Originally posted by ReDroSe! at 18-3-2008 05:02 PM
kaypo dah dapat buku tu ekk...
nanti kaypo ulas sikit hookayyy......
Puteri pun dah dapat Plain Jane. Lum baca abis lagi... Best! Mencuit hati dan penuh makna...
PLAIN JANE - Nurul Syahida ( novelis Soalnya Hati )
Namanya Balkis. Dia tidak mempunyai rupa paras yang menawan. Badannya sedikit gempal, pelajarannya pula biasa sahaja. Dia tidak seperti sahabat karibnya Lilee yang punya segala-galanya. Dia juga tidak seperti musuhnya Ana yang mahukan segala-galanya. Dia adalah seorang gadis biasa. Seorang Plain Jane. Dia tidak pernah merasa rendah diri dengan dirinya selama ini, namun sedikit demi sedikit perasaan hasad dengki Ana mula membuatkan dia berfikir, mula membuat dia risau akan keadaan dirinya yang sederhana. Dia inginkan Mr. Darcy dalam hidupnya, yang akan menyelamatkannya dari hidup yg bosan ini. Kewujudan Daniel dlm dunia Balkis mengubah segalanya. Balkis mula merasa nikmatnya kecantikan, kemewahan dan bagaimana rasanya menjadi Lilee ataupun Ana. Namun, dengan kewujudan rasa itu, dia mula merasa jauh dari keluarga, sahabat karibnya Lilee dan dunia lamanya. Dia harus membuat keputusan. Menjadi gadis biasa? Bagaimana dengan Zaniel? Keluarga dan teman-teman?
Aku ingin menjadi seperti protagonis-protagonis ciptaan Austen:
bijak seperti Emma Woodhouse di dalam 'Emma', sabar seperti Anne Elliot dalam 'Persuasion',
jujur seperti Catherine Morland dalam 'Northanger Abbey', tabah seperti Elinor Dashwood dlm "Sense and Sensibility',
berprinsip seperti Fanny Price dlm 'Mansfield Park' dan mempunyai semangat
yang kuat spt Elizabeth Bennet dlm 'Pride and Prejudice'.
Dan secara jujurnya aku mahukan hidupku penuh erti spt hidup heroin-heroin ini....
|