CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikna99

Bloggers Gardening Member (Ver.4)

 Close [Copy link]
Post time 29-7-2009 09:01 AM | Show all posts
520# alifinara

hehe... faham2..

mana MOD lagi dua orang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2009 09:10 AM | Show all posts
Dengan nama Allah, saya tutup perbincangan kita berkenaan isu panas itu. Saya hamba Allah yg kerdil memohon maaf atas segala kesalahan saya keterlanjuran kata yang mungkin telah mengecilkan hati orang lain. Yang baik kita jadikan panduan dan yang tidak baik kita jadikan sempadan tapi jangan pegi masuk kawasan sempadan tulah yee....

Sama2lah kita berforum di sini secara harmoni tanpa memperkecilkan kebolehan, pengetahuan orang lain. Semoga kita dapat terus bersama berkongsi cerita, kisah penjagaan tanaman kita di sini.

Selama ini kawan2 saya terbahagi kepada 3 kelompok. Kelompok pertama kawan2 sepanjang persekolahan saya dari darjah 1 hingga Ting 6 atas. Kelompok ke2 ialah kawan2 semasa di universiti. Dan kelompok yg ke3 ialah kawan2 zaman saya bekerja. Alhamdulillah, saya masih berhubung baik dengan ketiga2 kelompok di atas. Pernah kakak saya berkata semasa jamuan hari raya di rumah saya kira2 2 thn yg lepas (dah lama rupanya x buat open house), untungnya kau ye dik, kawan2 kau dr zaman sekolah universiti kawan kerja semuanya ada ye. Ramai betul kawan kau.

Tapi sekarang kelompok kawan saya telah bertambah kepada 4 iaitu  KAWAN KAWAN DARI BOARD HG. Ha kan bagus tu, kawan saya dah bertambah. Alhamdulillah, kawan2 HG ni dari utara hingga ke selatan rasanya saya dah pernah jumpa. Cuma belum sampai ke pantai timur, harap2 lepas ni boleh jumpa Cdini atau Shiina di pantai timur sana. Oh ye, tak luper juga Mok Nik, bekas mod di sini.

Akhir kata dari saya, semoga silaturrahim di antara kita akan terus erat. Insya-Allah.

p/s: pagi ni agak sensitif bila dengar berita abang saya eksiden, tengok wajah kak ipar saya tadi riak2 kerisauan terpancar jelas di wajahnya. Kali kedua mendengar khabar suaminya eksiden.

he..he.....tapi xde apa2, abang saya sihat jer, cuma seluarnya saje yg terkena tanah basah. Kereta pun cuma kemek sikit2 jer....keretanya terbabas kerana jalan licin hujan pagi tadi. Ala, tempat yg dia terbabas tu pun memang kawasan panas, selalu sangat kereta eksiden kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 09:17 AM | Show all posts
shiina.....
sy dah lama tak pakai nokia.........boikot.........rasanya dah 5/6thn dah......
lepas nokia pakai samsung(senang nak guna) now pakai sonyericson(gambar ngan sound clear).........lepas ni gam nak pakai apa lak
mana yg boleh diboikot n patut boikot kami sekeluarga buat la........
ada gak brg2 yg memang tak leh lari tu terpaksalah optimiskan penggunaannya.....

kadang2 susah gak nak boikot coz takda banyak pilihan.......
bukan apa.....kehidupan kita ni banyak sgt rasanya bergantung ngan yahudi.......
langsung atau tidak langsung.......skrg ni.......w/pun tak 100% boikot tp adala.....
gak sumbangan memboikot tu even 5sen.......

cth.....ayam goreng hingga menjilat jari, burger md, pizza topi.......kalau dulu boleh dikatakan every month pegi mkn.......but now twice a year........

si sulung penah tanya bu kenapa takleh mkn ayam goreng tu lagi.......
sy jawab kat dia bukan kita takleh makan ayam tu.......
kalau boleh jgn beli ayam tu sebab dr duit kita bayar tu lah dia belikan pistol, bom pi serang negara islam.......Man tak tgk ke lam tv org mati, budak2 kecik mati.....semua berdarah, takda tanganlah, takda kakilah..........kebetulan masa tu tgh gawat berperang.....
alhamdulillah mudahlah ckit dia paham.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 09:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_harris at 29-7-2009 03:35

kawan2,
saya pun rasa tak elok la panjang2 benda ni dan harap2 pihak yg bersalah mintak maaf pada yg disalahi (betul ke perkataan ni??) dan jgn la s ...
cmf_harris Post at 29-7-2009 03:29


saya pun tak tau apa hujung pangkal punca pemasalahan ni..

but saya agree 200% ngan harris..

ye la tujuan kita kat sini nak mengeratkan silaturahim dan bertukar2 idea.. tapi kalau dah jadi cam ni cam tak syok la kan.. so sapa2 yang ada kesalahan tu segera la minta maaf.. saya gak nak minta maaf kalau ada kata2 ke apa yang tak disengajakan terkeluar yang menimbulkan tak senang pd kawan2 kat sini.. saya hanya insan biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 09:37 AM | Show all posts
511# Paradox11

my hubby pun tengah berangan2 nak beli DSLR ni.. dah minat bergambar lak dia.. tu la tengah riki2 gak apa camera yang best ngan harga yang berpatutan...

tapi syok kan tgk gambar yang dicaptured ngan baik.. salah satu terapi minda gak ku rasa....

tak pe la ku maintain je la ngan Sony Cybershot dan N95 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 09:42 AM | Show all posts
USM eng campus sini tutup seminggu coz H1N1 ni.. 10 student suspected kena.. so derang ambil precaution utk elakkan penularan virus ni...

Tapi yang hairannya cam tak de pemantauan gitu kan..   pelajar yang bercuti ni dibenarkan pulang ke rumah sebenarnya agak membimbangkan ku rasakan.. ada kah dengan cara ni dapat memberhentikan virus ni dari terus menerus menular?? huhu.. Virus ni bukannya dapat dikesan 24 jam.. mungkin ada diantara pelajar2 ni telah dijangkiti tapi tiada simptomnya buat sementara.. balik ke rumah baru simptom tu keluar.. so lagi besar la potensi orang2 di luar sana dijangkiti.. dan tak mustahil dari hari ke hari jumlah yang dijangkiti akan bertambah... kenapa tidak pelajar2 tu dikuarantin saja di asrama dengan pemantauan pihak yang berkenaan.. pasti ke bila dirumah mereka akan berdisiplin nanti... entah la kadang ku rasa pihak yang berkenaan semacam tak ambil endah je dengan situasi ni.. kenapa sehingga sekarang macam tiada langkah keselamatan secara besar2an diwar-warkan ye...

pas tu student je dibenarkan cuti.. derang rasa staff ni agaknya kebal kot ngan virus ni..huhu.. entah la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2009 09:53 AM | Show all posts
dea, lawak pula saya dgr cerita awak pasal USM awak tu. staff kebal huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 10:30 AM | Show all posts
522# alifinara

shida... tutuplah...
sebab saya tengok the culprit diam aje lalu menjadikan kita pulak yang nampak tak baik...

as for me saya percaya sangat segala perbuatan baik atau buruk akan mendapat ganjaran yang setimpal jugak. if u make people happy god will double your joy... tp kalau kita buat tak baik kat orang, ingat-ingatlah balik time susah nanti apa sebab musababnya kita jadi macam tu...

pada yang tak kena tu hati2 jek la bukan niat saya nak tutup periuk nasi sesiapa kalau saya nak dah lama saya buat... dan kalau ada yang terkena lepas ni pun saya takkan tepuk tangan dan harap pihak yang berkenaan amik iktibar dan janganlah buat orang macam bodoh sangat tatau apa2...

saya tak rugi apa2... terlebih saya halalkan, terkurang sy mintak maaf... kalau nak claim boleh, PM aje kat saya...

end of the story....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2009 10:39 AM | Show all posts
sambungan siri gambar2 Sabah, saya nak tepek pula gambar2 okid... marilah kawan2 lihat keindahan ciptaan Tuhan!

saya mula dgn gambar2 di nursery.











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 10:44 AM | Show all posts
saya nak kongsi cerita tentang sahabat baik....

saya tahu dia ada buat kerja salah, salah dari etika kerja, salah juga dari sisi undang-undang dunia dan juga hukum syarak...

saya pernah tanya dia... kau buat tak kerja tu, dia kata kompeni tu bukan dia punya. saya tahu details cerita dari A sampai Z dan saya tau dia terbabit secara langsung. bila dia tak mengaku saya tak boleh nak paksa dia mengaku kerana ia bukan bidang kuasa saya. saya cuma menguruskan hal2 pentadbiran pejabat tidak ada kena mengena dengan etika dan tatasusila pekerja.

sebagai orang yang terdekat dengan pengurusan saya terpaksa menelan segala perbuatan sahabat saya ini, nak diluah mati emak dan nak ditelan mati bapak namun saya percaya perbuatan sahabat saya ini telahpun dihidu oleh pengurusan. biarlah kalau orang nak tangkap dia, asalkan bukan saya yang perangkap sahabat saya sendiri.

saya sudah menjalankan tugas sebagai sahabat dengan menasihati dia tapi memandangkan dia tidak mengaku, saya tak boleh nak buat apa.

baru2 ini saya dengar kes ini akan dibawa ke mahkamah dan sebagai kawan saya takde nak tepuk tangan dan bersorak padan muka kau, dulu takmo dengar cakap aku. sebaliknya saya mintak dia dapatkan legal advise dan beritahu kemungkinan2 yang bakal dia hadapi...

dia sempat berseloroh dengan saya..."kalau aku masuk jail nanti kau datang tak?"
saya jawab..."kalau penjara simpang renggam mungkin aku boleh datang dua bulan sekali kot tapi kalau kau kena sumbat penjara kajang, raya ajelah aku boleh datang..."

whoever she is, whatever she has done... i still love her as my very best friend...and i always care...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 10:57 AM | Show all posts
530# nazurah

Sedihnya sahabat baik kita terjebak ke kancah ......... nak kata apa? Jenayah, tak sampai hati....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 11:06 AM | Show all posts
529# Paradox11

wahh... Para..part yang nie x tahan nak tengok....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2009 11:06 AM | Show all posts
529# Paradox11
ku terpaku buat seketika...kalu g sana, maunya ku tenung n belek satu persatu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 11:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by shiina at 29-7-2009 11:24

523# cdini

Hehehe...nokia yang pakai sekarang ni pun dah lama beli...beberapa tahun yang lepas...even before the latest boicot israel campaign...

Kfc...mcD...dan restoran2 yang seumpamanya...maybe dah setahunlah tak pergi since boikot campaign tu...Alhamdulillah...anak tak merengek nak pergi dan boleh faham bila cakap masa tengok tv...'kalau kita pergi makan kat sana tu...maknanya kita tolong jews bunuh saudara Islam kita...kesianlah...tengok...ramai budak2 yang jadi yatim piatu'...bla bla bla...sampai sekarang...dia tak mention langsung ajak makan ke tempat2 tu...Alhamdulillah...jiran i cakap...dia tak boikot pun...sebab anak2 ajak2 jugak pergi...so TERPAKSA lah bawa juga...hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 12:13 PM | Show all posts
cerita2 panas kat sini disejukkan oleh gambar yg Para hantar....tenangnya jiwa yg serabut kacau bilau.  Terapi terbaik (gardening dan keindahan flora) selain dari masak2 (tu untuk saya) lain org lain cara...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 02:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by Paradox11 at 29-7-2009 14:14

sambung dgn beberapa gambar Kundasang War Memorial.

bayaran masuk RM2 kalau tak silap.





Bnyk memorabilia zaman Jepun dahulu. taman ni diadakan utk memperingati askar2 Britain dan Australia (dan orang local yg menolong mereka) yg membantu negara kita melawan Jepun, mereka dipaksa oleh jepun utk berarak dari sandakan ke kundasang. on the way ramai yg mati kebuluran etc.





bayangkan kalau kita anak atau cucu askar2 yg kena seksa dan mati tu, mmg emosi kalau dtg melawat ke sini dan melihat gambar2 pada dinding.


level pertama ialah Australian Garden



sambil kami jalan2 snap gambar2 kat sini, ada gardener sorang bawak walkie talkie asyik mengekori kami. bila sampai level atas baru tau kenapa, bnyk bunga2 yg cantik dan ada sign tulis "denda! dilarang mencuri bunga!".

Level 2 ialah English Garden - bnyk ros.




dan yg paling menarik sekali, Level 3 iaitu Borneo Garden






















baca sign kat bawah ni, "curi bunga denda rm800, ada TV!" ada TV! (CCTV kot!) siapa nak famous blh lah try petik bunga, masuk TV terus huhuhu.


Taman Borneo yg bnyk species orchid Borneo ni jauh lebih well maintained and well kept daripada taman orkid hutan yg ada di Kuching. kepada peminat sejarah dan juga bunga2an khususnya anggerik, this place is a must visit!

bnyk lagi gambar kat Flickr aku kalau nak tgk semua.
http://www.flickr.com/photos/sar ... /72157607229813729/

next stop, kita melawat Poring Hotsprings!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2009 03:08 PM | Show all posts
baguslah shiina dpt boikot tak pegi langsung........
sy insyaallah akan menyusul.......
lagipun dah twice a year (berbanding ngan every month).......
nanti once a year.....kalau cepat no more.............
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 03:43 PM | Show all posts
480# Paradox11

para.. hb lahir di sabah tapi dibesarkan di selangor..

mmg teringin nak ke sana. kalu ader duit lebih mmg teringin nak ke sana. panjang umur sampailah miss ke sabah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 03:44 PM | Show all posts
522# alifinara



ARAMAK ..... baru nak ngaku bahawa AKUlah orang yang disebut sebutkan dalam isu panas tu.. Mod Alifi dah tutup pulak...maka di sini aku umumkan yang aku tak jadi MENGAKU BAHAWA AKULAH ORANGNYE....  kui kui kui
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 03:45 PM | Show all posts
497# sarahaisyah

kak.. manong tu dimana ek... kalu tapah selalu g coz ada pak sedara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.071930 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list