Post Last Edit by bunick at 8-10-2010 09:58
Masa terus berjalan tanpa menunggu sesiapa pun. Dan sedar tak sedar, lagi seminggu Kia akan bergelar isteri kepada Jihad Ikhmal. Dan pastinya kedua mereka begitu terkejar-kejar membuat persiapan perkahwinan yang begitu ad hoc itu. Hasil dari kerahan tenaga yang dibuat ke atas tiga talian hayat Kia, segalanya berjalan dengan lancar dan teratur. Masing-masing begitu teruja untuk membantu Kak Long mereka menyediakan kelengkapan yang diperlukan.
“Apa lagi yang nak beli ni?” soal Hijjaz pada Miko ketika mereka berada di gedung alat perkahwinan terbesar di Nilai. Mereka sendiri begirtu sibuk menolong Kia pada saat-saat akhir ini.
“Nak kena cari bekas bunga telur je lagi.” Miko terus menyusuri rak yang bersusun di dalam kedai tersebut.
“Awak bersungguh-sungguh macam kita pulak yang nak kahwin. Dah tak sabar-sabar ke?” usik Hijjaz.
“Cik abang oi, sekarang ni kita tengah survey sekali la. Serampang dua mata.” Miko kenyit mata pada Hijjaz. Cute!
“Hijjaz!”
Miko dan Hijjaz berpaling ke arah pintu kedai dan serentak seorang wanita yang berpakaian agak seksi melangkah masuk ke dalam kedai itu.
Hijjaz terus menarik tangan Miko dan mereka berdua berlalu dari situ. Namun langkah mereka terhenti sebaik sahaja Maria menghadang perjalanan.
“Hai, shopping barang kahwin nampak. Bukan hari tu you all dah kahwin ke?” sinis sekalai nada suara Maria.
“None of your business Maria. Please excuses us.” Hijjaz masih memegang tangan Miko.
“I told you before Jazz, I won’t let you go. I tau you tipu I bila you cakap you dah kahwin dengan perempuan ni.” Maria masih belum berganjak dari tempat dia berdiri.
“You nak apa lagi Mar? Its over.Kita dah putus okey!” Hijjaz mencerlung tajam pada Maria.
“I tak boleh lupakan you Jazz. Please come back to me.” Rintih Maria perlahan. Tidak dipedulikan Miko yang sedang memerhatikan gelagat menggodanya itu. Dia cuba meraih tangan kiri Hijjaz.
“Awak bincanglah dengan dia, saya balik dulu.” Miko rentap pergelangan tangannya dari Hijjaz dan dia cepat-cepat keluar dari kedai itu. Meluat sungguh dia bila melihat tingkah Maria dan Hijjaz tadi. Dan Hijjaz pula langsung tidak berusaha untuk menepis tangan Maria bila perempuan itu cuba memegang tangannya.
“Mik, tunggu!” Hijjaz cuba mengejar Miko, namun Maria lebih cepat memegang kejap lengannya membuatkan langkahnya terhenti.
“Jazz, let her go. I sanggup buat apa saja untuk you. Please Jazz, I love you so much.”
“Maria, lepaskan tangan I. Jangan sampai I berkasar dengan you.”
“Jazz, I betul-betul menyesal sebab tinggalkan you dulu. Kita balik macam dulu? I’m begging you Jazz…”
“I dah tak sayangkan you Maria. Memang I belum kahwin dengan Miko, tapi dia akan jadi isteri I soon. Tolong jangan ganggu kami lagi. Kita dah tak ada apa-apa.” Hijjaz terus berlalu meninggalkan Maria yang masih menangis di dalam gedung itu.
Langkahnyadilajukan untuk mengejar Miko yang sudah menghilang entah ke mana. Dia cuba mendail nombor Miko, namun hampa kerana Miko langsung tidak menjawab panggilannya.
“Please picked up the phone Miko…” Hijjaz sudah bercakap sorang-sorang sambil pandangannya melilau ke kiri dan kanan jalan mencari tunang tersayang. Ikutkan hati, nak aje dia tampar Maria yang langsung tidak segan silu merayunya di hadapan Miko. Dia yakin Miko pasti cemburu dan terluka bila menyaksikan adegan antara dia dan Maria tadi.
Langkahnya terhenti bila melihat kelibat Miko di hadapan surau. Cepat-cepat dia melintas jalan dan mendapatkan Miko yang masih berdiri di hadapan surau itu.
“Miko!” Laungnya pada Miko setelah dia kini berada pada jarak 30 meter dari Miko. Dia gamit Miko ke arahnya, namun Miko buat tidak nampak sahaja.
Hijjaz pandang keliling sebelum dia mendapatkan Miko, walaupun agak tidak manis untuk dia berada di hadapan surau wanita itu, namun dia tebalkan muka. Dibuatnya Miko merajuk sampai ke petang, tak ke nanti dia yang kena marah dengan housemate Miko yang lain.
“Saya nak sembahyang…” Miko serahkan plastik beg kepada Hijjaz dan dia terus melangkah masuk ke dalam surau. Dibiarkan sahaja Hijjaz yang masih terpinga-pinga di hadapan surau itu.
Tau pulak nak kejar aku lepas bermesra dengan ex girl friend dia yang gedik tu…gumam Miko sendirian. Handphone di dalam poket seluar dia keluarkan dan tukar kepada mode silent. Nanti tak pasal-pasal pulak dia bersilat terkejut kalau tiba-tiba telefon berdering sewaktu khusyuk menunaikan solat.
Usai solat Zuhur, Miko melangkah keluar dari surau dan dia dapati Hijjaz sudah pun menunggunya di luar surau. Dia melangkah ke arah kereta Hijjaz yang diparkirkan berhadapan dengan surau. Tanpa mempedulikan Hijjaz yang masih berdiri memerhatikan langkahnya, Miko terus sahaja membuka pintu kereta.
“Miko, tak nak makan dulu ke?” Hijjaz menghalang Miko dari membuka pintu kereta.
“Saya dah kenyang tengok drama swasta tadi.” Offhanded Miko menjawab.
“Miko, listen to me okey. Awak nampakkan yang Maria sengaja nak buat awak marah. Dan awak nampak macam mana saya tak nak layan perempuan tu.”
“Tapi kenapa awak tak tepis bila dia pegang tangan awak? Tak sampai hati sebab awak masih sayangkan dia kan?” Kemarahan Miko sudah meluap-luap.
“Miko, kalau saya masih sayangkan dia, saya tak akan bertunang dengan awak tau. Saya tak boleh buat apa-apa kalau Maria masih terus nakkan saya. Sekarang ni saya cuma sayangkan awak je.” Hijjaz masih belum berputus asa memujuk Miko. Hatinya sudah mendongkol marah dengan tindakan Maria tadi, tak pasal-pasal sekarang ni dia dengan Miko bergaduh.
“Whatever! Saya nak balik. Kalau awak nak makan, saya balik dengan teksi je.” Miko sudah berpaling dari Hijjaz.
“Nope! Awak datang dengan saya, so awak kena balik dengan saya. Lagipun awak tak takut ke saya usung Maria balik kalau awak balik dengan teksi?” Ugutan Hijjaz mematikan langkah Miko. Kepalanya berpusing sembilan puluh darjah.
“Fine! Kalau awak nak angkut Maria balik rumah awak pun saya tak kisah. Tapi kita putus tunang!” Miko cuba menanggalkan cincin berlian di jari manisnya. Namun belum sempat cincin itu ditanggalkan, Hijjaz terlebih dahulu memegang tangan Miko.
“Don’t you dare Miko. Kalau awak tanggalkan cincin tu, saya potong jari awak. Biar tak ada lelaki lain boleh sarungkan cincin kat jari awak lepas ni.” Ugut Hijjaz lagi. Makin kejam pula ugutan yang diberikan oleh Hijjaz. Seperti along yang sedang meminta hutang sahaja lagaknya.
“Awak ingat saya nak tengok je kekalau awak potong jari saya? Awak ingat jari saya ni apa? Kaki ayam ke awak nak potong-potong sesuka hati awak?” Jengil Miko pada Hijjaz yang sedang menahan marah. Dia ingat dia sorang je boleh marah, aku punya marah takkan nak letak bawah tapak kaki je. Dengus Miko sendirian.
“Okey, okey! I’m sorry Miko. Tak guna kita nak gaduh pasal Maria tu. Saya mengaku saya silap sebab saya biarkan aje dia nak pegang tangan saya. But I promise, it won’t happen again. Trust me…” Kemarahan Hijjaz sudah mula mengendur. Biarlah dia beralah dari terus bergaduh dengan Miko. Lagipun memang salah dia tadi bila dia langsung tidak menepis tangan Maria yang menjalar sesuka hati itu.
Miko buat tidak tau je bila Hijjaz minta maaf. Nak maafkan ke tak? Kalau tak maafkan, silap-silap Maria tu ambil kesempatan untuk menggoda Hijjaz. Kalau dimaafkan, esok lusa tak mustahil dia buat lagi. Tapi, dia tidak boleh menyalahkan Hijjaz seratus peratus, jelas terbukti Maria dulu yang memulakan segala-galanya. Setelah agak lama terdiam, akhirnya Miko bersuara juga. “Okey, saya maafkan awak. Tapi kalau kejadian ni berulang, saya sendiri yang akan kerat jari awak tau. Bukan setakat jari tangan, jari kaki sekali saya kerat.”
Hijjaz mengulum senyum, cuba menahan dirinya dari tergelak bila mendengar ugutan kejam Miko itu.
“Okey princess, I’ll make sure Maria tak akan melintas di hadapan kita lagi. Bayang-bayang dia pun tak boleh kita nampak lepas ni.”
“Huh, ayat beli jiwa la tu….”
“Mestilah, tunang awak ni kan bekas romeo tersohor….”
|