Originally posted by dewberry at 17-8-2006 06:59 PM
memang aku bahagia
setelah kau tiada
hadir dirinya
kau kian ku lupa
tapi...
dia kini entah ke mana
terus memburu pilihan hatinya
aku hanya persinggahan cuma
melepas lelah seketika
ku t ...
benarkah apa yang ku baca?
dia hanya datang seketika
dan kini dia sudah berlalu begitu sahaja?
ahhh, dew, itu alasan mu semata
kau masih bermain kata
bukan ku tak pernah baca
pujuk rayu senda tawa
kau dan dia
usah berdusta
aku tak mahu diluka
aku tahu kau bahagia
dengan dia yang baru kau cinta
tapi jika cintamu masih ada
pilihlah antara aku dan dia
aku tak pernah memaksa
kau berhak memilih siapa
antara aku dan dia
siapa yang kau cinta?.....
[ Last edited by BingkaUbi at 24-8-2006 09:56 PM ] |