CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: surfinv

★~The Others Clan~Kembara Alam Sakti~★ Legendry

  [Copy link]
Post time 27-3-2011 01:48 PM | Show all posts
Reply 460# mimi77


   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2011 01:50 PM | Show all posts
nk pi solat sat,dh la asyik ngulor je kat opis arini..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2011 01:56 PM | Show all posts
jadi spa yg nk apply nie?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 02:09 PM | Show all posts
ai nak register,cik mimi ada tnya td tapi xtau la dia nk join ke tak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 02:14 PM | Show all posts
ermmm...takut x kuat semangat je....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 02:15 PM | Show all posts
Reply 465# mimi77


    xpa,ai cover u..hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-3-2011 02:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by surfinv at 27-3-2011 20:05

hohoho
mcm santa claus
sumer geng The Others kbykan tidur dan aya masih lagi berjuang untuk tahan mata di tempat kerja...
dan saya masih lagi segar kerana khasiat dri Bahan-bahan sakti online hahahaha
ni dia amiklah...

KEMBARA UKAY PERDANA
(versi novel)

Artikel oleh Surfinv
Foto oleh Ergoproxy dan Leeluv

Salam, pada edisi kali ini,
The Others mendapat maklumat dari Ceempaka yang telah sudi mengiringi kami untuk penjelajahan kali ini.
Jelajah kali ini telah disertai dengan semua ahli The Others, ini telah menambahkan keterujaan kami untuk melakukan Explorasi Alam Sakti (Magical Scene Exploration)

Explorasi kali ini bertempat di Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Seperti biasa kami mengadakan taklimat ringkas sebelum pergerakan ke destinasi terpilih pada malam itu. Tujuan kami adalah ingin meninjau sebuah pangsapuri (apartment) kosong yang masih belum diduduki di kawasan itu.

APARTMENT SRI HIJAUAN

Inilah nama tempat yang kami jejaki, melalui maklumat seorang forumer di Cari.com
kami mengorak langkah ke Alam Sakti seterusnya.

Trivia
Mengikut maklumat, apartment ini telah siap tapi masih belum dihuni berikutan tiada kelulusan CF daripada pihak berwajib.
Lantaran itu, apartment 10 tingkat ini masih sunyi dan sepi walaupun tersergam di hujung kawasan penempatan baru Ukay Perdana.

Sejarah
Ukay Perdana merupakan satu penempatan yang terletak di Ampang, berhampiran dengan susur masuk ke Kuala Lumpur dan dibangunkan oleh Ukay land sdn bhd. Kawasan penempatannya terdiri daripada beberapa buah apartment dan rumah teres bertingkat, antaranya Blossom Ville, Sommer Ville, Sri Hijauan dan bangunan perniagaan Spring Ville.

Apartment Sri Hijauan merupakan sebuah apartment 3 bilik dan 2 bilik air, dibina dengan keluasan 820 ekar serta dilengkapi dengan Dewan Serbaguna dan Pengawasan 24 Jam.Dahulunya, kawasan ini adalah hutan di persisiran Bukit Antarabangsa dan kini ianya telah dibuka kepada orang ramai untuk penempatan baru di kawasan sekitar.

Cukup untuk pendahuluan, kita berhenti disini, antara sebab-musabab The Others melakukan penjelajahan disini adalah kerana kurangnya kos (kerana dekat dgn kawasan kami) dan kami tidak mempunyai fund untuk melakukan tinjauan ke tmpt yg jauh, kami minta sesiapa yg prihatin atau yg ingin menjemput kami ke tmpt mereka sudilah kiranya menghulurkan sebarang dua bantuan terutama dlm bentuk kewangan yg perlu kami gunakan untuk kegunaan pengangkutan dan komunikasi.

Antara sebab dan cerita urband legend setempat adalah penampakan CIK PONTI yg berterbangan ibarat lelayang,
penampakan PEREMPUAN BERAMBUT PANJANG MENGGENDONG ANAK di kawasan apartment,
penampakkan SWEET di kawasan belakang apartment dan bunyi-bunyi menyeramkan.

Seterusnya, ikutilah jurnal ekspidisi The Others.

Malam ketika kami tiba bersama Ceempaka, sebelumnya kami telah dibawa ke kawasan tadahan hujan
di sebelah bawah ttp ceritanya akan disusuli selepas ini. Setelah sampai di depan post guard, kami berasa sedikit hampa kerana tidak dapat masuk namun Endi pergi bejumpa dgn pengawal yg ada disitu dan dengan PR yg dilakukan, kami Berjaya mendapat kebenaran masuk tetapi diiringi dengan suara-suara sumbang. Antaranya ;

“Kami tak bertanggungjawab terhadap semua perkara yang berlaku, semuanya diatas tanggungan encik sendiri , okay?”

“Didalam ni mmg ‘ada’ dan mmg ‘keras’ jadi persoalannya berani ke? Sanggup ke?”

“Tak payah pergi jauh, blok depan ni pun cukup, tu pun klo berani la”

Mungkin rupa paras kami tidak kelihatan seperti Seekers, Mistik alam Hitam, VAMP, kumpulan pencari hantu
sampai kami dipandang rendah sebegitu rupa. Taraf kami Underdog tapi itu semua tidak mengapa,
alah bisa tegal biasa
kerana kami telah diajarkan dengan perasaan merendah diri dan bersabar.
Jadi itu semua tidak menjadi penghalang. Kami masuk dengan bisikan Bismillah..

Sejurus kami selesai taklimat dan perancangan kumpulan, Ceempaka menawarkan diri untuk tinggal walaupun
risikonya lebih tinggi tetapi berbekalkan semangat dan pengalaman di KLCC, beliau sanggup melawan walaupun
saya mempunyai sedikit slight concern terhadap keputusan itu. Bukan mahu menggalakkan dia masuk tetapi soal
keselamatan wajib menjadi perkara pertama yg perlu dipatuhi, meninggalkan rakan sekumpulan berseorangan
ibarat kaki melangkah kasut tertinggal hmm sungguh ironik perumpamaan yang diberi oleh saya.

Saya hanya mampu berdoa semoga ceempaka dalam keadaan baik shj apabila sekembalinya kami dari misi itu.
Barisan The Others malam itu, (perlu saya terangkan untuk mengelak salah sangka)
Endi-Leader ,Surfinv-Scanner,Ergoproxy-Photographer, Black Zidar-Wheelman, Leeluv-2nd Photograhper dan ceempaka-guest.

Sejurus langkah pertama kami mendekati Blok pertama berhampiran TNB, selesai Endi member kata dua kepada ‘mereka’.
Kami pun masuk dan seolah-olah tidak menyedari kami mula menyelami perasaan asing,
perasaan alam sakti yang terasing dari dunia nyata. Berhampiran kawasan itu juga, sudah ada perasaan dan ‘benda’ yang mula mendekati sehinggakan endi dan ergo sudah dapat mengagak.

Perjalanan pada permulaan begitu mendatar, kami hanya berjalan terus dan berlagak seolah-olah tiada apa
yg menghampiri kami, walaupun bayangan apartment itu seolah ingin menelan kami berlima. Kami masih mengekalkan
formasi berkumpulan dengan surfinv bertindak sebagai Last Man dan setibanya kami di Blok yg kedua dan
melewati ke kawasan dewan, endi terus mengagak dan mendapat kawasan, spot untuk kami mula mengambil gambar,
pada waktu ini, ergo terus melakukan tugasnya menangkap seberapa banyak gambar mengikut nalurinya
dan arahan dari surfinv dan juga endi, kami menjelajah sehingga ke atas Swimming Pool, Surau dan belakang di kawasan semak.

Kami berpecah sementara endi membawa black pergi mengagak spot yg lebih tepat smbil ergo terus menekan picu kamera
dan surfinv mengawasi kesemua yang berada didepan mereka dan membiarkan leeluv cuba merasai dan
menyelami keadaan semasa itu. Selepas seketika, kami berganjak ke blok kedua, disini kami memilih untuk
berpecah kepada dua unit, endi,ergo,black melalui kawasan semak di belakang blok sehingga ke pertengahan blok
manakala surfinv dan leeluv melalui jalan didepan blok menuju ke blok pertama. Sewaktu surfinv dan leeluv berjalan,
dia merasakan nafasnya sesak dan berat itu beerti kedatangan ‘benda’ itu dalam kuantiti yg byk dan unit yg lain
terus bergerak sambil mengamati pergerakan semasa ‘benda’ berkenaan.

Selepas itu kami bercantum semula di pertengahan blok dan bergerak bersama masuk ke tengah lorong blok pertama,
Kami masih kekal dlm posisi dan bergerak selari (bukan seperti bersiar-siar) kerana didalam lorong ini sememangnya
kami dapat merasakan aura keseraman tetapi kami tetap teruskan pergerakan dan rakaman berlangsung disepanjang perjalanan. Sewaktu tiba di salah satu pintu rumah di pertengahan lorong endi memberhentikan kami kerana rumah disebelah kiri telah menampakkan sesuatu kelibat.

Kami teruskan perjalanan sehingga ke hujung lorong berkenaan dan pada ketika ini secara tidak sengaja,
kami berbaris dalam barisan melintang dan meninggalkan formasi asal. Surfinv yg terperasan cuba menoleh ke belakang
dan dia dikejutkan dgn satu kelibat, lantas dia memberikan latitud kepada ergo dan seraya itu picu kamera ditekan
sambil kamera dihalakan ke belakang oleh ergo. Endi pula memberitahu didepan kami di atas tingkap berhadapan dgn kami, kelihatan kelibat dan muncung kamera dihalakan ke situ pula.

Setelah itu kami terus beredar dan keluar dari kawasan apartment kehijauan tersebut. Hati lega bercampur riang
kelihatan di wajah Ceempaka yg menaymbut kami dengan senyuman, walaupun letih beliau memberitahu kami sudah
pergi hampir setengah jam. Setelah mengucapkan terima kasih kepada ‘pasukan pengawal keselamatan’ kami pun
beredar ke Ali Maju untuk  post mortem yang terakhir. Berakhirlah Kembara ke Ukay Perdana.

Inilah gambar-gambar yang dapat kami kumpulkan :































sebenarnya byk lagi pic nya tapi saya skip2 kan la... tak larat nk upload bebanyak...
dah ngantuk betul nie...
sebnarnya ada surprise kat ukay Perdana ni tp nt kitorg delayka skit la hahaha
benda best kena lelambat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 02:46 PM | Show all posts
ini UK perdana brp ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2011 02:47 PM | Show all posts
xpa tt,g tdo dlu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 03:17 PM | Show all posts
Okeh, let me story ckit experience kteorang mlm td..
mula2 kita org pg kat lembah ape tah nama nyer ...
Leeluv Post at 25/3/2011 08:14 PM



  senang hati je ceempaka stay dgn pak guard. peach lg takut kalau pak guard buat benda yang tak sepatutnya. nauzubillahi min zalik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 03:32 PM | Show all posts
Reply 470# peachnfamous


    ceempaka pkir positif tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 04:02 PM | Show all posts
tengah tunggu walaupun takutt...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 05:03 PM | Show all posts
Sy nie sedar tahap penakut sy cemana. Sbb tu la sy xnk masuk sama. Tak nak susahkan dorg kalau jadi pape...sy tak leh nk bygkan kalau ter'encounter ngn makhluk2 tu....kang jadi 'Kembara ke Hospital bersama Guest' pulak....

sorry tt, told u olredi sy mmg penakut. tp sbb dh janji nk bwk uols melawat tmpt tu,sy gigih jugak....(owh kalau la aku seberani leeluv)
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 05:47 PM | Show all posts
Reply 467# surfinv


    gigh TT xtido2 lg.. ash ni dah telan ubat selsema pastu bye bye bye la.. heheheh..

gambar yg kt utan tu byk orbs2 yer.. memang byk gila.. seremmm  ai tengok
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 05:51 PM | Show all posts
Reply 474# ashes2ashes

seseram awk,at least gigih jugak follow kan...salute lah
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 06:00 PM | Show all posts
Reply  surfinv

cemana leh jadi pocongggg pulakkkk????
ceempaka Post at 27-3-2011 13:29



    waahh.. cempaka dah masuk groupp.. tahniahhh......  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2011 06:00 PM | Show all posts
Reply 475# ceempaka


gigih? ash ni telah ditipu buat kali kedua.. byk kali dh cakap ash tak moh ikut. ingat nak gi lepak jer ngan bebudak nih. last2 ntah cmana 'ter'ikut jugak.. dah la ash tengah 'tak bersih'.. tp yg bestnya kali ni ash kurang perasaan dari yg lepas.. sebab lagi ramai kot.. pastu ash tunggu luar ngan TT jer (sapa suh ash ikut, kan takleh masuk hehehehe )
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 06:27 PM | Show all posts
Reply 452# surfinv

bedebah TT.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 08:04 PM | Show all posts
Reply 476# mieraedoera

tukang jd penjaga kat kete je boleh la..takot wooo
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 08:06 PM | Show all posts
Reply 477# ashes2ashes

ekekeke sebaek la mlm tadi sy tak gigih join uols lepak. kalau tak sure sy kne tipu skali kann...
pandai eh tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.271990 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list