|
Author |
Post time 1-10-2016 09:05 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kattzz replied at 1-10-2016 08:55 AM
eisya dgn afiq terus tak berbaik ke?..hahaha...hokeyy aku ngaku yg aku xpuas ati gila dgn afiq ni..m ...
hahahahahhahhahahaha memang..aku pun masa kes tu tgh hangat diperbualkan rasa membara je..kalau la aku ada ditempat kejadian memang nak je aku bagi penampar maut kat afiq walaupun dia tu sepupu aku..nnt ampa tau la ending dia cmne.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-10-2016 09:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by schha at 1-10-2016 01:35 PM
...SAMBUNGAN: CINDAI...
Keesokan harinya,aku berniat la nak singgah ke rumah maklong after office hour. Kononnya tak sesabar nak korek lebih dalam dari maklong apa yang terjadi kat eisya. Sebab mak n bapak aku ni bukan nak cerita kasi abes. Aku tanya2 je,mesti jawapan dorg..'tah lah,taktau sgt' ataupun 'itu je mak abah tau'. Frust aku. Maklong memang tak ikot trip,tapi aku yakin bebenor busu atau makcik2 yg lain dah cerita kat maklong. Jadi petang tu,aku dah pasang niat memang nak ke rumah maklong (dasar kepochi betul aku ni..kikikiki).
Abes je waktu kerja,aku terus shoot ke rumah maklong. Sesampai di rumah maklong ngam2 tgh azan maghrib. Jadi, kami kerjakan dlu fardhu wajib tersebut. Usai solat,maklong tanya..'kenapa datang mengejut ni? Tak bg tau pun nak datang'. Aku dengan sengih kambing aku,aku jawab..'heeehehe takde lah. Nak kepochi psl kes eisya tu. Maklong mesti tau.' Then maklong cakap, 'haa elok sgtlah tu kau datang. Maklong memang nak ke rumah mak bapak eisya.' Belum habis maklong cakap dgn aku,alih2 ada org bagi salam. Rupa2nya pakcik aku (bapak afiq) yg datang nak jemput maklong. Bila dia tgk aku ada,muka dia sedikit terperanjat. Mayb tak sangka aku ada sama. Tapi maklong kata,tak apa. Lagi ramai lagi bagus. Nampak kita ni ambik berat pasal eisya (memandangkan eisya masih lagi isteri kpd afiq,jadi kami sbg ahli keluarga kena amik berat psl diri eisya). Tapi aku pulak jd tak syok tgk reaksi pakcik aku tadi. Aku cakap ke maklong,takpelah. Aku tak payah pergi. Tapi maklong berkeras suruh aku pergi sama. Jadi dalam keadaan berat aku pergi juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-10-2016 10:12 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by schha at 1-10-2016 02:20 PM
Aku naik separate dari depa. Aku berdua je dlm kereta dgn maklong. Dalam kereta pakcik aku,rupa2nya ada lagi 4 orang makcik aku termasuk busu. Ni tadi kalau maklong naik sekali mesti dah mcm sardin (nak sedapkan hati sendiri..kikiki). Tapi afiq masih tak ada. Pakcik aku habaq sebelum gerak,afiq takmau ikut walaupun pakcik aku dah puas pujuk. Makcik aku (mak afiq) pun tak dapat ikut sebab ada anak kecik. Masa dalam kereta berdua dgn maklong,aku amik kesempatan tanya maklong tujuan mereka semua ke rumah mak bapak eisya. Maklong bgtau,pakcik aku nak berbincang dgn mak ayah eisya tentang hal mereka berdua ni (pakcik aku tak sedap hati plus afiq taknak bg kerjasama). Jadi,bila aku dah tau tujuan mereka,aku ambil pendekatan utk jadi pemerhati je.
Sampai di rumah eisya,mak ayah dia terkejut dgn kehadiran kami semua. Tapi pakcik aku dan maklong terangkan tujuan sebenar mereka datang. Kebetulan,eisya pun ada sama (dia masih bercuti sebab nak tenangkan fikiran). Riak wajah eisya nampak lesu tak ceria seperti selalu. Sewaktu berbincang,eisya banyak diamkan diri. Mak ayah dia yg banyak berbicara. Dari apa yg aku perhati,ayah eisya nampak seperti nak bagi peluang kpd afiq. Tapi mak eisya betul2 kecewa dan tawar hati dgn tindakan afiq terhadap eisya. Sampaikan mak dia ada bgtau,kalau afiq dah taknak eisya,pulangkan balik kpd kami cara baik. Macam mana dia ambik haritu,pulang balik cara begitu. Tapi nampak ayah dia cuba tenangkan mak dia. Pakcik aku pun berusaha sehabis baik utk selamatkan rumahtangga depa berdua. Kami sendiri taktau apa punca afiq jadi begitu. Dan sewaktu perbincangan tersebut,mak ayah eisya juga dah tau bahawasanya afiq belum 'menyentuh' eisya walaupun sudah hampir 10 bulan menikah (kemungkinan eisya dah ceritakan dekat mak ayah dia). Pakcik aku juga ada suarakan utk bawa afiq berubat,kot2 si afiq ni terkena buatan orang atau benda2 lain yg kami taktau. Waktu ni,mak ayah eisya juga ada minta afiq utk dinasihatkan oleh orang yg layak. Jadi maklong suggest kan pakcik yg handle trip,bapak aku ataupun aku sendiri. Aku pun terkejut nama aku naik. Tapi menurut maklong,3 org ni sahaja yg layak utk menasihati afiq dengan alasan afiq hormat 3 org ni dan yakin dia boleh dgr kata-kata 3 org yg dicalonkan tadi. Tapi aku tolak mentah2 dgn alasan aku muda dan tak layak nak masuk campur. Pada aku,biar org yg lebih tua uruskan hal ni. Tapi sebelum beredar,aku ada sarankan utk afiq dan eisya dptkan khidmat nasihat dari saluran yg betul (pejabat agama).
Keesokan harinya,maklong ada call aku beritahu yg eisya ada ke pejabat agama utk sesi kaunseling. Cut story short, tarikh pertama sesi kaunseling afiq tak hadir. Dia seolah2 taknak langsung beri kerjasama. Sehinggalah mereka berdua dipanggil ke mahkamah syariah. Sewaktu di mahkamah,barulah afiq hadir. Maklong pun ikot sama. Tapi yang memeranjatkan,pada hari kejadian,eisya boleh pulak tarik balik permohonan (mungkin sbb masih syg afiq menyebabkan eisya tak sanggup ditalak afiq). Jadi afiq tak sempat jatuhkan talak lagi. Apalagi terkejutlah ahli keluarga si eisya ni. Keluar mahkamah,terjadilah drama mereka anak beranak. Mak eisya dgn emosinya suruh eisya berambus dan taknak tengok eisya lagi (sebab mak dia insist nk mereka bercerai sebab tak tahan dgn sikap afiq yg lepas tangan). Eisya pulak terus blah (dalam keadaan sehelai sepinggang) taktau mana dia pergi. Lepas 3 hari,alih2 eisya muncul depan rumah maklong. Dia beritahu,dia pergi ke perak rumah kawan dia sbb dia terlampau sedih. Jadi bila tengok keadaan eisya mcm tu,maklong call pakcik aku. Pakcik aku segera datang ke rumah maklong n berbincang dengan maklong. Pakcik aku minta jasa baik maklong utk tumpangkan eisya di rumah maklong. Sebab kesian kan eisya,maklong setuju. Dalam masa yg sama,maklong pesan ke pakcik aku utk nasihatkan si afiq. Kalau dia taknak eisya,lepaskan eisya,jgn gantung dia tak bertali. Tapi waktu ni,kami semua tak faham dan taktau kenapa afiq masih tak lepaskan eisya dgn sendirinya,seolah2 dia akan lepaskan eisya atas arahan mahkamah sahaja. Geram sungguh aku.
Bersambung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita popular ni sah tak betul.... Almarhum Ustaz Haron Din sendiri menafikan. sekian
|
|
|
|
|
|
|
|
Maxmixx replied at 6-10-2016 07:35 PM
Hey bro! Hi kawan2!!
Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan keti ...
Ko ni semua thread nak spam..
Ko dah kaya belum???
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-10-2016 01:21 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by schha at 6-10-2016 05:23 PM
cecari replied at 1-10-2016 10:47 PM
Cerita popular ni sah tak betul.... Almarhum Ustaz Haron Din sendiri menafikan. sekian
awak..saya takde mention nama mana2 ustaz pun..so please,please..respect that..and 1 lagi,saya kan dah bgtau awal2 story tu adalah urban legend turun-temurun dari sem ke sem,cerita yg tiap tahun diceritakan dari senior ke junior..sahih atau tidak saya sndr pun tak pasti sebab ia adalah URBAN LEGEND..kenapa saya selitkan kisah urban legend tu??sbb saya nak beri pengenalan kepada story yg sy nak cerita tu..intipati adalah apa yg berlaku sewaktu saya belajar di Uni tersebut..dah tajuk pun 'SURATAN ATAU KEBETULAN'..harap maklong,terima kasih..hehehhee |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-10-2016 01:24 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
sambal_kicap replied at 3-10-2016 01:45 PM
Hari2 miskin kaya raya ni selalu sangat permainkan perasaan I. Ingatkan ada update :::hu ...
heeee kannnnn..annoying la spammer ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-10-2016 01:25 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
sara2511 replied at 5-10-2016 08:47 AM
Xder update lg ker
ada..nnt iols hapdate..amik mood sat |
|
|
|
|
|
|
|
cik.zara replied at 13-3-2016 05:12 PM
salam, maaplerr cik zara bz bebenor gheja biasalah phrmacy sat shift petang,sat pagi..
ni cik zar ...
Menarik cita cik zara.. |
|
|
|
|
|
|
|
schha replied at 7-10-2016 01:25 AM
ada..nnt iols hapdate..amik mood sat
Besnya cte tt. update la lgi. Sya ska bca cerita n sya fhm smua cerita tt. Yg sya pelik knp la ade yg xfhm atau prtikaikan? Adoiiilaaaa mcm2 mnusia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dah habis ke..nape mcm dr penceritaan diorg dah tak bersama lagi..ni nak tau ni |
|
|
|
|
|
|
|
laling cepatlah sambung. nak tau kesudahan apa jadi kat afiq n wife. mood kepochi
|
|
|
|
|
|
|
|
terus menunggu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak ada sambungan weh..? Ari2 duk jengah sini tp xder hapdet lg neh..
|
|
|
|
|
|
|
|
selit ka tak selit ka.. semua orang tahu itu berkait dgn al marhum... sudah terlalu masyhur... jadi terima saja maklumat ini dan tak perlu diulang sebut urban legend yg telah dipastikan tak sahih pun. sekian terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-10-2016 11:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by schha at 11-10-2016 03:05 PM
...SAMBUNGAN: CINDAI...
Masa di awal2 penempatan eisya kat rumah maklong,semua org simpati dgn dia. Termasuklah aku. Sampaikan aku gigih la nak bantu dia cari kerja di tempat lain (sbb eisya dan afiq bekerja di kawasan yg sama). Eisya sndr yg minta utk kerja di tempat lain supaya tak terserempak dgn afiq. Luka masih berdarah,katanya. Tapi yg paling simpati dekat eisya ni,maklong la. Kalau bercakap pasal afiq,kemain marah si maklong pun. Tak boleh naw kami sebut nama anak buah dia yg sorg tu. Pada maklong,afiq tu selfish dan tak bertanggungjawab (dari pemerhatian aku terhadap kata2 maklong pasal si afiq). Busu pun kadang2 termakan juga kata2 maklong pasal afiq. Si afiq pulak langsung tak nampak bayang. Ada kenduri-kendara pun tak munculkan diri. Takut kena kecam la tu,hehehehe.
Jadi si eisya ni teruskan kehidupan mcm biasa. Masa tu dia dah kerja di tempat lain. Maklong pulak ada bela cucu sedara memandangkan maklong takde zuriat (refer balik 1st story aku pasal maklong). Syifa nama dia. Baru 18thn. Selain syifa,ada sorg lagi maklong bela anak angkat (6thn) yg bukan darah daging. Buat teman katanya. Jadi masa eisya menumpang dirumah maklong,dia tidur 1 bilik dengan syifa. Syifa ni pulak rapat dgn aku. Ada 1 malam ni,syifa whatsapp aku. Dia kata dia takut. Aku jadi pelik la apsal dengan minah ni. Tak pernah2 whatsapp aku tengah2 malam semata2 nak cakap yg dia takut. Tapi yg pelik taknak cakap pasal apa yg dia takut. So aku suruh dia baca ayat kursi. Jangan lepas ayat kursi tu,pesan aku. Last2 dia tak reply dah whatsapp aku. Tido kot. Esoknya,syifa kata dia nak jumpa aku bila dia off nanti. Ada benda nak cerita,katanya. Adoii suspen lak si syifa. Apalah salahnya direct terus. Ni aku nak kena tunggu lak hari dia off. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-10-2016 11:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Jadi minggu depannya si syifa suruh aku dtg rumah maklong. Cergas la aku pergi. Kononnya nak tuntut janji dia utk ceritakan kat aku. Waktu dirumah maklong tu,syifa pun cerita la (eisya kerja waktu tu so dia takde dirumah maklong). Malam tu, waktu nak tidur dia rasa takut sgt dengan eisya. Dia kata 'lain mcm' sgt feeling tu. Tak pernah dia rasa gitu walhal tiap2 malam dia tidur 1 katil dengan eisya. Dia kata mcm ada sesuatu kat eisya. Dia tak berani nak tidur mengadap eisya. Menggigil 1 malam dia waktu tu. Nak bangun pun tak mampu,katanya. Alih2 dia terlelap sendiri. Waktu syifa cerita tu,maklong ada sama dengar cerita eisya. Maklong mati2 cakap semua yg syifa rasa tu hanya perasaan dia je. Mungkin terbawa2 dari cerita2 sebelum ni. Tapi syifa sangkal apa yg maklong cakap tu. Dia yakin memang ada 'sesuatu' sgt kat eisya tu. Bila dah bertekak2 tu,eisya kata 'terpulanglah maklong..1 hari nnt maklong mesti rasa juga'. Kecewa bunyi si syifa ni.
Bersambung.. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan lupa sambung yer tuan tanah...menarik kisah cindai ni....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|