CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 22-5-2012 09:06 PM | Show all posts
setelah kaumiliki

setelah kaumiliki
sekuntum mawar yang mewangi
kucup dan hirup wangiannya
sebelum mawar kering layu
di telapak tangan pengabaianmu.

setelah kaumemenangi
sekeping hati yang bersih lagi suci
takhtakan di menara sukma
sebelum teralih arah setia
menyerah kepada yang lebih mengharga.

jangan dilepaskan...

CNM, 22/5/12, 9.00pm
THMK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2012 10:02 PM | Show all posts
kautahu

kautahu
di sebalik topeng yang kaukenakan
tersembunyi wajah kepalsuan
yang kaukaburi
dengan solekan ala-ala wayang cina.

kautahu
di sebalik bait kata indah yang kautitipkan
tersorok lidah tajam yang menghiris
membunuh persaudaraan
dengan selumbar keceluparanmu.

kautahu
apa yang kuperkatakan
cuma keegoaan akalmu
yang belum masak
kautelan tanpa kunyahan kerasionalan.

CNM, 22/5/12, 9.55pm
THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2012 05:34 PM | Show all posts
gelung rindu

gelung rindu
yang kuterima
akan kuanyam
menjadi hamparan tidurmu
sebagai balasan untuk selitan kuntuman cinta
ke jambagan hatiku.

gelung rindu
yang kusimpan
semakin menguap
menyemarak wangian kasihmu
menyubur rasa kecintaan
di segenap sudut kamar hatiku.

CNM, 25/5/12, 5.32pm
THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2012 11:44 PM | Show all posts
Kad Kredit

kad kredit
masa guna tergedik-gedik
masa bayar terketar-ketar.

kat kredit
masa guna senyum lebar
masa bayar senyum hambar.

kad kredit
masa guna tak sedar
masa bayar tersandar.

kad kredit
masa guna rasa hebat
masa bayar muka kelat.

kad kredit
masa guna tenyek tak ingat
masa bayar kepala berpusing ligat.

kad kredit
masa guna mengaku kerabat
masa bayar jadi kucing kurap.

kad kredit
masa guna mulut manis melekit
masa bayar mulut tak berketik.

kad kredit
masa guna kembang melangit
masa bayar senak tercirit-cirit.

kad kredit
masa guna main calit-calit
masa bayar terkedip-kedip.

kad kredit
masa guna ingat sikit
masa bayar tak sakit.

kad kredit
masa guna jangan pelik-pelik
masa bayar tak terkedek-kedek.


CNM, 25/5/12, 11.40pm
THMK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2012 11:45 PM | Show all posts
bila hati suka

baru telefon berdering
senyum sampai ke telinga
tersengih saja.

jadi rajin tak semena-mena
mula masuk dapur
tanya nak masak macam mana.

dah menunggu lama
tapi baru sekejap katanya
takut si dia rasa kecewa.

minat berubah serta merta
ikut si dia yang dipuja
dalam hati siapa dapat duga.

tolong sambung ya...

CNM 25/5/12, 11.01 pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2012 11:45 PM | Show all posts
malu meow

malu meow
malu tapi mahu
tersipu malu
tertunggu-tunggu
dilafazkan I love You.

malu meow
malu tapi mahu
handphone sentiasa dalam saku
tertunggu-tunggu
pesanan ringkas masuk melutu.

malu meow
malu tapi mahu
dalam tidur boleh tersenyum
mimpi bertemu
malang tak sedar mencium kekabu.

malu meow
malu tapi mahu
gedik gelenyau di kalbu
mahu dipujuk rayu
jumpa kadi nikah selalu.

kih kih kih...

CNM, 25/5/12, 10.32pm
THMK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-5-2012 11:46 PM | Show all posts
Ayat-ayat cinta

jangan dijeruk dalam dada
garapkan pada skrin bercahaya
hantar dalam kotak pesanan si dia
biar sang pujaan membaca
apa yang bergelora.

jangan diperam dalam minda
nukilkan pada laman maya
tagkan kepada si dia
biar sang pujaan terngaga
dengan curahan sukma.

lafazkan segera
kelak jadi tragedi cinta
gagal menyata hasrat jiwa
merana
sampai ke tua.

CNM, 25/5/12, 10.25pm
THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2012 11:46 PM | Show all posts
menggagau dalam cahaya

mengapa
menggagau dalam cahaya
sedang rumah api siap terpasang
cahaya kebenaran telah disabdakan
jalan ketakwaan telah difirmankan.

mengapa
menggagau dalam gedung ilmu
sedang pakar rujuk memberitahu
kuasai ilmu
bertindak jangan ikut nafsu

mengapa
menggagau
jika mampu melihat
antara yang berkilau dan yang bersalut debu
tak malu...?

CNM, 25/5/12, 9.35 pm
THMK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2012 11:47 PM | Show all posts
Bila Cuti

datang bertandang
rasa kasih dan sayang
membuak-buak kepada yang tersayang
merancang percutian mengisi waktu terluang
moga waktu berkualiti tak melayang
tanpa dipenuhi kenangan gemilang.

banyak idea datang melayang
memujuk jemari menari dan berdendang
menyampai pesanan datuk nenek moyang
adat sopan jangan dibuang
budi bahasa harus dijulang
hidup pasti tenang.

CNM, 25/5/12, 8.26pm
THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2012 09:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 27-5-2012 09:57



Orkid

Orkid
di taman botani air keroh
sungguh memukau pandanganku
indah sekali ciptaan-Mu tuhan
nikmat alam.

CNM, 26/5/12, 8.36pm
Casa Del Rio Melaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2012 10:07 AM | Show all posts
Melaka

di sini tamadun terbina
mencatat sejarah negara
bangsa melayu berkuasa
menakluki sebahagian dunia
dimasyhurkan sebagai bandaraya
sejarah bangsa yang harus dibangga
sejarah mengajar kita agar tidak alpa
sejarah mengajar kita harus waspada
sejarah mengajar kita berpadu tenaga
untuk kedaulatan bangsa, negara dan agama.

kau belajar dari cerita lama...?

CNM, 26/5/12, 10.56pm
Casa Del Rio Melaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2012 10:08 AM | Show all posts


Pada bulan

pada bulan kuberbicara
menyata rasa jiwa
usah kamu cemburu
kerana ia rahsia
antara aku dan rembulan
di malam gelita.

aku boleh jadi di mana-mana...
kerana kamu mampu kupandang dari serata dunia.

CNM, 26/5/12, 10.31pm
Casa Del Rio Melaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2012 07:43 AM | Show all posts
Tujuh pagi

jam tujuh pagi
masih ada yang tidur mati
lena panjang diulit mimpi
gebar ditarik menutupi
tak sedar;
subuh dah pergi
mentari semakin meninggi
rezeki sedang menanti
bangunlah gosok gigi
ambil sarapan pagi
jalankan urusan sendiri.

jangan tunggu tujuh petang...

CNM, 28/5/12, 7.42am
THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2012 07:56 AM | Show all posts
jangan lupa

masa tak menunggu kita
rugi sungguh kalau duduk saja
berbuat sesuatu tambah pahala
zikir kepada-Nya itu lebih cakna
tak perlu bayar apa-apa.

maut menghampiri kita
sudahkah kita bersedia
atau masih teraba-raba
melaksana tanggungjawab kita kepada-Nya
syukurlah kepada yang memberi nyawa.

kita akan dipertanya
tentang apa yang dilakukan di dunia
melanggar perintah-Nya
atau menjunjung titah perintah-Nya
sendiri mahu tanya...

aku pun sama ingatlah sentiasa.

CNM, 28/5/12, 7.52am
THMK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 07:03 PM | Show all posts
Renungkan

telah sering kita dengari
ayat-ayat suci firman Ilahi;

i.
demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian
masa tak pernah memandang ke belakang
jauh sekali mempeduli
apa yang kita himpunkan
untuk dipersembah di hadapan-Nya.

ii.
telah diutuskan kekasih-Nya
contoh teladan terbaik
pembawa kebenaran
yang mewariskan
al-quran dan as- sunnah.

iii.
telah diingatkan
iblis dan syaitan musuh yang nyata
mohon berlindung dari dakyah mereka
diberi pelindungan oleh-Nya
dari tipu daya dunia.

iv.
beruntunglah mereka yang bersabar
bersyukur atas kurniaan Yang Esa
dalam susah dalam senang
tiada berubah ingatan kepada-Nya
menjunjung titah perintah tanpa gagal.

Ya Allah
Engkau kurniakan kepada kami
hati yang tidak dibolak balik
hati yang bersyukur kepada-Mu
hati yang sentiasa mengingati-Mu
kerana hanya Engkau Ya Allah tempat kami meminta.

CNM, 29/5/12, 6.38pm
THMK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 07:20 PM | Show all posts
Laut Kasih 101

betapa malam ini
hati terdetik buat ke berapa kalinya
sungguh-sungguh terkesan
mengucapkan syukur kepada Ilahi
amat bertuah memiliki cintamu sayang.

Laut kasihmu yang terbentang
bak lautan saujana mata memandang
menganjur dari ufuk ke ufuk
berjarak dari kaki langit ke kaki langit
dihiasi pelangi kasihmu.

aku sayu dan terharu
jadi pemilik satu-satunya
kepada laut kasihmu
yang penuh mutiara kasih sayang
berkerdipan sepanjang zaman.

CNM, 8/4/12, 9.10pm
THMK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2012 07:20 PM | Show all posts
Laut Kasih 102

ingin kukatakan
aku berbangga berpimpin denganmu
melayari bahtera dalam keasyikkan
rona-rona ombak laut kasihmu
membuai mesra.

ingin kuucapkan
aku berbahagia bergandingan denganmu
menari dan menyanyi di pesisir pantai
disapa elus bayu laut kasihmu
membelai manja.

ingin kulafazkan
aku sentiasa dambakan dirimu
bercanda berpeleseran berdua
menikmati nikmat laut kasih
anugerah dariNya.

CNM, 8/4/12, 10.17pm
THMK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 07:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 29-5-2012 19:23

Laut Kasih 103

demi kasihmu
walau malam kian memekat
kupujuk mata ini menunggumu dinda
tak akan lena
sebelum mengucup wangian ubunmu.

demi cintamu
walau embun telah menyelimuti
kuhangatkan rasa rindu ini
walau dalam cemburuan masa
tak akan kupersia
waktu-waktu yang akan berlalu tanpamu.

CNM, 8/4/12, 11.59pm
THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 07:22 PM | Show all posts
Laut Kasih 104

telah beratus purnama
kita berdua memateri cinta
bersaksikan seluruh cakrawala
yang mengaminkan doa
sejahtera buat kita berdua.

telah beratus purnama
laut kasihmu megah beralun irama cinta
mendendangkan lagu asmara
membuai daku dalam lena
memiliki cintamu ke hujung nyawa.

CNM, 12/4/12, 10.31pm
THMK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 07:23 PM | Show all posts
Laut Kasih 105

sayang
bila tiba malam
rinduku membuak-buak
mendambakan pelukan hangat
lena dalam alunan ombak laut kasihmu.

sayang
bila tiba malam
cinta menyerlahkan sinar
menerangi kamar asmara kau dan aku
belayar meredah lautan kasihmu.

CNM, 21/4/12, 9.10pm
THMK
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.163191 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list