CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shahgti

All about Republic of Turkey (Istanbul etc...)

   Close [Copy link]
Post time 10-1-2008 01:13 AM | Show all posts

Reply #457 norsh05's post

saya pergi summer time ... 28 ogos hingga 3 sept ... kira kami sambut merdeka 2005 di istanbul

btw hari kemerdekaan turki adalah pada 30 ogos ... sehari sebelum kita ... memang time tu byk kereta polis esp kat area taksim square ... tapi kami missed the parade sebab x tau hari tu kemerdekaan turki ...kalau x boleh keluar awal pagi ke taksim square ... national parade buat di ankara ... kat taksim tu kira cam mini parade la kut ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2008 06:31 PM | Show all posts
Originally posted by fistik at 10-1-2008 01:07 AM
turkish delight ni manis yg amat kan ... saya pun beli suma flavor on the display sebab nak rasa ... tapi kureng dapat sambutan dari my family ...

btho ada beli yg rupa cam nougat tu tak ? my ...

tak beli.
but my auntie beli.
anak dia suker sgt.
anak dia kata, "umi, jom pegi turki - beli lagi."
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 04:04 AM | Show all posts
Menyelusuri kota bersejarah

Oleh BRAD HONYWILL


Dari masjid kurun ke-17 sehinggalah istana kurun ke-15, Istanbul kaya dengan sejarahnya.


"REKAAN dalaman Hagia Sophia."

JAM menunjukkan pukul 5.30 pagi dan bunyi muazzin melaungkan azan,menyeru umat Islam menunaikan sembahyang bergema di bandar Istanbul,Turki.

Tidak lama kemudian, terdengar pula bunyi yang sama kedengaran darimasjid-masjid berdekatan dalam bulatan bandar yang penuh harmoni.

Semakin lama, sifat semula jadi bunyi itu semakin dirasa mendamaikan.

Sekurang-kurangnya, anda mula sedar bahawa anda kini berada disempadan antara Eropah dan Asia dan ia bukanlah sekadar satu bandarmetropolis Barat.

Tidak lama kemudian, matahari terbit dan 'melodi bilal' tadibertukar kepada bunyi-bunyi hon kenderaan serta suara-suara berbahasaTurki.

"SALAH satu mercu yang terdapat di kawasan Sultanahmet."


Berkapasiti 12 juta penduduk, kebanyakan orang terperangkap dalamlalu lintas di kota lama paling hampir dengan Laut Marmara danMediterranean itu ekoran kurangnya peraturan jalan raya di situ. Dalamkeadaan tertentu, bahkan terdapat pelbagai gabungan bunyi yang bersatudi jalan raya ibarat trompet. Semua orang kelihatan bergegas ke halatuju yang hanya mereka sahaja yang tahu.

Walau apa pun, Istanbul telah menjadi pusat bagi dua empayar dan duaagama utama dunia sejak ia ditemui oleh Yunani sekitar 660 sebelumMasihi sebagai kota Byzantium.
Maharaja Rom, Constantine the Great menjadikannya ibu kota timurbagi empayar Rom pada tahun 324 Selepas Masihi dan menamakannya RomBaru. Tetapi, ia sebaliknya lebih dikenali sebagai Constantine polsebelum Constantinople.

Apabila empayar Rom Barat runtuh, empayar Rom Timur dikenali sebagaiempayar Byzantine dan Constantinople dipilih sebagai ibu kota empayardan pusat gereja Ortodoks Timur sehinggalah ia ditawan orang Turki padatahun 1453.

Pada masa itu, Constantinople yang kemudiannya dikenali sebagaiIstanbul telah menjadi ibu kota bagi empayar Uthmaniyyah dan menjadipusat utama agama Islam. Kekuasaannya yang panjang bagaimana punberakhir selepas Perang Dunia Pertama.

Bukti peninggalan kuasa Islam dapat dilihat di mana-mana, bermuladari binaan Hagia Sophia atau Ayasofya yang pada asalnya dibina padakurun ke-empat sebagai gereja. Kerajaan Uthmaniyyah telah menukarkannyakepada masjid dan menampal mozek-mozek Kristian. Bagaimanapun, ia kiniterpelihara dan bahagian yang berusia 1,600 tahun itu dijadikan muzium.


"ISTANA Topkapi dan pelbagai binaan bersejarah melatari pemandangan Istanbul."

Hagia Sophia terletak dalam kawasan kota yang dinamakan Sultanahmetyang menempatkan Masjid Biru, Istana Topkapi, Pasar Rempah dan BazaarUtama, kesemuanya tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk diteroka.

Masjid Biru adalah salah sebuah bangunan keagamaan yang sangatterkenal di dunia, yang dibina dari tahun 1609 hingga tahun 1616berdekatan Hagia Sophia. Istana Topkapi pula adalah tempat bersemayamsultan-sultan kerajaan Uthmaniyyah dari akhir kurun ke-15 hinggalahistana Dolmabahce dibina pada kurun ke-19.





Pasar Rempah dan Bazaar Utama menjadikan Istanbul medan pertukaranbarang dagangan antara Timur dan Barat. Pasar rempah dibina pada tahun1660 dan Bazaar Utama yang meliputi 65 batang jalan itu pula dibinapada tahun 1461. Bazaar Utama yang dilihat sebagai prototaip pusatmembeli-belah moden merupakan salah satu daripada tempat menarik diIstanbul.
Kedua-dua tempat ini terkenal menjual pelbagai jenis barangan.Produk yang berkualiti tinggi dan pakaian penuh gaya boleh didapatipada harga rendah.

Bagaimanapun, budaya membeli-belah di sini mengkehendaki andaberjaga-jaga agar produk yang dibeli bersesuaian dengan harga dankualitinya. Dan, anda perlu menjangkakan taktik-taktik jual beli yangbertekanan tinggi terutamanya untuk membeli permaidani.

Permaidani yang baik sepatutnya merupakan buatan tangan darikampung-kampung pedalaman Turki tetapi terdapat banyak permaidanitiruan yang sesetengahnya adalah buatan China.

Selain itu, para pelancong juga harus beringat agar jangan sesekalimasuk ke dalam bar atau restoran tanpa memeriksa menu terlebih dahulu,terutamanya jika anda dipelawa oleh orang tempatan yang bersediamenemani anda di salah satu kawasan utama pelancong, seperti dataranTaskim.

Bahkan, selepas berwaspada dengan amaran seperti ini, saya masihtertipu. Pada satu malam, saya telah mengambil teksi ke Taskim. Tidaklama selepas keluar dari teksi, seorang lelaki mendekati saya dengansenyuman dan bertanya dari mana asal saya. Apabila saya berkata Kanadadia tersenyum lebar, dan mendakwa yang abangnya tinggal di Toronto dandia sukakan orang Kanada.


"HOTEL Pera Palas, seni bina Perancis yang menarik."

Dia mengesyorkan sebuah bar berhampiran yang dinamakan Toyland. Bilasampai di sana, dia menempah wain dan hidangan pembuka selera Turki.Selepas mengambil seteguk wain, saya baru teringat untuk bertanyakanharga sebotol wain itu kepada pelayan. Jawapannya, jika ditukar kepadadolar Kanada ialah $400 (RM1,274)!

Saya enggan membayar dan mahukan campur tangan polis. Dikelilingioleh samseng, saya telah ditunjukkan dengan satu senarai harga menuyang tertampal di hadapan pintu. Saya akhirnya bersetuju untuk membayar$50 (untuk segelas wain saya dan terus keluar dari situ sementaralelaki tempatan yang membawa saya ke restoran tersebut sudah lama lesap.

Saya kemudiannya diberitahu masyarakat tempatan bahawa lelakitersebut bekerja mendapatkan komisen dari bar-bar dan mungkin akandapat separuh bahagian jika dapat memikat pelancong masuk ke dalam bar.

Pegawai polis yang saya temui untuk membuat aduan tidak jauh daribar itu berasa malu dan berkata, 'anda perlu berhati-hati, negara inikadang-kadang gila.'

Pesan saya seterusnya, jangan menginap di Hotel Pera Palas Istanbuljika mahukan lif yang laju, penyaman udara yang efisien dan kemudahanrekreasi yang menjadi antara perkara-perkara mustahak bagi anda.

Tetapi, jika anda sukakan sejarah dan mahu menghayati keindahanbangunan-bangunan era kurun ke-20 yang sering menjadi kunjungan orangkaya dan terkenal, maka hotel berdekatan pusat membeli-belah pejalankaki Istiklal Caddesi ini adalah pilihan yang baik.
Hotel 145 bilik itu telah dibuka pada tahun 1891 di saatpemerintahan empayar Uthmaniyyah semakin terjejas berikutan pendudukanPerancis di Turki.

Direka oleh arkitek Perancis, Alexander Vallaury, Pera Palas menjadikan Istanbul mirip Eropah.
Hotel tersebut pernah didiami oleh individu berprofil tinggi dalamdunia politik seperti Reza Shah Pahlavi dari Iran, King Edward VIIIdari England, Jacqueline Kennedy dan Presiden Perancis, Valery Giscardd'Estaing.

Tetapi dua tetamunya yang paling terkenal ialah bapa pemodenanTurki, Mustafa Kamal Ataturk dan novelis misteri, Agatha Christie.Ataturk ialah tokoh Perang Dunia Pertama yang merevolusikan negara itudengan menjadikannya negara sekular. Dia diberikan penghormatan dengansebuah muzium mengenainya diwujudkan dalam hotel. Begitu juga Christie.

Struktur seni bina lamanya turut terpelihara di dewan utamanya lif berpagar yang dioperasikan oleh bellman yangmesra. Dewan utama tersebut juga menyediakan seleksi makanan tempatanyang segar dan hebat setiap pagi dengan lauk-lauknya dipelbagaikan.

Kekurangan hotel ini ialah kelemahan sistem penyaman udara dalambilik bersiling tiga meternya. Masalah itu bagaimanapun dapatdiselesaikan apabila kami berpindah ke sebuah bilik dengan silingberketinggian biasa.

Kekurangan lain yang kami dapati ialah satu perkara yang tidak adakaitan dengan usia bangunan tersebut. Kami terkejut ketika mendaftarkeluar apabila mendapati bil untuk membuat beberapa panggilan tempatanyang pendek berjumlah lebih daripada $200 (RM637).

Jadi, saya simpulkan nikmatilah keseronokan menginap di Pera Palas,hotel bersejarah yang mengagumkan ini. Cuma, jangan sesekali andaberkongsi kegembiraan tentangnya dengan sesiapapun menerusi telefon dibilik hotel.




aku dah gi istanbul ni!!   memang best......dan aku nak pergi lagi.. this time back packing
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 02:21 AM | Show all posts
bulan brp paling best pegi istanbul? :eek:
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 02:53 AM | Show all posts

Balas #465 epitome\ catat

plan nak pegi ke?

beh2......
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 02:56 AM | Show all posts

Reply #466 iza_yuss's post

plan nk pegi cuti sekolah bulan 5 neh...

dah ujung2 spring kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2008 08:43 AM | Show all posts
Originally posted by epitome at 18-2-2008 02:56 AM
plan nk pegi cuti sekolah bulan 5 neh...

dah ujung2 spring kot..


Sy pon nk pergi Turkiye neh, tp bulan 6 la, sbb 6-13 Jun kene gi Spain, lps tu direct gi Istanbul ... kalo leh gi Jun, jom la gi sesame (nk backpack boleh, nk pakai tour group pon ok) ... Lagi satu, epitome nk pergi Turkiye tu berapa lama?

[ Last edited by  amaryusof at 18-2-2008 08:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 04:17 PM | Show all posts
seronok nyer baca citer korang gi turki...
kalau cam nie... kena lah pasang cita2 tuk ke sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2008 07:16 AM | Show all posts
Tulip milik Istanbul

Dengan pelbagai jenis warna tulip yang ada, ia secara tidak langsung menjadi tarikan pelancong untuk menghayati keindahannya.


KEINDAHAN tulip sering menjadi pilihan jurugambar untuk merakamkannya.

PEMANDANGAN matahari terbenam di Bosphorous pada bulan April menjadikan Istanbul semakin terserlah dengan keindahan kuntuman mekar bunga tulip yang menghiasi bandar tersebut.

Dengan kuntuman tulip menghiasi hampir setiap pelosok bandar, Istanbul berharap untuk mengingatkan dunia bahawa Turki, sebuah negara yang sering dikaitkan dengan keju, kasut dan kincir angin, kini kaya dengan bunga.
" Pada awalnya Istanbul adalah sebuah bandar tanpa bunga, tetapi kini tulip telah pun kembali menceriakan suasana," kata Datuk Bandar Istanbul, Kadir Topbas.

"Masyarakat di bandar ini amat teruja dan seronok melihat bunga tulip yang mekar berkembang. Ia sebenarnya adalah hasil program bulb-planting yang bermula tiga tahun lalu."

Tulip sebenarnya berasal dari timur Turki dan ditanam oleh Ottoman yang kemudian membawa bunga itu ke Istanbul di mana mereka menghiasi istana sultan dan taman-taman di sekitarnya.

Perkataan tulip itu sendiri berasal daripada perkataan Turki iaitu tulbent yang merujuk kepada serban di kepala sultan yang seakan sama dengan bentuk bunga tersebut.

Hari ini, tulip telah ditanam di pesisir pantai Marmara hinggalah ke bandar Istanbul. Dengan pelbagai jenis warna tulip yang ada, ia secara tidak langsung menjadi tarikan pelancong untuk menghayati keindahannya.

" Tulip ada bersama kami sejak beribu tahun dahulu, tetapi malangnya ia telah menjadi sesuatu yang dilupakan," kata Topbas.
Dia berharap dalam tempoh bunga ini mekar berkembang, ia akan mengembalikan kenangan terhadap kawasan mereka dalam budaya Turki.

Selain bulb-planting, festival tulip selama sembilan hari dan pameran foto mengenai 100 bunga tulip paling cantik di bandar itu, Majlis Bandaraya Istanbul juga telah memulakan projek pertanian tulip dan berharap ia akan berkembang sebagai satu industri.

" Belanda sudah pasti mempunyai industri bunga tulip yang terbaik, tetapi saya berharap kami juga boleh menjadi pengeksport tulip satu hari nanti," tambah Topbas.

Perniagaan tulip yang baru bermula di Istanbul telah menyediakan pekerjaan kepada kira-kira 10,000 orang. Tetapi Topbas berfikir pada masa akan datang, industri ini boleh menghasilkan 230,000 peluang pekerjaan di bandar tersebut.

" Saya pasti, kami boleh mengatasi Belanda dalam industri tulip. Tulip adalah sesuatu yang paling indah di Istanbul," kata Melek Polot, 40, salah seorang pelawat yang menyaksikan pameran bunga itu di Bosphorous.
Menurut Lembaga Pemasaran Pertanian Belanda, negara itu merupakan pengeksport bunga tulip terbesar di dunia dengan pendapatan kira-kira RM33 bilion pada tahun 2007.

Jika pelbagai usaha kerajaan Turki untuk meningkatkan industri tulip berjaya, tidak mustahil, negara itu boleh mencatat pencapaian seperti Belanda.

Dataran tulip di Belanda yang mempamerkan pelbagai jenis warna tulip telah terbukti mampu menarik ribuan pelancong untuk menyaksikannya setiap tahun sekali gus membolehkan ekonomi Belanda meningkat dengan bunga ini.
Bunga tulip juga sering menjadi motif kegemaran terhadap artis Ottoman menghasilkan karya seni mereka.


PENDUDUK Istanbul menikmati keindahan bunga tulip di sebuah taman.

Majlis Bandaraya Istanbul berkata, mereka telah membelanjakan kira-kira RM6.47 juta untuk projek dan festival tulip.
Namun, terdapat sesetengah orang berpendapat jumlah itu seharusnya digunakan untuk pembangunan.

"Tulip memang sejenis bunga yang cantik, tetapi ia hanya kekal untuk jangka masa pendek. Adalah lebih baik wang tersebut dibelanjakan untuk projek infrastruktur," kata seorang pemandu teksi berusia 55 tahun, Ismail Avcilar.

Bagaimanapun, masih ramai yang berbangga dengan tulip seperti Lale Atik, 59 yang berkata, dia faham mengapa dunia telah melupakan bunga yang sebenarnya berasal dari Turki itu.

"Belanda mengimport benih tulip, menanamnya dan mengembangkan jenis baru manakala kita hanya mampu melihatnya. Tetapi kini, kita boleh mencipta kenangan lama bersama tulip di Istanbul," ujarnya sambil tersenyum. - Reuters



byk tempat leh pergi nanti bila kat istanbul.. cantik tulip ni.. tak yah ler gi holland nak tengok tulip.... istanbul pun dah ada

[ Last edited by  amazed at 24-4-2008 07:17 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 09:05 AM | Show all posts
sejuk mata bila melihat scenery tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 08:31 AM | Show all posts
U all pergi instanbul, mmg berbaloi..

Dah lah cantik, tempat happening...
Malam malam bandar dia macam bandar Madrid, NY, London, tak pernah mati...
Kalau nak explore Athens, ambil flight, kejap je..
Tapi Greece, mmg boring...setakat nak kenal kenal...ok lah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 08:32 AM | Show all posts
naik teksi, berhati2..Mereka tu , kaki pau....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 10:16 AM | Show all posts
Pernah ada kwn org turki..derang pi UK ambik English course..Derang nih muslim tapi arak semua tu depa bantai..tapi
derang semua baik2 & friendly
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 08:49 AM | Show all posts
Ala... babi pon depa bedal. Eropah la katakan.

Btw sy pon ingat nak gi Turki bulan 9 ni. Jumpa awek Turki kt Altanya.
Dia praktikal jadi tourist guide kt situ.
Agak2 seminggu cukup tak nak gi Istabul dgn Altanya ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 10:29 AM | Show all posts

Reply #474 cupcakes's post

itu la...
mcm my tourist guide ari tu.. mengaku dier org islam.. tp bile malam.. dier lepak kat pub and minum2..
pastu pagi tu.. mule laa nmpk cam lalok kejap.. but overall.. mmg baik n frenly...
last time pergi april 2006..nih dah 2008... rase cam kejap je masa berlalu..
nak pi lagi laaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 01:28 AM | Show all posts

Reply #476 fadhil's post

Nak tanye,duit Turkey ni mahal ker kalu nak dibandingkan dgn ringgit?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2008 01:36 AM | Show all posts

Reply #477 kucing1's post

yup..
mahal jugak..
time aku pergi dulu.. around RM 2.70 = 1 turkish lyra...
since US dollar dah jatuh.. rasenye murah sket kot skang nih
time aku pergi tu.. 1 USD = rm 3.60
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 02:38 AM | Show all posts
Originally posted by fadhil at 27-4-2008 01:36 AM
yup..
mahal jugak..
time aku pergi dulu.. around RM 2.70 = 1 turkish lyra...
since US dollar dah jatuh.. rasenye murah sket kot skang nih
time aku pergi tu.. 1 USD = rm 3.60


tapi awat forumers2 kat sini banyak cerite jaket ,brg murah2 jer...kadang2 kite boleh misjudge mcm duit rupiah Indonesia ribu2 tapi nilai rendah kot...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 03:08 AM | Show all posts

Reply #479 kucing1's post

brg kat turki xde la murah sgt ... esp ngan currency lira yg agak tinggi ... tapi jaket kulit dia memang murah la compare ngan negara lain ...

masa kami pergi tahun 2005, kawan saya beli 4 jaket (kulit anak kambing) dgn RM800 je ... sedangkan jaket camtu kalau kat US ... dlm USD200 selai ....rambang mata tengok jaket yg lawa2 design dia ...

tapi kena pandai survey dan bargain la ...sebab dengar forumer yg ikut pakej, guide bawak gi kedai kulit yg mahal2 ...cam kami free n easy ...5 mlm kat istanbul saja...tu yg sakan tawaf grand bazar tu ...kedai2 dia kadang2 tersorok ...kena turun tangga ...ground level ..

rindu sungguh ngan istanbul ... aritu x sempat gi turkish bath ... perhaps another time

[ Last edited by  fistik at 27-4-2008 02:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 10:15 AM | Show all posts
Originally posted by fistik at 8-1-2008 09:13 PM
http://pic50.picturetrail.com/VOL1629/9300285/17031259/297341542.jpg

http://pic50.picturetrail.com/VOL1629/9300285/17031259/297341541.jpg

http://pic50.picturetrail.com/VOL1629/9300285/17031 ...


fistik..
awak pergi amek agency mana?
mahal tak? apple nk tau overall cost jugak nih

apple nk plan utk honeymoon la...
sesuai tak turki utk honeymoon? kalo xmo guna tourist guide agak2 senang ke nk plan suma sendiri?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.560411 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list