|
Hah !!!..", dan sudu bubur itu terlepas dari tangannya.
Napa? Ayumi tu ex naim dulu atau
peminat dia....... |
|
|
|
|
|
|
|
hah!!!!!
agak la kan....
c ayumi ada simpan x rahsia naim??
speku lagi...
sudah nya kang airel yang tembak merah...
x sabar nak tau ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
aduiih...ariel..ada watak lain pulak...ada misteri terbaru akan terungkai... |
|
|
|
|
|
|
|
Hah !!!..", dan sudu bubur itu terlepas dari tangannya.
Napa? Ayumi tu ex naim dulu atau
peminat ...
uda08_za Post at 20-8-2010 10:38
kalu baca n3 lepas2...ayumi tu posmen fazdwan |
|
|
|
|
|
|
|
nk lg....
akan terbongkar ker rahsia naim nnt heheh |
|
|
|
|
|
|
|
kalu baca n3 lepas2...ayumi tu posmen fazdwan
ariellin Post at 20-8-2010 12:19
laaaaaaa......puasa2 ni uda dah hilang ingatan lah plak eik. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ariellin at 20-8-2010 12:34
"Seingat aku, Fazdwan memang suka dengan kau. Kau ingat lagi tak, first time dia kirim salam pada kau?", Ayumi pandang aku.
"Mana boleh aku lupa, Ayu..aku sukakan dia sebelum aku tau siapa Fazdwan..", aku tarik nafas dalam-dalam. Bersabar untuk mendengar rahsia antara Naim yang dah jadi suami aku dengan Fazdwan, bekas Head Student Tunas Setia yang chinese look tu.
Leka aku memandang pancuran air di kolam KLCC. Ramai pasangan yang duduk di situ. Ada yang bawa anak kecil mereka. Ada yang segerombolan. Bahagianya mereka. Terbit rasa cemburu dalam hati.
"Sebenarnya aku tak sangka kau kawin dengan Naim...", Ayumi matikan ayat di situ.
"Sebab dia buat pertaruhan dengan kawan-kawan dia, siapa kalangan mereka yang dapat kau, akan dapat lima ratus ringgit..", what !! Aku ni dijudikan??
"Kau tau lah, lima ratus zaman kita tu, banyak..", aku dah menggigil. Terketar-ketar tangan menahan marah. Ingat aku ni anak ayam? Bola sepak?
"Dan salah seorang dari mereka adalah Fazdwan..", sampainya hati dia.
"Tapi masa tu, Fazdwan memang ada skandal dengan Shakira, dorm mate kau yang tinggi lampai tu. Tapi entah macam mana, one day korang lalu kat kelas kami, dia ternampak kau, dan dia mintak aku tolong sampaikan salam dia..".
Aku masih ingat, masa Fazdwan berkirim salam dengan aku, dia dah ada skandal dengan Shakira. Lepas tu dia tinggalkan Shakira. Tak mungkin aku lupa pasal tu. Tapi sekarang aku dah tau sebab dia tinggalkan Shakira. Semuanya sebab aku !!
"Dan akhirnya Fazdwan memang duit pertaruhan tu sebab kau pun suka dia. Naim sakit hati. Fazdwan ada beritahu aku, dorang pernah bertumbuk sebab kau...", aku diam. Cuba menyabarkan diri.
"Fazdwan pun cakap, dia betul-betul dah suka pada kau, Ju. Macam tu jugak Naim. Fazdwan pulangkan balik duit lima ratus tu pada Naim. Tapi Naim tak terima. Masa tu baru lah kami tau yang Naim tu berdarah tengku. Jadi dia fikir dia boleh buat apa yang dia suka. Tapi aku tak sure macam mana diorang boleh berbaik semula. Then, masa kita Form Five, ayah Fazdwan ditangkap sebab disyaki terlibat dengan rasuah. Masa tu, Fazdwan dengan family tak cukup duit nak bayar duit jamin. Naim pulak baik hati siap offer ayah Fazdwan kerja dekat salah satu company branch family diorang di Brunei. Tapi semuanya bersyarat. Syaratnya...",
"Ya...aku tau, syaratnya tentu aku kan..?", Ayumi mengangguk perlahan.
"Yup..syaratnya Fazdwan mesti lepaskan kau. Lepas kejadian tu, Fazdwan buat tak tahu dengan kau. Sebab dia dah terhutang budi dengan Naim walaupun dia memang dah betul-betul suka dengan kau, Ju. Tapi aku memang tak sangka kau kawin dengan Naim..", ada tawa dihujung ayat Ayumi.
Memang, aku lagi tak sangka macam ni sekali maruah aku dipijak-pijak.
"Naim ingat, aku hadap sangat ke dengan duit dia tu?". aku lepaskan marah. Suara sedikit kuat sehingga dua tiga orang yang berada di situ memandang aku.
"Mungkin betul Naim tu suka kau, Ju. Tapi sebagai kawan, aku rasa memang tak patut Naim buat Fazdwan macam tu. Nasib baik dia tak down..", Ayumi membela Fazdwan.
Timbul rasa rasa bersalah di dalam hati sebab menyalahkan Fazdwan. Menjatuhkan hukuman ke atas dia yang tak bersalah. Kenapalah aku ni bodoh sangat? Patutlah Naim tak nak buat police repot pasal kejadian malam tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya...
segala2nya terkeluar pun... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ariellin at 20-8-2010 13:18
Pukul lima setengah petang. Aku bungkus semua kain baju, semua barang peribadi ke dalam beg. Aku kena cepat sebelum si tengkujuh tu pulang. Tadi aku dah telefon Marshila, mintak dia ambil aku di Stesen LRT. Mula-mula dia banyak soal, tapi lepas aku cakap ni tentang hidup mati aku, terus dia tak banyak songeh. Aku nak balik rumah Makcik Ros.
Aku tak peduli, kalau dikira nusyuz pun tak pe. Asalkan aku keluar dari rumah ni. Sakit hati aku. Sanggup dia pisahkan aku dengan Fazdwan. Sanggup dia buat aku macam ni. Teganya dia. Dia tak ada hak nak atur hidup aku. Dia tak ada hak langsung.
Kepala otak yang berselirat ni sempat berfikir, esok aku perlu ke Mahkamah Syariah untuk permohonan tuntutan cerai dari Naim. Apa nak jadi selepas ni, aku redha.
Kemudian aku nak jumpa Fazdwan. Nak mintak maaf sungguh-sungguh sebab tak tunggu dia. Patutlah dia naik angin. Patutlah dia hampir-hampir nak buat perbuatan terkutuk tu !! Argggggghhhhhhhhhh..........
Waktu nak menapak ke luar dari bilik, mata terpandang Blue Bear-Bear. Aku ambil dengan kasar. Menuju ke dapur. Aku capai plastik sampah kaler hitam itu dan sumbat Blue Bear-Bear dalam tu. Ikat kemas-kemas. Mampus kau !!
Dan, pintu pun terbuka. Plastik hitam terlepas dari tangan. Naim Najman dah terjojol depan mata. Pertama kali selama mengenal dia, aku tengok dia tak terurus. Matanya merah. Aku pandang tangan yang digenggam erat.
Dengan muka bengis, dia menapak ke arah aku.
Aku berengsot sedikit ke kiri. Sepantas kilat aku buka langkah.
Bukkk !! sakitnya..aku jatuh tersungkur menyembam lantai dapur.
Naim terlentangkan aku.
"Kau nak tinggalkan aku ke? !!", aku dah menangis. Automatik teringat kisah malam durjana tu. Aku pejamkan mata kuat-kuat.
Melihatkan tangisan aku yang semakin kuat, Naim Najman bingkas bangun. Melepaskan amarahnya di dinding dapur. Mungkin baru tersedar akan perbuatannya.
Dengan segala rasa sakit yang ada, aku bangun perlahan-lahan.
"Dian Juwita....saya minta maaf...", dia peluk aku dari arah belakang namun aku biarkan. Senangnya mulut kau meminta maaf selepas apa yang dah kau buat, Naim..hati merintih.
"Ja...jangan tinggalkan saya...", aku perlu tinggalkan kau Naim..
"Dian Juwita, benarkan biar hanya sekali, hati awak menyintai saya...", aku terpempam.
"Saya buat semuanya tu sebab saya betul-betul sayangkan awak..", Naim pusingkan tubuh aku mengadap dia.
Habis bajunya basah dek air mata aku. Saat di dadanya, aku dengar degup jantung itu. Ada debar dalam hati.
"Dian Juwita...", Naim bisik perlahan..
"I love you so much...", habis dia ucapkan kata-kata itu, bibir dia singgah di bibir aku. Dalam pejam, aku rasa bibir itu. Dalam pejam juga, aku rasa kehangatan nafasnya itu.
Kenapa hati tiba-tiba rasa tak tenteram.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah!!macam mana ni?? nak tinggalkan Naim ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya...
segala2nya terkeluar pun...
shahrinas Post at 20-8-2010 12:38
finally, da truth came out |
|
|
|
|
|
|
|
bolehkah Ju tinggalkan Naim ni? |
|
|
|
|
|
|
|
nak tinggalkan naim ke tak..??
ke nak patah balik ke pangkuan fazdwan yg terchenta :lo ...
ariellin Post at 20-8-2010 14:08
Rasanya dia tak balik ke fazdwan, |
|
|
|
|
|
|
|
oh tidakk.... nak Naim dgn Juwita....... |
|
|
|
|
|
|
|
nk lg....
akan terbongkar ker rahsia naim nnt heheh
arieyana Post at 20-8-2010 11:33
dah terbongkar dibongkar pun ... |
|
|
|
|
|
|
|
mana nak tau..
yg di sisi asben yg dia blm suka
yg disana tu 1st luv dia
ariellin Post at 20-8-2010 14:17
x mo!!!!!
cinta antara Naim & Juwaita boleh dipupuk...... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|