CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladydolph

MAHLIGAI JANNARYL - CINTA SAMPAI KE JANNAH (VILLA 13)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 12-10-2013 08:31 AM | Show all posts
Morning all warga kampung Jannaryl....
Mesti bgn pagi ni rasa bitter je kan.....
Mcm tu la selalunya the first morning after something yg mengejutkan....
Hari ni mesti melambak papers psl this ellaborate hoax ....
Nothing much to say sbb dah said dah apa yg patut semalam.....
Just saying hi to uolls yg iols syg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2013 08:35 AM | Show all posts
Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mohon Maaf Tipu Kahwin

Oleh FERIDE HIKMET ATAK ([email protected])

Suasana agak tegang apabila Aeril Zafrel cuba berkias ketika sidang media pernikahan rahsianya dengan Wawa. Foto RICKY LAI

PETALING JAYA: Pasangan pelakon Aeril Zafrel, 25, dan Wawa Zainal, 22, memohon maaf kerana mengambil langkah menipu peminat dan pihak media mengenai status hubungan mereka yang sebenarnya sudah menjadi suami isteri sejak tahun lalu.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, berkata, mereka menyesal kerana tidak mendedahkan berita berkenaan lebih awal sehingga rahsia berkenaan menjadi bocor dan dilaporkan oleh pihak media.

"Saya memohon maaf kerana merahsiakan perkara ini. Pada perancangan asal, kami ingin mengumumkan status perhubungan ini dua tahun lagi iaitu selepas Wawa menamatkan kontraknya dengan Metrowealth International Group (MIG) pada tahun 2015.

"Jadi saya menghormati permintaan Wawa untuk merahsiakan perkara ini kerana takut dimarahi pihak pengurusan. Tetapi tidak sangka pula perkahwinan kami dilaporkan lebih awal," katanya dalam satu majlis yang diadakan di restoran Western 114 di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.

Dalam majlis itu, kedua-dua pasangan ditemani bapa Wawa iaitu Zainal Abidin Sulong, pengurus Aeril, Shahriman Wahab dan peguam, Zulhasmi Zakaria.

Majlis yang dipenuhi pihak media itu agak tegang apabila Aeril pada mulanya banyak berkias dalam memberikan setiap jawapan sehingga sikapnya itu ditegur oleh para wartawan.

Aeril mengaku sedih apabila anaknya dianggap sebagai anak tidak sah taraf gara-gara sembunyikan pernikahan.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin pula pada majlis itu tampil bertudung litup menjawab setiap persoalan dengan berterus terang namun ada beberapa masa air matanya bergenang selepas diasak pelbagai soalan.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan berkata tujuan mereka menyembunyikan status pernikahan itu adalah berpunca daripada peraturan MIG yang melarang artis naungan syarikat itu untuk bercinta.

Untuk rekod, Aeril pernah menjadi artis MIG tetapi mengambil keputusan untuk keluar sebelum tamat kontrak kerana ingin mendalami ilmu agama Islam selain mengambil keputusan untuk berdikari.

Dalam sidang media berkenaan Aeril mendedahkan mereka telah bernikah sebanyak dua kali masing-masing pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari lalu di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya di sini.

Pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua untuk menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi. Hasil perkahwinan itu mereka telah mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

mStar Online menyiarkan jawapan Aeril dan Wawa berhubung kontroversi berkenaan serta penjelasan David Teo yang dituduh menjadi punca perkahwinan itu terpaksa dirahsiakan.

Aeril (kanan) keluar dari lokasi sidang media tanpa mahu bergambar sebaik sahaja sesi soal jawab tamat.

........................................................................................

AERIL: Saya kenal Wawa pada tahun 2010 ketika sama-sama membintangi filem Klik pada 2010 dan selepas itu kami mula bercinta tetapi dihalang oleh pihak pengurusan MIG. Dan kerana itu apabila pihak media dapat menghidu perhubungan ini kami tidak mengaku bercinta.

Kemudian pada tahun 2011 banyak hal berlaku termasuklah saya menerima penyakit keturunan dan selepas itu barulah saya mendekatkan diri kepada Tuhan. Selepas itu pada 2012 saya terus berjumpa bapa Wawa meluahkan hasrat untuk menikahi Wawa. pada masa sama saya tahu kami tak boleh kahwin sebab akan dimarahi pihak pengurusan. Ye lah sedangkan kami tidak boleh bercinta, apalagi berkahwin.

Maka saya membuatkan keputusan untuk menghalalkan perhubungan ini dengan menikahi Wawa pada 25 Februari 2012 di rumah pengurus saya, Shahriman, mengikut syariat Islam, bukan undang-undang negara. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab.

Mengenai penyakit misteri yang dialami Wawa sehingga terpaksa pulang ke kampung di Lahat Datu, Sabah seperti yang dikatakan itu bohonglah?

WAWA: Tidak! Penyakit misteri itu memang betul. Demi Allah, saya dan adik beradik terkena sihir pada awal tahun ini. Jika ada yang menuduh kononnya saya cuba menutup rahsia perkahwinan dengan penyakit misteri, itu tidak benar. Bagaimanapun Alhamdulillah saya sudah kembali pulih.

Tentang anak pula, apa komen kalian?

AERIL: Setiap pasangan pasti akan diberikan anak. Begitu juga dengan kami. Selepas mendapat tahu Wawa mengandung, saya memutuskan untuk menikah sekali lagi pada 4 Februari 2013 di Masjid Jumhuriah, Taman Dato' Harun, Petaling Jaya dan kali ini mengikut undang-undang pula kerana risau anak kami nanti tidak boleh berbinkan nama saya. Dan Alhamdulillah anak kami lahir pada 24 Ogos lalu dan butirannya sama seperti berita yang dilaporkan.

Wawa Zainal kelihatan sedih dengan insiden yang terjadi.

Kenapa nikah dua kali?

AERIL: Sebelum ini kami nikah kerana mahu menghalalkan hubungan. Bukankah kita perlu mendahulukan agama? Kerana jika diikutkan syariat, kami sah sebagai suami isteri.

Kiranya kalian melanggar undang-undang pada mulanya?

AERIL: Kami mahu menghalalkan hubungan sahaja dan mengikut syariat. Cuma tidak didaftarkan sahaja.

Kenapa ambil masa setahun, kemudian baru nak daftar?

AERIL: Kerana Wawa sudah mengandung dan saya perlu memikirkan masa depan anak saya.

Kenapa tipu apabila wartawan tanya tentang perhubungan kalian?

AERIL: Saya nafikan perkara ini kerana hormat permintaan Wawa. Dia takut dimarahi MIG. Sebab itu kami terpaksa rahsiakan. Lagi pun memang kami ada rancang untuk memberitahu hubungan ini selepas tamatnya kontrak Wawa dengan MIG pada 2015. Tetapi ia dibongkar terlebih dahulu oleh pihak media. Sekarang ini saya rasa seperti dalam peperangan ketika menghadapi situasi ini.

WAWA: Macam ini, kami meminta maaf kepada semua kerana penafian ini. Apa yang dilakukan semuanya bersebab.

Aeril menyarungkan cincin ke jari Wawa semasa majlis pernikahan mereka.

DIKUARANTIN PIHAK MIG

Kenapa nak takut dengan David Teo (Ketua Pegawai Eksekutif MIG) pula?

WAWA: Kamu semua tidak tahu bagaimana cara pengurusan MIG. Memang saya takut dimarahi David. Mereka pernah kuarantin saya selama sebulan semata-mata mahu menghalang saya berjumpa dengan Aeril. Dan bukan senang untuk saya keluar daripada MIG.

Jadi kontrak sekarang macam mana?

WAWA: Saya masih mahu meneruskan karier lakonan, tetapi tentang kontrak saya tak pasti.

Sebelum ini Wawa kata kena sihir dan pada masa sama Wawa mengandung. Macam mana pula ceritanya itu?

WAWA: Saya terkena sihir ketika bulan Mac (2013) dan masa itu memang sedang mengandung. Alhamdulillah penyakit saya itu sudah sembuh sebelum melahirkan anak lagi.

Menyesal kerana tidak mendedahkan perkara ini lebih awal?

AERIL: Ya saya menyesal kerana tidak mendedahkan status perhubungan ini lebih awal dan pada masa sama tertanya-tanya apakah tujuan wartawan itu mendedahkan hal kami? Mengaku atau tidak, itu hak kami untuk memberitahu.

Saya sedih apabila banyak tohmahan dilemparkan kononnya anak saya tidak sah taraf. Apabila tengok anak sedang tidur, saya menangis sedih kerana anak itu dianggap anak haram. Saya tak kisah diri ini dihina, tetapi disebabkan pihak itu mendedahkan anak saya tanpa kebenaran, buatkan saya sedih.

David Teo

DAVID TEA NAFI HALANG CINTA AERIL & WAWA

Sementara David Teo yang dihubungi pula menafikan dakwaan pihaknya tidak memberi kelonggaran kepada artis naungan mereka berkahwin.

Katanya, walaupun dalam kontrak menjelaskan seseorang artis di bawah jagaan MIG dilarang bercinta, tetapi mereka tetap memberi kelonggaran sekiranya artis tersebut mengesahkan status masing-masing.

Adakah benar David menghalang cinta Aeril dan Wawa?

DAVID: Saya menafikan sekeras-kerasnya. Memang dalam kontrak kami tidak membenarkan artis bercinta. Tetapi mereka boleh membuat pengesahan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka sudah berkahwin.

Kami membuat perkara ini bagi menjaga maruah artis itu dan untuk mengelak perkara yang tidak diingini seperti ditangkap khalwat selain menjaga nama baik syarikat, itu sahaja. Cuba lihat artis-artis sebelum ini seperti Lisa Surihani, Farid Kamil dan terbaharu, Diana Amir, mereka semua membuat pengesahan dengan pihak syarikat mengenai status diri masing-masing.

Adakah benar MIG sendiri pernah mengkuarantin Wawa?

DAVID: Tidak mungkin! Itu tuduhan mengarut. Jika benar di kuarantin, macam mana Wawa boleh menyelinap keluar daripada kediaman yang pihak MIG sediakan untuk berjumpa dengan Aeril? Dan jika di kuarantin, maka mereka tidak mungkin boleh ada anak, bukan?

Dalam situasi sekarang ini, adakah David masih menerima Wawa sebagai artis MIG?

DAVID: Setakat ini dia tidak melanggar kontrak. Cuma dia tidak membuat pengesahan mengenai statusnya sebagai isteri dan ibu. Ya, saya masih menerimanya kerana kejelitaannya yang dilihat boleh pergi jauh dalam industri seni tempatan.



*2015 baru nak bgtau...lamanyaaaaaa
*cops at the 1st place jannah tau tak izaryl ni dah kawin...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
bila dah mengandung, mana la boleh sorok lg.. lain la klu still berdua.. haihhh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 09:00 AM | Show all posts
irsuzie posted on 12-10-2013 08:35 AM
Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mohon Maaf Tipu Kahwin

Oleh FERIDE HIKMET ATAK ()

Gamaknya kalo tak hadir ke dunianya AFA, kita akan masih ditipu hidup2 utk 2 tahun lagi....
But anyway, gelak sorg2 baca stetmen DT... Mana mungkin ada baby kalo dikuarantin? Adehhhh.....


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
ladydolph posted on 12-10-2013 09:00 AM
Gamaknya kalo tak hadir ke dunianya AFA, kita akan masih ditipu hidup2 utk 2 tahun lagi....
But a ...


sbb lama tak jumpa la tu kot.. sebulan.. but they should've came out earlier.. let's say ww dah preggy 4-5 bulan ker.. klu tak mmg org fikir yg bukan2 la.. tak semua org baik.. Last edited by rienn on 12-10-2013 09:16 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 09:12 AM | Show all posts
mrszack1 posted on 11-10-2013 11:45 PM
Wakakaka....cik senah pun...ambik ko skli gambo anak sendiri..senang.abis cite...ekekkeke

lepas ni kalau bengang pun x yah tukar avvy lagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2013 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
ahnafnia posted on 12-10-2013 09:12 AM
lepas ni kalau bengang pun x yah tukar avvy lagi..

cik senahhhh nak felukkkkk huwaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 09:14 AM | Show all posts
ladydolph posted on 12-10-2013 09:00 AM
Gamaknya kalo tak hadir ke dunianya AFA, kita akan masih ditipu hidup2 utk 2 tahun lagi....
But a ...


mmg derang bagi nama anak derang AFA ek


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2013 09:16 AM | Show all posts
KOSMO ARTICLE... DORANG NI LAGI ....HMMM

Bertudung bukan imej kekal eh? Ooooookayyyyyy...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
irsuzie posted on 12-10-2013 08:35 AM
Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mohon Maaf Tipu Kahwin

Oleh FERIDE HIKMET ATAK ()

Boleh tahan skill membohong....memang mcm pinang dibelah dua...kurang cerdik tapi pandai menipu....hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
ladydolph posted on 12-10-2013 09:16 AM
KOSMO ARTICLE... DORANG NI LAGI ....HMMM

Bertudung bukan imej kekal eh? Ooooookayyyyyy...

Masih nak berlakon jadi lead aktres....yg pakai tudung gi press conference buat apa? Kan masa mengandung letak gambar pakai tudung labuh agaknye nak cover muka sembab...dah satu bulan after childbirth, letak gambar glam pulak.....sorry, but hilang respect...such a pity...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 09:28 AM | Show all posts
ladydolph posted on 12-10-2013 09:16 AM
KOSMO ARTICLE... DORANG NI LAGI ....HMMM

Bertudung bukan imej kekal eh? Ooooookayyyyyy...


ada hati nak buat comeback ler tu...hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
ladydolph posted on 12-10-2013 09:00 AM
Gamaknya kalo tak hadir ke dunianya AFA, kita akan masih ditipu hidup2 utk 2 tahun lagi....
But a ...

Dan gamaknya klau AFA xhadir kedunia...prkahwinan deols pun xakan didaftarkan sb xnak ada bukti n dikesan.

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 09:31 AM | Show all posts
amahnis posted on 12-10-2013 09:29 AM
Dan gamaknya klau AFA xhadir kedunia...prkahwinan deols pun xakan didaftarkan sb xnak ada bukti n  ...

Yes. Aku agree.... Tak kan daftar and continue deny jer la
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 09:31 AM | Show all posts
ladydolph posted on 12-10-2013 09:16 AM
KOSMO ARTICLE... DORANG NI LAGI ....HMMM

Bertudung bukan imej kekal eh? Ooooookayyyyyy...

Aku dah agak dah gitu...


Jgn poyo la cakap laki dia berjaya bimbing dia tukar imej..


Last edited by aviators on 12-10-2013 09:33 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 09:38 AM | Show all posts
fayy posted on 12-10-2013 09:21 AM
Boleh tahan skill membohong....memang mcm pinang dibelah dua...kurang cerdik tapi pandai menipu... ...


pembohongan yg menjerat diri sendiri

aeril pon x sangka nak jd famous pas cinta jannah

maybe derang rasa derang ni setakat pelakun tempelan je...x saper nampak

klau tau nama nak top pas CJ awal2 dah pkai protection ..ooopssss

org xkan tau derang dh kawin sampai thn 2015 khen

dah rezeki anak ko AFA ko jadi ngetop...apak mak jd joyahan seluruh malaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2013 09:40 AM | Show all posts
amahnis posted on 12-10-2013 09:29 AM
Dan gamaknya klau AFA xhadir kedunia...prkahwinan deols pun xakan didaftarkan sb xnak ada bukti n  ...

teringat kisah RR kalau dia tak pregnent tak tau rupanya dah kawen kat siam............aduiiiiiiiiii

Eh....lupa bagi salam, Assalamualaikum uols semua, jadi SR je semalam, sebab dah tak tau kata apa lagi, yg penting tipah tertipu bang..........huhuhu

bawa hati...layan Sandra Bullock in "While You Were Sleeping" last2 iols yang sleeping aduiiii.....



Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 09:40 AM | Show all posts
rienn posted on 12-10-2013 08:14 AM
cik senahhhh nak felukkkkk huwaaaa

dah2.. toksah sedey2.... sambil gosok belakang..


giler ke haper 2015 baru nak bgtau..

nak kurung anak dalam umah.. 2015 baru bwk keluar ker


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
sue_liah posted on 12-10-2013 09:28 AM
ada hati nak buat comeback ler tu...hmmmm

Siap pakai contact lens yg ada colour .....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 09:41 AM | Show all posts
jadi aeril mmg dh kawen la kan dgn wawa, dh ada baby pun
alhamdulillah x yah dh nak sorok2
kahwin tu benda mulia, seharusnya bagitau kat org
me okay jer dorg berdua neh, dh jodoh kan, sepadan jer
and me pun x de la gigih nak aril dgn nely, just suka tgk dorg berdua jer
me dh faham sgt dh kita neh x leh beria sgt shipping artis neh, karang dorg end up dgn orang lain kita plak yg kuciwa mcm putus cinta Last edited by twinkystar on 12-10-2013 09:43 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.299276 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list