CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tamakkuasa

SIAPA TAU APA PERBEZAAN LEPAS MAKAN KOLAGEN PUTIH,VIOLET DAN HIJAU

[Copy link]
Post time 12-4-2013 09:15 AM | Show all posts
SELAMAT PAGI SEMUA...

aku baru check kat tracking no pos laju...tengok yg adik aku pos dah sampai kat ppl mungkin ari nie leh dapat lar...nanti dah dapat leh la ambik pic...n kalo aku berjaya tepekkan pic kat sini aku tepekkan..kalo tak aku tepek kat fb aku jer...tak reti sebenarnye nak tepek pic kat forum nie...menyembang tau ler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2013 11:11 AM | Show all posts
haryatie posted on 9-4-2013 02:37 PM
x brani nak mencuba mkn yg hijau ni..
seriau aku dngar citer ko..asyik nak mkn jer....pas2 ngantu ...

salam....
so far yg saya makan rumpai hijau xde plak jd mengantuk or nak mkn jer....rasa mcm biasa tp ada gak tegur berat turun....tp tu la tiap org reaksi berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 03:45 PM | Show all posts
rumpai laut hijau dah sampai...gumbiranye...tp oder kali nie sikit jer nak test tengok dpt sambutan tak...tp pos lajunye memang ler mahal giler...sian kat adik sana yg mengeposnye...nie nak kene tanye lak nak tambah tak duit pos laju yg aku bg ari tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 10:04 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut...fakta yg sahih.!!

Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima k ...enyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu.

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian.

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen.

Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar.

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat.

Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik?

    Kononnya :

    Kaya dgn nutrisi n mineral yg sngt2 baik utk tbh n kulit; KOLEGEN-10X gnda lbh tinggi dr SIRIP IKAN YU,24%kolegenye bersamaan 2kpng SARANG BURUNG LAYANG2(bernilai ribuan ringgt). KASIUM-37 kali lbh tinggi dr hati ikan VITAMIN A-40X lbh hebat dr Beta Carotine/638 kali lbh hbt dr daging lembu ANTIOKSIDA-550X lbh kuat dr vitamin C PROTEIN- 21X lbh bnyk dr susu OMEGA 3 DAN OMEGA 6-2326X lbh bnyk dr ikan Khasiatnya ; - Melaraskan berat badan n menstabilkan hormon - Meningkatkan sistem imun dan metabolisma badan - Memelihara kalenjar tiroid - Menguatkan sistem abdomen - Mengurangi penuaan pramatang spt kedutan n kulit kendur - Memejalkan payudara, otot n punggung - Menyihatkan rambut n kuku - Mengurangi selulit - Melancarkan peredaran darah,mengurangi sakit bahu n belakang - Meningkatkan sel rawan,ligamen dan otot - Merawat penyakit gout - Mencegah kanser/tumor - Anti bakteria/kulat -Merawat anemia - Menurunkan tahap kolestrol dlm badan -Menurunkan tekanan darah tinggi - Menyerap lbhan garam dlm (lumpuh) - Meningkatkan fungsi pnghadaman/pencernaan,merawat gastrik - Memberikan rasa kekenyangan(diet) - Memelihara usus kecil(mengelakkan sembelit/buasir) - Melicin,menegang,n menghaluskan kulit - Mempercepatkan pengecutan jerawat n menghapuskan parut - Merangsang penghasilan sel2 baru kulit,menyembuhan luka - Memberi tenaga n menguatkan sistem tubuh - Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas Tak ke sesak kau baca semua ni keh keh keh.



Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah. Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan.


Penghaslilan Produk

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda.

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman.

Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen

Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."
Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 08:36 AM | Show all posts
AzzaAzman posted on 12-4-2013 10:04 PM
Assalamualaikum,

Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut...fakta yg sahih.!!

ums masih lagi buat research tentang rumpai laut nie...lagipun kalo baca kat forum lain ada forumer yg ahli family dia keje mardi...katanye rumpai laut nie ada sedikit kolagen mardi sendiri yg sahkannye...jadi lebih baik kita berangapan baik...sumber alam seperti rumpai laut nie seperti kita makan pegaga atau ulam2...tuk diri kita yg kurang makan sayur n khasiat yg telah hilang semasa kita memasak...kalo mampu boleh la mkn sarang burung...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 10:43 AM | Show all posts
tak ada collagen setakat yang mat baca.......dan kena buktikan apa group asid amino yang terkandung dalam rumpai laut sabah untuk menunjukkan ia ada kolagen...ialah group asid amino ada banyak...but untuk collagen ada beberapa jenis group yang berkaitan tak salah mat...so adakah ia hadir dalam kandungan rumpai laut sabah....adakah semua protein tu kolagen???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2013 10:59 AM | Show all posts
mat_jenin posted on 13-4-2013 10:43 AM
tak ada collagen setakat yang mat baca.......dan kena buktikan apa group asid amino yang terkandun ...

tak tau la mat...aku makan sebagai penganti sayur2an jer...selebihnye tunggu jer reseach yg usm kuarkan nanti...nak mkn sila kan...tak nak mkn silakan...sape yg dah makan kalo serasi akan nampak kesannye...

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 11:02 AM | Show all posts
poyohabis posted on 13-4-2013 10:59 AM
tak tau la mat...aku makan sebagai penganti sayur2an jer...selebihnye tunggu jer reseach yg usm ku ...

yerlah nanti kalau ada kajian keluar baru boleh cakap......tapi setakat ini yang mat baca ums ke..upm ke...tak ada sebut kolagen pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2013 11:07 AM | Show all posts
tu sebab kita jgn sebut dia kolagen....kita sebut dia rumpai laut aka seaweed...tapi yg nak boomkan jualan mereka kata ada kolagen...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 11:28 AM | Show all posts
mmg x der collagen..tp seller jerk yg beria kata ada collagen..
maybe nak lariskan jualan..
da tu suruh lak mkn ngn VIT C..
klau org yg jnis jaga pemakanan selama ni x perlu pun ambil seaweed ni..
pd pandangan aku la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 11:39 AM | Show all posts
dewi_malam posted on 13-4-2013 11:28 AM
mmg x der collagen..tp seller jerk yg beria kata ada collagen..
maybe nak lariskan jualan..
da tu  ...

terpulang pada seseorang tu lar dia nak ambik seaweed ke tak...mcm aku walaupun aku ada mkn supliment lain memang lain terasanye...ikut badan masing2 kan...sekarang nie aku mkn yg warna hijau tu kulit terasa lembt kulit tangan pun terasa halus sampai kalo nak pack seaweed kene pakai glove kalo tak lupa tapak tangan pegang seaweed ms packing...

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 03:05 PM | Show all posts
mat_jenin posted on 13-4-2013 10:43 AM
tak ada collagen setakat yang mat baca.......dan kena buktikan apa group asid amino yang terkandun ...


Kalau betul pun ada kolagen dalam rumpai laut ni, dia boleh ke isi kolagen dalam dalam kulit kita pulak? Research sgt la makan masa bertahun tahun malah berpuluh tahun. malangnya penjual tak tunjuk finding research, tetapi tunjuk testimoni sahaja (gambar sebelum dan selepas)...

Cth : lembu makan rumput tapi gemuk. harimau makan dagng tapi kurus je..

ini menunjukkan kita kita tak semestiknya jadi apa yang kita makan kan? Yang Vit C tu mmg diakui membantu badan menghasilkan kolagen. Tapi yang rumpai laut ni?

Saya ada minum aura white sbb dihadiah orang. harap kolagen dalam ni membantu la..

tapi setakat ni kolagen dia ni dok jadi serat kot sbb senang yang membuang tiap kali minum

saya mmg suka makan benda benda kesihatan ni, tapi kan best kalau penjual bagi keterangan saintifik sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 03:07 PM | Show all posts
dewi_malam posted on 13-4-2013 11:28 AM
mmg x der collagen..tp seller jerk yg beria kata ada collagen..
maybe nak lariskan jualan..
da tu  ...


pandai dia suruh makan dgn VIT c, sbb dia tau bila dah makan Vit C, Vit C tu lah yang membantu menghasilkan kolagen. rumpai laut ni untuk penuhkan perut je hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 03:09 PM | Show all posts
poyohabis posted on 13-4-2013 11:39 AM
terpulang pada seseorang tu lar dia nak ambik seaweed ke tak...mcm aku walaupun aku ada mkn suplim ...

tapi saya makan je seeweed sbb beli sebagai makanan tempatan sabah masa pergi sabah dulu.. adakah ini sebab orang sabah cantik2 itu yang kita nak tau tu... makan macam sayur lain la kan..

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 06:04 PM | Show all posts
AzzaAzman posted on 13-4-2013 03:07 PM
pandai dia suruh makan dgn VIT c, sbb dia tau bila dah makan Vit C, Vit C tu lah yang membantu m ...

yup...that's right...
klau btul2 seaweed tu ada collagen apa perlunya dinasihatkan ambil Vit C
coz seaaweed ni hmpir sama sja spt mkn sayuran..sbb dia ada lah tumbuhan..bezanya dia di laut..
dan juga keberkesanan nya pd setiap org juga berlainan...ada yg positif, ada yg negatif
tak smua org sesuai/serasi ngan pengmbilan nya
so terpulang pd masing2...





Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 03:04 PM | Show all posts
AzzaAzman posted on 13-4-2013 03:09 PM
tapi saya makan je seeweed sbb beli sebagai makanan tempatan sabah masa pergi sabah dulu.. adakah  ...

rs2nye kalo kita mkn banyak sayur pun bgs tuk kulit kan...kulit nampak sihat n cantik...tu salah satu penyebabnye...nak kata lebih2 benda dlm research lagi...

mlm tadi dah pakai masker seaweed hijau...memang super lar yg hijau nie...mula2 pakaikan suami...tak lama lepas tu suami kata...wa yg nie lebih terasa dr yg purple tu...aku pun try gak...memang terasa la masker kali nie...aku rendam 3 jam jer coz warna dia cpt lak turun yg kali nie...tak tau nape...tapi kesan dia memang super...tuk diri aku n suami aku ler...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2013 03:11 PM | Show all posts
Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut...fakta yg sahih.!!

Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu.

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian.

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen.

Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar.

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat.

Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik?

Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah. Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan.

Penghaslilan Produk

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda.

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman.

Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen

Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.

Ingat Cantik, ingat vitamin C.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 03:31 PM | Show all posts
mat_jenin posted on 13-4-2013 11:02 AM
yerlah nanti kalau ada kajian keluar baru boleh cakap......tapi setakat ini yang mat baca ums ke.. ...

mat tadi ms aku berjalan2 di ujung minggu aku terjumpe la orang jual sabun rumpai laut nie...dia jual gak rumpai laut warna hijau,purple n putih...siap promote lagi ckp rumpai laut nie bagus kolagen asli dan tulen kalo tuk perempuan tu leh bagi peranakan yg jatuh leh naik...rahim leh kuat...breast leh tegang mcm zmn anak dara...bagus jer dia kelentong mcm tu...aku dengar jer la sambil tengok2 rumpai laut yg dia jual...lepas tu dia tunjukkan sabun rumpai laut...ada 2 jenis...1 yg kecik leh tahan seminggu jer katanye...yg besor sikit seketul tu leh tahan lama...aku tak tanye harga pun coz mls nak tanye bape harga dia jual..yg buat aku tak tanye harga tu kenapa ko tau tak...dia kata nie sabun rumpai laut diproses khas mengandungi rumpai laut tulen yg berkolegen tulen(cewah kolegen tu...tak beragak2)campur mcm2 lar n yg paling tak tahan lagi boleh ckp kita ambik sunah nabi...antara kandungan dia ialah AIR ZAM2...adoii aku nak gelak pun ada teringat yg ko duk bertekak kat sini pasal sabun nie...punya la hebatnye akak nie duk promote sampai mcm nie...aku tanye harga tuk rumpai laut hijau 1kg dia jual bape...coz ada dia display dia ckp 1kg dia jual rm180...ambik ko suami aku dengar tersentak...sambil duk belek2 rumpai laut hijau tu...coz akunye rumpai laut hijau baru sampai n suami aku pun dah belek2 yg adik aku pos tu...bila dah jauh skt suami aku tu tanya...aku ada promote sampai mcm tu ker...siap pasal rahim2 semua boleh repair nie...aku kata tak de pulak...bab2 dalaman mana la aku tau kan...kalo kulit leh la kongsikan...suami aku ckp kalo nak teruskan jual rumpai laut nie jgn duk sembang mengarut mcm tu...n suami aku tanye lagi betul ke sabun tu ada letak air zam2...aku jawab entah lar tak tau...kalo sabun taharah tu tau gak la sikit2...

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 03:38 PM | Show all posts
poyohabis posted on 14-4-2013 03:31 PM
mat tadi ms aku berjalan2 di ujung minggu aku terjumpe la orang jual sabun rumpai laut nie...dia j ...

penjual ni mmg goreng abis la..
biasa la penjual nak lakukan barang dia..
smua benda yg dijual tip top abis
tp rupa penjual tu kulit dia halus gebu tak..
klau biasa2 jerk, da sah la goreng jerk lebih..

aku klau org jual benda2 kecantikan ni...klau dia nya kulit badan/muka...mulus gila mmg aku terpedaya jugak la..kut2 dia guna benda tu
tp klau ala ala jerk..x berminat nak dngar dia punya goreng tu....


Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 03:48 PM | Show all posts
haryatie posted on 14-4-2013 03:38 PM
penjual ni mmg goreng abis la..
biasa la penjual nak lakukan barang dia..
smua benda yg dij ...

tu la pasal...goreng abis dia tadi...kulit dia tak de la mulus pun...aku tak rasa dia makan pun seaweed tu...dia jual jer coz skrg nie kan  rumpai laut nie famous...so dia goreng la kaw2..aku yg dah makan 7 bulan nie pun tak berani nak ckp mcm tu...siap kandungan sabun tulis air zam2 lagi...mn la penguna yg tak arif terpedaya mcm nie...beli lps tu packing balik gan kotak sendiri yg tulis mcm2 kandungan yg bagus...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.894062 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list