Originally posted by BingkaUbi at 9/8/2006 04:53 PM
kasihan Putih menanggung rindu cinta
Dew hilang tanpa khabar berita
sihatkah dia? gembirakah dia?
mengapa hilang dengan tiba2?
Hati ini tertanya juga
Adakah Hitam melukakan hati dia
...
maafkan aku cinta
tiada niat mengundang derita
apatah lagi duka sengsara
pergi ku bukanlah lama
sekadar menambah rindu di jiwa
kini ku tahu kau lah segala
tidak lagi menjeruk rasa
gundah lara seakan tiada
wahai bingka kekasih pena
cinta si putih tiada cacat cela
usah kau ragu usah curiga
tiada pernah diriku dipersia
walau dirinya ramai menggoda
kasihnya utuh luak tiada
terasa diriku begitu berharga
KERANA DIA AKU BAHAGIA! |