|
Post Last Edit by hantu_chot at 30-1-2011 15:34
pada pihak si dia.aku tak akan sembunyikan setiap perjumpaan aku dgn rakan2 aku.sbb semua kawan2 aku dia dah kenal.termasuk lah kawan2 lelaki,sekiranya aku bagitau aku keluar berdua dgn mereka.takde masalah pada si dia.sbb si dia ckp aku pandai nak jaga diri aku.tapi tidak pada si cool.kalo aku nak jumpa kawan2 aku,dia akan risau mcm nak sakit jantung katanya.itulah ayat si cool kalo aku keluar dgn kawan2 lelaki aku.event aku nak gi lepak dgn dak2 pompuan aku pun,si cool akan ckp "jgn lama sgt.pegi cepat balik cepat".kalo si dia pulak.bagitau skali jer, si dia dah tak kacau aku dah.itu lah perbezaan mereka dua.
si cool= +setia+kelakar,pandai buat lawk / -mengongkong-perlu maklumkan dia waktu solat-boros-takut aku curang dgn dia
si dia = +memahami+memaklumkan aku waktu solat+jimat cermat+percaya dgn kesetiaan aku / -tak setia-kurang mesra |
|
|
|
|
|
|
|
kalu macam tu baik chot tukar nickname si cool tu kepada yang lain..
Tindakan dia macam tak cool ...
zztop63 Post at 30-1-2011 15:21
dah mmg id dia mcm tue.aku copy paste je lah..hehehehe.nak senangkan cite.takpelah..dia pun sedang cuba berubah katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm novel la pulak...huhu.....
Syik_Gojet Post at 30-1-2011 15:25
kalo sudi bacalah Syik_Gojet..hehehehe.jgn bosan ye..malu pulak ckp mcm tue. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo sudi bacalah Syik_Gojet..hehehehe.jgn bosan ye..malu pulak ckp mcm tue.
hantu_chot Post at 30-1-2011 15:37
huhu...skrg tak leh nak baca..pale tgh ting tong..ngantok.....
apa2 pun...aku sendiri pun dh putus cinta setahun lebih..disusuli dgn beberapa perkenalan dgn lelaki y amat yahamat terlalu menghampakan.......
selepas beberapa siri perkenalan y menyakitkan hati serta mendukacitakan...aku dh slow skit pasal ni semua....kalau la org lain tau betapa aku betul2 berusaha mencari pasangan hidup, pasti mereka leh faham apa y aku rasa...
apa2 pun gud luck dgn kehidupan baru ko....
kagum dgn usaha ko tuk bangun semula...
begitula aku..skrg aku berasa aku di bawah....sedang mencari tali tuk berpaut agar aku dpt naik ke atas semula sedikit demi sedikit..moga tuhan tunjukkan aku tali itu....... |
|
|
|
|
|
|
|
26/01/2011_8.30pm
aku keluar dgn dak sekolah aku,member lelaki dan senegeri dgn aku .member aku ni dah kawin anak dua.tapi kami still kawan.sebagai sahabat baik.dan tak lebih dari tue.member aku ni nak maklumkan yg dia nak kawinkan adik dia cuti raya cina,buat jemputan skali lah.tapi yg sedinya mak mereka baru meninggal dunia minggu lepas.sedih aku dgr.kesian betul.segala majlis perkahwinan adiknya dirombak habis.dlm masa yg sama dia tanya jugak dgn kisah hidup bujang aku ni, bila nak berakhirnya.asyik kecundang jer.aku pun ceritakan lah kisah yg terbaru pada member aku pasal si dia dan si cool.dgn slumber member aku ni ckp."dua tak boleh nak pakai, ko cari yg lain pulak,cari hat elok sikit" hahahaha.sedap mulut dia je.tapi apa yg kawan aku cuba terangkan selepas tu mmg ada betul nya.masing2 ada kekurang dan kelebihan.jadinya aku tak boleh membuat keputusan dlm keadaan terburu2 dan terdesak.aku perlu masa.segalanya tlh ditentukan oleh Allah, aku perlu bersabar jer.
dlm kami duk syok mengumpat pasal si dia dan si cool.si dia call tanya kat mana.aku ckp aku kat kedai makan lepak dgn dak sekolah aku lagi.si dia kata ok, no prob.sambung sembang lagi.si cool pulak yg call.si cool mcm dah panas hati pulak dah.suruh aku balik cepat lah bagai.aku jadi rimas.member sekolah aku tanya pada aku balik "ko tak ckp kat diaorg ke ko nak keluar dgn aku ni".mcm biasa lah aku dah ckp siap2 dah.si dia no hal.yg si cool ni panas pulak.tak paham aku.member: "so mcm mana ni, nak aku hantar balik ke apa".aarhh biar lah.bukan aku tak ckp pun.member : "haiii..ko tak rasa ke nak bina rumahtangga dgn seseorg yg lebih elok lagi,sampai bila hang nak mencari je ni?".aku : "bukan aku tak cari, rezeki tak sampai lagi,aku nak buat mcm mana lagi?".member : "takpelah sabar jelah.satu hari nanti akan ada.".member : "tapi ko betul2 dah ready ke utk berkahwin ni?".aku : "insyaAllah". |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 505# Syik_Gojet
insyaAllah.. kalo ko dah dpt tali tue.jgn lupa nak bagi tips kat aku.mcm mana ko dpt tali tue.
aku pun gantung tak bertali ni..hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Syik_Gojet
insyaAllah.. kalo ko dah dpt tali tue.jgn lupa nak bagi tips kat aku.mcm ...
hantu_chot Post at 30-1-2011 16:23
chot org utara ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hantu_chot at 30-1-2011 16:59
27/01/2011
masa ni aku baru nak tdo.tiba2 dpt sms dari si dia.agak lewat jugak. dlm kul 1 pagi
SI DIA : Abg mintak mf byk2 apa salah silap abg bt kt syg selama ni...mfkan abg ye...slmt mlm.
AKU : Dah lama syg maafkan abg.dan skarang dah tiba masanya syg maafkan diri syg sendiri pulak.dah penat jadi penagih cinta abg.syg dah lepaskan abg dr pantai morib tu lg sebenarnya.hati syg dah kosong.
SI DIA : Abg mintak mf pada syg apa yg dh belaku...
AKU : Syg tak layak utk dicintai oleh lelaki lagi.lelaki akan rasa susah hidup dgn syg ni.dan syg pun dah malas nak pikir lg.biarlah hidup single,hati syg lebih tenang tak perlu menagih cinta org lain lagi.bercinta dgn buku2,sampai bila2 ilmu tu setia dgn kita.
SI DIA : Syg dah xsyg abg ke?
AKU : Sayang sebagai kawan masih ada lagi.sbb kita bermula dgn kawan.tapi utk bercinta.dah takde lg.semua dah hilang bersama hp cik pah tu.
SI DIA : Abg nk tahu syg dh xsyg abg?
AKU : Sayang sebagai kawan masih ada lagi.sbb kita bermula dgn kawan.tapi utk bercinta.dah takde lg.semua dah hilang bersama hp cik pah tu.abg paham kan maksud syg tadi tu kan?
SI DIA : Bukan syg dh jumpa org lain?
AKU : Hari2 jumpa org lain.ina tapa mamat mila nabil nadia mas pia org2 sekeliling syg ni.semua syg jumpa.semua syg sayang.
SI DIA : Abg rasa ramai lagi..
AKU : Mmg ramai lg.semua org kalo abg nak kaitkan pun boleh.syg dah tak kisah dah.kalo abg nak tuduh syg mcm2 pun takpe,syg dah tak heran dah.tuduh lah syg curang ke,menduakan abg ke,hapa ke takpe.persilakan...
SI DIA : Xnak tuduh sebab xnpk..xpelah syg..syg x sayang abg lagi.Alhamdulillah yg mampu abg ckp sekarang ni.terima kasih byk2
AKU : Abg rasa bersyukur dgn pekara ni dan berterima kasih pd sayang sbb abg dah lama tunggu saat ni ke?knp tak nak ckp awal2 lag?takdelah syg seksa abg lama sgt.
SI DIA : X jugak,sedih sbb hajat xsampai kena terimalah apa yg dtg
AKU : Syg pun sama jugak.lg sedih bila mengenangkan abah dulu duk sebut2 nama abg.tp ntah ke mana mana pegi nya.
SI DIA : Xperlu lagi pun syg dah tak syg abg lagikan.!
AKU : Haah.mmg pun.dlm kepala ni, hari2 duk terpikir muka si pah yg tersenyum gembira berjaya dpt abg jugak akhirnya.
SI DIA : Tapi silap fikir 2 syg bukannya abg...
AKU : Lgpun pah kan syg abg.dia keja pun dah tetap.dan boleh tolong abg byk perkara.
SI DIA : Ckp la apa nk ckp... selagi boleh
28/01/2011
LEPAS TU AKU TERTDO...AKU TAK SEMPAT PUN NAK BACA MSG TERAKHIR TUE.ESOK PAGI BARU AKU BACA DAN REPLY
SI DIA : Ckp la apa nk ckp... selagi boleh
AKU : Mintak maaf byk2 pasal semalam.lgpun syg dah byk kali terluka.syg ni syok sendiri jer.setia sorang diri.kalo abg nak marah terpulanglah.abg kan ego tinggi, tak kan abg nak jatuhkan maruah abg dgn syg.so ada baiknya syg yg senyap
SI DIA : Abg mfkan xpelah bt la yg terbaik...abg sedar xada yg istimewa diri ni...sekolah pun darjah 6 jer
AKU : Itu lah perangai abg.suka letakkan ego tinggi pd syg,konon syg pandang pendidikan abg.walhal syg dah tahu lama kot.tp abg tak kan mengaku kesalahan abg yg suka skandal dgn kwn2 pompuan abg sampai sanggup sorok hp tu dr syg.suka jadikan syg yg jahat,apa yg abg buat kat syg, abg anggap perkara kecik.abg tak paham ke perasaan syg?abg tak tahu ke mcm mana rasa hati syg ni?jatuh ke martabat abg dgn syg yg tak lawo,gemuk,tak pandai bergaya.
SI DIA : klu abg pandang semua 2 bt apa abg ngorat syg dari mula dlu..
AKU : Sama jugak dgn syg.kalo pasal pendidikan knp syg teruskan.tapi knp abg tergamak jugak nak bergaul dgn pah,walhal abg dah tahu syg tak suka.tp kalo apa je perkara yg abg tak suka.syg ulangkali buat pandai pulak abg sentap.habis syg ni apa?turut je kehendak abg sorang?syg ni tunggul?
SI DIA : Abg tahu abg salah tapi syg jadikan alasan nk kenakan abg sape xmrh...
AKU : Haaaa pandai pun nak mengaku salah.tp tak nak berubah.dlm mengaku tu tetap nak salahkan syg jugak tu,konon syg suka jadikan pah alasan.sayang jugak yg salah.tak pernah la rasa diri tu salah.alih2 syg jugak akhirnya terpalit balik.hambiklah bang semua.syg tak kisah dah kalo abg nak letakkan semuanya atas kepala syg sorang....
akhirnya si dia diam membisu.tiada jawapan.mungkin dia marah, mungkin dia termakan dgn kata2 aku atau pelbagai lagi kemungkinan lain.aku kembali kepada buku2 aku semula.mencari ketenangan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 508# Syik_Gojet
nope..bukan orang utara |
|
|
|
|
|
|
|
28/01/2011
si cool sorang yg sgt cepat menangkap apa yg aku rasa.bila aku tak mengendahkan sms dan call dari si cool,beliau mula rasa gelisah.dia mengatakan bahawa ada sesuatu yg tidak kena dgn keadaan aku waktu itu.jadi utk bersikap jujur dan terbuka [aku malas nak sorok pape..biar dia tau segalanya.mudah2 dia memahami bukan memaksa aku].aku mencerita kan sedikit sebanyak perbualan terakhir aku.apa yg aku tak sangka, perkara yg terkeluar dari mulut cool ialah : "misi kita hampir berjaya".[omg.. apa yg aku buat ni?, aku tidak merancang utk menyakiti hati sesiapa pun.]
sblm ini pernah aku dan si cool berbual mengenai si dia.aku memuji2 kelebihan si dia.kerana si dia menjaga solatnya.dan susah nak jumpa lelaki zaman skarang ni yg sanggup bangun seawal pagi utk bersolat subuh berjemaah di masjid.si cool seolah2 berkecil hati dan rasa rendah diri.tp itu bukan niat aku, sekurang2nya dia tahu apa yg aku mahu, dan dia perlu tahu yg mana baik dlm perhubungan dgn sesapa skali pun.jadi apabila si cool mengatakan misi dia hampir berjaya.aku jadi sedih.betul ke tindakan aku ni.aku takut aku tersalah pilih sama ada kaca dan intan.membuang intan mengambil kaca.
si cool berulang kali mengatakan yg dia ingin peristerikan aku.tapi aku perlu menunggu si cool mengukuhkan kedudukan beliau dahulu katanya.aku gunakan peluang itu tuk memulihkan semangat si cool yg pernah putus tunang sebelum ini kerana kekurangan dirinya.aku cuba utk membantu beliau bagi mengukuhkan kehidupannya agar lebih terjamin demi masa depan beliau.berbeza pada si dia.si dia dah cukup bersedia dari segi ekonomi dan kesediaan dlm berrumahtangga.kekurangan si dia adalah hati nya shj.mungkin si dia masih keliru dgn apa yg perlu dia pilih atau barangkali memikirkan tentang ibunya.terpulanglah pada beliau.peluang dari aku dah berulang kali aku berikan. |
|
|
|
|
|
|
|
29/01/2011
dari 28/02/2011 mmg ada rasa nak demam.jadi sebelum terjadinya demam.aku dah makan ubat siap2.dan byk minum air masak.dan 100 plus pun sama.menguatkan tubuh badan sebelum demam.mmg tak suka demam.boleh terlantar seminggu nanti.so semalam kepala aku berdenyut2 kesakitan yg amat sgt.aku rasa dgn faktor kesihatan aku dan perkara2 disekeliling aku, aku jadi serabut.tengah baring2 merehatkan otak.si dia call aku.
SI DIA :salam.knp suara?tak sihat ke?
AKU :demam sikit.tapi ok dah.cuma sakit kepala
SI DIA :gi klinik jom.
AKU :takpe kot.ok je ni
SI DIA :jom.kita makan pastu gi klinik.
pulang dari klinik dia hantar aku bali ke rumah cepat.
AKU :terima kasih
SI DIA :sama
pastu si cool pulak bertanya aku gi mana tadi.bila aku nyatakan aku nak gi klinik dgn si dia.dia jadi tak puas hati pulak.mula lah merajuk.risau aku akan tinggalkan dia.Ya Allah knp lah org2 disekeliling aku ni tak nak amik tahu apa yg terbuku dlm hati aku ni.semuanya aku nak penuhi kehendak hati diaorg.rasa nak lari dari kawasan ni.mulakan hidup baru.Aku nak pindah ke tempat yg lebih dekat dgn mak.supaya aku boleh jenguk mak slalu.dan nak senang cite.cari je org kat sekitar tue.tapi rasa mcm pentingkan diri sendiri pulak.adoi... Ya Allah sakit nye kepala aku ni....
AKU TAK SUKA LAH ORG PAKSA2 AKU DAN DESAK2 AKU.TOLONG LAH BAGI AKU RUANG BERFIKIR.MENYELESAIKAN SATU PERSATU MASALAH AKU NI.SALAH JAWAP JE.. TERUS PANCUNG.MCM LAH, AKU NI MENYIMPAN MASALAH TU DAH LAMA DAN TAK NAK SELESAI2KAN.WALHAL SEMUA NYA TERJADI DLM SEKELIP MATA DAN TANPA AKU DUGA.BAGI LAH AKU MASA UTK BERFIKIR DAN ISTIKARAH.. TOLOOONG LA WEII... PERKARA PERTAMA, MAK AKU DULU.. TOLONG LAH WEI...
[fuh rasa mcm dpt menjerit jerit kat thread ni] |
|
|
|
|
|
|
|
30/01/2011
dari pagi sampai lah ke petang.duk depan laptop,laptop duk depan tv dgn dak2 rumah.sambil2 aku online dan berbual dgn rakan maya.aku terima sms dari ex-housemate aku.HD dah berkahwin.skali lagi dia mengutarakan masalah rumahtangga beliau dgn suaminya.suami sahabat aku ni sering ada scandal, dari zaman couple,tunang, berkahwinan,pernah bercerai sekali duduk semula dgn aku dan, rujuk semula dan akhir skali setelah mengandung ada sedikit perubahan pada si suami.tapi tak lama... hari ni sejarah perit tuk sahabat aku ini berulang semula.tapi dlm keadaan yg sarat mengandung.sedih aku mendengar tangisannya di telefon.sampai tahap sahabat mengatakan bahawa "Kita berharap sgt,time kita bersalin nanti...Allah ambik nyawa kita dan anak kita...supaya dia boleh bebas dgn kehidupan dia buat selama2nya.".. Ya Allah mengeletar aku dial nombor telefon HD supaya dia beristighfar, mengucap byk2, ingat Allah.aku tak nak kawan aku dlm tekanan emosi yg boleh menjejaskan kandungan beliau.fuhhh.... risaunya aku pada perkataan 'PERKAHWINAN' ini... |
|
|
|
|
|
|
|
beb..xde plak butang 'like' aku nk tekan ni..
suke cara ko mengarang ayat..msti pengaruh dari sifat ko yg suke membace ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
chot.. take things easy... maybe u should be honest with mr.not so cool...hahaha..that u don't like to be push and demanded to his will....
he might gonna say he's being pushy bcoz he cares greatly bout u, too afraid of the thoughts of losing u.... tell him straight off to the point... if he's too afraid of losing u....all his demanding behaviour is actually pushing u away from him... n if he's again too afraid of losing u...tell him to look for others..who are willing just to be with him n make no friends with others w/o his permission....
seriously....i think yr married guy friend is correct...at the moment..both seems to be an unsuitable candidate for u...take yr own sweet time n chill... the best thing will surely come =) |
|
|
|
|
|
|
|
beb..xde plak butang 'like' aku nk tekan ni..
suke cara ko mengarang ayat..msti pengaruh dari sif ...
akulahjua Post at 31-1-2011 00:48
ko taip je perkatan LIKE besar2 kat sini..hahahaha.takde lah,acah jer.aku pun rasa mungkin kerna faktor pembacaan aku yg mempengaruhi cara pengarangan aku.tapi yg penting korang paham lah apa yg aku cuba sampaikan.kadang2 tu terabur jugak ayat aku ikut apa yg terlintas di otak waktu itu.apa2 pun terim kasih sbb sudi membaca.harap2 cite ni kite2 je lah.. hahahahaha.mcm rancangan tv9 pulak kan?? kita kita aje.hahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya selalu singgah thread ini,pada tt kuatkan semangat terus pandang ke depan....
LIKE! |
|
|
|
|
|
|
|
saya mmg tunggu sambungan citer chot nie... mcm novel.. |
|
|
|
|
|
|
|
Chot, aku rasa kan, cool tu dah macam obses je kat ko. Dia tu apa status nyer? kalau si dia & chot takde pape, nape masih syg & abg? bg harapan lagi?
Apa kata chot tanya kat si dia, nak kawin tak? mgkin tu la masalah dia.. suka merendah2kan diri sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
2 jam dok brtenggek kt thread chot...
da sebaldi air mati jatuh mencurah2... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya selalu singgah thread ini,pada tt kuatkan semangat terus pandang ke depan....
LIKE!
Ruzaini90 Post at 2-2-2011 14:16
thanks zaini.susah2 je baca cite aku ni .....heheheheh |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|