|
[Lain-Lain]
ADEGAN TAK LOGIK DALAM FILEM TEMPATAN
[Copy link]
|
|
Kalu mcm dah tatau nak buat dialog apa la kan, layan taruk video klip ala2 industan la pulak, selamat dah 5 minit, takyah buat dialog..paham2 sendri tgk video klip ajer hehe, kalu citer lawak, video klip musti sebijik industan lah, siap kostume skali, lari2 nyorok balik pokok bagai...tapi biasanya tgh ngelamun ahh atau pun ohhhh aku mimpi rupanya, kalu ala2 drama serius, musti ada part hero/heroin temenung mengenang nasib dirilah, kat tepi2 pantai ala2 masa sunset gitu...terkenang detik2 indah aku dah dia... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kan byk citer melayu tapi mcm dialog2 translate skrip citer cina gitu...katalah dia jumpa bos dia nama mamat sama dgn bininya kat mana2...dia akan salam dan tanya "apa khabar encik mamat dan puan mamat?" wahahahhaha
scene kat kg, pakai pelekat t-shirt pagoda, baru bangun pagi, tgk org2 kat rumah tgh bekpes atas lantai, dia pun sapa.." selamat pagi semua...", maka org2 ni pun ckp "selamat pagi xxx"
budussss tak real langsung, tak penah masuk kg n tau bahsa org kg agaknya... |
|
|
|
|
|
|
|
yay khatam dah aku baca thread n dengan tekun sekarang time cerekarama tv3 kalo tengok mesti bole tambah lagi ni  |
|
|
|
|
|
|
|
watak pompuan mesti mekap tebal gila walopon adegan baru bangun tido...tolonggggggggg laaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
setelah sehari suntuk aku membelek2 thread nie, akhir nyer berjaya jugak aku membacanyer smpai page 20.. memang gila laaa tp aku enjoy dengan kritikan2 forumers..
tp aku enjoy giler tgk drama2 melayu ni lagik2 drama yang lawak2.. lawak2 bodoh pon aku layan sebab tak yah pikir sangat.. gelak jer laaa..
plg tak best citer2 pnjang2 mcm Bella.. siri bersiri lagi2 kat tv3.. paper ntah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidan76 at 16-9-2007 01:19 PM 
No 1 - semua orang Cina atau India cakap bahasa Melayu kat rumah kalau drama tu berbahasa melayu
kawan abg aku.. mmg muke apek gile laa... tp sbb dah campo ngan mlayu jee kat umah dia pon dia cakap mlayu hahahyg best nye abg aku kate pgl mak dia MAK hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
antara adegan bodo....semua bertindak lembab kalu nk telepon polis ke...telepon ambulans ke...mintak bantuan ke...
duk tergedik2 situ jugak |
|
|
|
|
|
|
|
kalu scene kat kedai kopi kat kampung, WAJIB ada org tgh main dam aji... kalu scene tu waktu mlm, tibi musti tgh tunjuk wrestling  |
|
|
|
|
|
|
|
drama sembelit kasih dulu, tiap kali nak abih scene kat opis, mesti ada dialog "jom keluar lunch", mcm semua menda yg jadi dlm tu berlaku sejurus sblm lunch, ke depa2 ni lunch 10 minit sekali?  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hzln at 13-6-2008 10:24 PM 
Kalu pompuan kaya, mak2 datin yg berbisnes, mesti kalu tak salun, butik, salun, butik....ITUUUU sajalah bisnes yg pompuan2 kaya tau buat.Kalu yang lelakinya construction, buat bangunan tinggi2 pu ...
tapi boleh kata 80% mak datin aku jumpa sepanjang hidup aku... memang x pandai buat bisness lain melainkan hal cantik2 ni... unless datin tu educated punya datinlah...
pastu kalau scene boss kat office buat keje... tapi xde laptop or komputer langusng atas meja... |
|
|
|
|
|
|
|
Adegan Tak Logik Filem/Drama Melayu
sumber :http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2057#95669
1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.
2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.
3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.
4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.
5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....
6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .
7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).
8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.
9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.
10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....
saya tambah:
11. pelakon nyer kelihatan sama jer, citer seram ruper tu, citer cinta ruper tu, citer gangster ruper tu tak berubah2,
12. kat malaysia ni masih pakai dubbing lagi ker... mulut gerak lain, percakapan lain, pastu rasa tergantung jer dialog tu ..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tu belum lagi pelakon wanita yang bersolek bagai dgn bulu mata palsu lentik ketika solat , tidur , menoreh getah dll....
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pasan dlm drama melayu byk part kena langgar kereta masa tgh jln/nak lintas jln.. x reti melintas ke diorg ni? |
|
|
|
|
|
|
|
kupu2siang posted on 29-10-2012 04:27 PM 
aku pasan dlm drama melayu byk part kena langgar kereta masa tgh jln/nak lintas jln.. x reti melinta ...
melintas macam ayam 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|