|
hanya ni je ke buah tangan yg ma lee chuswan ada? hu hu..rindu.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam..sesapa yg rasanya bkenaan tu tlg check pm eh.. |
|
|
|
|
|
|
|
522# sygmirza [
memeang minat betul MLC.... gelora nie nak tlg print ke jual ke? |
|
|
|
|
|
|
|
salam..ni syg copy paste from-->http://groups.yahoo.com/group/E-sajak/message/33?l=1
Dipetik daripada Ruangan Sastera - Berita Harian
Ma Lee hasil enam novel Melayu
Oleh Hassan Omar
MA LEE Chuswan mula mewarnai dunia penulisan novel popular sekitar
pertengahan 1990-an hingga membolehkan beliau ditempatkan dalam kelompok
penulis bukan Melayu yang mampu menghasilkan novel agak bermutu. Namun
demikian, selepas mendirikan rumah tangga dan memperoleh seorang cahaya
mata, penulis berbangsa Thailand dan berasal dari Pasir Putih, Kelantan ini
menyepikan diri daripada dunia penulisan. Wartawan Sastera dan Budaya,
HASSAN OMAR, berkesempatan menemubual beliau baru-baru ini bagi mendapatkan
serba sedikit pembabitannya dalam penulisan novel popular.
BOLEH Ma Lee jelaskan serba sedikit latar belakang pendidikan?
Saya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Wakaf Raja, Pasir Putih sebelum
melanjutkan pelajaran hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Daal, Pasir
Putih dan ke Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Tok Janggut, juga di Pasir
Putih. Ketika berumur 20 tahun, berhijrah ke Johor untuk bekerja dan ke
Kuala Lumpur pada 1991.
Pernahkah Ma Lee menulis sajak atau cerpen atau novel pada zaman
persekolahan dulu?
Saya pernah menulis cerpen Begitu Suratan Takdir, mengenai pelajar sekolah
bercinta dan ia disiarkan dalam majalah sekolah. Ketika dalam tingkatan
lima, saya menulis cerpen bertema cinta dalam bahasa Inggeris.
Bagaimana dengan penulisan selepas zaman persekolahan?
Ketika berusia 20 tahun saya mula menulis secara serius. Novel pertama saya,
Bunga Hati, yang ditulis pada 1990 disiarkan secara bersiri. Ada sebuah
syarikat penerbit membeli hak cipta novel berkenaan. Sambutannya
menggalakkan dan kini diterbitkan sebagai sebuah novel dan ditukar judulnya.
Perkembangan penulisan selepas itu?
Saya mula menulis novel berjudul Gelora bertema cinta dan dihantar kepada
Karangkraf. Sebenarnya ia lama tersadai dan hanya dapat diselesaikan pada
1996. Ia novel popular dan hanya dicetak 5,000 naskhah saja. Ia disusuli
dengan Tirai Impian dan diterbitkan oleh Creative Enterprise. Ia sudah empat
kali diulang cetak dan setiap cetakan membabitkan 5,000 naskhah.
Bagaimanapun hak cipta novel berkenaan adalah milik Creative Enterprise.
Polisi syarikat itu novel pertama penulis adalah hak cipta penerbit.
Kemudian lahir Lamaran Kedua pada 1999 dan diserahkan kepada Creative
Enterprise dan sudah memasuki cetakan keempat. Ia disusuli Permata Hati dan
Selamat Tinggal Sayang diterbitkan pada April lalu.
Jadi, semuanya ada enam novel yang Ma Lee hasilkan. Boleh saya tahu novel
terbaru yang sedang ditangani?
Saya mahu berehat dulu kerana baru mendapat anak sulung. Baru 10 bulan. Masa
semakin kurang apabila kita sudah beristeri dan beranak. Sebelum berkahwin,
banyak masa untuk menulis. Bagaimanapun, memang ada perancangan untuk
menulis semula. Semuanya kisah cinta juga. Sebenarnya Tirai Impian sebelum
dihantar ke Creative Enterprise, sudah mencuba nasib di Karangkraf tetapi
ditolak dengan alasan isu agama sensitif. Wirawati dalam novel ini beragama
Buddha manakala wiranya beragama Islam. Wirawati dalam novel ini akhirnya
memeluk Islam dan Creative Enterprise menerima novel ini. Novel ini
berasaskan kisah benar yang membabitkan pasangan berlainan agama terbabit
dalam percintaan.
Selain menulis novel, Ma Lee ada menulis cerpen atau sajak?
Tak ada. Saya menulis novel saja. Penceritaan cerpen padat. Sajak lagilah
padat. Saya lebih suka membaca novel orang lain untuk melihat cara mereka
menulis tetapi bukan dengan niat untuk meniru. Saya juga tidak menulis skrip
drama atau teater.
Sepanjang Ma Lee menulis, adakah Ma Lee menghadiri sebarang bengkel
penulisan?
Tak pernah. Tapi tidak bermakna saya menganggap diri sudah bagus.
Perkembangan dunia persatuan penulis, saya ikuti melalui akhbar. Mereka
menulis untuk sastera berat. Saya menulis sastera ringan. Saya tidak pernah
menaruh impian untuk menjadi penulis yang hebat atau agung. Bagaimanapun
apabila saya menulis, saya tidak mengambil mudah. Sebuah novel saya
mengambil masa hingga dua tiga bulan. Pernah juga saya mengambil masa selama
setahun untuk menyiapkan sebuah novel. Ini disebabkan saya melakukan
rombakan kerana tidak berpuas hati. Biasanya, anak buah saya yang membacanya
terlebih dulu dan memberi ulasan. Kalau saya tak puas hati, saya akan
rombak.
Apakah Ma Lee berusaha melakukan perubahan daripada sebuah novel ke novel
berikutnya?
Saya berusaha membuat peningkatan daripada aspek bahasa. Lagipun, menulis
sekarang tak sama dengan menulis 10 tahun lalu. Dulu tak ada komputer. Kalau
silap, susah untuk dibetulkan. Sekarang sudah ada komputer. Ia banyak
membantu saya membuat perubahan aspek bahasa.
Ma Lee tidak ada perancangan untuk menulis novel berat?
Rasanya memang tak layak. Dulu, saya memang minat membaca novel berat yang
ditulis oleh Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr A Samad Said, Khadijah Hashim
dan seumpamanya. Bagaimanapun, kadang-kadang sukar untuk memahaminya. Saya
tidak mempunyai cita-cita tinggi dalam dunia kesusasteraan. Saya pun tak
berusaha untuk menjadi seperti SN Allahyarham Dr Usman Awang atau SN Prof
Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad. Kalau lama sangat tak menulis, berkaratlah
jadinya.
Apa pendapat Ma Lee mengenai kebanjiran novel remaja dalam pasaran kini?
Ia sekadar untuk hiburan. Ada juga novel remaja yang memberi bimbingan
kepada remaja. Kalau hendak dikatakan ada babak panas, memang tak ada.
Selalunya kisah cinta remaja. Bagaimanapun, novel saya bukan hanya untuk
remaja. Ada juga yang sesuai untuk orang dewasa.
Jika ada pihak tertentu yang menuduh novel remaja kurang bermutu berbanding
novel berat, apakah yang akan Ma Lee lakukan?
Lakukan apa? Biasanya novel remaja ditulis oleh mereka yang asasnya tidak
berapa hebat berbanding penulis novel berat. Novel remaja kebanyakannya
berkisar kepada kisah cinta. Novel berat mengangkat bermacam-macam tema
seperti kemasyarakatan dan keagamaan. Gaya bahasanya juga berbeza. Soalan
ini berat untuk saya jawab. Rasanya, kami penulis novel popular tidak begitu
sesuai untuk bercampur dengan penulis sastera berat. Bagaimanapun, kalau ada
kemahuan, kemampuan itu boleh diangkat. Mungkin satu hari, saya juga boleh
sebaris dengan penulis novel berat. Bagi saya sesiapa pun boleh menulis
novel remaja . Persoalannya sama ada ia bermutu atau tidak. Bagaimanapun,
kami sama-sama memeriahkan dunia kesusasteraan tanah air. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dh lama dh artikel ni di paste..2003..
tp kn..ma lee ni rupa2nya lelaki la kn? |
|
|
|
|
|
|
|
ha? lelaki? biar betul... saya betul2 tak sangka....
bermaknalah penulis ni bukan saja berjaya membina suspen dlam bukunya,tapi bagi kejutan pada identitinya. tak sangka betul.... betul2 tak sangka!
Tapi tak pe, lelaki pun lelakilah. asalkan bukunya hebat. |
|
|
|
|
|
|
|
525# sygmirza
tak sangka gak.. tergezut |
|
|
|
|
|
|
|
524# sygmirza
kak limau tau x, ape nama first novel MLC yang ditukar tajuk tu? |
|
|
|
|
|
|
|
miss tak minat yg fotocopy.. sesiapa yg nak let go gelora, lamaran kedua n permata hati bgtau yer. or sesiapa yg terjumpa buku tu dimana-mana dont mind tlg belikan tuk miss n claim dr miss |
|
|
|
|
|
|
|
dh syak mlc ni lelaki sbb gaya mlc mengambarkan keintiman antara lelaki dan wanita sgt2lah detail...penuli wanita jarang dpt berbuat demikian..juz pandapat |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun minat sangat gelora tu..da lebih lima tahun saya cari....saya nak sangat dapatkan buku tu |
|
|
|
|
|
|
|
miss tak minat yg fotocopy.. sesiapa yg nak let go gelora, lamaran kedua n permata hati bgtau yer. or sesiapa yg terjumpa buku tu dimana-mana dont mind tlg belikan tuk miss n claim dr miss
MMISS Post at 3-10-2009 11:52
check swap n sell..willy_wonka nk let go 2 buku mlc.. |
|
|
|
|
|
|
|
zira pun carik gak novel gelora..tak pernah berjaya...kalu saper2 yang ada info kat maner ada jual kasitau yer |
|
|
|
|
|
|
|
532# sygmirza
dah tgk.. miss booker permata hati. actually buku tu miss ader dulu tapi kena mkn dek anai2. gelora pong ader dulu tapi tak ingat sapa yg pinjam tak pulangkan balik |
|
|
|
|
|
|
|
thanks syg...
akak dah lama mencari2 citer tentang MLC ni
novel dia menusuk kalbu
dgn olahan bahasa yg sgt romantik
akak ada 2 collection citer dia
dah berulang2 kali ku membacanya tanpa jemu
skrg ni kenapa la dia menyepi diri ye
rasanya citer dia mmg best compare tu new novelist
rindunya dgn novel tulisan MLC ........ |
|
|
|
|
|
|
|
Petang kelmarin ana pi chowrasta mkt bhgn buku second hand..ana beli buku MLC
Lamaran kedua.... |
|
|
|
|
|
|
|
baca buku nie buat aku nangis... bila time2 putri kat hospital |
|
|
|
|
|
|
|
bila baca sini baru tau MLC tu lelaki. kalau macam itu, dia penulis lelaki yg tahu sensitiviti seorg perempuan. Saya baru baca satu buku dia yg cerita cinta selepas berkahwin tu 'selamat tinggal sayang'. |
|
|
|
|
|
|
|
537# anasue
jelesnya kat hang ana. semua buku mlc miss dah bc kecuali lamaran kedua. dulu si kaiser ader jual tapi terlepas plak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|