|
|
[Merged] Norman masih lagi BERHUTANG hantaran kawen dengan Abby
[Copy link]
|
|
|
|
norman hakim and memey loser BIG TIME!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa masih nak ungkit?
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
[email protected]
2010/09/17
NORMAN Hakim berasakan maruahnya bagai dicalar apabila bekas isterinya, Abby Abadi mengeluarkan kenyataan meminta dia menjelaskan hutang hantaran bernilai RM 11,111.11 daripada perkahwinan mereka lapan tahun lalu.
Walaupun Abby dalam kenyataannya mengatakan tidak berniat membuka aib bekas suaminya namun kenyataan itu cukup mencalar hati lelaki berusia 34 tahun itu.
Ketika dihubungi, Norman yang masih beraya di kampung halamannya di Kuantan, Pahang kecewa dengan tindakan bekas isterinya yang mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Katanya, dia tidak faham kenapa Abby masih mengeluarkan kenyataan yang seakan-akan mahu mencabar kesabarannya.
Sekiranya kenyataan itu membabitkan dirinya seorang, Norman masih boleh berdiam diri tetapi apabila kisah itu turut menjejaskan maruah keluarganya, pelakon siri Gerak Khas itu mengaku tidak mampu bersabar lagi. Malah ibunya, Kamariah Kamal, 67, enggan membaca kisah itu dengan lebih lanjut kerana bimbang kesihatannya terjejas.
Tindakan Abby umpama meletakkan maruah Norman di telapak kaki, seolah-olah dia boleh dipijak sesuka hati. Mungkin sikapnya selama ini yang lebih senang berdiam diri menyebabkan bekas isteri naik tocang.
“Saya tampil membuat kenyataan bukan berniat untuk mengeruhkan keadaan. Selama ini saya bersikap seperti air, membiarkan semuanya mengalir begitu saja. Tunduk bukan untuk dipijak, tetapi saya memikirkan banyak perkara sebelum membuat sebarang kenyataan.
“Bagaimanapun kenyataan dia (Abby) kelmarin memang membuatkan saya benar-benar terkejut dan sangat kecewa sehingga tidak tahu apakah reaksi harus saya balas ke atas kenyataannya itu.
“Kenapa dia nak mengimbas kisah lapan tahun lalu yang sepatutnya hanya saya dan dia saja tahu. Kenapa selepas majlis pertunangan saya selesai baru dia nak mengungkit kisah itu? Apabila diimbas kembali mengenai isu hutang itu, semua perbelanjaan yang dikeluarkan sewaktu kami berkahwin dulu adalah atas persetujuan bersama. Kami mengamalkan konsep perkongsian kerana nak berkahwin bukan memakan belanja yang kecil.
“Saya tak nak masyarakat terus membuat tanggapan yang bukan-bukan pada saya disebabkan cerita dia. Bila kisah seperti ini menjadi cerita kedai kopi, ceritanya nanti jadi lain. Mana saya nak letakkan maruah saya? Ibu bapa saya pun masih ada, mereka masih waras dan mereka juga ada hati dan perasaan,” kata Norman kecewa.
Katanya, selama ini dia bersabar dengan menjaga hubungan baik bersama bekas isteri kerana memikirkan anak-anak. Namun dia kecewa kerana tindakan Abby semakin melampaui batas, lebih-lebih lagi sejak dia membuat keputusan untuk menyunting Memey sebagai isteri. Abby juga seakan-akan hendak lepas geram apabila mengungkit kembali kisah bahtera rumah tangga yang pernah mereka layari bersama.
Dia juga kecewa apabila Abby mengeluarkan kenyataan seolah-olah dia langsung tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan baik sebagai contoh tidak memberi nafkah kepada anak-anak.
“Apa maksud dia saya hanya memberi nafkah ala kadar dan suka hati? Takkanlah saya nak beritahu dengan terperinci kepada media berapa banyak perbelanjaan yang saya keluarkan sebulan untuk anak-anak.
“Memang betul saya tidak bagi wang secara tunai. Tetapi setiap dua kali sebulan, saya membawa bekas isteri dan anak-anak membeli barang keperluan dapur. Jika ada rezeki lebih, saya akan keluarkan belanja yang lebih untuk mereka. Saya juga keluarkan duit untuk pendidikan anak-anak, membiayai sakit pening mereka dan aktiviti sosial mereka.
“Malah saya menyimpan semua rekod perbelanjaan yang saya keluarkan dalam sebuah fail tapi takkanlah saya nak nyatakan di sini berapa banyak saya peruntukan sebulan.
“Saya juga ingin tahu apa yang dimaksudkan oleh Abby saya tak ada hati perasaan? Disebabkan geram, dia keluarkan pelbagai kenyataan walaupun dia kata tak berniat nak aibkan saya tetapi segala kenyataannya sudah cukup mengaibkan. Jika betul dia menghormati saya sebagai bapa kepada anak-anaknya, tidak sepatutnya dia mengeluarkan kenyataan sebegitu,” kata Norman.
Menyentuh mengenai perbelanjaan raya, Norman tidak menafikan dakwaan yang dia tidak menyediakan belanja raya untuk anak-anak kerana semua perbelanjaan dapur disediakan olehnya. Manakala tugas membeli pakaian raya pula diletakkan di bahu bekas isterinya, selain itu kata Norman, dia bukanlah orang senang kerana selain menanggung bekas isteri dan anak-anak, dia juga mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga.
Bagaimanapun pada hari raya yang lalu, dia ada memberikan bekas isteri dan anak-anaknya duit raya namun Norman enggan menyatakan berapakah jumlahnya. Norman juga kecewa apabila dikatakan sudah tiga kali anak-anak tidak dapat beraya dengannya.
Dia akui ketika kali pertama rumah tangga berdepan krisis, dia tidak dapat pulang beraya dengan anak-anak kerana dia dan Abby tidak boleh bersua muka tetapi pada tahun berikutnya dia tetap bersama dengan mereka seperti biasa.
“Saya tak beraya dengan mereka kerana ketika itu kami memang dalam keadaan tak boleh berjumpa tetapi tahun berikutnya saya tetap bersama mereka. Tahun ini pun begitu juga, malah saya berada di rumah keluarga bekas mentua sehari suntuk untuk bersama dengan anak-anak. Pagi raya saya bawa Danish menunaikan sembahyang raya bersama dan saya berada di sana hingga sebelah malam melayan anak-anak bermain bunga api,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kak nat...maner tau gosip pasal cincin pasar malam memey nie..?? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kak nat...maner tau gosip pasal cincin pasar malam memey nie..??
iena_kindaichi Post at 16-9-2010 19:10 
Ko pikir cincin tunang tu Normiang beli kat Cartier ke?
Kalau duit RM11,111,11..11 dulu pun Abby kena dulukan,
ko pikir jelah, adakah sekarang Normiang lebih berkemampuan...? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
[quote“Bila hal ini terjadi, tempiasnya terkena pada saya. Dengan keluarga, saya boleh jelaskan, tetapi orang lain macam mana? Saya tak mahu campur tangan sangat walaupun saya tahu hal yang sebenar.
[/quote]
tau sangat la ko kalau sumber tu dari normiang......  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko pikir cincin tunang tu Normiang beli kat Cartier ke?
Kalau duit RM11,111,11..11 dulu ...
natashism Post at 17-9-2010 13:19 
maner lah tau kot beli kat kedai emas sadur mek kelate ker....?? hukhukhuk...... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
apalaks memey menyibuk dalam hal hutang dorang berdua nehh?
Syd Post at 17-9-2010 10:59 
bukan sebelum cerai berai berlaku pun pompuan sundel nih dah nyibuk ker?? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Norman dah dapat pasangan, abby belum lagi walaupun pernah dicanang seketika dulu ada sorang jantan, jadi sepatutnya abby carilah balak baru, barulah hilang meroyannya tu . |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya harap Abby dapat selesaikan hal-hal peribadi dengan cara baik dan tak perlu buat satu Malaysia ...
mixed Post at 17-9-2010 11:08 
tu ler paSAL nye...mengata abby cite hal2 peribadi..
yg si memey ni..siap tertangkap kalwat x malu pulak 1 malaysia tahu sifat keji diorg berdua2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
x abis lg telenovela dorang nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut undang2 islam, credibility of witness sangat penting... tak boleh menipu, minum arak or buat apa2 maksiat....
dalam kes norman hakim ni, credibility dia diragui... ada kisah yg pernah didengari... dia dulu asalnya budak MCKK tapi masuk kejap jek.. homesick.. tak kisah la tu...
yg klakarnya, menurut sumber, dia punya auta tanak dok hostel bagai nak rak.. buat2 ada misteri nusantara la, konon jumpa jarum org nk santau la... padahal tu jarum peniti dobi baju dorang... nk kasi kemas, dobi letak jarum kt uniform yg dh basuh...
hahaha... so, pd usia 13 pun dh giat meng-auta, apa lagi 20 tahun seterusnya... so tak pelik la...
sekian... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
untuk rekod, dia masuk MCKK under kuota sukan.... menurut kata sumber |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
xpaham org yg sokong org kena tangkap khalwat..hutang tu kalo donia lepas akhirat xlepas gak...
eisyah Post at 16-9-2010 21:56 
kalau cam kes Nash tu cam mana eh..bekas bini pun dah jadi arwah (DS)
Nash tu pun dekat 1juta $$ arwah dia kebas kan..sampai naik court bagai..
leh tenang ker idup Nash.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan sebelum cerai berai berlaku pun pompuan sundel nih dah nyibuk ker??
mauminumapa Post at 17-9-2010 13:22 
kita tengok esok2 bila memey lak di talak kan NH..
dia meyalak ker tidak...or masih nak belakon sengih cam kerang busuk 
memey tu x kena kat diri sendiri..esok2 kalau dah terkena..,baru padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan sebelum cerai berai berlaku pun pompuan sundel nih dah nyibuk ker??
mauminumapa Post at 17-9-2010 13:22 
OI MEMEY KEMEK |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Norman dah dapat pasangan, abby belum lagi walaupun pernah dicanang seketika dulu ada sorang jantan, ...
paler kembang Post at 17-9-2010 13:24 
ingat senang ke nk cari lelaki yg blh trima anak2 die?
ko ingat main tangkap muat je ke??
ckp mmg r senang.. apadaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
haih, 3 eko beruk 3 suku ni...x abih2 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
diam daaaaa.....
mauminumapa Post at 17-9-2010 13:49 
wakakaka..salam aidilfitri..maaf zahir n batin |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|