|
M3: Citra Bahasa, Penyerlah Nusantara [Next Task: 17 Dec]
[Copy link]
|
|
insya Allah.sama ngan akak. eddy boleh tegur akak bila2 masa in a good way.
...
sixret Post at 27-8-2011 00:19
ok nanti eddy baca semula |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 438# sixret
salam kak...
selalu kat bod mawi....
ade je kat bod siti ni, tp jarang bertemu dgn akak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 439# eddysheddy
welcome.... |
|
|
|
|
|
|
|
setakat ni 8 orang detektif hebat telah menghantar jawapan melalui pm kepada saya.
yang lain,come on. be a good sport dan uji ketajaman minda anda. i have had fun in writing this story and planting the clues.i hope you will have fun in finding the clues that will direct you straight to the murderer(s).
read the story carefully and understand the plot carefully.study each characters carefully and you will "see" what are the clues.
the clues are all in the dialogue and narative.......
baca cerita,cari jawapan dan hantarkan pm kepada saya. |
|
|
|
|
|
|
|
hepppp
sixret Post at 26-8-2011 11:00 PM
akak...sesuwai tau!!!
opah....slamat hari raya... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok, bagi markah penilaian & komen Fasa 1 bagi Kumpulan B iaitu Eddy dan CT Sueraya adalah seperti berikut :
Intro dari saya
“Bila nak pergi?” Aamir yang sedari tadi tunduk menjamah sarapan pagi mendongak memandang abahnya yang masih tidak berganjak matanya menghadap akhbar utusan tempatan. Suasana agak suram pagi itu, sama seperti malam semalam juga ketika Aamir menyuarakan hasrat untuk menyertai kem sukarelawan yang akan membuat lawatan ke perkampungan orang asli di kawasan pedalaman negeri Pahang, Sabah dan Sarawak.
“InsyaAllah kalau tak ada halangan minggu depan abah.” jawab Aamir perlahan kemudian matanya menangkap sebening mata yang sayu di hadapannya. Ibu! Walaupun tidak banyak bercakap mahupun membantah seperti abahnya tetapi dia tahu jauh di sudut hati ibu agak keberatan untuk merelakannya menyertai pasukan sukarelawan itu.
“Aamir nak naik atas dulu, tengahari ini ada perjumpaan dan taklimat mengenai program sukarelawan tu nanti.” Aamir tidak sanggup lagi untuk bertentang mata dengan kedua orang tuanya. Dia tahu harapan mereka amat menggunung untuk melihat Aamir berada di sisi mereka setelah 4 tahun dia melanjtkan pelajaran di Kursk State Medical University, Rusia. Akan tetapi tidak sampai sebulan sejurus dia tamat pengajian dan kembali ke pangkuan keluarganya, Aamir memberitahu bahawa dia akan menyertai Program e-Kasih yang dianjurkan oleh salah sebuah pertubuhan badan bukan Kerajaan (NGO) bagi mengenalpasti masyarakat orang asli yang keciciran pelajaran , tidak mempunyai pengenalan diri di samping memberi rawatan perubatan percuma kepada golongan tersebut selama setahun.
“Mir…” langkah Aamir terpaku lantas dia menoleh….
Sambungan dari eddy yang berepisod2
Aamir terbongkang di atas katilnya di dalam bilik. Biliknya sederhana besar. Maklumlah keluarganya hanyalah keluarga berpendapatan sederhana. Bapanya, Pak Samad seorang guru dan ibunya suri rumah biasa. Di rumah teres tiga bilik di satu taman perumahan di Sungai Buloh itulah dia dibesarkan.
Akhbar utusan tempatan yang telah dibacanya sudah tercerai barai di lantai. Sudah tiga minggu dia meninggalkan negara pencetus ideologi komunis itu namun hatinya tidak tenteram.
Mak Limah menumbuk bawang tengah hari itu. Dia menyeka air mata yang membasahi kelopak matanya. Dia tidak pasti sama ada itu air mata kerana tangisnya mengenangkan anaknya yang seorang itu atau pedih dek bawang.
Mak Limah yang memakai baju kurung kedah biru tua dengan serkup kepala warna jingga berpura-pura tidak menangis apabila melihat kelibat suaminya, Pak Zainal masuk ke dapur. Lelaki itu kelihatan tenang, namun Mak Limah tahu gejolak rasa lelaki itu. Pak Zainal memang tidak begitu mesra dengan Aamir tapi Mak Limah tahu jauh di sudut hati lelaki itu tersimpan rasa sayang yang agung buat anak mereka itu.
“Eh, habislah. Memang tidak ada line langsung,” kata Ramlan yang menghala telefon bimbit Blackberrynya ke sana ke mari. ‘Masaklah kita, tiga bulan kat sini. Hutan dalam ni,” katanya.
“Kat Sabah, Sarawak nanti pun sama kot,” celah Aamir.
‘Gila,” ucap Ramlan.
Part 4, part paling best bg sy
Episod 4 (anggap perbualan adalah dalam bahasa Melayu)
Aamir berjalan laju-laju melintasi pintu-pintu bertulis nama-nama yang cukup sukar untuk disebut itu. Dalam hatinya ada simpan rasa geram yang meruap-ruap. Kehadirannya di pejabat pensyarah itu disulami rasa amarah. Mulutnya berkali-kali mengucap “Mustahil”
Dia berhenti di satu pintu. Tertulis sebaris nama. “Olga Pavlova”. Dia mengetuk pintu agak kuat. Pintu dikuak. Seorang wanita berusia awal 40-an membuka pintu.
“Oh kamu, Aamir Sharafudin Zainal, masuklah” kata Olga amat mengingati nama itu
Tahniah kepada eddy (team B) kerana telah mengolah jalan cerita ni lain daripada yang saya jangkakan, ikutkan saya sendiri hendak membiarkan watak Aamir terjerumus dengan kancah kehidupan orang asli sama ada terkena buatan, terperangkap dengan cinta gadis orang asli ataupun masyarakat di sana sukar / tidak mahu menerima perubahan yang dibawa oleh pasukan sukarelawan yang disertai oleh Aamir serta rakan-rakan yang lain. Walau bagaimanapun team B telah menghidupkan jalan cerita ini dengan mendedahkan rahsia Aamir sebelum kembali ke tanah air, salute juga kepada eddy kerana berusaha untuk mengkaji sedikit sebanyak mengenai Rusia, by the way best gak nama Olga tu . Secara keseluruhan, saya amat menyukainya.
Syabas kepada team B..
Dengan itu saya memberi markah sebanyak 9.6/10 untuk team B
p/s: sorry sebab lambat memberi penilaian
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengumuman penyingkiran ditangguhkan sehingga selepas raya...TQ |
|
|
|
|
|
|
|
encem avvy eddy, tergugat tgk
p/s: matilah lari topik
RosesAre_Red Post at 27-8-2011 17:16
chris evans memang lelaki paling hansem di mata ai |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sixret at 28-8-2011 05:31
JAWAPAN 6 DETEKTIF TERHEBAT
RosesAre_Red
pembunuh-amira
alat-tiada jawapan
motif-tiada jawapan
adifrs
NAMA PEMBUNUH : SOFIA
ALAT : SEMBURAN MNYAK WANGI
MOTIF : HARTA
disebabkan tamak harta sofia & hamidah berpakat utk membunuh sofian. 100% saham jatuh kpd sofia...
pasal mnyak wangi tu...disbbkan sofia tau kandungan mntak itu beracun maka dia tak t'agak2 menyuruh mira hadiahkan mnyak wangi itu dan menyuruhnya menyembur ke seluruh badan sofian pd mlm kejadian.
cinta_ungu
1) Nama pembunuh
- Sofea binti Mudin (ketua)
- Datin Hamidah & Misha (balaci)
2) Alat yang digunakan untuk membunuh
- Minyak wangi Bvlgari Agva edisi terhad yang mengandungi pyrethrum iaitu sejenis ekstrak racun daripada bunga kekwa.
3) Motif pembunuhan
- Untuk mendapatkan harta milik Datuk Zamri yang diwariskan kepada Sofian.
rukiaichigo
1) Nama pembunuh: Sofia
2) Alat yang digunakan: Bunga kekwa
3) Motif: Berniat untuk membolot segala harta wasiat dari Datuk Zamri
ntah2 kan, yg bunuh sofian tu tukang kebun resort tu...
airwickss
1) Nama pembunuh
hamidah isteri datuk zamri yg juga mak tiri sofian
2) Alat yang digunakan untuk membunuh
ekstrak racun dari bunga kekwa.
3) Motif pembunuhan
kerana harta.. hamidah mahu segala harta datuk zamri jatuh ke tangan anaknya sofia setelah kematian sofian....
eddysheddy
1) kamal (dan amira (secara tak sengaja)
2) rokok dan minyak wangi Bulgari agva
3) cemburu sebab dia minat amira
eddy nampak macam obvious sofia dan hamidah yg bunuh
tapi eddy tak tau macam mana diorg membunuh
lg pun duga eddy, ada kemungkinan sofia dan hamidah diobviouskan bg mengaburi pembunuh sebenar. hehehe.. tp mungkin jugak salah
so, eddy pk org lain je lah kot.
then terpk maybe kamal
byk bende yg mencurigakan eddy part sofian dgn kamal.. misalnya dia bg hadiah yg tak tau apa dia, dan dia pun ada bau minyak wangi yg sama, dan dia pun hisap rokok sama2 ngan sofian walhal sofian selama 4 tahun tak penah kepit rokok. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 457# sixret
ble nak tau jwpn nya.... |
|
|
|
|
|
|
|
nih jawapan juri plak
what done cant be undone... all the best
khyree Post at 27-8-2011 01:48
thnaks khaireeselamat hari raya maaf zahir dan batin yerk
mehlah dtg umah |
|
|
|
|
|
|
|
hai semua
ESOK RAYA...yeay!!!
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR dan BATIN
spnpk dpt kenal korang smeua dgn karya masing2 yang kreatif
wlpun iols sempat menjengah sekali sekala jahs
enjoy di hari raya keh
tak lupa gak utk MOMOD khairee n DAUSSALAM AIDILFITRI , MAAF JIKA TERKASAR BAHASA OKEH
..korang mmg DA BOMB!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|