CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

   Close [Copy link]
Post time 8-11-2011 05:50 PM | Show all posts
Reply 493# tirambisu


    Itulah beza pengalaman dengan yang tiada pengalaman kak.. Setakat bercakap je.. Kalau kene batang hidung sendiri,tak tau la apa jadi agaknya.. Takpe kak sesekali mengarut ok jugak.. Terhibur sikit kami ni hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2011 06:47 PM | Show all posts
Menarik pengalaman ko chefmizan. Teruskan berkongsi yer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 08:09 PM | Show all posts
Cheff dan semua forumer nak tanya ni....mana yang ada jawapan boleh laaa kongsi yee..

betul ke sekiranya kawasan tu banyak berlaku kemalangan,dan banyak meragut nyawa..
ada kemungkinan tak bahawa kawasan tu memang menpunyai makhluk dan mahukan darah atau nyawa...

so mesti cheff banyak melalui jalan2 macam ni...dan semestinya banyak pengalaman cheffkan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:31 PM | Show all posts
Reply  sofiera

     Takpe aka.. Bantuan yang macam ni sekadar kemampuan kita.. Jangan sebab nak  ...
chefmizan Post at 8-11-2011 17:48



    kadang2 rasa bersalah tak dpt menolong....yg pasti tindakan pertama aka tepon no kecemasan jer...

Ayah aka pernah tengok dalam kess kemalangan kereta,ada jugak hamba ALLAH nie dok cilok jam tangan dan duit ,masa mangsa dok mengerang kesakitan mintak tolong....DUNIA DUNIA
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 12:45 AM | Show all posts
Reply 503# KAULAT


    Bagi saya kaulat,saya istilahkan kejadian macam ni sebagai takdir. Memang sebahagiannya diakui begitu. Tapi lebih menjurus kepada kebetulan semata2. Buat pengetahuan semua ye,sebenarnya makhluk2 ni pun macam kita jugak. Punya akal dan fikiran. Saya perkatakan makhluk disini adalah jin,iblis syaitan ye,bukan hantu. Sebenarnya hantu ni tak wujud pun. Cuma macam kita semua tau iblis syaitan ni memang pandai memanipulasi keadaan.

    Ingat tak bagaimana seorang lelaki yang begitu taksub dengan dunia hantu berdebat dengan seorang yang saya kategorikan alim ulamak dalam sebuah rancangan tv lama dahulu. Bagaimana kata alim ulamak tersebut,selama dia hidup berpandukan SUNNAH dan AL-QURAN,belum pernah dalam mana2 kitab even BIBLE mengatakan tentang kewujudan hantu. Saya suka memetik kata2 beliau tentang apa yang dikatakan emosi pencetus imaginasi.

    Berbalik pada persoalan kaulat tadi,jin,syaitan iblis ni boleh menyerupai apa sahaja makhluk dalam dunia. Jadi tak mustahil bila emosi kita disogok dengan cerita2 berunsur seram maka tercetusnya imaginasi luar kawal yang membawa kepada penampakan hantu dan sebagainya. Saya sendiri mengakui kadang kala tafsiran setiap kali terserempak makhluk2 ni akan membuatkan saya keliru. Tapi kita kene ingat,takkan ada makhluk dari dunia lain yang mampu menyentuh kita secara terus walaupun malaikat.

    Kejadian2 seperti kemalangan ditempat yang biasa berlaku kematian,lemas di kawasan2 yang dikategorikan keras akibat itu dan ini,begitu dan begini pada saya ianya sekadar kebetulan. Bukan tidak mempercayai kewujudan makhluk2 ini tapi kita kene berbalik pada landasan agama kita. Yang menentukan ajal maut adalah ALLAH S.W.T.. Semua tu adalah mainan dan gurauan jin,iblis syaitan semata2.

Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 01:23 AM | Show all posts
Reply 504# sofiera


    Ada jugak yang macam tu ye.. Apa punya manusia la.. Semakin lama semakin teruk moral rakyat malaysia ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-11-2011 08:36 AM | Show all posts
Reply  KAULAT


    Bagi saya kaulat,saya istilahkan kejadian macam ni sebagai takdir. Memang se ...
chefmizan Post at 9-11-2011 00:45



Terima kasih cheff penerangan yang mantap dan jelas...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 09:29 AM | Show all posts
Salam TT dan Chef Mizan..

daisy nak tanya kepada chef. anak daisy sejak akhir2 ni selalu mengigau (atau ghayan dalam istilah utara) tengah2 malam. selalu time jadinyer dalam pukul 12.30am. dia akan menangis dan bila daisy angkat nampaklah muka dia yang memang mamai. daisy tunjuk2 kan cicak ke kipas ke, dia diam dan nampak macam sedar daisy tidurkan balik. kadang2 dia terus tidur. kadang2 dia meragam taknak tidur lagi. tapi boleh dikatakan secara akhir-akhir ni makin kerap dia mengigau. anak daisy lelaki, baru setahun. mungkin chef boleh kongsi ayat al-quran yang boleh daisy dan suami amalkan untuk anak daisy ni?

terima kasih chef..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2011 09:54 AM | Show all posts
Kadang2..baby ni berubah angin..atau berubah bulan..
kadang2..masa siangnya atau sebelum tido kita ibu bapa banyak mengagah atau bergurau dengan dia...so baby akan terkejut-kejut waktu tido..

Dan sekiranya baby terkejut,mata baby melilau pandang keatas..kebiasaanya ada yang menyinggah atau yang menegur...

itu pendapat dari pihak saya..

Cheff minta penjelasan sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:13 AM | Show all posts
Reply 509# KAULAT


  haah..betul. sebab dia main banyak sangat kan jadi dia mengigau. mula2 daisy pun ingat macam tu tapi bila dah tiap2 malam risau pulak.. sebab adik dia okay (anak daisy kembar)
pasal mata tu, nanti malam ni daisy nak perhatikan..huhuhu..tq tt..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:21 AM | Show all posts
Reply 472# chefmizan


    boleh saya tahu tak chef, terengganu area mana tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2011 10:22 AM | Show all posts
Reply 510# daisy_dukes


haaa cuba dulu...
kalau tak ok...sebelum anak tido pasang Ayat2 ruqyah...
Insyallah...mana yang menyinggah akan terasa panas..sekaligus dia akan keluar..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:28 AM | Show all posts
TT, daisy nak tumpang bercerita mengenai tetamu tak diundang boleh ( tengah boring ni, nak buat kerja takde mood..:p)

lepas daisy dan husband mula2 berkahwin dulu, kami stay di rumah tok wan daisy. sebenarnya kenduri kahwin kami pun dibuat di rumah tokwan sebab tokwan daisy teringin nak buat kenduri kahwin cucu dia di rumah pusaka.

kenduri berjalan dengan sempurna, alhamdulillah. tetapi selepas kenduri, ada kejadian yang pelik terjadi kepada daisy dan suami.

satu malam tu, kami tengah bersembang-sembang sebelum nak melelapkan mata (bilik tidur daisy dan suami di tingkat atas, bilik tokwan di bawah), tiba2 daisy dan suami dengar bunyi orang mengetuk dinding kayu. kuat dan jelas. bila kami diam, bunyi tu pun berhenti. bila kami bercakap balik, dia pun berbunyi. sampai satu part, bunyi tu macam bergerak. dari depan, masuk ke ruang tengah/ruang makan dan akhirnya ke ruang tangga yang menuju ke tingkat atas. kami berdua memang dah cuak tapi daisy dengan selambanya kata kat husband, dia nak berkenalan dengan u ni..orang baru.. huhuhu...:p last2 bunyi tu berhenti sendiri je.

kejadian tu berulang-ulang setiap malam sampailah kemuncaknya pada satu malam tu, kami dengar bunyi grill (grill pintu utama di tingkat bawah) seperti digegar dari luar. waktu tu memang kami berdua dah terdiam dan saling pandang sesama sendiri. last-last tak cakap banyak terus tidur.

yang peliknya sepanjang kejadian tu berlaku, tokwan daisy memang tak sedar dan tak tahu apa2 langsung.

ada 1 malam pulak tengah sedap-sedap daisy tidur, ada air menitik dari siling ke atas selimut di bahagian kaki daisy. daisy kejut husband sebab ingatkan siling bocor tapi tak logik sebab dah 2-3 hari tak hujan. husband kata kucing @ tikus kencing atas siling tak? bila daisy cium air tu wangi sangat. macam bau air bunga-bungaan. dan bau tu kekal sampai 2-3 hari. bila masuk ke bilik tu je bau wangi..

wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:31 AM | Show all posts
Reply 512# KAULAT


   TT, semalam daisy pasang  ayat ruqyah. yang daisy perasan masa mula2 tu dia bergerak-gerak gak dalam buai. lepas lama tu dia tidur. tapi bila ayat tu dah habis (daisy pasang dari youtube, nak download tak sempat..:p) dia gerak2 balik..hhmmmmm..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:32 AM | Show all posts
Reply 512# KAULAT


   takpe malam ni nak try lagi pasang ayat ruqyah. tengok macam mana progress nya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:42 AM | Show all posts
Reply 513# daisy_dukes


    agak² apa benda sebenarnya yg buat bunyik² tu yer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2011 10:49 AM | Show all posts
Reply 515# daisy_dukes


Ni just experiance dan sumber bacaan saya...tapi kalau nak kepastian kita akan tunggu Cheffmizan jawab...
tapi apa yang bole diulas sedikit...macam ada sesuatu jeee yang menumpang atau yang menyinggah di rumah tok wann daisy..
cuba2 laaa risik tanya..tok wannn kot2 ada belaan ke..

sebab kita faham orang dulu2@orang lama niii biasanya ada menyimpan orang suruhan..
kena2 lak husband TT orang baru dalam family..

Myb Cheff bole Explain camne kita nak tau seseorang tu ada belaan atau tak...berdasarkan tingkah laku ke,riak muka ke...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:50 AM | Show all posts
Reply 516# viper_2803


   itula viper..memang cuak kami..tapi daisy tak tau kenapa boleh buat cool je..kesian kat hubby la sebab dia orang baru..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2011 10:56 AM | Show all posts
Reply  KAULAT


   TT, semalam daisy pasang  ayat ruqyah. yang daisy perasan masa mula2 tu dia b ...
daisy_dukes Post at 9-11-2011 10:31


Kebiasaannya kalau TT duduk rumah flat atau konda,appartment,kebiasaanya bunyi guli,orang seret kerusi,lesung batu tengah malam adalah perkara biasa kadang2 kita sampai marah orang atas apa kejadahnya menmbuk tengah malam,sebenarnya ni adalah mainan jin atau makhluk halus...

sebab dulu masa saya mula2 pindah umah,masa tu baru kawin,tengah2 malam bunyi orang baling guli,terabur kan guli...
saya ingat anak jiran sebelah...kejadian berlaku dekat seminggu gak leee...

sudahnya satu hari tu saya tanya jiran sebelah...rupanya makcik tu mana ada anak kecik..pesara kerajaan...
anak2 semua dah besar...bila sembang baru makcik tu cakap...bunyi tu biasa...bagi yang baru pindah...

Tu satu hal...masa baby saya umur 6 bulan cam TT gak anak meragam jeee...menangis ngah malam,terkejut,
sampai saya buat satu inisiatif,saya azan setiap bilik,dan saya baca ayat kursi setiap penjuru umah...

Allhamdullilah bole jugak lee baby lelap...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 10:57 AM | Show all posts
Reply 515# daisy_dukes


    Salam daisy...

    Pertama-tama saya nak ingatkan berhati-hati ye.. Kalau boleh dalam rumah jangan gantung gambar2 terutamanya dalam bilik.. Kecuali gambar keluarga yang masih hidup.. Keduanya sebab ini kes dalam rumah saya sarankan kalau boleh setiap malam selama 40malam,atau 1malam bermula selepas isyak sehingga imsak baca YASSIN TUNGGAL dan niat dalam hati untuk memagar kawasan rumah..

    Setiap kali menidurkan anak saya sarankan pegang ubun2 anak tadi dengan ibu jari dan berdoa agar ALLAH sentiasa melindungi anak dan keluarga. Seeloknya buat macam ni ketika masuknya waktu sepertiga malam. Tapi buat sebelum daisy dan suami tidur pun boleh juga.. Tak jadi masalah..

    Ayat2 pagar rumah selain tu daisy boleh tgk thread sebelum ni ada saya sertakan doa dan SURAH yang boleh diamalkan.. Saya ni bukan la bomoh boleh tilik menilik.. Sekadar berkongsi apa yang saya tahu.. Selebihnya kalau rasa ada kelainan,saya sarankan berubat dengan segera.. Kesian anak kecil tu..

Wallahualam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.093142 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list