|
Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`
[Copy link]
|
|
"Ada jugak budak budak kat sini yang bagus bacaanya, berlagu lagi"
Aku memulakan bicara.
Tersenyum pemuda itu. Dia membetulkan kaki jubahnya.
Matanya masih lagi memandang aku dengan pandangan yang mencari sesuatu.
Macamlah ada yang main sembunyi sembunyi di wajahku.
Berapa lama dah pengajian bacaan Qur'an ni diadakan di sini?Soal ku.
"Dah lebihkurang dua tahun" balasnya.
Kami berdua terdiam seketika. |
|
|
|
|
|
|
|
"Dari mana bang? tanya nya.
"Saya dari K.L. Nama saya ..........( nick aku )"
"Saya Izam (bukan nama sebenar) ,..tinggal di taman perumahan yang berdekatan ngan masjid ni.." balasnya pula.
"Apa tujuan datang ke sini?"tanya nya lagi.
"Saya cuma berhijrah dan ingin mengisi kekosongan diri saya"
Jawapan yang ku beri menimbulkan ribuan persoalan baginya walau begitu dia hanya diam.
"Boleh tak kiranya saya tinggal di masjid ini sementara saya mendapat tempat yang lain?" aku memohon.
"Nanti saya tanyakan pada imam, rasanya tak jadi masalah" Dia menjawab memberikan ku kelegaan.
"Alhamdulillah..." sahutku lega.
"Aaaa. saya minta diri dulu..." ujarnya seraya berdiri dan diikuti olehku.
Kami berjabat tangan dan dia pun berjalan pergi.
Untuk sementara aku tinggal si sebuah bilik stor berdekatan ngan dapur masjid. |
|
|
|
|
|
|
|
Esoknya pepagi, aku berjalan siar di Pekan KKB.Dari satu kedai ke satu kedai dan dari hujung ke hujung dan dari satu blok ke satu blok. |
|
|
|
|
|
|
|
Pekan yang agak kecil, sunyi agak lengkap dengan kemudahan dan bersih.
Pada penghujung selekoh, aku perhatikan ada satu projek pembinaan.
Aku hampiri dan memerhati.Baru bermula dalam dua minggu ku kira.
Agak lama juga aku di situ . Kemudian perlahan aku melangkah pergi.
Seketika selang beberapa pintu terlekat pada dinding satu iklan jawatan kosong.
Aku pun masuk ke dalam.
Aku menemui seorang yang agak berumur duduk di sebuah kerusi di dalam kebuk yang sederhana besar.
Setelah bertanya dan soal jawab berlaku maka aku diterima bekerja di syarikat itu.
Syarikat tersebutlah yang mengendalikan pembinaan yang ku lihat tadi.
Tuan Syed kemudiannya memperkenalkan aku dengan Mdm Sally seorang rakan perkongsiannya. Mdm Sally ini menggunakan kerusi roda lantaran kecacatan pada kakinya.
Aku juga diberi tempat tinggal dan berjawatan penyelia di situ.
Tempat tinggalku adalah ruangan tengah yang hendak pergi ke dapur dan tempat tidur hanyalah kerusi sofa.
Walaupun begitu aku gembira akannya.
Pada petangnya aku pergi semula ke masjid dan bertemu dengan Idzam... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku menyusuri tembok yang berada di sekeliling masjid dan kemudian menuju ke tempat di mana mereka mengaji dulu.
Apabila aku masuk ke dalam aku melihat Idzam sedang berdekatan dengan sebuah almari.
Dia sedang menyusun naskah naskah kitab yang tidak ketentuan letaknya.
Keadaan yang sebegini ku kira adalah biasa buat masjid dan surau.
Aku memberi salam dalam aku berjalan menghampirinya.
Dia menjawab salamku dengan tersenyum setelah menoleh ke arahku.
Ceria ajer wajahnya petang itu.
Aku memerhatikan saja dia membuat kerjanya sehingga selesai. |
|
|
|
|
|
|
|
'Mari bang, kita duduk duku sementara menunggu masuk waktu asar' .ajaknya sesudah siap kerja.
Kami pun menuju ke satu sudut dan duduk di situ.
'Selain mengajar mengaji, awak kerja apa?...tanyaku.
"Oh... saya masih belajar bang."
"Baguslah kalau begitu"
"Saya dah pun mendapat kerja dan ada tempat tinggal dah.Jadi, tak perlulah saya tinggal di sini lagi.Terimakasih saya ucapkan kerana membenarkan saya menumpang di sini"
"Tak mengapalah bang, bila bila saja jika abang perlu bolehlah datang ke sini."
" Budak budak di sini ;yang mengaji; bagaimana pencapaian mereka, ramai tak yang khatam?."
"Setahu saya ada...lima orang yang katam,Yang lain masih lagi mengaji dan ada jugak yang dapat hujung pangkal lesap"
Aku hanya tersenyum mendengarnya.
"Ini kerana mereka hidup tidak bersam al Qur'an" .ujarku.
Idzam mengerutkan dahinya... |
|
|
|
|
|
|
|
keep writing bro.... coz i will keep reading ur story... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku meneruskan lagi.
'Hidup para sahabat Rasulullah (saw) adalah bersama sama dengan al Qur'an ya'ni Qur'an itu hidup bersama sama dengan kehidupan mereka.
Cuba kita lihat diri kita dalam sehari semalam, berapa jam kita sudi membasahkan lidah kita dengan membaca ayat ayat suci al Qur'an?
Kita mencari alasan yang berbagai bagai rupa. |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila berhadapan dengan Qur'an nul Karim, kita yakini bahawa kitab itu daripada Allah SWT , membawa berkat, menjadi panduan yang membimbing kita dalam perjalanan hidup kita ini.
Bagi mereka yang tidak berpegang dengan Qur'an , yang tidak menjadikan Qur'an sebagai penyuluh,. hidup kita akan sengsara. |
|
|
|
|
|
|
|
Kekurang dalam diri kita adalah...apabilaseringkali kita ini berhadapan dengan al Qur'an, kita kadangkala gagal untuk memberikannya 'nafas'.
Aku berhenti sekejap, menarik nafas dan menelan air liur. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kemudian meneruskan lagi...
Mari kita mengimbas kembali bagaimana sikap kita terhadap al Qur'an di dalam kehidupan kita.
Idzam membetulkan kedudukan punggungnya.
Apabila di dalam kehidupan kita,kita menganggap al Qur'an itu tidak hidup maka dengan itu kita tidak sudi pula hidup dengan al Qur'an.
Kita gagal memberikan Qur'an itu 'nafas'. Kita menganggap Qur'an itu tidak hidup dan akhirnya kita tidak sudi hidup dengan Qur'an. Kita menganggap Qur'an itu sesuatu yang beku, mati, tidak boleh mendatangkan faedah kerana ia tidak bernyawa lagi.
Aku berhenti sekejap, serasanya Idzam kehilangan punca... |
|
|
|
|
|
|
|
Suatu hari nanti selepasawak mendapat perkerjaan, sudah tentu awak akan berpindah ke rumah baru.Tiada lagi menumpang dengan ibu dan ayah...Mungkin rumah baru itu siap saja di bina dan tidak ramai jiran jirannya.
Maka kita takut rumah itu nanti dimasuki jin,.sebab tiada kitab Allah SWT di dalamnya.
Pastu mulalah pergi shopping, dari satu kedai ke satu kedai.Kemudian dah jumpa dah.Pastu pilih satu yang paling cantik dan kalau boleh yang paling mahal...Ini nanti akan menghindarkan jembalang dari memasuki rumah...kononnya...
Diletakkan di dalam almari khas yang cantik,yang ada cermin supaya boleh di linat dan di tonton dan sudah tentu almari itu yang mahal jugak kan....? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by rdzaccess at 15-4-2010 00:28
Kemudian kita periksa kembali, berapa lama pula dan berapa bulan pula sesudah itu ,...kita sudi membukanya dan membacanya kembali.
Ada sedikit perubahan pada wajah Idzam.Namun dia mengganggukkan kepalanya.
Secara langsung atau tidak kita beranggapan bahawa Qur'an itu tidak hidup, tidak bernyawa.
Yalah...tidak diberikan nafas mana mungkin boleh hidup dan bernyawa.
Jadi kita beranggapan bahawa Qur'an itu tidak ada kena mengena dengan kehidupan kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita juga gagal memberikan al Qur'an itu hati.
Kita tak menganggap Qur'an ini penuh dengan kecintaan dan penuh kasih sayang.
Hati itukan lambang cinta, lambang kasih dan lambang sayang .
Seorang yang kita curahkan isi hati kita dengan si dia, kita harapkan kasih dan cinta si dia lalu dibuatnya tak faham dan tidak menampakkan kasih sayang dan kecintaan.
Seseorang yang kita dah tahu tak punya perasaan dan kecintaan kepada kita,...kita pun jauhkan diri.."Buat malu ajer....Hidung tak mancung ,...pipi tersorong sorong. Orang tak sudi tu sudahlah...
Akhirnya kita jauhkan diri sebab kita tak dapat memberikan sepenuh kasih sayang.
Al Qur'an itu sebenarnya satu kitab yang dipenuhi dengan kecintaan , dengan kasih dan sayang. |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta siapa?
Cinta Allah Swt.
Penuh kasih sayang siapa jika bukan kasih dan sayang Allah Swt kepada kita sebagai hamba hambaNya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya pabila kita baca Qur'an, kita tak merasakan apa apa pun tersentuh dalam hati kita.
Bila kita tak lihat Qur'an itu dengan penuh kasih sayang , hati kita pun tak punya cinta kepada Qur'an. |
|
|
|
|
|
|
|
Tadi dah lah anggap Qur'an itu tak hidup , tengok pula Qur'an itu tak ada hati dan tidak ada cintanya ,...kasih sayangnya....
Ya....sudah...akhirnya kita bawa diri dengan segala urusan hidup kita ; Qur'an tak pernah menjadi pendamping dalam hidup kita... |
|
|
|
|
|
|
|
Waktu Asar hampir tiba.Terdapat beberapa orang sedang berdiri dan ad juga berjalan mendapatkan tempat.
Aku dan Idzam pun bangun dan menuju ke arah luar untuk memperbarui wudhu'.
Kami sama sama berjemaah Asar. |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah sudah kami pun bersalaman dan menuju ke destinasi masing masing.
Aku berjalan perlahan sambil memerhatikan gelagat warga pekan yang ada.
Aku kemudian kembali ke tempat kerja ku.
Aku masuk ke pejabat dan beberapa fail yang terletak di atas meja ku belek.
Dengan pengalaman yang aku ada aku menyelia pembinaan rumah pejabat yang sedang berlansung berdekatan ngan pejabat.
Telah sebulan aku berkerja dan dapatlah aku gaji permulaan.
Lega rasanya.
Segera hutang kedai runcit dan kedai makanan aku selesaikan.
Malamnya Madam Sally mengajak ku keluar, ambil angin katanya.
Terdapat pasar malam di situ.
Aku menolak kerusi roda Madam Sally menurut arahannya.
Beberapa orang yang kami lewati memandang aku semacam ajer.
Tetapi aku buat 'derk' ajer.
Sampai di satu tempat menjual kasut terpakai yang di letakkan di atas kain kanvas.
Madam Sally menunjukkan beberapa kasut ke arah taukeh melayu yang berniaga akan kasut tersebut.
Dia hendak membeli kasut untuk ku.
Semuanya tidak aku berkenan kerana aku lebih suka yang berperibadian.
Akhirnya dia menunjukkan pada sepasang kasut berwarna coklat yang terletak di sisi taukeh itu seraya bertanya akan harganya.
Aku hanya diam cuma.
Kalau dia nak belikan untukku lebih baik aku terima, tidaklah aku mengeluarkan wang gaji aku sendiri.
Taukeh melayu itu menunjukkan tangannya sambil berkata "Yang ini saya tak jual...yang ini saya pakai sendiri"
Kami tersenyum kecil sendirian.
Sememangnyalah ...sebab taukeh melayu itu hanya memakai stokin sahaja kerana dia telah menanggalkan kasut dan meletakkan kasutnya di sisi.
Setelah sudah kami pun singgah di satu kedai makan...dan makan lah...
Kemudian kami pulang semula ke pejabat.
Satu bilik di dalam pejabat itu kepunyaan Madam Sally kerana dia juga tinggal di situ.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aaaaahh.....esok hari minggu, perancanganku pada hari tu untuk membiasakan diri pada tempat sekitar.
Pada paginya selepas sarapan aku bersiap siap.
Kemudian aku menaiki lori kecil syarikat ( sememangnya lori tersebit disediakan untuk kegunaan aku bagi mengambil bahan pembinaan dari kedai hardware dan juga mengambil dan menghantar barang dari satu projek ke satu projek).
Pada mulanya aku hanya bersiar siar di sekelilng pekan kemudiannya aku memandu menghala ke tempat yang lebih jauh.
Aku menuju ke arah jalan menuju Bukit Fraser.
Di pertengahan jalan aku singgah di satu tempat, sebuah pekan kecil yang bernama Peretak.
Terdapat satu blok kedai setingkat dan beberapa buah kedai makan cuma.
Aku meletakkan lori di depan salah sebuah kedai dan berjalan kaki menyusuri kaki lima kedai.
Aku melihat lihat ke dalam setiap kedai, ingin mengetahui apa yang di niagakan dan di jual.
Saja jer manalah tau mungkin aku memerlukan sesuatu barangan nanti maka tak lah perlu aku bersusah payah mencarinya.
Beberapa orang pelancong tempatan kelihatan bermundar mandir ada yang berpasangan dan ada yang bersama keluarga.
Adapun mungkin mereka ada berkursus di Peretak Camp atau mungkin juga sengaja berhenti untuk melepaskan penat lantaran di tempat ini agak nyaman dan sejuk.
Dari sebuah kedai ke sebuah kedai aku lawati. |
|
|
|
|
|
|
| |
|