|
Reply 455# sofiera
Layan masterchef ke aka?...hehe.. Malam raya mana boleh tidur awal2 ye tak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sofiera
Layan masterchef ke aka?...hehe.. Malam raya mana boleh tidur awal2 ye tak. ...
chefmizan Post at 6-11-2011 02:02
hahaha....mmg aar lom ngantuk....sat lagie kot dah suruh en somi....set jam 5.30 kalu terlajak pon 1 jam ada masa solat subuh n masak...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua.. Dah lama rasanya saya tak update cerita2 saya kat sini.. Sempena malam raya ni saya nak bercerita sikit tentang pengalaman yang berlaku beberapa bulan yang lepas. Masa tu saya dalam perjalanan balik ke rumah dari PUCHONG lepas abis meeting side dengan client. Kejadian berlaku kurang lebih jam 10.15 minit malam..
Sekitar jam 10.15 malam tu saya dah sampai di kawasan traffic light TIMESQUARE menghala ke SMART. Masa kat traffic light tu ada sebiji motor yang ditunggang seorang remaja sekitar lewat 20-an. Betul2 kat sebelh kereta saya. Dia pandang n senyum. Saya pun senyum sambil mengangguk. Saya bukak sedikit cermin untuk lihat kalau2 kenalan saya. Tak semena2 lelaki tu bagitau 'bang,nanti tolong saya ye'. Habis je die cakap macam tu traffic light hijau. Die pun pecut meninggalkan saya kat belakang.
Dalam samar2 cahaya lampu saya nampak macam ada something yang menunggang motor bersama lelaki tadi. Rasa tak sedap hati saya pun kejar. Sape2 yang tau kawasan ni dorang akan tau struktur jalan dan dapat gambarkan keadaan masa tu. Malam isni,jadi kereta tak banyak. Dalam saya kejar lelaki tadi yang saya perasan hanya ada dua buah motorsikal yang saya potong. Memang keadaan masa tu sunyi sangat.
Masa tu mendaki bukit flyover milintasi bulatan KG. PANDAN. Dari jauh saya dah nampak motor lelaki tadi seolah2 terhuyun hayang. Dalam hati saya beristighfar agar tiada perkara buruk berlaku. Sedang turun bukit,dalam sekelip mata motor lelaki tadi dah pun melayang2. Kemalangan. Dalam masa yang sama,satu suara betul2 disebelah kiri telinga saya berbisik perkataan 'tolong saya'.
Sampai betul2 dekat dengan kawasan kemalangan tadi,saya pun keluar. Nak membantu. Masa tu ada jugak 2,3 buah kereta yang berhenti,tapi diorang sambung perjalanan tanpa ada rasa nak membantu. Sedang membantu lelaki yang kemalangan tu,saya nampak ada sesusuk tubuh berdiri pada tiang lampu yang dirempuh. Walaupun saya tau lelaki yang kemalangan tu dah meninggal,tapi masa tu saya tetap cuba untuk berikan bantuan kecemasan. Sehinggalah ada RELA cuba menarik saya dan bagitau mustahil untuk lelaki tadi bernyawa sambil menunjukkan lubang pada tengkorak kepala yang menampakkan keseluruhan isi otak mangsa.
Saya bangun dan kembali ke kereta untuk mengalihkan ke tepi sebab masa tu kereta saya betul2 ditengah jalan yang menghalang lalu lintas. Masa nak masuk kereta sekali lagi saya terpandang susuk tubuh yang berdiri berhampiran tiang lampu tadi. Saya cuba berinteraksi dengannya dan alhamdulillah die bagi respon. Setelah diamati rupanya susuk tubuh tu adalah roh kepada mangsa kemalangan tadi. Saya bertanya sebarang kemusykilan dan pertolongan yang dapat saya bantu.
Katanya die terkilan sebab tak sempat nak beraya dengan kedua orang tuanya dikampung. Berumur 28tahun dan bekerja sebagai despatch mc'donald. Roh minta saya tolong jumpa kedua orang tua nya untuk menyampaikan salam dan kemaafan. Ketika tu air mata saya menitis mengenangkan cara arwah 'pergi'. Agak mengaibkan. Tapi kata roh die bersyukur sebab tidak merasai kesakitan sakaratulmaut. Kerana hentaman yang kuat pada tiang lampu membuatkan nyawanya disentap serta merta.
setelah selesai dengan keterangan polis dan sebagainya,jenazah dibawa ke HKL untuk siasatan lanjut. Saya cuba mendapatkan kawan2 arwah yang datang ke tempat kemalangan bertanyakan keluarga arwah dan sebagainya. Alhamdulillah mereka tau dan kenal. Bila semua dah beransur,saya antara yang terkahir meninggalkan tempat kemalangan sebab amanah roh untuk saya bersihkan saki baki darah yang tinggal. Dengan air yang ada dalam kereta,saya buat sepertimana yang dipesan.
Esoknya selepas subuh sekitar jam 6 pagi,saya berkejar ke HKL untuk bertemu dengan keluarga arwah. Alhamdulillah semua menerima saya dengan hati yang terbuka. Segalanya saya ceritakan kecuali tentang interaksi saya dengan roh arwah. Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang soleh.. AL-FATIHAH
Wallahualam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 463# chefmizan
rasanya ada terbaca pasal dispatch mcD accident kat situ dulu.. siap ada gambar lagik... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm ghost whisper chef mizan ni. kalo nmpk roh biase dia bepakaian ke bogel? sj nk tau |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 464# cmf_conan
Itu la,saya pun lupa bila.. Seingat saya samada akhir bulan 9 atau awal bulan 10 macam tu la.. Ngeri jugak la melihatkan jenazah.. Tapi nak buat macam mana dah tertulis begitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 465# shanshero
Berpakaian ihram haji.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 463# chefmizan
Cheff sedih aka dengar cerrita cheff tue....sian arwahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 468# sofiera
Ye aka.. Saya sendiri walaupun langsung tak mengenali arwah,air mata saya tetap menitis bila mengenangkan die.. Sayu sangat hati ni bila lalu kawasan tu malam2 sehingga la sekarang ni.. Masih terasa dan terbayang keadaan malam tu.. Walaupun pada cerita kawan2 even keluarga yang arwah ni jenis bengis,sombong dan sebagainya,tapi bila berinteraksi dengan roh arwah saya dapat selami betapa kecewanya arwah sebab hari tu adalah hari terakhir die bekerja.. Niat die nak balik kampung nak beraya,nak salam tangan kedua ibubapa die,nak minta ampun dan maaf sempena aidilfitri.. Subhanallah.. Air mata saya menitis lagi sekarang ni.. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh.. Aminnn |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sofiera
Ye aka.. Saya sendiri walaupun langsung tak mengenali arwah,air mata saya t ...
chefmizan Post at 6-11-2011 23:06
Yer2 ALLAH yg menentukan kann....semuga tergolong2 dalam orang3 beriman |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 470# sofiera
Aminnn |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua...
Cerita berlaku ketika saya menghadiri majlis perkahwinan kawan wife di terengganu.. Kami menyewa homestay rumah teres dua tingkat berdekatan rumah pengantin. Kejadian sekitar awal tahun ni..
Bertolak dari KL dua hari lebih awal sebab niat nak makan angin sekali la. Saya dan isteri bawa pengantin perempuan. Kami berkonvoi hampir 5buah kereta. Sekitar 7jam perjalanan kami tiba ke destinasi. Masing2 ambil bilik dan berehat sebab malam ada plan nak ke bandar terengganu.
Mengikut perancangan akan ada lagi 2buah kereta sampai sekitar jam 11 malam.. So kami ni tadi selepas isyak keluar la nak gi cari makan. Masing2 dah lapar. Rumah kami tinggalkan tanpa berkunci sebab kawasan tu dekat sangat dengan rumah pengantin. Nanti senang kalau yang lain sampai boleh terus berehat dalam rumah. Kami berjimba la kat bandar,makan2,jalan2 di pantai ambil angin malam,meronda up town terengganu dan sebagainya..
Leka dengan keindahan malam di Terengganu sehingga jam menghampiri pukul 1pagi.. Pakat ramai2 gerak balik ke homestay.. Wife saya masuk je kereta terus hanyut dengan pengantin tadi. Sampai rumah keadaan rumah bawah terang benderang.. Kereta 2buah yang lewat sampai tadi dah ada. Kami jangkakan mereka semua dah tidur kepenatan. Naik tingkat atas betul telahan saya masing2 dah terbungkam depan tv.. Diorang ni semua lelaki bujang,so tak heran la tidur mana2 pun.. Imran masih belum tidur..
Biasa la kan balik2 bising la masing2 memekak saje nak ganggu diorang.. Ada yang sedar dan ada yang tidur memang tak hengat dunia hehe.. Bila kami semua naik atas imran yang terjaga cakap bukan korang semua dah tidur ke tadi?.. Wife saya pulak jawab kami baru balik,ni kami tapau nasi goreng,panggil la yang lain2 turun makan dulu. Kang sambung tidur'.. Imran sound,agak2 la shakiza nak bagi kami makan lagi.. Korang dari mana ni?.. Bila masa korang keluar bilik?.. Aku dari tadi tak boleh tidur'.. Spontan semua pakat pandang saya.. Saya cakap dah2 la,masuk tidur. Esok nak bangun awal..' Imran ni tadi tak puas hati turun bawah.. Wife saya jemput die makan.. Korang jangan la main2,korang dari mana ni?. Bila masa korang keluar?..tanya imran.. Saya pun tak sampai hati saya bertanya apa berlaku masa imran dengan yang lain2 sampai.. katanya 'Kitorang sampai,mizan(saya) basuh kereta kat luar,shakiza(wife saya),beha(pengantin),nabiha dengan teha memasak. Said(suami teha),shahrul(suami nabiha),azrin(pengantin lelaki) bersembang dekat ruang tamu..
Masa tu semua dah saling memandang.. Imran terus bercerita.. 'Lepas kami naik atas simpan beg,shakiza panggil turun makan,kami ni tadi masing2 dah lapar turun la makan. Sembang2 jap mizan masuk rumah. Tak cakap apa2 terus naik atas. Lepas mizan naik korang semua cakap dah ngantuk nak naik tidur. Azrin lak kene balik rumah die. Kitorang ok je la paham la kan semua nak bolot kesempatan berhoneymoon haha..' ujar imran berjenaka.. Wife saya masa ni dah pegang2 saya.. Terasa badan die menggigil..
Sambung imran... 'Pas makan kami pun naik nak tidur,kunci pintu semua. Tengah tengok2 tv masing2 terlelap,sampai la aku dengar korang bising2 kat bawah. Tu yang aku tanya..' Saya pun panggil semua duduk dan bercerita hal yang sebenarnya pada imran.. 'Kami keluar selepas isyak dalam pukul 9 tadi. Gi bandar jalan2 cari makan. Ronda2 kat pantai,pusing2 kat uptown. Tengok jam dah kul 1 kami pun balik la. Masa kami keluar takde sorang pun yang tinggal dalam rumah..' Masa saya bercerita ni,kedudukan saya menghadap pintu cermin sebelah tepi rumah. Keadaan kat luar memang gelap,tapi saya dapat rasa ada sesuatu sedang memerhatikan kami dari sebalik pintu cermin tu..
Imran bersuara.. 'Abis tu sape yang sambut kami?. Aku bukan buta dah tak kenal korang. Tengok atas meja tu banyak lagi baki makanan yang korang masak tadi..' Saya pun bangun dan selak tudung saji atas meja. Jangan kata lauk,pinggan pun takde. 'Kosong imran..' 'Jangan la main2 wey,apasal ni mizan?'.. Saya bagitau pada diorang dari mula2 masuk rumah tadi saya dah rasa ada sesuatu dalam rumah ni. Tapi saya taknak cerita sebab ada perempuan. 'Takpe,korang semua naik berkumpul kat depan tv ramai2,semua sekali..' Saya pun buka pintu depan semula keluar ke depan rumah. Dari seberang jalan saya lihat keadaan rumah yang memang terlalu banyak penghuni lain selain kami.
Saya masuk ke halaman rumah dan pagar kawasan sekitar kami duduki. Naik atas dan bagitau malam ni semua tidur sekali. Terpaksa. Bagi mengelak kejadian tak diingini. Malam tu memang saya tak boleh tidur. Dari segenap penjuru rumah dengar benda2 ni nak masuk rumah. Ada yang menangis2,ada yang merayu2,malah ada yang memanggil2 nama dikalangan kami. Sampai la terdengar azan subuh,baru la suara2 ghaib tu hilang. Hari tu kami lalui seperti biasa. Siapkan serba sedikit hiasan akhir untuk pengantin perempuan dan sebagainya. Saya pula sibuk dirumah pengantin lelaki menyiapkan barang2 untuk hidangan makan beradap.
Sehinggalah hampir maghrib baru saya balik ke rumah penginapan kami. Malam tu semua pakat nak pegi up town lagi. Selepas isyak kami semua bertolak kesana. Seperti biasa,jalan2,makan2,shopping2 dan sebagainya kami pun pulang. On the way ke rumah kami singgah homestay penginapan keluarga pengantin perempuan. Sembang2 sekejap untuk plan perarakan esok,kami sambung perjalan ke rumah. Sampai dirumah ada sesuatu yang tak kena. Saya suruh semua singga ke rumah pengantin lelaki buat seketika. Saya nak selesaikan masalah rumah ni dulu.
Masa masuk rumah keadaan seperti biasa. Tapi sebaik menjejakkan kaki ke bahagian dapur bulu roma saya berdiri. Sesusuk tubuh sedang memerhati saya dari pintu belakang rumah. Tak dapat dipastikan jenis makhluk tu sebab gelap. Saya sekadar berpesan 'kami nak menumpang bermalam disini dengan niat yang elok. Jangan ganggu walau sesiapa pun dikalangan kami sebab saya taknak berkasar dengan kamu penghuni asal. Saya menghormati hak kamu sepertimana yang tersurat. Begitu juga sebaliknya..' Dengan beberapa ayat suci AL-QURAN saya bacakan makhluk tadi hilang. Saya keluar dan mengelilingi rumah seketika. Dalam samar2 saya nampak ada yang sedang bergayut pada tingkap ruang tamu tingkat atas.
Berkali2 saya suruh turun makhluk ni tetap berkeras. Degil sangat ni. Saya pun baca beberapa lagi surah dan hembuskan padanya. Alhamdulillah yang ni pun ghaib. Ketika menghampiri pintu pagar rumah untuk keluar,Saya terdengar bunyi bising dalam rumah. Seolah2 ada orang sedang mengamuk. Masuk dalam tapi takde apa2 berlaku. Dari jauh saya dengar bisikan seolah2 marahkan sesuatu. Mengomel dalam bahasa yang tidak saya fahami. Puas mengamati bunyi tu,rupanya datang dari stor yang berkunci. Takpe la,maknanya ia takkan mengaganggu diluar. Saya duduk diruang tamu seketika bagi memastikan tiada yang akan ganggu kami setelah berada didalam rumah. Setelah agak lama saya keluar. Saya hubungi kawan2 dan wife supaya pulang kerumah. Tapi ada yang taknak dan sanggup tidur dalam kereta. Saya bagi jaminan takkan ada gangguan lagi.
Alhamdulillah malam tu memang tiada gangguan dari mana2. Semuanya nyenyak tidur sehingga pagi. Bangun subuh dan terus bersiap ke rumah pengantin lelaki. Banyak kerja menanti saya di bahagian dapur. Alhamdulillah kenduri semua berjalan lancar. Pengantin pun ceria bersanding diatas pelamin. Sehingga malam,ada yang nekad nak balik KL dan ada yang tak. Sebab masih penat untuk mengharungi perjalan yang panjang. Saya dan wife terpaksa balik sebab kakak kepada pengantin dapat panggilan kene masuk kerja jugak isnin tu.
Selepas isyak kami bertolak ke KL melalui kuantan gambang. Sepanjang perjalan,ada sekali saya diganggu semasa hampir masuk ke susur kuantan. Wife teringin nak makan sekali lagi digerai sata yang kami singgah semasa hari kami sampai ke terengganu. Malangnya walau setelah 3kali saya berpusing mencari tapi gerai tu masih tak jumpa. Akhirnya kami sambung perjalanan ke KL.. Alhamdulillah sepanjang perjalanan tiada apa yang mengganggu. Kami sampai di rumah sekitar jam 3pagi.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
chef..ryu nk tnya..knape perawat gunakn lada hitam utk detect samada ada makhluk yg menumpang dlm badan sesorang itu..cth dia akan guling2 kn lada hitam kat jari kaki.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sofiera at 7-11-2011 15:13
Reply 472# chefmizan
Apa sebernarnya yg menganggu ...adakah penghuni umah tue...atau mahluk2 lain yg menginap disitu....bunian ker jin???
selalu ayat apa erk nak baca kalu kita menginap di hotel n homestay....aka kalu pergie 1 keluarga mmg aka amalkan either somi n anak2 bang dulu...ambik wudhuk sekitar bilik hotel...alhamdulilah penampakan mmg takder...seram pon takder
tapi masih ingat dulu masa kat hotel sandakan sebab holiday,....tinggal hotel apa ntah, tak ingat ambik connected room sama ngan kawan 1 family...masa tue anak kedua pompuan not even 2Y...sampai jer hotel ,ingat malas nak turun makan, suroh kwn n somi tapau jer makanan...sbb baby nak tido n aka pon penat....tgh layan baring ngan anak, akak dengar door bell ting tong bilik sebelah....dalam hati cakap, takan laa cepat dorang nie balik....br sat jer turun....
berlari lah aka dukung baby gie bilik sebelah tengok sapa kat luar melalui lubang pintu,...tak der pon org....tak puas hati bukak aar pintu mmg sah2 tak der orang...balik aar aka ker bilik aka...bilik connected kan...so tak kesah nak membuka pintu...balik laa aka kebilik aka...br letak jer baby,dengar ting tong lagie...aka terus berlari pergie ke bilik sebelah...tengok lagi kat lubang pintu takder org...masa tue mmg tak der perasan takut...br sat tutup pintu , dengar pulak bunyi kat bilik aka....dah sudahh, dier main2 pulak...terus aka pergie bilik aka, call husband aka...tanya kat mana???dier ckp kat restoran depan hotel...aka ckp dah makan terus naik,jangan lambat3 biar kawan aka bungkus jer makanan untuk aka....mmg laa seriau menungu somi balik,then aka tau somi kalu jalan, mmg macam lenggang kangkung...hehehe, dier ckp kenapa???aka ckp anak meragam walhal dah takut...hehhee
aka ckp kalu smpai pintu bilik call tau,jgn ding dong malas nak tunggu...dier smpai baruu aar legaaaa.........hheheh itu pengalaman kat hotel...tapi mmg tak dinafikan masa bawak baby holiday, pergie sepilok,semporna n sipadan dalam beg n bawah bantal mmg tak lepas...surah yassin... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 475# sofiera
Yang ganggu tu adalah makhluk2 yang memang menghuni rumah tu dah lama. Tuan rumah kata orang2 disitu duduk rumah tu dua malam je. Then diorang pindah. Tak lama selepas tu rumah tu dibuat homestay. Dan kami adalah guest yang pertama.. Makhluk2 tu adalah jin,bukan hantu. Sebab tu penampakannye serba serbi bayangan hitam..
Bagi menginap disesuatu tempat,tak kira la hotel atau homestay,atau chalet amalkan ayat doa yang saya bagi ni.. InsyaALLAH sedikit sebanyak membantu.
Doa ma'thur
A'uu dzu bi kalimaat-Illaah it-taammaati min sharri ma khalaq.
Doa memasuki kawasan baru
Bismillah hi walajna' wabismillah hikhorajna' wa'ala robbina tawakkalna' summa' liusallim a'la ahlihi.
Kemudian diikiuti SURAH AL-MUKMINUN ayat 29.
Beri salam dan langkah kaki kanan masuk rumah..
Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 474# akazukin_ryu
Lada hitam ni adalah salah satu barang yang membuatkan makhluk2 halus ni keperitan. Sebab tak dapat saya pastikan kerana saya bukan perawat. Sebab tu kalau sesetengah perawat nak buat pagar pada rumah,biasanya mereka akan menggunakan garam kasar yang dicampur lada hitam..
Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 247# chefmizan
Salam semua, seramla cite chef ni..tp laluan ke sane mcm2 nampak... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Lipasbercakap at 7-11-2011 18:23
Waaaaa khatam jugak benang ni. Huiii mengah dibuatnye. Thumbs up TT and chef. Story anda tak dapat dinafikan lagik, memang terbaek dari ladang gandum
Lipas nak menyelit sikit experience mase gi camp perdana untuk unit uniform di D'omland kat area Sungai Petani, Kodah, lebih kurang 2 or 3 bulan lepas. Tak ingat la tapi dalam tahun ni for sure. Fyi Lipas baru form 3 and baru lepas habis PMR. Hehehe..
Hari pertama kami sampai sekitar pukul 11 malam gitu dari Rawang. 8 jam perjalanan. Penat tak yah cakap. Sampai2 je pihak camp sediakan makan malam. Sedap, berbaloi la dengan bayaran rm150 yang kami bayar. Kopak oi..
Kami diberikan rehat then pukul 1 pagi, acara bermula jeng jeng. Lepas je icebreaking, diorang mulakan aktiviti WARKAH DARI KUBUR bak kata TT. Kitorang dipecahkan kepada beberapa kumpulan, setiap satu kumpulan ade 10 orang. Diasingkan lelaki dan perempuan. Lepas habis je agihkan kami kepada kumpulan, fasi bawa kami jalan kat satu lorong gelap. Kiri kanan pokok kepala sakit. Semak paras pinggang. Sangat sangat skeri. Lampu jalan pun takde. Memang hitam pekat lorong tu. Memang tak nampak cahaya langsung kat depan, gelap je. Kawan lipas dah menangis2 tak nak masuk tapi lepas dipujuk, dia kembali tenang..
Peserta lelaki jalan dulu then baru perempuan. Lipas cuba buat muke cool padahal dalam hati dah rase nak kemik. Tambah2 lagi bila fasi pesan awal2 kalau nampak or bau ape2 jangan tegur. Kalau boleh jangan pandang kiri kanan and watch your step takut tersepak ape2. Then kami ikut je fasi di depan. Dari jalan tar kami mule jejak jalan tanah Lipas ingat lagi masa tengah berjalan tu lipas 2 kali tersepak batu nisan and ternampak macam ade susuk tubuh hitam berlari2 dalam hutan. Lipas just baca ayat qursi and x fikir bukan2.
Fasi mula agihkan lilin yang panjangnye separuh jengkal je. Die cakap nanti die akan nyalakan lilin and akan lepaskan kami jalan satu persatu dalam jarak tertentu. Kalau lilin terpadam, just ikut je jalan and jangan pijak jalan rumput takut sesat. Lipas dah mula tak sedap hati. Lipas dengar peserta lelaki jerit nama fasi tapi fasi endahkan je.
Sampai giliran lipas, lipas berjalan perlahan2 and x pndg langsung kiri kanan. Memang mase tu senyap sangat, bunyi cengkerik ke ape ke memang tak dengar. Just dengar bunyi lipas berjalan. Kaki lipas macam dah lembik tak leh berjalan tapi lipas kuatkan lagi bacaan ayat qursi. Tambahan pulak lipas agak takut dengan gelap. Titibe lipas terpandang kubur lama. Lipas cuba buat tak endah sebab lipas yakin kubur tu kubur palsu yang fasi buat. Lipas teruskan berjalan and lipas nampak macam ade pocong lepak elok je atas pokok. Duduk atas dahan. Senyap je. Lipas tergelak sebab terfikir fasi mana la yang kena menyamar jadi pocong sampai kena lepak atas pokok Jalan2 agi titibe dengar bunyi2 yang fasi buat. Bunyi mengilai la, mcm2. Pastu ade pulak fasi yang menyamar jadi pocong lompat2 kat belakang lipas macam nak kejar. Lipas buat bodoh and terus baca ayat qursi kuat2. Titibe lipas dengar orang berlari. Lipas dah cuak gile. Nak lari takut lilin padam. Lipas pejam mate and tunggu ape yang akan jadi. Bunyi tu makin dekat and titibe ade tangan yang sentuh bahu lipas. Rupe rupenye kawan lipas. Lilin die terpadan nokss, tu yang die berlari kejar lipas kat depan kekekekeke. Fuuu lega lipas. Takde la takut sangat sebab dah ade kawan yang menemankat sebelah. Jalan punye jalan dalam sepuluh minit camtu, lipas nampak ramai org. Rupa2 nya lipas dah sampai and fasi suruh lipas duduk dengan peserta yg dah sampai and senyap. Lipas dengar kwn lipas menangis menjerit, yg pengsan pun ade. Yang berlari sampai x cukup tanah sebab lilin padam Tapi takde yang kena rasuk.
Balik dari kem, kami semua bukak cerita pasal aktiviti tu. Yang bestnye tu, member lipas cerita yang fasi kat situ just buat satu je pocong. Pocong yang lompat2 tu. Mane datang pulak pocong yang lepak atas dahan tu? Huhuhuhuhu terkejut beruk la lipas mase tu. Baru lipas tau yang pocong lipas nampak tu mungkin pocong betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 476# chefmizan
Temakasih cheff....nantie nak tulis dalam note aka....untuk surah3 nie...hehee |
|
|
|
|
|
|
| |
|