|
Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia
[Copy link]
|
|
Originally posted by penpink at 26-6-2007 11:37 AM ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
nak tengok gambar INTAn.......
mana nak tgk kot2 ada sesiapa simpan lagi rancangan kanak2 angkasapuri..?
nak tgk video time dia pengacara la....
cari dlm youtube tak da pun... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #220 dujuan's post
selamat membaca
melepak kat thread aku
tq..
asik tbengkalai kije dok baca gosip secara santai
meh mbaca secara siyes plak kat sini
![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Syd..klu tak keberatan, ade tak gmbr2 mat komando?
Bukan ape, nk tgk jugak muka dia. Ygsaya tau, dia ni bermisai lebat.
Kt artikel atas tu pulak, kata dia ni tegap dan sasa, dan tak pkai topeng bila merompak.
Betul2 nekad dia nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #222 edmundo's post
mmg ada thread yang sentuh pasal mat komando nih.
jap eh..
siap ada gambo lagi semua
gambo anak dia yang OKU tu pung ada
:cry: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #301 girlphg's post
try carik tadi
lom jupe lagi |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama sangat kan
kes mat komando nih
gambo anak bini dia ada jupe
gambo dia dah takde
tapi mmg penah laa nengok muka dia
takpe...selalu kan
setiap hari ahad...ada kolum kisah2 sejarah ke apa jadik kat malaysia nih
harap2 dorang tulis pasal mat komando nanti |
|
|
|
|
|
|
|
MENGENANG TRAGEDI HIGHLAND TOWERS 15 TAHUN, TAPI...
![](http://img212.imageshack.us/img212/7854/highlandtower1qv1.jpg)
BLOK A bangunan Highland Towers yang roboh tengah hari 11 Disemebr 1993. Esok genap 15 tahun tragedi itu berlaku.
![](http://img212.imageshack.us/img212/222/highlandtowersef6.jpg)
MEMPERINGATI YANG TERSAYANG... Phang Ah Heng yang berusia 73 tahun telah kehilangan tiga orang kesayangan beliau iaitu ibunya, Chen Kim Tai (berumur 84 tahun ketika itu), isterinya, Ivy Lee Ai Bee (56 tahun) dan anak lelaki mereka Fergus Phang Thien Liang (29 tahun) menjelang ulang tahun ke-15 memperingati tragedi itu. foto The Star oleh AZMAN GHANI
DALAM satu temu bual dengan Bernama 6 Disember lalu susulan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata: "Nampaknya tiada siapa pun yang belajar daripada tragedi itu (Highland Towers)."
Tragedi terbaru mengorbankan empat nyawa di Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah, Sabtu lalu.
"Sudah bertahun-tahun tragedi itu berlalu dan insiden seperti itu berlaku lagi, (juga) mengakibatkan kematian," katanya.
Anak lelaki Musa, Rashid Carlos dan isterinya Rozita, adalah antara 48 orang yang terkorban apabila sebuah daripada tiga blok kondominium Highland Towers di Taman Hillview, terletak 1.5 kilometer dari tempat kejadian tanah runtuh pada Sabtu, runtuh pada 11 Disember 1993.
"Ia satu memori yang amat tidak menyenangkan, sungguh memilukan. Saya sendiri yang mengalaminya. Harapan ialah agar siapa jua yang bersalah mesti menerima hukuman," kata Musa.
Pagi tadi, beberapa keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian lebih satu dekad menemui wartawan menjelang genap 15 tahun memperingati tragedi itu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilik dan Penduduk Highland Towers, Dr. Benjamin George yang meneruskan 'perjuangan perundangan mereka' berkata, undang-undang perlu dipinda bagi memastikan pihak berkuasa negeri dan pegawai bagi memastikan bertanggungjawab ke atas bencana-bencana yang boleh dielak.
Seksyen 95, Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974 perlu dimansuhkan kerana ia melindungi pihak berkuasa yang meluluskan projek-projek pembangunan daripada liabiliti peribadi.
Malah, kata beliau, undang-undang itu perlu dipinda untuk melindungi orang ramai.
Sejak Disember 1993 dan Disember 2008 banyak kejadian tanah runtuh terjadi termasuk di lokasi berhampiran blok Highland Towers roboh. Operasi ketika itu berlarutan hampir dua minggu.
Ketika peristiwa memilukan itu diperingati, pasukan mencari dan menyelamat tragedi Bukit Antarabangsa masih meneruskan usaha mereka.
Hari ini Dewan Rakyat membahaskan usul tergempar berkaitan pembangunan kediaman di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit. Kesudahannya?
Apa yang boleh dipelajari dan harus diambil ingatan. Banyak pihak dipersalahkan! Siapa harus memikul tanggungjawab? |
|
|
|
|
|
|
|
ada satu kes kat KERLING mengisahkan sekumpulan lelaki melayu(5org) baru balik belajaq dari luaq negara depa bawa parang p musnahkan tokong org hindu.. geng2 india estet kawasan itu dapat maklumat yg kumpulan nie nak mai kat kuil depa.. kumpulan melayu mati kena bunuh dengan sabit pokok sawit. seorg terlepas.
syd penah dengaq x kes tahun 70an kat 80an |
|
|
|
|
|
|
|
ini bukan kes bunuh lagik, tapi kes rogol dilakukan oleh 4 org bangla (tak silap jumlah org ialah 4)
terhadap ibu mengandung 7 bulan.
Kes nie disbbkan ibu mengandung tu balik dari kerja (malam), sedang menunggu suami menjemput pulang kat bas station, lepas tu ibu mengandung tu diganggu oleh mat bangla nie, bila si suami tiba di tempat kejadian terjumpa bini die kat kaw. berhampiran dlm keadaan lepas dirogol.
yg menyayat hati, disbbkan peristiwa tu, ibu mengandung tadi kena bersalin awal, dan kesannya die spt dah tak boleh bercakap. Ada keluar berita puteri umno melawat die, dan aku sgt sedih tengok perempuan tu pandang sayu aje dgn baby die.
yg aku heran, takde langsung kes perbicaraan melibatkan mat bangla tu semua.
sorry selit citer rogol yea. |
|
|
|
|
|
|
|
yg salina ali, bekas PR yg dikatakan ada affair dengan arwah along spoon tu... salina tu sepupu aku. mmg betul die dah kawin lain. Berbisnes sendiri. Yg sedihnya, anak pompuan sulung die tu dah tak bersekolah. Patut amik SPM tahun nie. Sbb musabab tak sekolah taklah diketahui, mungkin tekanan ejeken rakan2 sekolah kot.
kalau korang tengok anak2 die, mmg bukan dari hasil didikan org yg beragama. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #303 wlakp's post
mcm penah dengar je kes nih
tapi lupa dah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #306 Syd's post
Syd..siape kt avatar you tu..? syekh muzafar al-upah al ceramah ke..?
![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #307 edmundo's post
hehehe
bukan..
mamat karisma lebih banyak dari angkasawan tu...
PM baru thailand
![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #304 meow_tompok\ catat
kesian aku pasal kisah kene rogol bangla:@ :@ :@ nak jer aku sekeh kepala bangla tak sedar diri....dah la masuk negara orang...buat onar plak:@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Keputusan kes gugur nama Suhaimi daripada pewaris harta isteri yang dibunuh diketahui 15 Jan. 09
18/12/2008 2:51pm
SHAH ALAM 19 Dis. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini akan memutuskan buat julung kalinya dalam sejarah perundangan syariah, permohonan Amanah Raya Berhad untuk menggugurkan nama bekas ahli geologi Petronas Carigali, Muhamad Suhaimi Abdul Aziz daripada senarai penerima harta isteri yang telah dibunuhnya.
Hakim syarie, Saarani Ismail menetapkan 15 Januari 2009 untuk membuat keputusan selepas peguam syarie yang mewakili plaintif serta dua peguam bagi pihak enam defendan memfailkan hujah bertulis masing-masing.
Peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Amanah memfailkan hujah Amanah Raya Berhad pada 20 November lalu. Peguam syarie, Musa Awang yang mewakili Muhamad Suhaimi, 48, selaku defendan pertama. Manakala peguam syarie, Hairunnajmi Najmuddin pula mewakili defendan kedua dan ketiga iaitu bekas bapa dan ibu mertua, serta tiga anak Muhamad Suhaimi, masing-masing memfailkan penghujahan bertulis hari ini.
Dalam permohonan tersebut, Amanah Raya Berhad selaku pentadbir harta bagi pusaka peninggalan Allahyarham Faizah Arshad, 37, eksekutif pentadbiran Petronas berjumlah RM319,445.
Allahyarham yang telah meninggal dunia akibat ditikam bertubi-tubi menggunakan sebilah pisau oleh Muhamad Suhaimi pada pukul 3 petang, 25 September 1999 di bilik air air tingkat bawah rumah mereka di No. 40, Lorong Setiapuspa 1, Bukit Damansara di sini.
Pakar Perunding Psikiatri Forensik, Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta Perak, Dr. Rabaiah Mohd. Salleh yang merawat Muhammad Suhaimi mengesahkan dia menghidap penyakit psikotik dikenali sebagai 'gangguan dilusi' (delusional disorder) yang termasuk dalam jenis 'cemburu'.
Justeru itu, Amanah Raya Berhad selaku pentadbir harta allahyarham mengemukakan permohonan agar mahkamah membuat keputusan untuk membatalkan sijil pembahagian harta (faraidh) bertarikh 13 Oktober 2000. Dan, mengeluarkan sijil faraidh yang baru tetapi nama Muhammad Suhaimi selaku defendan pertama dikeluarkan daripada senarai penerima pusaka arwah isterinya.
Dalam permohonan tersebut Zainul Rijal mengemukakan permohonan untuk menggugurkan nama Suhaimi yang tertera dalam sijil pembahagian harta yang berhak ke atas tiga bahagian daripada jumlah keseluruhan wang tunai RM319,445 peninggalan Faizah. - Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Keluarga Noor Suzaily puas hati
Oleh Rashidi Karim
[email protected]
MUKHTAR bersama Harison menatap gambar Noor Suzaily mangsa bunuh dan rogol.
KANGAR: Keluarga Allahyarham Noor Suzaily Mukhtar berpendapat proses undang-undang sudah ditegakkan apabila pembunuh gadis itu, Hanafi Mat Hassan, digantung, semalam.
Bapa Noor Suzaily, Mukhtar Ibrahim, 63, berkata pihaknya menanti selama lapan tahun untuk memastikan tertuduh yang didapati bersalah merogol dan membunuh anak perempuan tunggalnya itu menjalani hukuman terbabit.
"Kami bersyukur hukuman terbabit dilaksanakan juga, walaupun agak terlewat. Saya yang merasai kesengsaraan berikutan kematian Noor Suzaily hanya mampu menyatakan hukuman sudah ditegakkan.
"Jabatan Penjara tidak memaklumkan kepada saya mengenai pelaksanaan hukuman itu. Allahmdulillah...apabila saya mendengar perkara ini daripada anda (wakil Berita Harian) hari ini (semalam)," katanya yang ditemani isterinya, Harison Husin, 58, ketika ditemui di rumahnya di Taman Suraini, di sini.
Ditanya sama ada berpuas hati dengan hukuman itu, beliau berkata:
"Bagi saya kepuasan hanya timbul apabila saya sendiri berada di tempat hukuman dan dibenarkan menekan butang bagi melaksanakan hukuman ke atas Hanafi," katanya.
Mukhtar berkata, pihaknya tidak menyimpan sebarang dendam ke atas keluarga Hanafi kerana mereka tidak bersalah dan biarlah yang bersalah menjalani hukuman.
"Dalam hati ini Tuhan saja yang tahu apabila disebut nama Hanafi. Perasaan marah tetap ada. Saya tidak berupaya untuk memaafkan perbuatan ganas dan kejamnya ke atas Noor Suzaily," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa kes rogol budak di pencawang tnb johor tak kena hukum bunuh :@ |
|
|
|
|
|
|
|
kes intan pengacara kelab kanak |
|
|
|
|
|
|
|
syd,
aku dh hampir khatam benang ni.
tapi ada lagi satu kes bunuh. datuk norjan khan ke apa ntah yg kat sabah tu.
apa jadi ngan kes dia ek?
dia kna tikam smpai mati jugak kan>?
yg dituduh tu budak hotel ke apa ntah? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #314 selipar_hijau's post
aku rasa aku ada paste pasal tu
tapi salah aku gak
aku terpaste kat thread yang lagi satu
jap eh, aku tepek kat sini gak |
|
|
|
|
|
|
| |
|