|
Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015
[Copy link]
|
|
Nicki_Meow posted on 5-1-2014 02:04 AM
Ai bukan mengada-ngada...tapi ai manja....
Kalu empunya dri pun da trmuntah org lain siap cirit tau
bdw, pandai plk zack menyelit time kwn tu nk tdo ya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 5-1-2014 02:05 AM
Tabahlah uols. Dah jumpa pengganti belum?
sentiasa bertabah...masih belum jumpa...harap2 soon....
|
|
|
|
|
|
|
|
next....
<takde idea nak komen....>
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 7-1-2014 12:29 PM
haah..mmg takde idea nak komen...
kalo nak komen sepatah dua..
penyakit Kate tu incurable tapi tak membawa maut pun macam kanser etc...
Cheq dapat merasakan yg Usu ada kecelaruan fikiran bila baca cerita ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
freddianza posted on 7-1-2014 02:16 PM
Lorrrrrrrrrr awat tak de ideaaa pulak.
hesh..awat tak kenai plak...
kenai sgt nooo....aummm...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 7-1-2014 02:24 PM
penyakit Kate tu incurable tapi tak membawa maut pun macam kanser etc...
Cheq dapat merasakan ...
esh...mana ada kecelaruan fikiran...
cuma malas nak fikir ajer...
|
|
|
|
|
|
|
|
gigih i masuk forum petang ingatkan dah ada sambungan
|
|
|
|
|
|
|
|
Lame x myinggah..ingatkn Ade apdet..x pe LA Niki klu x de idea pi bertapa lam bilik mine tau idea mai mncurah2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 7-1-2014 02:25 PM
Berangan jadi awek Vios lettewwww.....
Nantilah Fred oi...kasi cheq bertapa barang seminggu ...
ekceli iols ingat zareen tu awek vios tu
|
|
|
|
|
|
|
|
lamanya takde hapdet
|
|
|
|
|
|
|
|
ovina posted on 12-1-2014 03:22 PM
lamanya takde hapdet
Sorry Vina.
Betul2 kena bertapa sebab takdok idea.... Hari ni ai tepek se episode....
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 9-1-2014 12:26 PM
ekceli iols ingat zareen tu awek vios tu
Bukannnn. Memang niat asal awek vios tu Cameo...
|
|
|
|
|
|
|
|
kakZue posted on 8-1-2014 09:12 PM
Lame x myinggah..ingatkn Ade apdet..x pe LA Niki klu x de idea pi bertapa lam bilik mine tau idea ma ...
Tulah...kena bertapa lama sikit...cari arah tuju cerita ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 24
Zack sudah hilang kiraan, berapa kali Joe Zulkifli mengulang lirik lagu Havoc dari Joe Flizzow. Kalau dengar sekali, tak kisah lagi. Kalau dengar dua kali, mungkin Joe Zulkifli sengaja nak berlawak. Tapi kalau dah lebih sepuluh kali, itu bukan buat lawak. Itu memang sengaja cari pasal namanya.
Dan Zack memang tak suka lagu Havoc itu.
“Woi! Memekaklah.” Zack menyergah dari balik kubikel. Nyanyian Joe Zulkifli terhenti.
“Rileklah…Zack.” Balas Joe Zulkifli. Zack mendiamkan diri lalu kembali menghadap komputer.
“Zack.” Panggil Joe Zulkifli. Zack tetap tak menyahut menyebabkan Joe Zulkifli merasa pelik. Zack jarang nak ambil hati dengan sikapnya walaupun kadang-kadang, sengal-sengal ubi. Seteruk mana pun lawak yang dibuat, sekasar mana pun gurauannya, Zack tak pernah terasa. Tetapi, hari ni, nampaknya Zack diserang angin kus-kus tanpa diketahui sebabnya.
Nak kata putus cinta…tak mungkin. Sejak putus dengan awek yang bernama Liana, Joe Zulkifli tak pernah melihat Zack berpacaran dengan mana-mana awek.
Nak kata bermasalah dengan Cik Reen, tak juga. Elok aje berbual waktu tengahari tadi. Siap bergurau-gurau pula.
Period ke apa mamat ni?
“Zack.” Joe Zulkifli memanggil sekali lagi. Intonasi suaranya juga berubah. Macam nak memujuk pun ada. Iyalah, manalah tau… kot betul kawan tu terasa hati dengannya.
“Oi.” Joe Zulkifli sudah berada di sebelah Zack.
“Kau ni apahal? Dah macam hilang bini je aku tengok…” Joe Zulkifli bersuara buat kesekian kali. Walaupun ada niat nak memujuk, tak mungkin dia mahu menggunakan ayat seperti ayat untuk memujuk awek. Macam tak kena rasanya…
“Kalau pasal aku memekak tadi buat kau bengang, sorry lah beb.”
Kali ini, Zack memandang Joe Zulkifli lalu menggelengkan kepala. Tanda dia tak sengaja meninggikan suara. Tanda dia rasa bersalah sebab memarahi Joe Zulkifli tanpa sebab. Tanda dia memang bermasalah tapi puncanya bukan Joe Zulkifli. Tanda minta maaf dan Zack tahu, Joe Zulkifli memahami walaupun dia tidak mengucapkannya secara lisan.
Zack bukan bengang dengan Joe Zulkifli. Punca angin kus-kusnya adalah mesej Whatsapp yang diterimanya awal sejam tadi.
+0122817422
Kate’s sick. Just thought you should know.
Dan setelah bersoal-jawab dengan pemilik nombor, baru Zack tahu yang nombor itu adalah milik Audrey.
Patutlah, sudah dua hari Zack tak nampak kelibat Kate. Sangka Zack, Kate sibuk. Dan oleh kerana Zack pun tidak mahu menyibuk sangat hal Kate, dia tidak menghubungi Kate mahupun menghantar sebarang mesej bertanya khabar.
Lagipun, Kate bukan awek dia. Jadi, untuk bertanyakan khabar setiap hari macam tak logik pula.
Tapi, bila Audrey menghantar mesej itu tadi, Zack rasa tak senang duduk. Rasa bersalah kerana tak mengambil berat perihal Kate.
“Kau okay?” Soal Joe Zulkifli. Zack angguk.
“Aku okay, tak ada apa-apalah.” Balas Zack. Joe Zulkifli angkat bahu. Bila Zack sudah berkata begitu, bermakna Zack memang ada masalah cuma tak mahu meluahkan saja. Dan Joe Zulkifli, sebagai rakan yang memahami, tidak mendesak. Tapi, kalau Zack mahu meluahkan masalah, dia sedia mendengar.
Joe Zulkifli kembali ke mejanya dan membiarkan Zack memikirkan masalahnya sendiri.
***
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|