|
[Tempatan]
PENJELASAN NAJIB {SOAL JAWAB}[STARTING POST #61]
[Copy link]
|
|
amboi angkellll gelakkan aku yer...
angkel ada CGPA ker???
|
|
|
|
|
|
|
|
ya tauuuuuuuuuu ...najib tak terlibat (pak lah kata)
org soh siasat sape kasi arahan bunuh & apa motifnya
tu ler cgpa tak 3.85 ....makan ler banyak2 kismis minda
|
|
|
|
|
|
|
|
cuma sekarang aku curious boleh ke
org macam aku .. org biasa2 jerk ,
pie buat salah , pie niaya org lain ka ..
pastu aku buat sumpah lakhnat ni kata aku tak buat salah tu ??
boleh tak aku terlepas dari hukuman ??
- dalam soal ni aku rasa DR M punya alasan yg baik .
|
|
|
|
|
|
|
|
sirul pasti tahu siapa dalang pembunuh altantuya... Kenapa susah sgt nak tanya sirul siapa yg arahkan? Dan pergi la interview adik atau rakan atau kaum kerabat altantuya kat mongolia sana tanya details siapa vvip yg ada kaitan dgn altantuya |
|
|
|
|
|
|
|
cek pun kepoh nak tau....curious gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
Antara byk2 soalan panas..1 soalan jer yg host tak tanye..berkaitan kak pinky ros..
Patut tanye la betul ke persepsi rakyat yg mengatakan bini dato seri sebenarnya yg Perdana Menteri yg lebih berkuasa utk membuat keputusan isu2 berkaitan negara lebih2 lg berkaitan hal kewangan |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yg tahu berapa gov bagi kepada 1MDB untuk tubuh syarikat? |
|
|
|
|
|
|
|
the_killer replied at 10-4-2015 05:12 PM
sebab apa altantuya dibunuh? siapa arahkan?
Membunuh dgn niat katanya
"nawaitu saumarodin... ..." |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun mengharap soalan tu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
oii sexKucing
aku ada jer..jarang masuk.
politik bukan suatu yg objektif bagi aku
x semestinya kalo aku mencik tgh BN...aku wajib sokong lawannya...
aku pun sama mcm kau...bagi la sapa jd PM pun..asalnay rakyat idop senang.
guna pm import pun takpe
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau syaitan yg jadi pm pun aku sokong kalau dia tu berhemah, tak membazir, tak seleweng, tak salahguna kuasa dan mampu bawa malaysia jadi negara maju, rakyat senang
|
|
|
|
|
|
|
|
tulah pasal, nkra semua tru bg aku bagus, tp rakyat tak nampak
rakyat cuma masih duduk dlm nostalgia mahathir, mahathir
klia, klcc, litar sepang, putrajaya bla bla bla
cuba bandingkan zaman mahathir dan najib
aku sokong bab borneo tu, mahathir zaman pemerintahan dia, borneo mcm tak wujud pun
|
|
|
|
|
|
|
|
X perlu cakap bnyk dgn tin kosong, sbb kita fhm kekosongan dlm tin tu, kosong kosong.......
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin la... tapi Azilah pun mesti ada mak bapak n keluarga cam Sirul nun... mak bapak n keluarga Azilah pun mesti la jugak skarang ni berada kat Mesia cam mak bapak n saudara-mara Sirul...
kalu mak bapak n keluarga Sirul yang berada kat Mesia ni boleh dijejak oleh Mr. Bean Malaysia dan berjumpa ngan TDM meluahkan rasa yang anak dia dikambing hitamkan... takan la Mr. Bean Malaysia tak boleh nak menjejaki mak bapak n saudara Azilah atas kapasiti yang sama...
atau mungkin mak bapak n saudara Azilah dah buang dia kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam sistem demokrasi... hak masyarakat minoriti hanya la bersuara cam suara nyamok saja... didengari tapi tak diendahkan... kalau nasib baik akan dapat habuan forging... ekekeke...
|
|
|
|
|
|
|
|
yang majoriti pon sama...hormat pada majoriti pon takda dah
|
|
|
|
|
|
|
|
takde bukti n takde lead nak siasat menda...
Sirul tau sapa yang arahkan... Azilah pun kompom lebih tahu sebab Azilah Cif Inspektor... Korporal cam Sirul bleh tau takan Azilah tatau... asyik kata dia diarahkan oleh seseorang... sapa tu seseorang... orang ke atau sesuatu?
ke Sirul dan Azilah ada penyakit schizophrenia... dengar ada suara yang soh dia membunoh... maklum la... dia orag tu kan ke anggota UTK... kot kena bantai masa latihan kuat sangat sampai putus sel-sel otak yang berhubong...
dah dia orang taat sangat tanak bukak mulot cakap sapa yang arahkan camner nak buat siasatan... abeh-abeh pun korang bleh buat speku saja la... Muhiyiddin Yassin pun boleh jadi suspek jugak sebab nak jadi President UMNO a.k.a PM Malaysia... sumer tu bleh jadi motif...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cabalero at 13-4-2015 04:06 PM
so jambatan bengkok ni memang projek kroni Tun M semata lah ye
check ur facts dude karang malu muka sendiri
ARKIB : 14/04/2009
Pemuda Johor mahu Jambatan Bengkok dikaji semula
14/04/2009 3:58pm
JOHOR BAHARU 14 April — Pemuda UMNO Johor mahukan kerajaan mengkaji semula projek Jambatan Bengkok yang pembinaannya dibatalkan pada 2006 kerana berpendapat projek itu mampu merancakkan ekonomi negara, khususnya di Johor.
“Ia (pembinaan jambatan bengkok) adalah pelaburan jangka panjang dan tiada siapa yang dapat menafikan kesan positif projek pembinaan jambatan itu terhadap ekonomi Johor dan di dalam mewujudkan pelbagai peluang ekonomi lain,” kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor Khalid Mohamad.
Beliau berkata pembinaan semula jambatan bengkok merentasi Selat Johor mampu memenuhi aspirasi rakyat Johor terhadap barisan Kabinet Rakyat pimpinan Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Katanya keseluruhan rakyat Johor tanpa mengira agama dan bangsa mahu kerajaan mengkaji semula keputusan yang dibuat pada 2006 untuk membatalkan pembinaan jambatan bengkok.
“Rakyat Johor daripada segenap pelusuk menaruh harapan yang tinggi terhadap Perdana Menteri supaya keputusan untuk membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok merentasi Selat Johor itu dikaji semula,” kata Khalid yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Baharu pada sidang akhbar di sini, hari ini. - Bernama
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0414&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz3XAqgkxUH
© Utusan Melayu (M) Bhd
ARKIB : 28/06/2010
Sambut baik kaji semula bina jambatan ganti Tambak Johor
KUALA LUMPUR 27 Jun - Beberapa pemimpin negara menyambut baik titah Sultan Johor agar Kerajaan Pusat mengkaji semula rancangan asal membina jambatan baru menggantikan Tambak Johor.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawiberkata, beliau menyambut baik hasrat kerajaan untuk mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan itu.
"Bagus, terserah kepada kerajaan kerana ini projek besar. Kerajaan sendiri tahu apa nak buat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Puteri UMNO Bahagian Kepala Batas di Pulau Pinang, hari ini.
Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu Kerajaan Persekutuan menimbangkan semula rancangan asal pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang dibatalkan pembinaannya sebelum ini.
Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan berkenaan.
Pembinaan jambatan bengkok yang menghubungkan Tanjung Puteri di Johor dan Woodlands di Singapura merupakan cetusan idea bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bernilai RM600 juta bagi menggantikan Tambak Johor yang dibina pada 1924.
Sementara itu, UMNO Bahagian Pasir Gudangpula menyatakan bahagian itu akan membawa usul menyokong penuh titah Sultan Johor untuk mengkaji pembinaan jambatan itu ke Perhimpunan Agung UMNO akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usul tersebut diluluskan untuk dibawa ke peringkat ibu pejabat pada mesyuarat perwakilan UMNO bahagian itu hari ini.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata, kerajaan negeri menyifatkan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor itu sebagai satu keperluan bagi memenuhi hasrat rakyat.
Abdul Ghani berkata, dari sudut perdagangan antarabangsa, kapal-kapal kargo dari Selat Melaka tidak perlu lagi mengelilingi Singapura sebaliknya mempunyai pilihan untuk terus melalui Selat Tebrau untuk ke arah laut China Selatan.
Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula berpendapat, pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor tidak akan memberi sebarang implikasi negatif terhadap tahap keselamatan Malaysia dan Singapura.
Malah, katanya, pembinaan jambatan itu bakal membawa kemakmuran ekonomi dan persefahaman yang erat di antara kedua-dua negara serta kawasan perairan sekitar.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0628&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm#ixzz3XApsAoMt
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
| |
|