga orang yang ada tugas mengemas kelas.

“ Husni, awak ada latihan sukan atau koko hari ini?”  Amir memandang Syed Husni yang sedang membersih papan putih.

“ Tak ada.  Cikgu nak suruh saya tolong apa apa?” tanya Syed Husni. Pengawas berbadan tegap itu antara murid yang rapat dengan Amir.

“ Ikur Cikgu ke pekan. Cikgu kena ambil buku dari Toko Buku Nilam. Cikgu tak larat nak angkat sorang” Amir mengemas buku dan kertas kerja pelajar dan di masukkan dalam beg sandang.

“ Buku apa Cikgu? “  Mereka berdua berpapasan di koridor menuju ke arah tangga. Gumpalan awan  kelabu berarak di langit. Besar kemnugkinan hujan akan turun. Langkah mereka di percepatkan merentas kantin menuju tempat parkir kereta.

“ Novel Inggeris. I want our students to be exposed to stories like Romeo & Juliet, Great Expectations, Pride and Prejudice.” Muka Syed Husni berkerut. Kalau Romeo & Juliet memanglah biasa dengar. Tapi yang dua lagi tu , haram tak pernah.

“ Novel Melayu tak ada kah? Buku cerita klasik Inggeris susah nak faham lah. ”

“ Kalau susah faham, guna lah dictionary.  Bukan Cikgu nak agungkan Bahasa Inggeris tapi kita kena buka minda. Pelajar MCKK dan Clifford sudah lama belajar English literature.” Di Kuala Kangsar, Sekolah Sri Kota di anggap agak corot berbanding dengan sekolah yang lebih elit. Murid di sini kebanyakannya dari keluarga berpendapatan rendah. Tapi ramai yang bersemangat untuk menukar corak hidup keluarga. Walaupun subjek Bahasa Inggeris tidak begitu penting berbanding Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains tapi Amir ingin melihat mereka lebih yakin bila perlu bertutur Bahasa Inggeris. Waktu di dunia korporat dulu, dia sedih melihat ramai anak Melayu gagal temuduga bila tidak dapat menguasai bahasa penjajah.

“ Mana tahu kalau ada rezeki, kamu dapat biasiswa belajar di luar negara….”

“ Boleh guna ayat romantic dalam novel nak ngorat awek matsalih ya, Cikgu” sampuk Syed Husni dengan senyuman nakal.

“ Belajar dulu. Jangan fikir nak mengorat awek matsalih. Kalau niat dah salah, rezeki pun kena sekat”  tegur Amir. Remote control di picit.

Sebaik pintu kereta di buka , Aishah Izzati muncul. Tiba tiba saja dia menjelma di  tepi kereta Amir. Di mukanya ada riak kecewa bila melihat Syed Husni bersama Amir.

“ Cikgu Amir, hari nak hujan. Boleh tak tumpangkan saya? Saya sepatutnya balik dengan Cikgu Julia tapi dia kena panggil oleh Puan Asmidar.” Lembut dan teratur suara Aishah Izzati melafazkan ayat tipu sunat. Seiring dengan kepalanya yang melentuk manja.

“ Saya kena pergi pekan sekarang.” Mana mungkin aku batal temujanji dengan Dahlia. Rintis hujan yang mula turun membuat Amir serba salah. Nampak kejam pula kalau aku tinggalkan Aishah dalam hujan. Amir memandang jam tangan.

“ Rumah Cikgu Aishah di mana? Saya boleh hantar Cikgu balik dulu sebelum kami ke pekan” Amir menghidupkan enjin. Dengan pantas Aishah membuka pintu di bahagian penumpang, memaksa Husni mengambil tempat duduk di belakang.

“ Terimakasih. Tak apalah Cikgu Amir. Saya boleh ikut Cikgu ke pekan. Kalau saya balik sekarang pun bukannya buat apa di rumah.” Senyum di lemparkan pada Cikgu Amir. Walaupun budak Husni ni menyibuk tapi aku kena rebut  peluang untuk bersama dengan Cikgu Amir. Dia menyusun lipatan kain baju kurungnya dengan teliti. Sekali sekala dia menjeling ke kanan. Profil wajah Cikgu Amir yang tenang ketika memandu di rakam kemas dalam otak. Aku perlu meluahkan isi hati aku padanya sebelum aku kembali ke UPSI. Apa salahnya kalau perigi mencari timba? Belum cuba belum tahu. Lagipun kami sama sama bujang. Beza umur pun taklah jauh mana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2010 11:27 PM | Show all posts
Reply 439# sang_arjuna

Dear Arjuna@ Smiley, TK dgn N3 baru... baru habis baca.. dah lama tak masuk... tapi sangat suka dgn beberapa ayat2 dlm N3 terbaru Smiley.... Pada fikiran saya, karya ini punya nilai tambah/ nilai moral walaupun dlm bentuk2 yg komedi & 'santai'..

Pertama:

“ CIKGU AMIR! “ Aishah Izzati meninggikan suara dengan bibirmuncung“ You ni kuat dreaming lah. Puas saya panggil tapi  tak jawabpun. Saya nak tanya something ni.”

Bakal cikgu konon tapi cakap BI dan BM campur aduk. Nasib baik dia bukan bawahpenyeliaan aku.



Yalah.. rasanya mungkin boleh menjd sindiran sinis kpd yg tidak menggunakan atau berusaha mengapplikasikan apa2 bahasa pun dgn betul.

Cthnya, jika berbahasa Melayu , berbahasa Melayulah dgn baik... ni kebiasaannya kita lihat bangsa Melayu sendiri tidak menghargai bahasa Melayu & suka mengikut 'telo' bahasa org lain... jika org Indon ber bahasa Melayu, kita pun ikut sama ikut 'telo' bahasa Indon tersebut & pinggirkan bahasa Melayu kita. Cth yg plg dekat jika org Cina ter 'pelat' ber bahasa Melayu, kita sama2 ber bahasa 'pelat' dengan depa. "Lu tatak tau kah?" - sbg cth lah... Jika dgn org India, kita pun sama gunakan 'telo' bahasa India...

Pada pengamatan saya, yg plg ketara& rasa lawak  pulak apabila berbahasa Inggeris, kita(rakyat Malaysia secara amnya-tak kiralah bangsa apapun..) akan jadi terbalik lah pulak... Kita akan jadi sgt 'alergik' dengan mereka2 yg tidak berbahasa Inggeris dgn baik walaupun mereka2 yg mencuba ini cuba mempraktikkan bahasa asing tersebut. Cth, jika nahunya salah atau nada sebutan (pronounciation..) sesuatu perkataan tu salah, kita rakyat Malaysia yg handal2 bahasa Inggeris terutamanya ter sgt lah peka pulak..  Tapi, dalam kes ni lain sebab si Aishah tu bakal guru Bahasa Inggeris &memang patut dia berusaha berbahasa Inggeris dgn baik (bukan me 'rojakkan' bahasa..aduh Aishah... Cikgu Amir tolak banyak markah dah!!) {:1_137:}

Sebenarnya, pada pandangan saya peka tu bagus tapi biarlah peka/ sayang bahasa itu di praktikkan sungguh2 juga ke atas Bahasa Melayu& lain2 bahasa (mungkin bahasa Mandarin & Tamil, French, bahasa Arab, dll).
Bukan apa, bila saya baca karya Smiley, saya dapati bahasa Melayu & bahasa Inggeris di gunakan dengan baik... Peka bahasa...

Tapi, ulasan bahasa saya ni bukanlah di tujukan kpd bahasa2 'borak2' sesama kita kat sini.. jika formal sgt, nanti jadi bosan pulaklah kan... Harap kengkawan kat sini tak salah faham. Saya cuba mengulas menggunakan senario Malaysia secara am.....{:1_137:}{:1_137:}

Maaf Smiley... panjang pulak tulisan kali ni .. bukan apa sebab teruja membaca karya Smiley yg 'ummphhh' ni... dan sgt berharap jika Smiley boleh fikirkan ke arah cetakan..

Insya Allah..  akan bersambung lagi (ni baru Pertama kan..) jika tiada halangan dri Smiley atau dri kawan2 yg lain di sini{:1_137:}{:1_137:}...

Lagi sekali, TK Smiley.. karya ini menarik dan memang ada nilai tambah, insya Allah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2010 11:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 2-11-2010 23:51

Tak sampai 15 minit kemudian mereka tiba di depan Toko Buku Nilam. Hujan semakin lebat.

“ Cikgu Amir nak beli buku kah?” tanya Aishah.

“ Tuanpunya kedai ini bermurah hati nak derma buku untuk perpustakaan sekolah kita.”

“ Oh, baiknya pakcik itu. Kedai dia nak tutup sebab dah bankrap ke?” Amir tidak menghiraukan soalan Aishah. Takkan orang tak boleh berbudi.

“ Turun lah. Nak tunggu apa lagi” Aishah menggigit bibir bawahnya. Husni sudah berlari anak ke kaki lima kedai.

“ I tak boleh kena hujan, Nanti demam. Cikgu ada payung?” Sorotan matanya singgah di wajah Amir  meminta simpati. Alangkah manis kalau dapat berkongsi payung dengan Cikgu Amir.

“ Sorry, dalam kereta saya tak ada payung. Nah, ambil suratkhabar” Sebaik senaskhah The Star di hulurkan, Amir membuka pintu dan bergegas keluar meninggalkan Aishah terkebil kebil. Tak gentleman langsung! Suka atau tidak, dia terpaksa menutup kepala dengan suratkhabar. Dia membontoti Husni dan Amir ke dalam kedai.

“ Hi Dahlia. How are you today?” Mesra suara Amir menyapa telinga Dahlia yang sedang kusyuk berchatting dengan Sya dan Wawa. Pantas jarinya menaip “ gtg”. Bila hujan mula turun dia mula merasa ragu yang Amir tidak akan menepati temujanji. Tapi Amir datang tepat pada waktu.

“ Saya ingat Cikgu tak jadi datang sebab hujan. ” Dahlia meninggalkan meja dan terus ke depan. Hatinya kendur bila menyedari Amir tidak keseorangan. Apalah kau ni Lia! Syok sendiri ka? Macamlah Amir janji nak berdating dengan aku.

“ Saya mesti datang. Dah janji kan? Bukannya ribut atau taufan pun kat luar itu’

Aishah memandang Dahlia dengan rasa tak senang. Setahunya tuan punya kedai ini lelaki sebaya bapanya dan pekerjanya pula seorang wanita  berbadan dua. Siapa  gadis muda yang memakai blaus dan slacks ala korporat di depannya? Suara Amir yang mencerminkan betapa gembiranya dia bila berjumpa Dahlia membuat Aishah tertanya tanya.

Dahlia menghulur salam pada Aishah. “ Apa khabar? Saya Dahlia. Ini kawan Cikgu Amir kah?” Macam susah nak keluar saja pertanyaan itu. Sanggupkah dia dengar kalau jawapannya “ tunang” atau “ teman wanita”?

“ Ini Cikgu Aishah Izzati, guru pelatih di Sekolah Sri Kota. Ini pula Husni , anak murid saya” Amir memperkenalkan mereka. Matanya tak lekang memandang Dahlia yang nampak anggun. She belongs in a corporate office , not in a small town bookstore.

“ Aishah , Husni, hujan dah berhenti. Tolong angkat buku itu semua ke kereta” Amir menunjuk pada lebih kurang 15 buah buku yang agak tebal. Hati Aishah merudum. Menyesal aku ikut. Kena jadi balaci rupanya. Amir seronok berbual dengan Cik Dahlia.

“ Macam mana business sekarang?” tanya Amir sambil memerhati sekeliling kedai. Susun aturnya lebih cantik berbanding dulu. Dia menarik nafas dalam bila Dahlia mendekatinya. Haruman dari tubuh Dahlia menyemarakkan deria baunya. Macam bau oren, fresh and light. Ini mesti sabun mandi Shokubutsu.

“ Boleh tahan. Saya buka kedai awal sikit sekarang. Bolehlah orang beli suratkhabar atau majalah sebelum ke ofis. Masa lunch pun saya tak tutup kedai. Ramai juga datang sebab sekarang dah ada banyak novel Melayu.”

“ So you tak keluar lunch?” Dahlia menggeleng. Dia cuma sempat membeli biskut   Hwa Tai dari kedai runcit yang sederet dengan kedainya. Takut kalau pelanggan datang dan tak ada orang nak layan. Besok kena bawa bekal, kalau tak kurus kerempenglah aku.

“ You nak makan apa? Biar I beli” pelawa Amir. Kalau aku ada ilmu, boleh aku sembur sembur sikit bagi Dahlia jatuh hati. Tapi setakat ini pun sudah ada perubahan yang memberangsangkan.

“ Its okay. I dah makan biskut. Dah kenyang pun” Di ketika itu perutnya berkeriut kuat. Kurang asam punya perut! Dahlia terus memeluk tubuh

“ Kenyang sangatlah awak. Tipu I ya. Tengok tu, perut you pun marah” Amir menahan tawa melihat Dahlia terkial kial. So cute.

“ Nanti kejap. I belikan something for you.” Amir terus meninggalkan kedai. Aishah mendongkol geram. Amir dengan Dahlia ada hubungan istimewa kah? Dia mula membuat perbandingan. Jelas dia lebih cantik dan putih,  cuma Dahlia pandai bergaya. Bentuk badan Dahlia lebih menarik berbanding dirinya yang agak tembam. Tapi aku boleh diet, tak ada hal. Berapa agaknya umur Dahlia? Mesti lebih kurang sebaya dengan aku.

“ Cikgu Aishah, takkan dah berhenti? Tolong lah saya” Husni bersuara. Malas betul Cikgu Aishah ini. Lepas angkat dua buku terus berhenti dan pasang telinga mendengar perbualan Cikgu Amir dan Cik Dahlia. Jealous lah tu. Bukan susah nak teka yang Cikgu Amir sukakan Cik Dahlia. Cikgu Aishah tak ada peluanglah. Cik Dahlia nampak lebih padan dan sesuai dengan Cikgu Amir.

“ Hujan dah berhenti. Biar saya balik naik teksi. Cakap kat Cikgu Amir saya ada hal di rumah”  Aishah Izzati melampiaskan amarah.

“Okay” Husni mengangkat bahu. Perempuan dengan “angin” mereka.

“ Biar akak tolong Husni” Dahlia mengambil beberapa buku dan menghantar ke but kereta Amir. Sambil dia mengatur buku buku agar tidak berselerak, matanya tertancap pada gambar hitam putih dalam frame yang tercampak di satu sudut. Macam aku biasa tengok perempuan dalam gambar ini. Gambar itu di teliti. Tapi di mana? Dia cuba mengorek kotak memori untuk mencari jawapan. Eee.. geram betul bila kita rasa kita kenal seraut wajah tapi tak ingat nama.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 11:35 PM | Show all posts
x malunya aishah..
sibuk nk ngempeng cikgu amir.:@
mmg menjatuhkan martabat gadis2 melayu.

smiley,
sikit sgt tu....
nak lagikkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 11:36 PM | Show all posts
gedix betul la si izzati aisyah..kacau daun jer....mesti dahlia igt..dia gf si amir..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2010 11:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 2-11-2010 23:44

“ Kenapa akak? Macam pelik saja muka kak Dahlia?” tegur Husni. Dahlia pantas meletak semula gambar tadi ke tempatnya. Husni melonggok lagi buku ke dalam but sambil memandang Dahlia.

“ Eh.. takde… takde pape. “ Dahlia rasa bersalah menceroboh privasi Amir. Tapi aku memang kepoci. Huh… selagi aku tak dapat ingat siapa perempuan itu, selagi itu aku tak boleh tidur nyenyak. Dahlia terus ke dalam untuk mengangkat buku yang berbaki.

Tak lama kemudian muncul kelibat Amir dari kedai Mamak seberang jalan membawa beberapa bekas Styrofoam dan minuman dalam tin.

“ Dahlia, Husni….jom kita makan. Saya pun dah lapar” Bau mee goreng mamak mengecur airliur Dahlia.

“ Cikgu Amir dengan Husni makan dulu kat pantry di belakang. Saya kena jaga kedai” Walaupun lapar , tapi work comes first. Aku cukup tak suka tengok pekerja  makan waktu pelanggan ada dalam kedai.

“ Ala… jomlah. Tak seronoklah kalau Dahlia tak makan sama.  Lagipun you tak boleh biarkan perut kosong, nanti kena gastric. Tutup kedai sekejap, Bukannya ramai orang kat pekan pun masa ini. Office punya lunch hour pun dah habis” pujuk Amir. Matanya terpaku pada Dahlia yang mula tak selesa. Jangan lah tenung aku macam itu, Cikgu. Ajakan Amir memang susah di tolak. Nasib baik dia cuma ajak aku makan. Kalau dia ajak aku buat perkara tak senonoh pun aku susah nak tolak kot.... Nauzibillah. Haishhh… apa otak aku merapu ni.

Mereka bertiga duduk di meja berkerusi empat dalam bilik yang agak sempit itu. Dahlia terus terlupa pada gambar tadi bila menjamah mee goreng yang masih panas dan sungguh enak.

“ Eh, mana Aishah?” Setelah beberapa minit baru Amir perasan  ketiadaannya.

“ Dia balik naik teksi. Kata nya dia ada hal di rumah” balas Husni

“ Dia merajuk dengan Cikgu kot sebab Cikgu tinggalkan dia.” usik Dahlia. Saja nak tengok apa reaksi Amir.

“ Kenapa pula nak merajuk? Dia yang nak ikut ke sini tadi. Betul tak, Husni?”

Husni mengangguk dengan mulut penuh air Coke. “ Betul. Cikgu nak hantar dia balik rumah sebelum datang sini tapi dia kata nak ikut kita” Aku mesti backing Cikgu Amir. Cik Dahlia ni cute orangnya. Semoga Cikgu Amir berjaya mengorat dia. Taklah Cikgu aku di gelar bujang terlajak lagi.

“ Dahlia, sedap tak mee goreng ni?” tanya Amir. Dahlia mengangguk. Entah apa lah bahan rahsia dalam resipinya.

“ Masa sekolah dulu, kalau balik bercuti di sini saya wajib pergi ke kedai Bismillah makan mee mamak. Satu hari saya tanya mamak tukang masak tu resipi dia. Mamak tu kata “ Kalau mahu tahu, adik manis kena kahwin sama saya” Dahlia mengajuk cara mamak itu bercakap. Semua di meja terbahak bahak ketawa.

“ Gatal punya Mamak. Pandai pandai nak mengorat anak dara orang.” Amir berlelucon. Over my dead body, mamak!

Selesai makan, Dahlia membawa pinggan dan gelas ke sinki. Husni mencuit Amir.

“ Cikgu, saya kena balik. Ada kelas tambahan Add Maths petang ini” Adeh lah  Husni… Tak kasi chan langsung aku nak bermesra lama sikit dengan Dahlia.

“ Okay, jom lah kita balik. Thanks for the books Dahlia. We really appreciate it. And please thank your father too.”

Dahlia mengiringi mereka ke kereta. “ Thanks for lunch. Husni ajak lah kawan kawan datang ke kedai akak. Kalau nak beli buku, akak bagi discount”

“ Terimakasih Kak Dahlia” Husni melambai dari tempat duduk penumpang.

“ Ajak Husni sorang saja? Awak tak suka saya datang?” Cikgu Amir senyum menggoda.

Tak boleh di layan sangat Cikgu Amir ni. Kadang kadang dia baik dan caring tapi ada masa macam penggoda professional. Mesti dia dah banyak experience dengan kaum wanita. Nanti aku juga yang tersungkur. Baik aku berhati hati. Gambar hitam putih tadi kembali menghantui mindanya.

“ Kedai ini open to public, Cikgu” Jawapan selamba Dahlia membuat perasaan  Amir merusuh. Alamak, Cik Pai Ayam ni dah jadi  frozen food balik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-11-2010 11:56 PM | Show all posts
Reply 442# yasmin08

tks for yr comments

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 12:43 AM | Show all posts
tq kak smiley....walo byk juga n3 tp masih x ckup...
kalo blh nak bc part yg ade cikgu amir ngan dahlia jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 08:42 AM | Show all posts
nak DAHLIA ngan C. AMIR blh x?...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 09:11 AM | Show all posts
cikgu amir mula menggoda dahlia
mesti dahlia cair nanti ;)
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 09:38 AM | Show all posts
n3 kali ni membuatkn aku tersenyum sorg2..
thanks arjuna
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 09:45 AM | Show all posts
Aduiya cikgu amir tak gentleman langsung srh aishah tu tlg angkat buku

Potret dlm kerete cikgu amir tu tentu gbr Puan Sri mak cikgu amir dan dato azmi....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 09:53 AM | Show all posts
huhuhu
best sesgt smiley....
padan ngan muka aisyah tu....
hehehehe
cikgu amir kuatkan lagi daya usaha mu......
chaiyok3
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 10:15 AM | Show all posts
baca ni mmg memanjang sengih sensorang.
seronok tngok cara amir mengurat dahlia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 10:28 AM | Show all posts
puas hati bila cikgu aishah kena dera angkat buku
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 10:48 AM | Show all posts
i like.. cikgu amir gentleman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 11:02 AM | Show all posts
Aduiya cikgu amir tak gentleman langsung srh aishah tu tlg angkat buku

qimi08 Post at 3-11-2010 09:45


Sapa suruh aishah terhegeh2. Dah tau org tak suka. Hidung x mancung pipi lak tersorong2
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:08 AM | Show all posts
taniah buat cikgu Amir, telah maju setapak bersama cik pai.. jadi, siap sedia langkah berikutnya k...

:@aishah...tolong tumpuan pada latihan mengajar je k..jangan gatal2
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:24 AM | Show all posts
hepinya..... moga ada jodoh dahlia & cikgu amir....
aishah tu kita satukan dgn faridlah...............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 04:44 PM | Show all posts
Reply 457# honeyz

aishah tu nak ambil kesempatan yg ada
pulun habis habisan nak tacke Cikgu Amir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.349909 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list