CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36

 Close [Copy link]
 Author| Post time 23-9-2013 11:27 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


            “ Lily, Ibu tanya kamu ni! Boleh pula kamu termenung. Macam-macamlah kamu ni. Macam mana Lily? Kalau kamu setuju, ibu akan cuba pujuk anak ibu tu. Ibu bukan apa, berkenan sangat nak jadikan kamu menantu ibu. Sekurang-kurangnya, bila ibu dah pergi nanti, bolehlah kamu tengok-tengokkan abang Adli kamu tu. Ada juga orang akan jaga makan minum dia. Ibu rasa, kamulah pilihan yang tepat untuk jadi calon isterinya. Ayah pun setuju dengan cadangan ibu. Janganlah Lily hampakan ibu. Ibu memang nak sangat kamu jadi menantu ibu. Tapi kalau Lily dah ada pilihan, beritahulah pada ibu.” Sabariah amat mengharapkan agar gadis ini akan mengatakan YA….

            “ Ibu, Lily rasa macam tak layaklah untuk menjadi menantu ibu. Ibukan tahu status Lily sedangkan abang Adli tu masih bujang lagi. Apa kata dia nanti bila dia dapat tahu yang Lily adalah seorang janda? Ibu, rasanya ramai lagi perempuan di luar sana yang lebih layak dan ramai lagi yang masih anak dara. Mengapa perlu Lily ibu? Rasa tak adil pula untuk abang Adli ibu. Lily takut ibu. Takut jika peristiwa lama berulang kembali” balasku. Apa yang perlu aku lakukan sekarang? Betul-betul di dalam dilema aku saat ini.

             “ Lily, janganlah terlalu rasa rendah diri nak. Ya, memang Lily seorang janda. Tapi, seorang janda itu tiada hak ke untuk bahagia? Sampai bila Lily nak seksa diri Lily. Yang dah berlalu tu biarkanlah dan kita jadikan ia pengajaran. Untuk yang ke depan ni, kita perlu terus berjalan. Hidup kita ini penuh dengan warna-warninya Lily. Bagaimana kita nak mencorakkannya itu terserah pada diri kita sendiri.” Sambung Sabariah lagi…

             “ Hidup hanya sekali sayang. Lily gunakanlah peluang yang ada ni dengan sebaik mungkin. Ibu sayangkan Lily seperti anak ibu sendiri. Tentang anak ibu tu, Lily janganlah risau. Ibu kenal sangat dengan perangai anak ibu tu. Ibu percaya, dia juga sedang mula belajar untuk menerima Lily dalam keluarga ini. Ibu tak paksa Lily. Ibu minta, Lily fikirkanlah hal ini dengan sebaik mungkin. Pertimbangkanlah lamaran ibu ni. Lily sayangkan ibu kan?”


Last edited by wipers81 on 23-9-2013 11:31 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2013 01:28 PM | Show all posts
kenal sgt la ibu kt anak die tu
hurmm..yana tlg lahhh
jgn terima tu jer.
mntak2 la zaki terlepas mulut ckp kt fahim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 01:35 PM | Show all posts
yoozara posted on 23-9-2013 01:28 PM
kenal sgt la ibu kt anak die tu
hurmm..yana tlg lahhh
jgn terima tu jer.

hahaha...yoozara. sangat lawaklah kamu ni. apa pun kita nantikan apa yang terjadi. tapikan yoozara, mungkin versi novel lain sikit. tengah edit sekarang ni. jalan cerita yang sama juga.


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 01:46 PM | Show all posts
versi novel lain takpe..ofkos rase tertunggu-tunggu
hehehe...versi kt sini xmo la yana kawen ngan adli tu
sian yana..apela dosa dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 01:51 PM | Show all posts
yoozara posted on 23-9-2013 01:46 PM
versi novel lain takpe..ofkos rase tertunggu-tunggu
hehehe...versi kt sini xmo la yana kawen ngan  ...

tunggu yoozara. tak tahu lagi Adli ni macam mana. manalah tahu dia ni romantik orgnya....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 01:58 PM | Show all posts
kalo lomentik baik takpe...tp awek die kt sabah (ke sarawak eik lupe plak) campak mane?
kang tak pasal yana gak kene serang adoiii..agak jela kan kekeke
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-9-2013 02:03 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


            Sabariah cuba untuk memujuk anak angkatnya itu. Dia yakin, satu hari nanti anaknya mampu membahagiakan Lily Dayana. Gadis yang kuat semangat dan seorang yang tabah sehingga dia sendiri kagum dengan gadis itu.

            “ Entahlah ibu. Lily dah tak tahu nak kata apa lagi. Kalau dah itu yang ibu mahukan, Lily ikutkan sahajalah. Lily sayangkan ibu. Sebagaimana Lily sayangkan kedua ibu bapa Lily, begitu juga sayangnya Lily pada keluarga ini. Jika perkara ini dapat menggembirakan ibu, Lily terima. Tapi, kita perlu berterus-terang dengan abang Adli tentang Lily. Lily tak nak nanti dia ingat Lily menipu dia pula.”

           Aku pasrah. Sekali lagi, aku terpaksa akur walaupun terpaksa mengorbankan kebahagiaan aku sendiri demi ibu angkatku yang telah banyak membantu aku di kala aku ditimpa pelbagai musibah. Aku sayangkan keluarga angkatku ini. Cuma yang sorang tu saja tiada dalam senarai….hmmm…

          “ Ibu sayangkan Lily. Ibu tahu anak ibu ni baik orangnya. Ibu berjanji akan cuba memberi kebahagiaan pada Lily..” Terasa sebak pula Sabariah saat ini.

          “ Janganlah berjanji dengan Lily ibu. Kebahagiaan Lily, bukanlah tanggungjawab ibu selepas perkahwinan ini. Lily sudah cukup bahagia kerana ibu sudi menerima kehadiran Lily dalam keluarga ibu ini. Itu sudah cukup untuk Lily. Janganlah ibu fikirkan sangat tentang hal ini. Yang penting sekarang kegembiraan ibu adalah kegembiraan Lily juga.” Ikhlas dari hatiku segala yang aku katakan. Ya, hidup aku selepas inibiarlah aku harunginya sendiri. Pahit atau manis akan tetap ku telan jua. Ibu meraih ku dalam dakapannya. Damainya rasa hati ini..


           “ Amboi, berpeluk sakan nampak dua beranak ni. Ada berita gembira ke, sampaikan abang balik pun tak perasan?”  Hamka hanya tersenyum melihat telatah dua beranak itu.

           “ Eh...abang, bila balik? Maaflah, Yah tak perasan. Memang ada berita gembira pun yang Yah nak beritahu abang. Lily, dia dah setuju dengan cadangan kita yang nak menjodohkan mereka berdua. Itu yang buat saya gembira sangat ni sampai tak persankan abang. Alhamdulillah abang. Termakbul jua doa saya ni” Kata Sabariah dengan nada yang riang. Berbunga-bunga rasa hatinya.


Last edited by wipers81 on 23-9-2013 02:06 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 03:24 PM | Show all posts
adoiiii baik sgt la pulak...hurmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2013 03:29 PM | Show all posts
yoozara posted on 23-9-2013 03:24 PM
adoiiii baik sgt la pulak...hurmm

kan terlebih baiklah pula. huhuhuhu...itulah Lily DAyana. janganlah sampai menyampah dengan kebaikan dia ya.

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 04:10 PM | Show all posts
baik tu takpe..jgn terlalu baik smpai jadi bodoh
huarghhhh
bile fahim nk muncul?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 04:26 PM | Show all posts
yoozara posted on 23-9-2013 04:10 PM
baik tu takpe..jgn terlalu baik smpai jadi bodoh
huarghhhh
bile fahim nk muncul?

ha ah...tu yang tak nak kan. jom sambung lagi


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 04:28 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


          “ Alhamdulillah. Akhirnya, impian awak dah tercapai. Terima kasih Lily sebab sudi terima anak ayah. Ayah tahu dia tu nakal sikit. Tapi percayalah, dia sebenarnya anak yang baik. Janganlah kamu ambil hati dengan perangai dia selama ini. Lily boleh buatkan ayah secawan kopi. Lama tak merasa kopi yang Lily buat. Ayah pun, sibuk sejak akhir-akhir ni. Mujurlah ada kamu yang sudi temankan ibu kamu ni.” kata Hamka. Dia yakin yang gadis ini mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada anaknya dengan baik.

         “ Ayah, apalah yang ada pada kebaikan yang telah Lily buat berbanding dengan kebajikan yang dihulurkan oleh ayah sekeluarga. Kejap ya ayah. Lily buatkan kopi untuk ayah.”

          Terus sahaja aku menghilangkan diri ke dapur meninggalkan sepasang suami isteri yang pada pandangan aku sangat romantik sepanjang tinggal dengan mereka. Adakah anak mereka juga akan seromantik mereka? Ah…Lily, kau janganlah nak berangan lebih-lebih pula. Jangan nak perasanlah yang tuan putera sesat tu akan seromantik seperti kedua orang tuanya itu.

          “ Kita bincangkan hal ni dengan Adli bila dia balik nantilah abang. Tak sabar rasanya saya. Tak tahulah apa agaknya reaksi dia nanti. Harap dia pun akan setuju.” Berdebar-debar rasa hati Sabariah menantikan jawapan dari anaknya itu.

          “ Nah kopinya ayah.” Lalu aku meletakkan secawan kopi panas di meja yang berada di hadapannya. Kedengaran bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Eh, awal pula dia ni balik. Dengar bunyi enjin pun dah tahu siapa. Eleh, bunyi saja macam ribut, jalan macam siput. Menyampah!! Aku mengambil tempat di sebelah ibu.Kalau aku terus naik ke bilik, tak manis pula. Apa kata ibu dan ayah nanti?

          “ Slurp....Alhamdulillah… Sedapnya kopi yang kamu buat ni Lily.” Hamka memang gemarkan rasa kopi yang dibancuh oleh gadis ini.

          “ Hah...Adli!! Dari mana kamu ni? Marilah kita minum bersama. Dah lama ayah tak minum petang dengan keluarga ayah ni. Mari.”


Last edited by wipers81 on 23-9-2013 04:32 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 04:40 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


             Hamka menegur anak bujangnya itu sebaik melihat dia melintas di hadapannya sambil menghirup kopi panasnya itu. Kebelakangan ini, dia terlalu sibuk. Banyak perkara yang perlu diuruskan. Rezeki mencurah-curah pula sekarang. Hamka hanya menunggu masa sahaja hendak menyerahkan perniagaannya pada anak tunggalnya itu. Sudah sampai masanya untuk dia berehat. Menumpukan perhatian pada isteri yang amat disayanginya setelah hampir tiga puluh tahun mereka berkahwin.

           “ Baiklah ayah. Awal ayah balik hari ni? Macam mana dengan syarikat ayah? Perniagaan ayah nampak macam dah semakin maju sekarang.” Puji jangan tak puji Adli. Dia menunduk, meraih tangan orang tuanya itul alu mencium tangan mereka satu persatu. Dia akui, walaupun dia jarang berjumpa dengan ayahnya, namun itu tidak bermakna hubungan mereka renggang.

           “ Alhamdulillah Adli. Tunggu kamu saja untuk ambil alih syarikat ayah tu. Bila lagi Adli? Dah bersedia ke kamu? Hah...Lily, tolong buatkan kopi untuk abang Adli kamu ni...” Sekali lagi Hamka membuat permintaan pada gadis itu.

           “ Baik ayah…” Aku bingkas bangun.

           “ Er…kurang manis ya..” Putera sesat itu berkata sambil tersengih. Dia memandang tepat ke arah wajahku. Sempat lagi dia kenyit mata pada aku. Kecil sahaja aku lihat mamat ni. Aku kenalah banyakkan lagi latihan untuk meningkatkan tahap kesabaran lepas ni. Aku berlalu meninggalkan mereka.

           Ei….ingat aku ni apa?! Pelayan kat warung ke?! Merungut-rungut aku dibuatnya. Tak baiklah kau merungut Yana. Kena ikhlaskan hati kau tu. Ada juga aku bubuh sekilo garam dalam kopi dia nanti. Kalaulah aku boleh buat macam tu, kan senang. Tidak lama selepas itu, aku menghidangkan secawan lagi kopi panas untuk mamat putera itu. Tersengih-sengih mamat tu. Gelaran baru…mamat putera kerang busuk. Sengih lagi kat aku macam tu….

          “ Ayah, ibu…Lily naik ke bilik dulu ye. Nak solat Asar. Assalamua’laikum…” Terus sahaja aku melangkah pergi meninggalkan tiga beranak itu. Bukan apa, mesti ada banyak perkara yang ingin mereka sembangkan dikesempatan ini. Seronok bila tengok keluarga ini berkumpul. Terasa macam aku ni kacau daun pula.

Last edited by wipers81 on 23-9-2013 04:43 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 04:44 PM | Show all posts
ok...setakat itu entri untuk hari ini. nak simpan sikit untuk esok pula. terima kasih kerana sudi menanti dengan penuh kesabaran.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 09:46 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


            “Adli, sebenarnya ayah ada perkara yang nak dibincangkan dengan kamu. Ayah dan ibu harap sangat agar kamu tidak menolak permintaan kami ini.” Hamka memulakan bicara setelah suasana sepi seketika. Rasanya, inilah peluang yang baik untuk Hamka dan Sabariah berbicara dengan anak bujangnya itu mengenai rancangan murni mereka.

             “Apa dia ayah? Permintaan apa pulak ni?” Adli kehairanan. Keningnya kelihatan bertaut. Hai..semacam saja ibu dan ayah ni…

             “Begini Adli, ayah dan ibu kamu ni berkenan sangat dengan Lily tu. Kami nak jodohkan kamu berdua. Ibu kamu dah tanyakan pada Lily tadi, dia dah setuju. Kamu pula macam mana?”

             Suasana sepi lagi seketika. Hamka masih menunggu jawapan dari anak bujangnya itu.

             “Hah! Biar betul ayah ni? Adli muda lagi dan Lily tu rasanya baru lapan belas tahun kan.Ish…rasa macam terlalu awallah ayah, ibu untuk Adli kahwin. Enjoy pun tak puas lagi.”

             Terkedu dia dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. Otaknya ligat berfikir untuk memberikan jawapan yang bagus pada kedua orang tuanya itu. Yang perempuan ni pun satu! Pandai-pandai saja setuju. Ingat dia hadap sangat ke nak kahwin dengan perempuan tu? Macam mana ni? Tapi… kalau dapat kahwin dengan minah kalut tu, apa salahnya. Bagus juga cadangan ni. Dapatlah dia mendera gadis itu dengan sewenang-wenangnya. Hmm…macam bagus saja rancangan Adli ni.

             Kiranya tujuan Adli berkahwin hanyalah untuk mengenakan Lily semata-mata. Bukan kerana tuntutan agama? Kan kekurang manis duduk serumah tanpa ada ikatan? Susah sangat ke nak fikir macam tu Adli? Hesy...ada juga manusia macam ni. Kau ni Adli. Ingat, perkahwinan itu ibarat satu permainan ke? Adli… Adli. Bila ceteknya ilmu agama, maka inilah jadinya. Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci antara lelaki dan perempuan. Bilalah Adli akan faham akan maksud sebenar ikatan suci ini….

            “Macam mana Adli? Kami ni bukan apa. Hidup kami pun tak tahulah berapa lama lagi. Ibu memang teringin nak tengok Adli berumah tangga. Lagipun, Lily tu baik budaknya. Dah setahun dia tinggal dengan kami. Memang dia tak pernah timbulkan masalah. Perangai pun elok saja ibu tengok.”
Sabariah cuba meyakinkan Adli tujuan dia memilih Lily Dayana.

Last edited by wipers81 on 24-9-2013 09:51 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 09:47 AM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia ...


                “Ikutlah. Adli ikutkan sahaja kalau dah ayah dan ibu berkenan. Adli tiada bantahan.” Ringkas jawapannya. Nak dibantah, takut pula mengecilkan hati kedua orang tuanya. Lagipun bantah atau tidak, jawapan ayah dan ibu tetap sama…

                 Alah,kahwin sajalah. Kalau dah rasa tak mampu nak teruskan hubungan itu, berpisah sahajalah. Habis cerita. Lisa kanada. Tak habis-habis Adli ni dengan Lisa. Siapa Lisa tu? Macam orang yang tiada pegangan agama pula kau ni Adli. Jangan buat main-main dengan ikatan sebuah perkahwinan Adli. Perkahwinan adalah ikatan yang suci yang dituntut dalam agama bagi menghindarkan lebih banyak perkara yang tidak elok. Sekali sudah terikat, maka banyak yang perlu diambil kira. Kau berkahwin dengan manusia Adli…

               “Alhamdulillah. Kalau begitu, ayah akan segerakan perkara ini. Bak kata orang, perkara yang elok tak baik jika dilengahkan. Akhirnya tercapai juga hajat kami berdua.” Hamka mengucapkan syukur ke hadrat Illahi. Dia tahu, Adli seorang anak yang baik.

              Hamka berdoa semoga Lily Dayana dapat membimbing anaknya itu. Bukanlah anak bujangnya itu jahil tentang agama. Dia perhatikan sejak pulang dari Sabah, jarang anaknya mengerjakan kewajipan sebagai muslim. Ke masjid apatah lagi. Kena gunakan pendekatan yang berhemah untuk menasihati anak bujangnya ini nanti. Hamka dapat merasakan Lily Dayana mampu mengubah anaknya itu. Hamka bersyukur kerana Allah S.W.T telah hadirkan seorang gadis yang elok pekertinya dalam keluarganya ini. Hamka sangat terpikat dengan keperibadian gadis itu.

            Kalaulah dia ada anak perempuan, dia mahukan anaknya itu berperibadi seperti gadis genit itu. Namun, ketentuan Illahi perlulah dia terima dengan hati yang terbuka kerana isterinya tidak boleh mengandung lagi. Hadirnya gadis ini dalam keluarganya ibarat pelengkap kehidupan mereka sekarang.

            Adli sebenarnya agak tidak berpuas hati dengan minah kalut itu. Mana taknya, memandai sahaja dia bersetuju dengan cadangan kedua orang tuanya untuk menjodohkan mereka. Perasan bagus pula minah kampung ni. Adli hanya menunggu masa yang sesuai untuk bersemuka dengan gadis itu. Dia perlu membuat perhitungan dengan gadis itu. Dia masih menunggu peluang itu. Jangan ingat kau akan terlepas minah kalut. Hari perhitungan akan tiba…..siaplah kau wahai minah kalut!!!



Last edited by wipers81 on 24-9-2013 09:55 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2013 11:57 AM | Show all posts
baik sgt la tuh wipers oiiiiii si adli tuh

adehhhh
yana nie plak satu hal
bengap ke hape ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 12:20 PM | Show all posts
yoozara posted on 24-9-2013 11:57 AM
baik sgt la tuh wipers oiiiiii si adli tuh

adehhhh

sabar...sabar. manalah tahu Adli tu termakan dendam dia balik. manalah tahu dia nanti yang terhegeh2 kat yana...tunggu je

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 12:30 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


BAB 35
MakNah masih bercuti lagi. Pak Hamdan juga turut sama. Mak Nah menjaga anaksaudaranya yang baru sahaja bersalin. Ibu kepada anak saudaranya yang bersalinitulah yang meninggal dunia dua minggu yang lalu. Kampung Mak Nah terletak di AlorSetar, Kedah.

Hampirseminggu selepas aku bersetuju dengan cadangan ayah dan ibu angkatku, jarangkelihatan kelibat mamat putera itu. Kalau terserempak pun, huh dipalingkanmukanya dari aku. Amboi, benci sangat agaknya dia dengan aku. Mungkin, dia tidakpuas hati agaknya dengan aku yang bersetuju dengan cadangan kedua orang taunyaitu.

Kataibu, anaknya itu nak tenangkan diri sebelum menggalas satu tanggungjawab yangberat nanti. Aku hanya iyakan saja. Mungkin betul agaknya. Adalah lebih baiktambahkan ilmu di dada sebelum tergalasnya tanggungjawab itu.

*******************

Hariini, ibu meminta aku memasak. Kesian ibu. Kurang sihat pula dia hari ini. Sakitkepala katanya. Hmm….aku tidak kisah pun kerana aku memang suka memasak. Memandangkanhari ini hari Ahad, aku nak jugalah masak lauk yang agak istimewa keranaseluruh keluarga akan makan bersama. Nampaknya, putera sesat itu juga tidakakan ketinggalan.

Menuhari ini ialah nasi tomato. Teringin pula aku nak memasak nasi itu. Sudah lamaaku tidak merasanya. Hehehe…macam tukang masak profesional pula aku ni. Sedangaku asyik menghiris bawang….

“ Hei...minah kalut…..!!” tiba-tiba sahaja dia bersuara.

“Aduh…..sss….sakitnya.”


Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 10:08 AM | Show all posts
hah....
terpotong jari ke???
tertikam mamat putera sesat ke???...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.414561 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list