|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
Ubat Kaki Pancing
Aku tinggal di sebuah kampung di Indonesia. Ayah aku dulu kaki pancing, tapi kaedah memancing ayah aku ni istimewa sikit. Pancing yang ayah aku gunakan ringkas je, pakai buluh, lepas tu cacak tepi sungai dalam jarak 5 kaki dari pancing-pancing lain. Ayah aku pakai umpan katak hidup sebagai umpan. Sebab ayah aku suka pancing sejenis ikan keli kt sungai tu. Tapi ayah aku suka mancing di waktu malam, dan sebab ayah aku ni suka pacak pancing banyak-banyak tepi sungai tu, jadi ayah aku ni takdelah duduk mancing saja-saja, sebaliknya dia kena jalan sepanjang sungai tu nak periksa joran dia mengena ke tak.
Kadang-kadang, ayah aku terpaksa bawak aku yang masih sekolah rendah lagi masa tu untuk ikut dia memancing, sebab ibu bising bila ayah pergi seorang diri. Apa-apa jadi takde sapa pun tau katenye. Jadi pada satu malam tu, aku pun ikut ayah ke tepi sungai, tapi aku hanya sekadar menanti di motosikal kami sambil kunyah jajan sementara ayah aku pegi tengok pancing dia. Ayah aku dah berjalan kira-kira 70 kaki daripada aku, apabila tiba-tiba ayah patah balik siap berlari balik ke motosikal. Muka ayah nampak sangat ketakutan, seumur hidup aku tak pernah aku tengok ayah begitu takut sampai macam tu sekali. Ayah terus lompat naik motosikal, pastu ayah suruh aku cepat-cepat naik motor. "Tapi ayah macam mana dengan pancing-pancing tu?", ayah macam tak dengar je cakap aku, dia terus start motor dan pulas minyak dengan lajunya. Esok pagi tu baru ayah pegi tengok pancing-pancing dia.
Secara jujurnya, masa tu aku tak fikir apa sangat pun pasal perangai ayah yang agak luar biasa malam tu. Sebab aku pun sebenarnya bukan suka sangat ikut ayah pegi sungai malam-malam tu. Dahla tempat tu gelap, dengan nyamuknya lagi. Jadi lama-kelamaan aku pun lupa dah pasal peristiwa tu, dan sejak malam tu jugak, ayah aku dah tak mancing kat sungai tu lagi dah. Yang paling seronok mestilah mak aku sebab ayah aku dah duduk rumah.
Sehinggalah, 6-7 tahun kemudian, masa ni aku dah masuk sekolah menengah, masa ni anak-anak dah besar, ayah pun perlahan-lahan mulalah memancing balik. Kali ni, ayah aku ajak aku temankan dia memancing, masa nilah aku baru teringat pasal peristiwa malam tu. Aku pun tanyalah ayah, apa sebenarnya yang terjadi malam tu sampai ayah aku tekad berhenti memancing. Ayah aku pun ceritalah...
Masa tu, ayah aku tengah periksa batang pancing dia, dia tengah berdiri di tepi keluk sungai yang membelok ke kanan. Tiba-tiba dia terdengar bunyi kocakan air di joran depan tu. Tanda ikan dah makan umpan dia. Bunyinya datang dari pancing yang dia letak belah sungai ke kanan tu. Tapi bila ayah aku sampai situ je, dia ternampak ada seorang perempuan, ayah aku kata perempuan sebab orang tu rambut panjang, pastu pakai jubah putih tengah mencangkung membelakangi ayah aku. Ayah aku ingatkan yang orang tu nak curi ikan dia, ayah aku pun sergahla. Sekali tu perempuan tu toleh belakang. Rupanya perempuan tu takde muka! Muka perempuan tu hitam, lagi hitam dari rambut panjangnya yang hitam. Ayah aku terkaku di situ. Makhluk itu bersuara pada ayah aku, 'Muliho'. Muliho tu maksudnya 'pegi balik rumah'. Automatik ayah aku pun cabutlah dari situ.
Selepas bertahun-tahun barulah ayah aku berani nak memancing. Ayah aku sempat lagi bergurau, agaknya mak aku kot yang mendoakan agar ayah aku diganggu sampai serik nak memancing. Yelah mak aku kan tak suka ayah keluar memancing jadi ni jelah ubatnya untuk kaki pancing
|
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 4-5-2021 09:19 AM
Ubat Kaki Pancing
Aku tinggal di sebuah kampung di Indonesia. Ayah aku dulu kaki pancing, tapi k ...
sepupu mak i dapat tangkap ikan besar kt kolam memancing...balik dari memancing kna strok...ikan mengelupur dalam singki kuat sgt...smpai adik dia smua trjaga...
sorg hantar ikan tu balik kt kolam...yg lain bwk abg dia g hospital...
kebetulan ke hapa xpasti la |
|
|
|
|
|
|
|
pastu da antar balik ke kolam apa citer sepupu mak ko tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
taji2906 replied at 5-5-2021 10:13 AM
pastu da antar balik ke kolam apa citer sepupu mak ko tu?
jd strok sblh tgn...ntah la...kata nya tu 'ibu' ikan kt kolam tu...lps tu brhnti mncing la... |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 7-1-2021 06:19 PM
Keluar dgn adik2 dia pg minum...bunyi clear...
Tak sangka hantu pun pandai buat bunyi kereta... ...
Aku pulak.. Aku teman mama aku kat wad. Dia kena strok.. Setiap kali aku pejam mata.. Aku dengar mcm kecemasan gila.. Dgr suara dr kalut sbb pesakit collapse gitu.. Buka mata.. Aman damai ja sekeliling aku.. Pejam mata jadi balik.. Last kali.. Aku buka ayat suci al quran..lena sampai pagi. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 6-5-2021 09:04 PM
Aku pulak.. Aku teman mama aku kat wad. Dia kena strok.. Setiap kali aku pejam mata.. Aku dengar ...
Hospital hukm pernah terjadi..nurse uniform lama dtg cucuk pesakit
Pesakit tu nak.saman hospital sebab makin sakit
Tak.sangka hantu pun reti buat uniform..dan jarum suntikan |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 7-5-2021 01:34 AM
Hospital hukm pernah terjadi..nurse uniform lama dtg cucuk pesakit
Pesakit tu nak.saman hospital ...
Yg jadi ni kat hospital baru.. Mslhnya aku buka mata.. X ada seorg dr or nurse pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penampakan Bigfoot
2-3 tahun dahulu, sebelum dunia dilanda pandemik Covid, abang aku terima tawaran bekerja selama 3 bulan di sebuah taman negara di Pacific Northwest. Abang aku ni bekerja sebagai pekerja am di bawah Jabatan Perhutanan, pekerja am ni memang akan sentiasa dipindah-pindahkan bergantung pada keperluan sesebuah taman negara tu. Bila dah ada pengalaman atau naik pangkat, bolehlah mohon untuk menetap di sebuah taman negara tak payah dah bertukar-tukar macam abang aku ni. Abang aku setakat ni dah 5-6 buah taman negara la jugak dia dah merasa kerja kat situ.
Balik kepada cerita abang aku, abang aku ditugaskan untuk membantu 2 orang ahli biologi untuk membuat kajian di taman itu. 2 orang ahli biologi tu memang pekerja tetap di taman negara tu dan sudah bekerja di situ hampir 10 tahun lamanye. Satu malam tu, lepas waktu kerja, abang aku lepak-lepaklah dengan diorang berdua, pastu abang aku dengan nada bergurau tanyalah, pernah ke anda berdua nampak Bigfoot sepanjang kerja dalam hutan ni?
Pertanyaan abang aku tu tidak disambut dengan hilai ketawa, sebaliknya dua orang ahli biologi hanya terdiam dan saling memandang antara satu sama lain. Abang aku pulak yang kaget apabila suasana yang tadinya santai menjadi senyap tiba-tiba. "Sebenarnya, kami memang pernah jumpa Bigfoot kat dalam taman negara ni...", salah seorang ahli biologi itu memulakan ceritanya.
Kejadian itu terjadi bertahun yang lalu. Ketika itu, mereka berdua terpaksa membuat kerja lapangan di kawasan taman yang paling terdalam sekali. Jalan masuk kat tempat tu pun sekadar laluan lori balak sahaja, tidak berturap atau berpasir. Jalan itu bersebelahan dan selari dengan sebatang sungai. Mereka sedang memandu trak melalui jalan itu apabila salah seorang ahli botani itu ternampak di seberang sungai itu, seorang lelaki yang sangat tinggi, hitam keseluruhan badannya. Pada mulanya, mereka sangkakan lelaki itu memakai hoodie berwarna hitam. Tetapi apabila lelaki itu ternampak kereta mereka, lelaki itu mula berlari seolah-olah sedang berlumba dengan mereka. Yang menakutkan mereka berdua adalah, apabila mereka makin laju, lelaki di seberang sungai itu pun ikut laju jugak. Walaupun mereka dipisahkan oleh sebatang sungai, tapi ahli-ahli botani itu dapat dengar dengan jelas bunyi semak belukar dipijak-pijak oleh lelaki itu dengan mudahnya. Sekali-sekala bunyi tanah bergegar apabila lelaki itu melompat di atas batu yang menghalang laluannya.
Nasib baiklah juga waktu itu sebenarnya mereka berdua sedang memandu keluar dari kawasan hutan yang terceruk itu. Apabila mereka sampai sahaja ke jalan berturap barulah tidak kedengaran lagi bunyi lelaki itu mengejar mereka.
Ahli-ahli biologi itu tidak pernah menceritakan peristiwa ini kepada sesiapa, pertamanya sebab mereka masih tak boleh melupakan rasa takut dikejar makhluk yang tidak diketahui di dalam hutan. Keduanya, mereka berdua ini ahli biologi yang sangat berjaya dan terkenal dalam bidang mereka. Boleh jatuh kredibiliti mereka kalau mereka cerita kat orang pasal pengalaman diorang jumpa Bigfoot. Abang aku cakap mustahil lah diorang ni nak reka-reka cerita. Di manakah taman negara itu? Biarlah rahsia...
|
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 7-5-2021 01:34 AM
Hospital hukm pernah terjadi..nurse uniform lama dtg cucuk pesakit
Pesakit tu nak.saman hospital ...
Ayah i kena masa warded di sebuah hospital berdekatan satu uni ni. Bilik sorang. Dia komplen kata ada sorang doktor ni masuk check dia dok kepak2 picit2 kaki dia sampai sakit2 jadinya. Nurses kata waktu so-called yg ayah i komplen tu, mana ada Dr datang check....
Apart from that, dia selalu mimpi seram2 yg bersambung e.g. kena kejar cik pon |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 9-5-2021 01:18 PM
Anansi's Goatman : Malam Pertama
Sebelum aku nak kongsi pengalaman aku ni, aku nak cerita serba sedikit pasal latar belakang aku ni. Waktu ni, aku masih lagi seorang remaja lelaki berkulit hitam berumur 16tahun dari bandar Chicago. Tapi aku masih ada saudara-mara yang tinggal di Alabama dan merupakan pemilik ladang di Huntsville. Tanah keluarga aku memang luas, ada beberapa ekar tu merupakan kawasan hutan yang belum diteroka. pakcik aku pulak suka memburu, jadi dia pun letaklah 2-3 biji rumah boleh angkut atau kalau kat sini dipanggil trailer untuk dijadikan tempat bermalam masa keluar memburu tu.
Sepupu-sepupu aku ajak aku lepak-lepak di salah sebuah trailer dalam hutan tu 2-3 hari. Aku pun setujulah, kami pun bawaklah bekalan makanan mentah macam ayam dan bacon serta barang-barang lain untuk trip kami ni. Sebenarnya, masa kami sampai je kat tempat yang dituju tu, aku dah terbau macam wayar elektrik terbakar. Tapi bila kami periksa tempat tu takde pulak wayar elektrik yang terbakar. Lagipun tempat tu memang guna generator sebagai bekalan elektrik, dan generator tu memang dah lama tak dipasang. Tapi kami buat tak peduli semua tu sebaliknya lepas letak barang je kami terus ke sebatang anak sungai yang jernih ni nak bermandi manda.
Sedang kami berjimba di sungai tu, tiba-tiba muncullah seorang lelaki tua dan remaja lelaki kulit putih dari celah-celah semak di tebing sungai tu. Lelaki tua itu membawa selaras senapang patah dan menyapa kami. "Korang buat apa dalam hutan ni?", kawasan trailer yang kami pilih ni memang kedudukannya agak terceruk sikit. Sepupu aku pun cakaplah, yang diorang saja nak berkhemah dalam hutan ni. Sepupu aku pun sebutlah yang dia ni anak pakcik aku, rupa-rupanya orang tua tu kenal pakcik aku. Orang tua tu nasihatkan kami agar berhati-hati duduk dalam hutan ni sebab baru-baru ni ada penampakan binatang liar dalam hutan ni. Sembang punya sembang, rupa-rupanya remaja lelaki yang bersama pakcik tu anak dia yang sebaya dengan kami, nama dia Tanner. Tanner mintak izin ayah dia nak ikut kami mandi-mandi, dan ayah dia pun benarkanlah.
Jadi, campur si Tanner ni, 5 orang sepupu-sepupu aku, dan 4 orang kawan sepupu-sepupu aku. Termasuk aku, kami semua ada 11 orang. 5 perempuan dan 6 lelaki yang dalam lingkungan umur 15 ke 17 tahun. Seharian tu, kami mandi di sungai, main bolasepak Amerika, sedar tak sedar hari dah masuk senja. Kitorang pujuk Tanner, jomlah berkhemah dengan kitorang malam ni. Tanner ok je tapi dia kata dia nak balik rumah kejap dia nak amek barang-barang dia sikit pastu nak mintak izin ayah dia. Tanner kata rumah keluarga dia sebelah je dengan tanah pakcik aku ni. Sebab hari dah nak gelap, jadi sepupu Rooster dan sorang lagi budak perempuan tu tawar diri nak temankan Tanner balik rumah dia.
Waktu dah masuk 7 malam, Tanner dan 2 orang tadi pun bawaklah lampu suluh dan memulakan langkah balik ke rumah Tanner. Kitorang yang kat tapak trailer ni pulak buat unggun api, panggang smores, minum-minum dan sembang-sembang di tepi unggun api tu. Kira-kira 30 ke 40 minit kemudian, bau pelik tu muncul balik. Bau tu macam ada benda hangit, tapi baunya takdelah kuat mana pun, tapi kami semua terperasan bau tu. Pada mulanya kami ingatkan ada mangkuk besi terbakar ke ape ke, puas kami selongkar 1 trailer tu tapi tak jumpa mana puncanya. Masa tengah mencari punca bau tulah kami terdengar bunyi orang berlari ke arah kami. Rupa-rupanya, Rooster, Tanner dan budak perempuan tadi. Mereka bertiga lari tak pandang kiri kanan dan terus berlari masuk ke trailer kami tu.
Geng-geng lain yang masih di luar trailer bila tengok budak bertiga tu macam tu, diorang pun ikutlah jugak masuk trailer. Suasana masa tu memang kelam-kabut, Rooster tengah menangis, samalah macam Tanner, tapi Tanner agak tenang sikit daripada Rooster. Itupun mata dia dah bengkak dan kemerah-merahan. Yang budak perempuan tu plak aku perasan asyik memandang keluar tingkap je. Tapi masing-masing hanya membisu taknak terangkan kenapa diorang jadi macam tu.
Malam makin gelap, unggun api di luar tu makin lama makin malap. Salah seorang sepupu aku nak keluar dari trailer tu sebab nak hidupkan generator, tapi dihalang oleh Tanner. "Jangan! Kunci pintu tu! Jangan ada sesiapapun keluar dari trailer ni!". Kitorang pun tanyalah kenapa, dan Tanner pun ceritalah. Tanner kata, diorang bertiga sampai rumah Tanner ok je takde peristiwa pelik pun. Ayah Tanner izinkan Tanner ikut kitorang tidur dalam hutan, tapi ayah Tanner suruh Tanner bawak senapang patah sekali. Sebab baru-baru ni, ada seekor babi di ladang Tanner mati, tapi bukan mati sebab penyakit, sebaliknya diserang binatang buas. Tak pasti binatang apa, tapi teruk jugak bangkai babi tu. Sampai terpisah dua. Kalau nak kata kucing hutan atau coyote macam bukan. Tapi Tanner menolak.
Rooster dah berhenti menangis, giliran dia pulak bercerita. Dalam perjalanan balik tu, masa tu dah memang gelap gelita, diorang terdengar bunyi dari pelik. Pada mulanya mereka tak pasti itu bunyi apa, tapi bila budak perempuan tu pulak cakap bunyi tu datangnya dari arah semak sebelah kiri diorang, diorang bertiga pun suluhlah ke situ. Ada seseorang tengah berdiri di situ tapi membelakangi diorang. "Oi celaka! Buat takutkan aku jelah wei!", Rooster sempat lagi maki lelaki itu. Tapi lelaki tu buat tak tau je, menoleh pun tak. Diorang bertiga pun berjalan pergi dan masa tulah diorang terbau macam bau hanyir. Rooster tersuluh kat belah kanan diorang, rupa-rupanya lelaki tadi tu dah pindah ke situ pulak! Tapi lelaki itu cuma berdiri kaku membelakangi diorang. Apa lagi, dari jalan santai diorang pun start jogging. Tanner dah menyumpah diri sendiri, patutnya dia bawak je senapang tadi.
Masa diorang bercerita tu, bau hanyir tu muncul tapi baunya semakin kuat dalam trailer kami tu.
Tapi Tanner dan Rooster masih meneruskan cerita diorang. Lepas je diorang percepatkan langkah tu, kedengaranla pulak bunyi macam ramai orang berbisik-bisik dari semak-semak di kiri-kanan lagi. Pelagi pecutlah diorang bertiga. Budak perempuan tu ternampak macam ada bayang-bayang sesuatu melompat keluar dari semak. Semakin hampir diorang dengan tapak khemah tu, semakin kuat bunyi bisikan tu. Bila diorang nampak je cahaya unggun api tu, diorang terdengar pulak bunyi macam ada orang tengah kejar diorang dari belakang, bunyi tu kira-kira 40 ela je daripada diorang. Tu yang diorang lari macam Usain Bolt dan terus je masuk trailer tu.
Dalam fikiran kami masa tu, entah-entah tu cuma rednecks yang saja nak takutkan kitorang. Yelah, sebab dalam kumpulan kami ni majoriti orang kulit hitam. "Wei, korang nak tau tak?", tetiba sepupu aku lagi sorang, Junior berkata, "kawan aku cakap kat tempat ni ada Goatman". Aku nampak sepupu aku yang lain macam nak bagi penampar je kat Junior masa tu. Tapi Junior seolah-olah tak peduli dengan jelingan tajam dari yang lain. "Aku rasa betullah tu Goatman. Kita dahlah dalam hutan ni. Tu mesti Goatman tu nak main-main dengan kita". Budak-budak perempuan dah mula menangis, manakala yang jantan-jantan tu cuba nak yakinkan satu sama lain ah tu cuma hillbillies yang cuba nak prank kitorang je dan suruh Junior jangan celupar sangat.
Masa ni aku 16 tahun kan, aku pun tak tau Goatman tu ape. Jadi aku pun tak paham kenapa yang lain tu macam tak suka bila Junior cakap pasal Goatman. Bila aku dah masuk kolej je baru aku tau apa sebenarnya Goatman tu, itupun sebab teman sebilik aku orang Asli Amerika dari suku Menom. Kalau ikut kepercayaan dia, Goatman ni makhluk separuh kambing dan separuh manusia. Goatman ni boleh berubah rupa dan menyusup masuk dalam sekumpulan manusia untuk menakut-nakutkan diorang. Goatman ni makhluk yang sangat digeruni macam Wendigo, kalau ikutkan sebut nama makhluk tu pun tak boleh.
Bau hanyir tu menghilang tiba-tiba. Macam tiba-tiba je hilang, bukannya bau tu perlahan-lahan menghilang. Kami berkurung dalam trailer beramai-ramai tu dalam sejam-dua la jugak. Jam pun dah nak masuk pukul 10. Sepanjang kami berkurung tu, tak ada pulak benda pelik berlaku, jadi kami pun rasa mungkin hillbillies tadi dah balik rumah kot, jadi kami pun keluarlah sekejap nak hidupkan unggun yang cuma tinggal bara tu. Tapi sebelum kami keluar dari trailer tu, kami masing-masing dah sepakat taknak balik rumah dulu. Sebab malam dah gelap, dan kami risau hillibillies tadi dah tunggu kat tengah jalan nak serang hendap kami.
Setakat itu jelah gangguan di malam pertama. Malam pertama itu boleh dikatakan agak tenang dan syok lah jugak. Tanner, Rooster dan budak perempuan tu pun takdelah trauma. Dan kami putuskan nak tidur semalam lagi dalam hutan tu...
Bersambung
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 8-5-2021 04:16 PM
Anansi's Goatman : Malam Kedua
Pada hari kedua, segala-galanya berjalan lancar dalam perkhemahan kami ni. Takde dah benda-benda pelik berlaku. Malam tu, pukul 1 pagi, kitorang masih lagi melepak di luar trailer mengelilingi unggun api. Kami berkongsi-kongsi cerita hantu, gelak-gelak, apabila tiba-tiba, bau hanyir semalam muncul kembali. Tapi baunya kali ni sangat kuat sampaikan ada sorang budak perempuan tu dah nak termuntah.
Semua orang dah rasa tak sedap hati, aku pulak terus berdiri dan ajak diorang masuk trailer. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena, masa nilah aku rasa menyesal kenapa tak balik rumah je hari ni. Kitorang pun berkurunglah semula dalam trailer tu macam malam semalam. Si Junior tak habis-habis dengan Goatman nye. "Aku cepuk jugak mulut ko ni karang", Rooster cuba nak senyapkan Junior. Aku pulak dah memang senyap sebab aku memang rasa betul-betul tak sedap hati, tapi tak tau kenapa.
Bau hanyir tu masih tak hilang, sebaliknya ia semakin kuat. Kami semua duduk berhimpit dalam trailer tu, begitulah takutnya kami malam tu. Tapi dalam ketakutan tu pulak, perut masing-masing udah berkeroncong tanda lapar. Nasib baik la dalam trailer tu ada dapur mini, jadi kami pun masaklah brats untuk semua orang, sebab masing-masing tak berani nak keluar.
Brats yang kami bawak tu satu pek ada 4 batang, jadi aku pun bukaklah 3 pek brats sebab kami 11 orang kan. Brats tu sekadar aku panggang je atas kuali dapur, lepas tu aku kasi sorang satu, termasuklah untuk aku. Jadi, adalah baki lagi 1 batang brats. Sepupu aku sorang ni memang kuat makan sikit, jadi bila dia punya dah habis dia pun tengokla ke kuali dapur nak habiskan baki sebatang brats tadi.
"Tak patutlah kau ni wei, orang lain dapat satu je, tapi ko makan sampai dua", sepupu aku tu mengomel pulak kat aku. "Ko cakap ape ni wei? Aku pun makan sebatang je. Kalau brats tu dah habis tu, ko bukaklah lagi satu bungkus masak sendiri".
Lepas je aku cakap macam tu, budak perempuan yang ikut Tanner dan Rooster semalam tu terus menjerit, "Oh Tuhan, keluar! Keluar!". Budak perempuan itu menangis sampai menggigil-gigil. Sepupu aku yang tengah berdiri masa tu pandang aku, kami berdua melihat sekeliling trailer kami tu. Masa tulah hati aku macam tenggelam. Aku dan dia terus cabut keluar dari trailer itu diikuti dengan budak perempuan tu. Yang lain pun bila dah tengok kitorang bertiga berlari keluar diorang pun ikutlah sekali. Sampai tak sempat nak tutup pintu trailer tu.
"Apsal wei apsal?" Salah seorang kawan kepada sepupu aku bertanya. Aku mula mengira ahli kumpulan kami. Ada 11 orang.
"Aku tak tipu wei", sepupu aku yang kuat makan tadi berkata. "Aku kira tadi dalam trailer tu ada 12 orang." Masing-masing dah saling berpandangan. Nak ikutkan kami ni pun takdelah berapa rapat antara satu sama lain, ada yang baru kenal semalam je pun, tapi macam mana kami boleh tak perasan yang ada orang lain dalam trailer tadi? Masa ni barulah masing-masing tersedar, entah-entah 'orang' tu dah dah sehari suntuk bersama kami cuma kami je yang tak perasan.
Budak perempuan tadi tak putus-putus berdoa masa kami kat luar tu, akhirnya dengan bersenjatakan dahan pokok, kami masuk semula ke dalam trailer tu, tapi takde orang pun dalam tu. Kami pun masuk balik ke dalam trailer tu, tapi kami kira siap-siap, cukup 11 orang baru kami kunci pintu trailer. Bila semua orang dah selamat ada dalam trailer, barulah budak perempuan tu bukak cerita. Tadi masa kami berhimpit-himpit makan brats, orang sebelah dia tiba-tiba cengkam paha dia dan berbisik sesuatu yang dia tak faham di telinga dia. Bila aku dan sepupu aku tadi tengah gaduh pasal brats tu barulah dia ada kekuatan nak menjerit macam tu.
Takutnya kitorang masa tu takyah cakaplah. Berhimpit-himpitlah kami dalam trailer tu dan tanpa disedari, masing-masing pun tertidur dalam keadaan berhimpit tu. Aku terbangun di waktu matahari dah nak naik, tapi masa tu separuh daripada kumpulan aku tengah tidur nyenyak, separuh lagi dah berkemas-kemas nak balik.
Bersambung
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 9-5-2021 01:34 PM
Anansi's Goatman : Malam Ketiga Bahagian 1
Kalau ikutkan aku nak kami semua nak balik rumah jugak hari tu, tapi ada 4 orang nak tunggu sampai hari betul-betul siang baru nak balik. Ada pulak yang masih nak sambung berkhemah dalam hutan tu walaupun setelah apa yang terjadi malam tadi. Aku pulak memang betul-betul nak balik taknak dah tidur semalam lagi dalam hutan tu. Aku tanya budak perempuan yang kena pegang semalam, nama dia Kiera, dia nak sambung lagi ke berkhemah malam ni? Kiera kata taknak, dia nak balik rumah jugak hari tu.
Bincang punya bincang, 4 orang yang nak balik tu, termasuklah Kiera boleh balik. Tapi aku kena tunggu jugak sebab aku yang pegang kunci trailer tu. Lagipun trailer tu milik pakcik aku jadi akulah yang kena kunci trailer. Masa tu aku dah bengang la jugak. Aku cuba nak pujuk yang lain-lain tu, kita semua balik jelah hari ni tapi yang lagi 6 orang tu nak habiskan jugak perkhemahan kami hari tu. Jadi akhirnya, 4 orang tadi termasuk Kiera pun keluarlah dari tempat tu, Tanner ikut sekali sebab dia nak ambil senapang dia dari rumah. Jadi yang tinggal sekarang ni kami 7 orang jelah, termasuk Tanner yang balik sekejap tu.
Dah masuk pukul 5 petang, tapi Tanner tak sampai-sampai lagi. Kami dah mula gelisah dah risau dengan keadaan Tanner. Selamat ke Tanner ni? Pukul 5.30 petang, salah seorang sepupu aku cakap, Keira ada kat luar. Masa tu kami semua dah ada dalam trailer. Bila kami jenguk kat luar, yelah Kiera tengah duduk membelakangi kami di tepi tempat pembakaran unggun api tu. Aku dah mula terfikir, tadi Kiera jugak yang beriya nak balik rumah, kenapa dia masih ada kat sini lagi?
Bila Kiera tu muncul semula, bau hanyir yang menghurungi kami semalam pun muncul semula. Tapi baunya sipi-sipi je lagi masa ni."Eh korang bau tak ni?", tapi pertanyaan aku itu hanya disambut dengan hilai tawa. Aku hairan kenapa diorang gelakkan aku. "Ni rancangan kau dengan Kiera kan? Saja nak prank kitorang budak kampung ni". Dah kenapa pulak aku kena fitnah nak prank diorang ni?
Dengan wajah yang serius, aku cakaplah aku tak pernah terfikir pun nak buat macam tu. Salah seorang budak perempuan yang masih nak ikut kami tu pun keluarlah nak dapatkan Kiera. Belum sempat dia sampai ke Kiera, dia terhenti. Kami nampak dada Kiera berombak-ombak, macam dia tengah gelak terbahak-bahak tapi takde keluar suara pun dari dia. Masa nilah aku terperasan yang hutan ni senyap sunyi. Padahal masa tu dah lewat September, cuaca masih hangat dan selalunye masa macam nilah angsa tengah aktif atau bunyi burung-burung berkicau dan tupai berdecit-decit kedengaran di udara.
Aku dah tak sedap hati jadi aku panggil budak perempuan tu masuk balik ke trailer. Masa ni aku ingat lagi, sepupu aku tengah berpelukan dengan seorang perempuan, yang 2 lagi budak perempuan tu tengah gelak-gelak dan budak lelaki 2 orang tu tengah bersembang-sembang. Pastu kami terdengar suara Tanner dari luar, tengah menjerit. "Bukak pintu ni! Bukak!"
Kami pun bukak pintu trailer tu, Tanner terus melompat masuk dengan senapang patahnya. Aku sempat jenguk kat luar, dah takde orang.
Tanner pun ceritalah, dia berjalan balik seorang diri ke tapak perkhemahan kami. Dalam perjalanan tu dia ternampak seorang remaja perempuan, tapi bukan Kiera. Budak perempuan tu cuma berdiri pandang Tanner. Tanner tak kenal sapa perempuan tu, yang dia ingat perempuan tu renung dia dengan mulut sedikit terlopong. Bila Tanner dah nak masuk je ke kawasan perkhemahan kami ni, baru dia perasan yang perempuan tu dah makin menghampiri dia. Tanner pun teruslah pecut. Tanner ingatkan yang pintu trailer dah memang terbukak, tapi tengok tertutup la pulak. Tanner sempat toleh belakang, perempuan tu dah makin menghampiri dia. Tanner pun apa lagi menjeritlah suruh bukak pintu.
Mata Tanner melilau melihat kami seorang demi seorang. Wajahnya yang dah memang putih bertambah pucat. Dia tarik aku ke tepi dan berbisik ke telinga aku. "Kau tau kan, cuma 7 orang je yang tinggal sekarang ni?". Hati aku gundah-gulana bila Tanner tanya macam tu. Jadi kami berdua pun kiralah berapa orang yang ada dalam trailer tu termasuk kami. Aku tanya semua yang ada kat situ, tadi dalam trailer ni ada berapa orang. Semua orang jawab ada 8 orang. "Sekarang ada berapa orang pulak?". Kami semua pun kira sama-sama dan barulah kami perasan yang sepatutnya kena ada 7 orang je yang tinggal dalam hutan ni.
Tanner bukan setakat bawak senapang, tapi dengan sekotak peluru tambahan lagi tu. Tanner cakap kat aku yang dia tak berani nak ngaku kat bapak dia yang kami ni kemungkinan diganggu oleh Goatman, tapi dia ada hubungi sepupu dia dan sepupu dia pun setuju nak datang ke tempat kami, tapi dia lambat lagilah nak sampai. Pagi ni nanti kami semua akan pergi ke rumah dia dulu, pastu baru sepupu dia akan hantar kitorang semua balik ke rumah masing-masing.
Masa ni sebenarnya aku memang dah takut gila, tapi dalam hati aku rasa lega sebab Tanner ada dan dia pun biasa menembak. Masa nilah jugak sepupu aku dan seorang lagi budak perempuan tu bergaduh sebab budak perempuan tu ingatkan yang aku saja nak prank diorang, tapi budak perempuan tu rasa prank aku ni dah melampau sangat dan tak kelakar. Sepupu aku cuba mempertahankan aku, ye aku budak bandar tapi aku bukan jenis yang suka mempermainkan orang sampai macam tu sekali. Tapi budak perempuan tu tetap tak percaya, "Ye ke? Mane ko tau budak perempuan yang kita nampak kat luar tadi tu bukan Tanner pakai rambut palsu? Kalau betul kita kena kacau dengan Goatman, macam mana kita nak tau yang dia ni memang betul Tanner? Entah-entah Goatman tu dah bunuh Tanner dalam hutan tadi pastu menyamar sebab nak masuk dalam trailer ni dengan kita?" Tak pasal-pasal Tanner pulak kene tuduh.
Apalagi, bergaduhlah kami dalam trailer yang sempit tu. Tapi gaduh mulut jelah. Masa ni aku memang menyebelahi Tanner, aku cuba yakinkan yang lain yang kami kena bersatu hati sebab sekarang ni kami semua dalam bahaya. Ada penyamar yang dah berjaya menyusup dalam kumpulan kita. Paling teruk, kemungkinan ada makhluk halus dalam hutan tu yang tengah kacau kita.
Salah seorang budak perempuan tadi mula menangis dan mintak nak balik jugak masa tu, tapi kami terpaksa halang dia sebab hari dah makin senja, takkan kami nak berjalan dalam hutan malam-malam. Akhirnya, kami cuba nak menjamah makanan sikit untuk alas perut dan bukak radio, tapi malangnya tak jumpa stesen siaran yang jelas. Suasana agak tegang pada ketika itu. Buat apa pun tak kena.
Matahari dah terawang-awang di luar sana, tanda senja bakal menjelma, apabila sepupu Tanner akhirnya sampai ke trailer kami. Usianya dalam 19tahun, dia datang membawa lampu suluh berkuasa tinggi dan selaras senapang. Masa dia datang tu, aku sempat berbisik ke telinga Tanner, itu ke sepupu kau? Tanner mengangguk ya.
Sebelum sepupu Tanner masuk ke dalam trailer, dia menoleh ke belakang dia dan melihat sekeliling tempat tu. Dia amati wajah kami satu persatu dengan riak muka seperti sedang keliru. "Eh kawan korang lagi satu tu mana? Ingatkan dia dah sampai sini. Dia tu memang budak lembam ke?". Ah kawan mana pulak ni? Sepupu Tanner pun tegur jugak, kitorang ni masak apa sampai satu trailer bau darah, dari jauh dah bau.
Bersambung...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 9-5-2021 12:15 PM
Anansi's Goatman : Malam Ketiga Bahagian 2
Kami sempat bertanyakan sepupu Tanner yang bernama Reese tu tentang budak perempuan yang dia maksudkan tu. Dia pun ceritalah, dalam perjalanan tadi dia terserempak dengan seorang budak perempuan yang cuma berdiri je di tepi laluan tu. Dia tanya macam-macam pasal kitorang pada budak perempuan tu, tapi budak perempuan tu tak menjawab apa pun, sekadar melihat dia dengan mulut sedikit terlopong. Pastu, budak perempuan tu tersenyum pada dia. Reese tu pun terus jelah berjalan meninggalkan budak perempuan tu. Kebetulan laluan tu kena membelok ke kiri, masa tu lah Reese dah tak nampak budak perempuan tu. Dia ingatkan budak perempuan tu dah balik ikut jalan pintas dalam hutan tu ke.
Kami pun ceritalah kejadian-kejadian pelik yang berlaku pada kami sepanjang 3 malam kami kat sini. Aku sangkakan kami bakalan kena hanjeng dengan Reese, tapi Reese cuma mendengar dengan tekun, kemudian dia duduk di sofa yang ada dalam trailer tu. Reese kata dia teringat pulak pasal budak perempuan tadi. Reese perasan yang budak perempuan tu macam ikut dia dari belakang, tapi budak perempuan tu berjalan dengan perlahan-lahan sampai Reese pun naik pelik. Reese pun kali ni bergerak ke belakang budak perempuan tu, tapi budak perempuan tu sangat-sangatlah perlahan sampai Reese beberapa kali dapat potong dia. Sepanjang perjalanan tu pun Reese dah bau benda yang pelik, dan bau tu makin kuat bila Reese semakin menghampiri trailer kami ni.
Budak perempuan tu mula mengeluarkan suara tapi Reese tak dapat nak tangkap apa yang budak perempuan tu cakapkan. Reese pun toleh belakang, tapi aik! Tiba-tiba budak perempuan tu dah ada depan dia, sampai nak terjatuh Reese dibuatnya sebab terkejut sangat. Masa nilah Reese tanya budak perempuan tu, awak okey ke ni? Kalau tak sihat abang boleh dukung bawakkan sampai ke trailer kami, tapi perempuan tu hanya merenung dia ja. Reese cuba nak pegang bahu budak perempuan tu, tapi tak sampai. Seolah-olah budak perempuan tu berjalan ke tepi sedangkan Reese kata dia tak nampak pun budak perempuan tu bergerak. Akhirnya Reese pun malas nak layan dan tinggalkan je budak perempuan tu kat situ.
Masa nilah baru kami semua tau yang apa yang terjadi ni bukannya cobaan, tapi benar-benar. Tanner pun nampak macam dah nak terkencing dalam seluar je. Jadi aku tak rasa Tanner dan Reese sepakat nak kenakan kami semua.
Jadi Tanner dan Reese isi peluru siap-siap dalam senapang masing-masing, kami makan sikit, dan cuma duduk dalam trailer je sampai pukul 11 malam. Sehingga ke hari ni, aku harap sangat yang ini bukannya permainan yang dirancang oleh sepupu-sepupu aku. Sebab waktu tulah, bau hanyir tadi muncul cuma kali ni baunya memang tak silap memang bau darah dan rambut terbakar. Tan dan Reese terus berdiri dan bersiap sedia dengan senapang masing-masing...
Bersambung
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh pulak extend dorang ni. Kalau iols, esok tu dah cabut balik dah. Takde maknanya nak bermalam dalam hutan tu siap extend |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 9-5-2021 01:25 PM
Anansi's Goatman : Malam Ketiga Bahagian Akhir
Ada bunyi ketukan berselang-seli dengan cakaran di pintu trailer kami. "Bukak. Pintu. Ni. Bukak". Kedengaran suara makhluk di luar sana cuba meminta kami bukak pintu. Aku cakap makhluk, sebab suaranya bukan manusia. Suaranya macam anjing atau kucing yang diajar bercakap. Tona suaranya pun sebutir-butir tak selancar manusia dewasa. Suara pelik makhluk itu cukup mengerikan sampaikan menangis-nangis budak perempuan.
Walaupun aku tak nampak siapa di luar sana tapi aku yakin itu bukan manusia. Macam mana nak cakap ye, tapi manusia ni kalau bercakap mesti ada irama atau gaya percakapan tersendiri, tapi makhluk tu takde semua tu. Kami semua cuma mampu menjerit dari dalam, "Ko siapa? Jangan kacau kitorang lah!". Tapi makhluk itu berterusan ulang-ulang cakap benda yang sama". "Nak. Masuk". "Bukak. Pintu. Ni. Bukak". 15 minitlah jugak makhluk itu ulang-ulang macam kaset rosak.
Bau darah tadi perlahan-lahan beransur hilang. Kami masih boleh dengar bunyi ada dahan dan daun kering dipijak di luar, seolah-olah makhluk itu sedang menghendap kami. Dalam beberapa minit sekali, makhluk itu akan muncul di pintu kami dan berkata sesuatu. Akhirnya, jam 2 pagi, bau darah tadi terus lenyap. Tiba-tiba Reese naik berang, "Ah persetankan semua ini!". Dia terus buka pintu dan meluru keluar dengan senapangnya.
Mula-mula Reese melepaskan tembakan ke udara, sambil menjerit, "Atas nama Tuhan, nyah kau dari sini!". Kemudian, dia lepaskan 2 das lagi tembakan. Trailer kami ni berhadapan dengan anak sungai tadi, di seberang anak sungai itu pulak hutan. Kami semua dapat dengar bunyi makhluk bergerak dalam hutan di seberang sungai itu,dan makhluk itu mengeluarkan bunyi sahutan seolah-olah dia menerima cabaran Reese itu.
Kemudian makhluk itu menjerit, tapi bunyi jeritannya seperti kombinasi kucing dan perempuan. Kami nampak ada satu bahagian semak-samun tu bergoyang dengan kuatnya, Reese menembak ke arah itu kemudian dia berundur masuk trailer balik. Kami kunci pintu, dan kami semua dengar makhluk itu menjerit seolah-olah ianya sedang dalam kesakitan. Reese kata dia nampak macam ada binatang keluar dari semak tu dan nak merangkak menuju ke trailer kami. Reese yakin tembakan dia pada makhluk itu mengena.
Makhluk itu tidak pernah cuba nak mendekati lagi trailer kami, tapi selama 2 jam kami terpaksa menahan ketakutan mendengar makhluk itu menjerit dan bunyi makhluk itu berjalan dalam semak. Akhirnya kami semua yang dalam ketakutan itu jadi keletihan, dan masing-masing tertidur dalam trailer sempit tu. Kecuali Tanner, Tanner sukarela nak berkawal depan pintu trailer dengan senapangnya.
Malam pun berakhir, dan muncullah hari siang. Aku tahu dari sudut aku, memang cerita ni tak berapa seram sebab aku tak nampak apa pun. Setakat dengar je. Masa aku bangun tu, aku perasan Tanner macam menggigil sikit, dan nampak gelisah. Tanner langsung taknak pandang muka kitorang semua. Pagi tu kami makan sarapan sikit, berkemas dan mulalah bergerak nak pergi ke rumah Tanner. Tanner jadi orang terakhir tinggalkan trailer tu sebab Tanner nak kunci trailer tu. Aku memang berterima kasih sangat kat Tanner sebab selepas apa yang dah terjadi, aku dah tak sanggup dah nak duduk kat situ lagi.
2 hari kemudian, aku ada berjumpa dengan Tanner. Masa nilah Tanner bukak cerita pasal apa yang terjadi di malam terakhir tu. Tanner kata, akhirnya makhluk tu dah tak mengeluarkan bunyi lagi, masa tulah Tanner jadi mengantuk dan tersengguk-sengguk nak tidur. Dari ekor mata dia, dia ternampak ada seseorang keluar daripada bilik air dalam trailer tu, lepas tu orang tu terus baring bersama-sama kami yang lain. Tanner ingatkan itu kami jadi dia pun tutup mata terus zzzz....
Pastu dia baru terperasan sesuatu, sambil pura-pura tidur tu, dia mengira bilangan orang dalam trailer ni. Eh kenapa ada 9 orang? Bukan ke sepatutnya 8 orang je. Tanner terfikir jugak nak tembak orang tu, tapi sebab semua orang tidur berhimpit kan, nanti terkena orang lain pulak. Nak kejutkan Reese, nanti Reese buat gila pulak macam tadi. Jadi Tanner pun berpura-pura tidur jelah.
Tanner kata, kadang-kadang, 'orang' tu akan bangun berdiri, 'orang' tu macam gelak senyap, tapi terbahak-bahak sampai bergoyang-goyang bahagian atas badannya. Kemudian, 'orang' itu akan baring semula dicelah-celah kami yang tidur berhimpit-himpit tu.
Tanner kan orang terakhir kat trailer tu, jadi sebelum kunci trailer tu dia pun pergilah periksa dulu keadaan dalam trailer tu, masa tulah dia baru perasan yang tingkap bilik air kami dah terbukak. Aku baru teringat, memang tingkap tu kami tak pernah kunci pun. Tanner kata, mungkin makhluk tu selama ni masuk dalam trailer ikut tingkap tu.
Tanner kata, sebenarnya masa kitorang berjalan balik ke rumah Tanner tu, makhluk tu pun ada jugak dalam kalangan kami. Tapi makhluk tu berupa macam kami jugak, kami je yang tak perasan. Sebab tu Tanner tak berani nak tengok muka kitorang. Tapi makhluk tu takdelah ikut kami sampai rumah, sebaliknya ia memperlahankan langkahnya sehingga kami dapat tinggalkan dia di belakang. Tanner sempat bertentang mata dengan makhluk itu, sebelum makhluk itu berjalan balik ke hutan tempat tinggalnya....
-TAMAT-
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 7-5-2021 02:17 AM
Yg jadi ni kat hospital baru.. Mslhnya aku buka mata.. X ada seorg dr or nurse pun..
aku plak dgr gelak kuat kt playground hsb dlm pkul 10mlm..boleh sangka ank sapa la brni main gelak cmtu mlm2 ni...pdhal aku punya penakut nk masuk toilet dia..siap tgk ats siling lg...takut jmpa cik pon...
hsptl lama as cuma takut toilet jauh dari wad |
|
|
|
|
|
|
|
jiwakacau06 replied at 9-5-2021 02:26 PM
aku plak dgr gelak kuat kt playground hsb dlm pkul 10mlm..boleh sangka ank sapa la brni main gelak ...
Hahahaha.. Situ area bunuh diri x salah aku.. Kan depan xray kan? Aku kekadang nampak benda tu dok main pintu xray.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dulu pernah ke pulau pangkor..naik speed bot ke pulau Beach Boy tempat senario berlakon tu..aku ke laut belah belakang untuk mandi dan berenang.
Masa itu jam 6 ptg..aku bermain air di situ bersama seorg kwn.Aku menyelam2 dlm air yg sejuk.Tiba2 nampak seekor ikan berwarna emas bercahaya.Aku cuba tangkap tapi dia lari lebih jauh.Aku seronok kejar ikan tu..berenang lebih laju sambil menyelam.Ikan itu masih ada.Kwn aku menjerit suruh aku kembali ke darat.Leka kejar ikan xantik.Tiba2 kwn aku nampak makhlul besar mengiringi aku ke darat.Dia diam sahaja.Mungkin penunggu laut.Tiba2 laut bergelora besar dan hujan..malam tu tidur aku mimpi..seluruh pangkor kena tsunami |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 12-12-2020 10:54 AM
Nampaknya aku dah kehabisan cerita dan pengalaman untuk dikongsi bersama kalian semua. Tapi takpe, ...
Serammmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
kucim replied at 9-5-2021 04:52 PM
Aku dulu pernah ke pulau pangkor..naik speed bot ke pulau Beach Boy tempat senario berlakon tu..aku ...
di board mps ni ada crta psl pangkor...mcm mna u boleh tersedar nk patah balik ke darat...ke kwn u tarik |
|
|
|
|
|
|
| |
|