CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fieza-mira

MISTERI LEBUHRAYA KARAK: Urban Legend -MERGED

  [Copy link]
Post time 30-8-2011 06:39 PM | Show all posts
wah.. cerita karak ni betul ke? aku tanye je.. apesal karak famous psl benda ni? lebuhraya lain x de pon..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2011 05:14 PM | Show all posts
patutnya filem karak tu focus kat makhluk yg makan orang tu je, cerita pasal asal suul dia ke, atau caman dia mengganas kat karak ke, ala2 jeeper creeper laa
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 10:07 AM | Show all posts
Betul betul betul, sian aku tertunggu tunggu nak tengok citer karak KRU, tapi last-last hampass, ...
PenjualAPAD Post at 2-9-2011 12:45


aku pun suka tengok citer antu indon..sebab suka tengok nenen pelakonnya..chyintara alona, dewi perssik..ohhhh syahdunyaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 04:02 PM | Show all posts
Reply  billionman78


    aik?? giler seks ke ape muahahaha
PenjualAPAD Post at 6-9-2011 15:06



biasala bro...hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 01:04 PM | Show all posts
semuanya legend sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 01:04 PM | Show all posts
Cerita 1 - Misteri Volkswagen Kuning


Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Karak. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.
Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2011 01:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 01:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2011 01:06 PM | Show all posts
Cerita 2 - Kematian Misteri Di Hutan Lipur Lintang



Satu keluarga suami isteri dan seorang anak kecil dalam 2 tahun. Keluarga ini memang hendak menuju ke pantai timur cuma tak pasti kampungnya. Kereta tu mati semasa melalui highway karak yg dikatakan betul-betul bersebelahan dengan hutan lipur lintang. Si suami memeriksa keretanya setelah bahagian hadapan berasap. setelah diperiksa radiatornya kering kontang. pada mulanya sekeluarga itu duduk didlm kereta dgn harapan plus peronda akan dtg memberikan bantuan namun setelah sekian lama menunggu tiada kenderaan yg melalui jln itu. si suami mula merasa gelisah dan.....

Dia mengambil beberapa botol utk mencari air. Dia memesan agar isterinya duduk didlm kereta bersama2 anaknya. Si suami terus turun kebawah highway utk mencari air.

Tak lama setelah suaminya pergi isterinya terus menunggu sambil memeluk anaknya didlm kereta. tiba2 seperti ada sesuatu yg besar menghempap dibahagian belakang kereta tersebut. bergoyang2 dgn bunyi seperti binatang buas sedang mengerjakan sesuatu. si isteri terus memeluk anaknya sambil ketakutan. tak lama kemudian bunyi itu hilang dan plus peronda dtg.

Sambil memesan pada isteri n anaknya keluar dr kereta dan meminta agar mengikutinya ke pejabat PLUS. salah seorg aggota plus itu memberi peringatan agar tdk melihat ke bhg belakang kereta tersebut.

Oleh kerana terkejut n terlalu ingin mengetahui tentang suaminya terus dirampas torch light sambil menyuluh bhgn belakang kereta tersebut. isteri tersebut terus histeria setelah mendapati bdh suaminya hancur dirobek ganas.

Mengikut sumber cerita diatas diceritakan oleh isteri tersebut semasa soal siasat oleh pihak plus sebelum dikatakan menjd tidak siuman. Apakah benda yg menyerang suami tersebut???

Menurut cerita yg diceritakan pula oleh plus peronda.....ketika mereka menjlnkan rutin seperti biasa iaitu meronda mereka ternampak dr jauh sebuah kereta tersadai di tepi hway tersebut. namun apabila semakin dekat mereka nampak suatu lembaga menyerupai mawas yg besar sedang bertenggek dibahagian belakang kereta tersebut sambil mencarik2 sesuatu. ketika mereka semakin hampir mahluk tersebut menoleh kebelakang lalu terus melompat kearah hutan bersebelahan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 01:06 PM | Show all posts
gambar waktu pagi...

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 01:08 PM | Show all posts
Antara kemalangan yang paling popular di karak highway adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 01:09 PM | Show all posts
antara gambar kemalangan di karak...



Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 01:25 PM | Show all posts
hm...  beh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 02:10 PM | Show all posts
Scarynya.,
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 04:34 PM | Show all posts
blk raya arituh lalu ikut jln lama....best sbb leh singgah mndi kat jeram...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 03:39 PM | Show all posts
takde cite lg ker..huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2011 06:17 PM | Show all posts

take a break - Kisah benar Karak....

Kalau dah ade boleh delete ye...

TQ

ORG MELAYU KATAKAN.HUHU

         
        KISAH KARAK.....
        
        Sebenarnya Karak ada dua jalan, satu jalan lama Karak (KL-Bentong) dan satu lagi Lebuh Raya Karak (baru)
        Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan berhantu, pasti Karak akan tersenarai,malah di Karak ini lah bagi aku tempat segala hantu. Mana tidaknya seingat aku hampir 10 jenis hantu yang ada kat Malaysia ini ada di Karak.
      
        Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak :-
        Langsuir
        Budak Sekolah (merayau-rayau)
        Wanita Tua
        Bas Lama
        Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)
        Perempuan Bawa Anak (batu nisan)
        Pontianak
        Hantu Pocong
        Hantu yang Makan orang (Paling popular)
        Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).
        
        
        MAKA TERSEBUTLAH KISAH....
        Semasa ingin menulis artikel ini ada la tanya kawan-kawan aku tentang jalan lama Karak ni...dan antara cerita yang aku dapat kumpulkan..

        Lebuhraya Karak
        Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

        

      
        1. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.
      
        2. Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena "tegur".
      
        3. Volkswagen kuning
        Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang, dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga.....
        Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus....
      
        4. Kereta Misteri
        KARAK - Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.
      
        Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.
        Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.
        "Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.
        Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," kata beliau ketika dihubungi.
      
        Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
        Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan.
      
        Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya. Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.

   
        Usaha mengangkat

      
        Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di"semadikan" semula di bawah jambatan tersebut!
        (sumber dari kosmo!)
         

        Jalan Lama Karak
        1. Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni....nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik...Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

         

        Jalan Lama Karak

      
        2. Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!
      
        3. Dalam satu cerita lain, pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan [email protected] di Stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi ?.
      
        4. Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapitkan daun pisang  ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..
      
        5. Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.
      
        Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai  kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam.  dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.
      
        6. Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80'an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia "temperature"naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya....lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta  dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap "jangan pandang belakang"..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota  badannya hancur!
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 10:44 PM | Show all posts
He....he...he..
Aku baru nak cerita pasal nih...tapi dah ada...
semasa aku di Temerloh 3 tahun dulu , aku ada minum di sebuah gerai kopi.
Bila berbual ngan owner tu dia confirmed dengan apa yang di ceritakan oleh aku...
terutamanya makhluk yang makan orang tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 11:54 PM | Show all posts
Seram baca. Malam ni dah la malam jumaat
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 12:20 AM | Show all posts
pasal yg antu mkn org tu aku penah dgr..mase tuh ckgu aku yg cite mse aku zaman sek rendahh..

mmg seram wehh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.052126 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list