Originally posted by rdzaccess at 7-8-2007 09:14 PM
Andai sepi mengulit rindu
Ku pejam mata mengenangkanmu
Kerana ku tahu dirimu dan diriku
Akan bertemu di suatu waktu
Originally posted by rdzaccess at 7-8-2007 09:14 PM
Andai sepi mengulit rindu
Ku pejam mata mengenangkanmu
Kerana ku tahu dirimu dan diriku
Akan bertemu di suatu waktu
Andai sepi mengulit rindu
Ku pejam mata mengenangkan mu..
Terperanjat beroks daku....
Melihat gambo tepekan lu.......
Pada suatu hari tu Tahun 2005, Aku memandu dari Sg. Petani ke Kuala Lumpur.
Waktu malam sangat.( kira pagi buta lah)
Dalam satu ketika jalan adalah amat gelap sekali.
Sesampai sebelum tol Jelapang, maka aku lihat ada satu kereta ni dari kejauhan.
Jalan di lebuhraya adalah mendatar ketika itu.
Kelajuan yang didaftarkan oleh kereta aku adalah 160km/jam.
Dalam tiga lane lebuhraya, kereta ni berada di lorong yang tengah.
Jarak ketika itu di antara kereta aku dan kereta yang kat depan tu adalah lebihkurang 200 meter.
Payah nya aku rasa nak memotong , kira kelajuan yang semacam itu kereta tu adalah dalam 140 hingga 150 km/j.
Dah sampai dekat aku lihat ia hanyalah sebuay kereta morris lama warna hijau kelam , macam tu lah.
Dan aku terpaksa membrek sehingga kelajuan keretaku menurun sehingga 70 km/jam. (semacam kereta aku di tarik untuk menyondol belakang kereta dia.)
Apabila bersaing aku lihat seorang yang agak tua memandu kereta tersebut.
Ini boleh aku pastikan kerana adanya cahaya lampu dari kereta aku.
Dia menyengih ajer sambil memandang aku, nampak macam gigi dia tak de kat depan.
Pas tu aku pun memecut kembali dan aku dapati amat payah sekali nak meninggalkan kereta tu.
Takkanlah pulak kereta aku yang berenjin turbo 2.0 Mitsubishi Elantra tak boleh potong dia ni macam sayur.?
Adalah selang 2 minit aku pandang melalui cermin, kereta tu tak de dah.
Aku tengok jam pada waktu adalah 2.15 pagi...
Lampu dia pun takde, bukan nya selekoh.
Masa aku belia , aku dan kekawan nak pergi menghadiri kenduri kahwin yang janda baik.
Maka petang tu kami berkumpul lah.
Setelah siap maka kami pun mula lah bergerak.
Kami berlima. Aku menunggang motor bapak aku Honda CB125, yang sorang tu anak cikgu menunggang X7 250, dan sorang lagi menunggang TXR 135.Punyalah seronok kami.
Sampai kat Karak Hiway dekat2 Maghrib, seorang daripada kawan aku berhenti dan kami pun masing2 berhenti jugak . Aku tengok diorang ni pi kencing kat tepi jalan.Selamba jer.
Aku cuma tengok kat jurang yang dalam tu di tepi Hi way.
Kawan aku yang sorang lagi pulak ( pembonceng aku) datang kat tepi aku, terus turun zip seluar dia .
Sedang dia dah nak pancut tetiba kami lihat ada satu bungkusan suratkhabar, elok jer bergolek kat depan.
Kedua2 kami melihat akan bungkusan suratkahbar tu.
Bila dah sampai di antara kami berdua ( kat tengah2), maka bungkusan tu pun terbuka.
Kawan aku si pembonceng ni tak reti bawa motor, aku pulak reti bawak tapi no lesen.
Demi saja dia tengok apa benda yang kat dalam sok kabar tu...( termasuk aku jugak...)