CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17389|Reply: 21

[Tempatan] Murid darjah 2 hilang penglihatan akibat sosej, nuget

[Copy link]
Post time 15-1-2025 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KOSMO!
15 Januari 2025, 10:32 am


GAMBAR HIASAN.


PETALING JAYA – Gara-gara selalu dihidangkan dengan makanan berproses seperti sosej dan nuget sejak dari kecil, seorang murid darjah dua hilang kedua-dua belah penglihatannya.

Berkongsi kisah malang itu, seorang pengamal perubatan dikenali sebagai Dr. Erna Nadia berkata, kejadian tersebut berlaku sewaktu murid terbabit berada di sekolah.

Jelasnya, murid itu secara tiba-tiba hilang penglihatan sebelum memberitahu guru kelasnya.


“Teacher, why cant I see anything? (Cikgu kenapa saya tidak dapat melihat apa-apa?). Terkejut satu kelas tiba tiba dia jerit macam tu, Cikgu terus hubungi keluarga dan terus murid ini dihantar ke hospital.

“Setelah diperiksa, dilakukan pelbagai pemeriksaan yang bukan mudah dan bukan mengambil masa sehari dua, keputusan mendapati dia kekurangan Vitamin A yang teruk.

“Terduduklah keluarganya, sebabnya bila dietitian (pakar pemakanan) siasat, anak ini cuma makan processed foods (makanan berproses) sahaja iaitu nuget, sosej dan ‘cookies’ sejak dari bayi sampailah ke darjah dua,”kongsi di laman Facebook.

Erna berkata, kes itu berlaku di negara kita, di ibu kotaraya dan keluarga murid terbabit bukanlah berkerja biasa biasa.

“Buta ini tidak dapat dipulihkan, sebagai ibu, jika kita tidak dapat masak selalu sebab sibuk, tapi cubalah beli makanan yang betul serta lengkap.


“Nasi ayam pun ok, bihun sup pun ok, dan kena paksa juga mereka makan makanan yang sihat. Kalau kena suap pun tak apalah janji mereka makan makanan yang betul betul makanan supaya mereka dapat nutrisi itu.


“Vitamin dan supplemen tidak membantu seperti makanan betul. Kita kecil-kecil pun mak, ayah, atok dan nenek bagi makanan biasa saja kan,”ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, simptom awal kekurangan vitamin A adalah mata menjadi kering, ada macam bayang atau ‘spot’ kelabu di mata putih.

Selain itu katanya, individu itu akan sukar melihat waktu malam atau di dalam gelap, mata kurang menghasilkan air mata, jika dibiarkan akan menyebabkan kehilangan penglihatan.

“Makanan yang tinggi dengan vitamin A adalah sayur bayam, carrot, buah mangga, buah betik, aprikot, ikan, ayam, telur kuning dan ubi keledek,”katanya. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2025 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar... Kene bg real food.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 06:49 PM | Show all posts
Trend sekarang ni memang banyak makanan yang entah apa2. Kalau tengok video ibu2 sediakan bekal sekolah anak dalam insta/tiktok mesti akan ada bersusun fastfood atau makanan manis2 sebagai kudapan. Sayur dan buah secoet je ataupun tiada langsung. Biorlah, anak deme.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lapar makan nak makan sup..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 06:57 PM | Show all posts
Butterfly41 replied at 15-1-2025 10:49 AM
Trend sekarang ni memang banyak makanan yang entah apa2. Kalau tengok video ibu2 sediakan bekal seko ...

A'ah tgk video kat FB, siapkan bekal anak, bnyk letak process food. Mungkin sbb cepat utk disediakan. Sekali sekala ok la kot. Kalau hari2, kita yg dewasa ni pon mau berdesing kepala makan benda tinggi garam.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak klu tak nak mkn bawang ke carrot ke. Blender je semua kasi hancur untuk buat sup.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2025 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Paragraph terakhir tu, makanan yang semua tu favourite saya & kerap makan. Tapi saya tetap juga kena “rabun ayam” (mata jadi rabun kalau tak cukup cahaya @ dalam gelap)
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts

iols ni jak kecik smpai ke tua makan segala mala sayuran, buah, hewan2 yg kebiasaan org mkn...tetappp jugak dari f2 pakai spek, dah mid 40s ni pakej rabun dekat+rabun jauh tggi giler dah kene pakai spek multifokal, tak vogue dah iols selama ni blh gak pakai contact lense.

bdk ni takkan la dari baby maknya sumbat fastfood+kukis semata. mcm membongak je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2025 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hasanah ke.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 08:24 PM | Show all posts
iye2 je artikel ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by axl_bach at 15-1-2025 09:18 PM

Biar betul doktor ni, mcm hasanah jer..... Yer2 jer vitamin A deficiency bleh sebabkan acute vision loss....

Biasanya vitamin A deficiency ni kacau night vision jer..... Bila dah long standing dia disrupt eye anatomy baru ada complication yg sebabkan cornea jadi ulcer, which eventually leads to blindness, tu pun if left untreated...xder nyer cornea dah ulcer bagai budak tu pegi skolah, mata masuk abuk pun dah x senang duduk, inikan mata dah ada ulcer bagai, pedih oiiii

Agak2 lah tgh elok2 nmpk dlm day light tetiba speaking kenot see.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 11:05 PM | Show all posts
cerita hasanah la ni

kurang2 tak mkan pun bebudak kan suka minum susu berperisa mcm coklat, strawberi
dlm tu ada je vitamin a
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 04:41 AM | Show all posts
Biar betul. Sekolah mana budak tu?????
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 07:24 AM | Show all posts
Hasanah sgt
X kan la tibe2 eh, aku terus x nmpk
At least gradual jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 07:28 AM | Show all posts
kosmo pun dah suka jaja citer hasanah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak² kan senang kena brainwash, kenapa tak basuh je otak dorang dari kecik. Makan sayur ni sedap, nak cantik, nak pandai ect.. nanti dorang terpedaya lah. Kalau taknak tu memang kena paksa walau dorang nangis. Apa nak heran, benda baik kot. Setakat nangis sikit dah tak bagi sayur. Bukan bagi racun pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2025 10:51 AM | Show all posts
entah kencing manis..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Isk aiol tgk ramai je mak2 standy makanan untuk seminggu sbg bekal atau masak kat rumah. Mmg betul ada yg mkn makanan yg proses ni tapi idok le 5 kali sehari 7 hari seminggu. Kot ye pun nak sabitkan pun bg la fakta yg telus
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 11:46 AM | Show all posts
BAK ORG PENANG KATA...aper ranjau hang cakap ni nyah hoiiiiiiiii.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 15-1-2025 07:51 PM
iols ni jak kecik smpai ke tua makan segala mala sayuran, buah, hewan2 yg kebiasaan org mkn...tetap ...

Contact lens pun ada multifokal, cuma, tak cover silau
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.130703 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list