Post Last Edit by bunick at 11-10-2010 14:52
“Bunick, I’ve got a bad news.” Ujar Alex sewaktu mereka sedang menikmati minum petang di Secret Recipe.
“Badnews?” suapan cappuccino cheese cake Bunick terhenti. Jantungnya sudah bekerja keras kini. Berita buruk apa pula ni?
“I have to go back to Norway next week. Head quarters already issued an order letter.” Lambat-lambat Alex bersuara.
“Go back to Norway? Next week?” soal Bunick pada Alex yang sudah menolak piring berisi cheese cake yang masih tidak luak.
“Yup!” Itu sahaja yang keluar dari mulut Alex.
Selera Bunick terus hilang. Dia mengeluh perlahan, dugaan apakah ini? Tarikh untuk mereka disatukan kian mendekat, tapi dia dan Alex terpaksa berjauhan pula kini. Bagaimana mahu dipanjangkan berita ini pada kedua orang tuanya?
“Dear,I have no idea about this. I think I want to resign and find another job. I’ve promised to marry you within this three months and I don’t want to break my promises.” Alex menyuarakan kebimbangannya pada Bunick.
“No Ariff,you have to follow the order. You’ve got a promotion right?” Tebak Bunick. Mana mungkin pihak ibu pejabat mengeluarkan arahan pertukaran tanpa sebab yang munasabah. Pastinya Alex telah dinaikkan pangkat dan kekosongan jawatan baru yang bakal disandang oleh Alex itu mungkin hanya terdapat di ibu pejabat sahaja. Bunick menarik nafas panjang, cuba mengusir kerisauan yang mula bertandang. Pelbagai kemungkinan buruk mula singgah di benaknya. Berjauhan dengan jarak beribu batu bukan satu perkara yang mudah. Apatah lagi, tarikh pernikahan mereka bakal menjelang kurang tiga bulan dari sekarang.
“But I can’t go without you Bunick.Apa kata kita kahwin then you follow me go back to Norway.” Cadangan itu tiba-tiba sahaja melintas di fikiran Alex.
“Are you nut Ariff? You ingat ayah I akan bagi kita kahwin dalam masa seminggu ni? Nonsense!” Sanggah Bunick.
“What should I do now dear?” sayu sekali suara Alex di pendengaran Bunick.
“Ariff, just accept that offer.Insyaallah, everything will be fine.” Bunick memujuk Alex, dan dalam masa yang sama cuba menyedapkan hati sendiri. Dia bukan seorang yang mementingkan diri sendiri, dia tidak mahu Alex menolak kenaikan pangkat itu hanya kerana dia.
“How about you?”
“I’ll stay here. Not going anywhere.” Putus Bunick. Mana mungkin sarjan pencen itu akan menikahkan mereka dalam jangka masa terdekat ini. Dan bukan mudah untuk memujuk kedua orang tuanya sekiranya dia mahu mengikut Alex ke Norway. Dia punya kerjaya di sini, semuanya cukup berharga untuk dia tinggalkan semata-mata kerana ingin mengikut Alex kembali ke Norway.
“Dear, don’t you love me?” soal Alex tiba-tiba.
“Of course I do Ariff!”
“Then, follow me go back to Norway. I’m going to marry you this week.” Desak Alex.
“Ariff, this is not so easy. I have everything here, my family, my career, my friends. I can’t leave all this thing just because I have to follow you going back to Norway. Parents I tentu tak setuju kalau I nak ikut you balik Norway.”
“I’ll talk to them.” Alex sudah nekad untuk bersemuka dengan Haji Salim. Dia tidak mahu peduli renungan tajam dan pandangan bengis Haji Salim sewaktu pertama kali bertandang ke rumah Bunick pada Hari Raya yang lepas. Apa yang penting sekarang, dia mahu menjadikan Bunick suri hidupnya secepat mungkin dan membawa Bunick terbang bersamanya kebumi Norway.
Walaupun dia tahu pastinya sukar untuk memujuk Bunick meninggalkan keluarga dan rakan tercinta di Malaysia, namun dia yakin sekiranya Haji Salim bersetuju untuk menikahkan mereka dalam masa terdekat ini, Bunick pastinya tidak akan beralasan lagi untuk mengikut dia menetap di Norway. Biarkan saja Bunick berjauhan dengan tanahairnya untuk seketika. Tapi benarkah hanya seketika cuma mereka akan berada di Norway? Bagaimana kalau khidmatnya tetap juga diperlukan di ibu pejabat untuk selama-lamanya?
Perlukan dia menggadaikan cita-cita yang sudah lama tersemat di hatinya? Sudah begitu lama dia menginginkan untuk menjawat jawatan yang bakal disandangnya minggu hadapan, tapi kini dia keliru untuk memilih. Cinta atau cita-cita? Memilih cita-cita bererti dia terpaksa meninggalkan Bunick sendirian di sini sekiranya hajat untuk mengikat gadis itu tidak kesampaian. Hatinya begitu berat untuk meninggalkan Bunick tanpa sebarang ikatan, bimbang sekiranya ada sang kumbang lain yang akan menyambar bunga yang sedang mekar di hatinya itu. Tapi jika dia memilih cinta hatinya, dia akan terlepas peluang untuk menduduki kerusi yang sudah lama diidamkannya itu.
“Muhammad Ariff, listen to me okay. I don’t think my dad will agree with you.” Suara lembut Bunick menghalau jauh segala lamunan Alex.
“Bunick, we just give a try first. Who knows, your dad will change his mind.” Alex tetap juga optimis, tidak mahu mengaku kalah sebelum berjuang.
“Even he agree twith us, I don’t think I’m ready to leave….”
Benarlah telahan Alex tadi, Bunick memang tidak sanggup meninggalkan negara tumpah darahnya. Dia tidak tega untuk berjauhan dengan keluarga tersayang. Belum sempat Alex membuka mulut untuk terus memujuk Bunick, hasratnya itu terlebih dulu direntap oleh bunyi deringan telefon Bunick.
“Ada apa Miko?” Bunick menyoal si pemanggil setelah menjawab salam.
“Cik kak, udah-udah la berdating. Kitaorang dah nak gerak ni tau.” Nyaring suara Miko menusuk pendengaran Bunick.
“Korang kata nak gerak lepas Asar, ni baru pukul….” Kerongkong Bunick bagai tersekat bila dia melihat jam di pergelangan tangan kirinya. Jarum pendek sudah pun berada di angka enam.
“Ni dah nak Maghrib kau tau tak. Tak reti-reti nak balik ke?” sergah Miko lagi. Geram sungguh dia dengan Bunick, tadi cakap nak keluar sekejap je. Dari pukul dua petang, enak sungguh dia bermadu asmara dengan Alex sampai tak ingat janji mereka untuk bertolak kerumah Kia.
“Okey, give me half an hour. Aku dah nak balik ni. Sorry ye Miko, aku balik sekarang.” Bunick mematikan talian setelah memberi salam kepada Miko.
Alex masih lagi merenung Bunick yang sedang memasukkan telefon ke dalam handbagnya. Serasakan dia tidak mahu melepaskan Bunick pergi dari situ walaupun dia tahu Bunick harus pulang sekarang.
“Ariff, we better make a move now. Diorang dah lama tunggu I. In fact, I memang dah lambat ni. Please send me home.” Bunick tolak kerusi ke belakang. Namun Alex langsung tidak bergerak dari kerusinya.
“Bunick, we need to settle it now. I’ll send yoo to Rembau tomorrow morning.” Alex menghantar pandangan mengharap pada Bunick.
“Cannot Ariff, I’ve promised them.”
“Please Bunick, I’m not finish yet.” Alex masih diam tidak berkutik.
Bunick yang sudah kusut dengan perkhabaran yang dibawa oleh Alex tadi semakin geram dengan tingkah Alex. “Fine,kalau you tak nak hantar I balik, I boleh balik dengan cab.”
“Okey! Okey!” Alex mengalah juga akhirnya. Dia menggamit waiter dan memberikan isyarat meminta bil sebelum meletakkan sekeping not lima puluh di atas meja. Tanpa suara, dia memberikan isyarat kepada Bunick untuk beredar dari situ. Kedua-duanya keluar dari Secret Recipe dengan hati yang mendongkol.
Lagi tiga hari majlis pernikahan Kia akan berlangsung, Bunick dikejutkan dengan satu perkhabaran duka dari Alex. Di tengah-tengah kegembiraan bagi meraikan fasa baru dalam hidup Kia, Bunick pula menerima berita bahawa Alex telah diarahkan untuk kembali bertugas di ibu pejabatnya di Norway. Namun, Bunik selindungkan juga kisah itu dari pengetahuan ketiga-tiga rakan serumahnya. Tidak mahu mencacatkan keriangan mereka semua, Bunick hanya menyimpan berita itu di dalam hati. |