Assalam..novel2 nak dijual
Harga belum masuk pos..bminat blh pm ye
novel 2nd:
1. Cinta Cape Town – RM 15
2. Warna Hati Nurul – RM 15 -SOLD-
CINTA CAPE TOWN Sinopsis: Cinta bolehmembawa kepada sifat obses yang mencetus kepada kehancuran spiritual. Obsesterhadap kekasih membawa percaturan hidup kepada Katrina, isteri Saiful.Katrina juga terlalu obses dengan masa lalunya. Dia tersepit antara penyesalandan realiti. Begitu juga seorang pelukis berbakat, Duha yang terlalu obsesterhadap isterinya Manisah. Kehilangan isterinya secara tiba-tiba menjadimisteri sehinggalah dia akhirnya menyedari, dia terlalu hidup dalam fantasinyasendiri. Di manakah penghujung simpulan yang mereka temui?
WARNA HATI NURUL Sinopsis: … cuma ketika iniaku sedang belajar, apa itu erti reda...
Demimenyelamatkan satu nyawa, Nurul Hasyifa menerima Fasil dalam keadaan terpaksa.Biarpun Fasil telah berterus-terang ingin mengahwininya kerana cinta, hatiNurul tetap tidak mampu menerima kehadiran lelaki itu. Namun, sukar baginyauntuk menolak kerana dia tersepit antara perasaannya dan nyawa ibu Fasil.
Keikhlasan Fasilbenar-benar membuat hatinya tertambat. Tapi, saat Nurul mahu membuka pintuhatinya, datang pula Azreen membuat onar. Rumah tangga yang baru dibinatiba-tiba diuji dengan berita kecurangan Fasil. Walau berkali-kali Fasilmembela diri, namun tiada siapa yang percaya bahawa dirinya difitnah. Kecewakerana hilangnya sokongan daripada keluarga, Fasil akhirnya mengambil keputusanmembawa diri ke Gaza.
Demi sebuahkeampunan, Nurul tidak jemu-jemu menunggu kepulangan Fasil. Namun, masih adakahsinar untuk mereka mengecap bahagia? Atau penantian Nurul hanya sia-sia?
Haruskah akuterus berpaut di dahan yang rapuh itu, sedangkan kelopak dedaun sedangberguguran?
Menghayati WarnaHati Nurul benar-benar meruntun jiwa. SHAHZY HANA mencorakkan ketabahan hatiNurul Hasyifa dengan bahasa yang sungguh puitis.
novel BARU:
Janji Julia (Maria Kajiwa) – RM 23.90
JANJI JULIA Sinopsis : Pada tahun 2050,Malaysia telah dilanda wabak yang disebabkan oleh virus Rhyto F99. Wabak inimembunuh hampir kesemua rakyat negara ini dan melumpuhkan sistem ekonomi danpertahanan negara. Dalam keadaan yang semakin genting akibat ancaman daripadapuak pemberontak No-Mondus yang cuba mengambil alih negara, Julia, seorangpelajar jurusan Farmakognosi telah berjanji kepada sahabat baiknya, Mimi untukmenghantarnya pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat. Di Lebuh RayaUtara-Selatan, kereta mereka diserang hendap oleh pasukan No-Mondus. Lebuh rayabertukar menjadi sungai darah dan Julia telah membawa Mimi lari ke dalam ladangkelapa sawit. Mampukah Julia dan Mimi mencari jalan pulang? Mampukah sebuah janjiditunaikan walau bayarannya adalah nyawa?
Last edited by c2ni on 25-9-2013 12:19 PM
|