|
Reply #471 hitamputih's post
ala2 mandi bungala eh?
kalau lelaki nak kawinkan...kowang pi x spa ke facial? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #472 hitamputih's post
ada rituuu (mana ada kantoi ) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #473 shahiela's post
mmm, tepak sirih tu xmasuk sekali dgn dulang hantarankan?
sirih junjung tu utk tunang & kawin kena ada ke...kawin je nanti baru ada?
pastu..sirih junjung tu masuk dgn bilangan dulang ke?
aahkan..sedara2 selalunye akan tambah2kan hantarankan...mmg untung pihak lelaki..ehehe
dea org johor & partner dea pun org johor...so maybe adat lebih kurang sama jelakan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #483 dea_nylea's post
raseyer sirih junjung dr perempuan...
dr belah lelaki yg bg tepak sirih. x sure la sgt..
sirih2 tuh x termasuk sekali lam jumlah hantaran...
bg buah ke? tuh pun senang sket nk gubah, baling je lam bakul. just bg warna buah tuh cantek je...
sini perak-
ade perjanjian 1. bg hantaran waktu tunang sme. time kawen x yah bawak ape2 just bunga telur - satu pkok tuh 100 btg tuh (x ingat ape nama)
2. bg hantaran separuh tunang & separuh kawen. 2-2 ade sirih (time tunang sirih tuh x over sgt)
[ Last edited by shahiela at 5-11-2008 10:26 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #480 dea_nylea\ catat
dulu makcik aku ...moyang aku buat.....akak aku...nenek aku buat.....sepupu2 aku mak aku buat.....maklum ler mna mampu nk gi spa.....hehheheh
tp buat ler bgus...sbb nnti sanding peluh meleleh.....hilang seri...heheheheh...kasi sental abis daki2 suma kuar.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pantang larang bakal pengantin Melayu
APAKAH anda sudah bertemu pasangan yang serasi dengan diri anda?
Bagi yang bertunang atau bakal bergelar raja sehari, ada banyak pantang larang yang harus diikuti.
Dalam masyarakat Melayu, sebaik ditetapkan hari perkahwinan, bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu.
Apa yang ditetapkan harus diikuti demi kebaikan diri mereka. Orang Melayu yang terkenal dengan adat resamnya yang tinggi mempunyai amalan tertentu untuk kebaikan semua pihak.
Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi satu budaya masyarakat Melayu. Walaupun bakal pengantin masa kini jarang mengamalkan petua itu, tidak rugi jika ia diikuti.
Cuba selami betul-betul supaya anda dapat mendalaminya. Jika anda merasakan ia bersesuaian, mungkin anda bersetuju dengan apa yang dikemukakan. Jika sebaliknya, abaikan saja.
Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga.
Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.
Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
Jangan bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelak diri dari terkena sihir.
Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
Elakkan minum air mengandungi gas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki akan menghadapi masalah ketika bersama.
Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).
Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga yang cukup sebagai persiapan.
Amalkan makan telur ayam kampung dua kali seminggu yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.
Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumah tangga aman dan damai.
Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
Elakkan minum minuman keras dan merokok.
Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak unsur jahat.
Jangan bercelak serta memotong rambut seminggu sebelum ijab kabul.
Jika sudah nikah gantung tidak boleh bersama.
Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan menghangatkan lagi kemesraan.
Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak daripada dikhianati.
Jangan buat kerja yang berat kerana apabila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.
Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui orang lain bagi mengelak hujan turun ketika majlis berlangsung.
Dilarang memandang cermin ketika disolek kerana dikhuatiri hilang seri.
Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
Jangan makan leher ayam nanti dikhuatiri kepala senget masa bersanding.
Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
Elakkan keluar rumah tanpa tujuan menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
fuh pjgnyee |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #485 shahiela\ catat
rasanya sirih junjung dua2 ada.....tp skrg dah x junjung...sbb suma dh rendah2....bnyk bunga dr sirih...wkakakkakak
dea.....
carik buah manggis kasi letak minyak msak sikit kulitnya....lawa tu........maklumler permaisuri buah. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #487 shahiela\ catat
hehehhe...mmg itu ler pesan org2 tua. tp brp ramai org skrg leh ikut........ |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
huuuuuuuuuuuuuu abihlaa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #489 itik_magic's post
nk ikut boleh...
tapi kene ingat2 la.. sme mende yg baik2 tuh berlaku sbb dgn izin Allah, bukan sbb pantang2 tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #491 hitamputih's post
gulai tu mmg terbukti membuncitkan eh tam? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #490 dea_nylea's post
ala. dea cube search lam internet.. gamba2 sirih jungjung..
ikut je mcm mana die buat. skrg nie sme senang, lam buku pun byk.. sendiri dh ble buat. x reti jugak suh sape2 yg pandai.. simple je..
kalu nk cantek.. pilih sirih2 yg berkilat gelap. then buh bunga yg warna cerah putih + kuning. mmg contras yg cantek!!
(psst beli jarum byk2 hehehe- nk cucuk sirih kat polistren silender) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #487 shahiela's post
byknyeee pantang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|