Post Last Edit by nurchan at 15-3-2012 13:57
cerita ni kite dapat daripada adik...
ye la sekarang ni kan cuti sekolah...
peristiwa berlaku baru beberapa hari yang lepas
adik tahun ni ada pekse besar so mereka dilepaskan pulang ke kampung lambat
daripada pelajar2 biasa...
alkisahnya suatu pagi di dalam satu dorm
ada 20 orang, sedang lena diulik mimpi
tiba2 kedengaran ketukan di pintu dorm bertalu2 diketuk
ketukan ini mengejutkan seorang pelajar yang diberi nama A
lantas dengan cepat si A bangun dan pergi ke pintu untuk membuka selak pintu
sangkanya tentu naqibah datang ke dorm untuk mengejut subuh
sesudah membuka selak pintu
dengan serta merta ketukan di pintu bilik berhenti
kejadian ini juga turut mengejutkan seorang pelajar yang diberi nama B
si B ni sedar bila si A pi bukak selak pintu dorm
si B dok tunggu2 bila agak2nya si gerangan yang mengetuk pintu tu
nak masuk ke dorm mereka
tunggu punya tunggu
takde siapa yang masuk
si A dan si B rasa hairan
lantas si A bertanya kepada si B
A: pukul berapa sekarang?
B mencari2 jam locengnya dan menjawab
B: baru pukul 3...aku ingat nak subuh dah...
A: abis tu...siapa yang ketuk tadi?
dengan cepat A menyelak semula pintu dorm dan lari ke katil B untuk tidur bersama2..
keesokan harinya gempar kejadian lelaki menceroboh ke dalam asrama perempuan..
legend jugakkan lelaki ceroboh asrama perempuan?;) |