kikiharris posted on 1-10-2013 01:05 PM
Tp xbleh lwn ratipan we have won it 5 times kot... Hehe.. Aku ddk sini setiap kali CL start berkom ...
moyes pun sizen nih x target UCL sebab man yu xde world class star kekdahnye .. so xyah susah susah nak kompang dah.. boleh fokus kepada epl saja...
harap man u dpt menambah luka sunderland di stadium light nanti.. kami dah tapau depa 3-1.. jangan masukkan welbek dan anderson.. kekalkan chicarito dan kagawa tau..barula attacking minded
Arsenal...saya rasa pasukan yang paling meningkat dlm liga perdana musim ini kerana selain menerajui Liga Perdana dan kumpulan H Champion league yang mengandungi Marseile,Napoli dan Dortmund.Arsenal tidak tewas dan menang secara direct 10 perlawanan dan saya perlu akui yang saya tabik dengan persembahan mereka dan masih low profile.
Arsenal sejak kedatangan Mezut Ozil banyak berubah dan Man Utd patut menyalahkan diri kerana gagal mengambil nya sedangkan harga nya adalah harga mampu milik.Soalanya semasa dlm musim perpindahan Man Utd tidak menunjukkan kesungguhan kepada Ozil atau Christian Eriksen yang juga mampu di perolehi sebalik nya sejak awal-awal lagi mengintai Fellaini.
Arsenal mengamal 1 corak permainaan yg mudah yang mana saya suka iaitu THE BEST WAY TO DEFEND IS ATTACK..Maksud nya jika kita menumpu pada serangan 100% maka lawan yang sibuk bertahan tidak ada masa untuk counter balik atau memikir serangan dan secara tidak langsung kubu kita akan terselamat.Taktikal ini telah saya perjelaskan.Untuk ini Arsenal memperbanyakkan pemain attacking midfielder dalam skuad mereka utuk serang dan terus serang.Kita tidak tahu siapa akan menjaringkan gol kerana di barisan tengah dan serangan Arsenal mempunyai ramai pemain yg mampu menyerang dan menjaringkan gol.
Berbalik pada taktikal Man Utd pandangan saya adalah Fellaini tidak bolih berganding dgn Man Utd kerana tempo game menjadi slow dan mengingatkan kita kepada Berbatov semasa menguasai bola.Walau Fellaini berkata dia mahu menjadi seorang lagi Roy Keane tetapi dia tidak ada watak fighter dan bukan pemain jenis hard working untuk menjadi klon Roy Keane.
Man Utd perlukan formasi diamond atau total football.Man Utd perlu 4 atau 5 midfield bebas yang mampu bermain dan bergerak seluruh penjuru dan mampu menjaringkan gol dan pilihan saya buat masa ini adalah Carrick,Kagawa,Cleveley,Rooney,Adnan dan Van Persie bermain penyerang tunggal seperti mana di Arsenal dulu..
Dan jika Man Utd tidak berubah maka sukar untuk kita menduduki tempat teratas dan cuma berpeluang untuk merebut tempat keempat saja untuk layak ke CL musim depan.
Dengan dana 50 juta Man Utd cuma mampu mencari 1 saja pemain kelas bintang atau 2 separuh bintang saja kerana harga itu telah pun menjadi 1 nilai kecil bila banyak kelab tidak teragak-agak untuk membida lebih tinggi mana2 pemain walau untuk meletak dalam almari saja seperti mana yang terjadi pada Gareth Bale yang belum mampu menjadi pemain 1st choice walau ada tag harga pemain termahal di dunia di leher nya..
NEWS
1) Pemain sasaran Manchester United, Ander Herrera akan kekal di Athletic Bilbao selepas Presiden kelab Josu Urrutia tidak mahu menjual pemain itu.
2) David Moyes dikatakan ingin memulangkan Shinji Kagawa ke Borussia Dortmund dan membawa masuk Neven Subotic ke Old Trafford pada Januari nanti .
3) David moyes bersedia melakukan bidaan terbaru kepada Baines january ini bagi mengantikan evra yang dikatakan sedang bergelut dengan kecergasaan dan juga permainan yang dikatakan sedikit hambar