CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~

 Close [Copy link]
 Author| Post time 20-8-2010 02:23 PM | Show all posts
x mo!!!!!
cinta antara Naim & Juwaita boleh dipupuk......
mikoodette Post at 20-8-2010 13:20



ye lah..nati aku suh Ju pikir masak2..smbahyah istikharah ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2010 02:29 PM | Show all posts
wah...mcm mana ni nak tinggalkan naim ke tak?... rasanya ju pun dah jatuh hati dgn si naim ni.... tp....next2 n3 airell
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 02:29 PM | Show all posts
hhuhuh...hero idaman malaya punca segala masaalah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 02:34 PM | Show all posts
ye lah..nati aku suh Ju pikir masak2..smbahyah istikharah ye
ariellin Post at 20-8-2010 14:23


harussss................ next!!! next!!! next!!!
dah terseksa jiwa raga menunggu nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2010 02:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 20-8-2010 13:57

Berlambak aku tuang minyak gamat di kaki sampai berbau minyak gamat bilik aku.  Lepas tu, aku urut perlahan.  Sakitnya Tuhan aje yang tahu.  

Bila difikirkan balik, rasa marah aku pada Naim tadi hilang macam tu.  Macam magic.  Atau Naim ada ilmu guna-guna?  Aku tak tahu kenapa aku tak rasa nak marah.  Padahal sebelum tu, aku rasa macam nak jadi hijau seluruh badan aku ni akibat rasa marah yang menggunung.

Takkan sebab dia cium aku?  Aku raba bibir. Masih terasa-rasa hangat bibir itu.  

Tiba-tiba Naim masuk.  Aku buat tak tahu dengan dia.  Dengan short pant kaler biru dan bert-shirt putih, dia selamba duduk di sebelah aku.  

Saat dia pegang botol minyak tu, aku dah tunjuk penumbuk yang tak berapa besar ni ke muka dia.

"Jangan sentuh..", aku warning Naim yang menggeleng-gelengkan kepala.

"Dian Juwita, biar saya urut.  Cuba tengok, nak urut kaki macam nak urut satu badan.  Bau minyak ni sampai ke bilik saya..", Naim membebel.  Aku ikut cakapnya.  Lepas tu beralih memandang Naim.  Terasa sentuhan tangannya yang tiba-tiba aku rasa mendamaikan.

Aku ni dah kenapa?  Ishh...Dian Juwita, wake up !!

"Nak cium lagi ke?", uwaaaaaaaaa benci nya.  Aku tunduk malu.  Rasa pipi merona merah.

"Betul ye, Dian Juwita nak cium?",

Belum sempat aku mengangkat muka, Naim dah mencari bibirku.  Semuanya spontan.  

"Dah..dah...kaki aku dah elok..terima kasih..", aku tolak Naim.  Kalau aku tak kawal, harus lah aku ni mudik ke hulu.  Tidak ! Tak nak membayangkan.  

Malam yang sejuk ni pun, aku rasa panas.  

Tiba-Tiba Naim ambil tempat di sebelah aku.  Kemudian aku baring membelakangi dia.  Aduh...apa nak buat ni.  Nak lari keluar, kaki sakit.  Nak aku sepak, kang tak pasal-pasal ada yang check in kat Hospital.  Lepas tu, dah nak kena bersoal jawab dengan famili.

"Esok, kita pergi rumah Umi dengan Mama.  Saya rindu lah..", Naim bicara perlahan.

Memang dah lama tak menjenguk orang tua tu.  Selalunya tanya khabar melalui telefon aje.

Suasana terus sepi.  Hanya bibir hangat Naim yang mencium leherku sambil tangan sasa Naim mengelus rambutku.  Kemudian bibirnya singgah di bahu.  Ya Allah...kuatkan lah semangat hambaMu ini...aku berdoa di dalam hati.

"Chop !!  aku rasa nak masak maggi..", terhencot-hencot aku bangun tinggalkan dia.  Dari balik pintu bilik, aku nampak Naim yang sedang tersenyum.  Hampeh !!
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 02:49 PM | Show all posts
aduhhh...kenapa di saat ini??? cian kt ju...bila harus memilih (ct nurhaliza) ...sila dengar dari utube..x reti nak letak kt cni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-8-2010 02:51 PM | Show all posts
harussss................ next!!! next!!! next!!!
dah terseksa jiwa raga menunggu nie...
mikoodette Post at 20-8-2010 13:34



dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2010 02:53 PM | Show all posts
aduhhh...kenapa di saat ini??? cian kt ju...bila harus memilih (ct nurhaliza) ...sila dengar dari ut ...
entahmengapa Post at 20-8-2010 13:49



sesuwei ke tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2010 03:00 PM | Show all posts
dah
ariellin Post at 20-8-2010 14:51


x cukup.... ehehhehee... nak lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2010 03:05 PM | Show all posts
x cukup.... ehehhehee... nak lagi....
mikoodette Post at 20-8-2010 14:00


sat..nak ngadap bos kecik...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 03:27 PM | Show all posts
sat..nak ngadap bos kecik...
ariellin Post at 20-8-2010 15:05


wokeh... jgn lama2 tau...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 03:37 PM | Show all posts
Emmmmm, dapat kat Naim.... mmg komfom la Ju lekat kat Naim aja
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 05:12 PM | Show all posts
terungkai apa yg terjadi..
kekadang bad boy bila dh jmpa cinta sejati diorg, diorg akan buat apa sj tuk dptkan cinta tersebut serta berusaha tuk bahgia...
NAIM tu boleh pikat JU...
JU pun dh lemah dgn NAIM..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 05:14 PM | Show all posts
cam novel SS...
joe jambul sggp ugut adek sindiri sbb dia dh jatuh cinta dkt makwe adeknya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 05:24 PM | Show all posts
Mesti Ju terpikat gak ngan Naim
Bila dah terikat secara sah rasanya
susah nak dileraikan.  Allah dah lontarkan
perasaan kasih sayang suami isteri
walaupun tanpa disedari.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 06:35 PM | Show all posts
thanks tuan rumah...
banyaknya n3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2010 06:37 PM | Show all posts
aduiii...
terpikat pla dekat naim..
pandai btul dia cairkan hati pembaca...
apsallah hati dian boleh teguh, x cair2...
aku pla yg cair
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2010 10:02 PM | Show all posts
cam novel SS...
joe jambul sggp ugut adek sindiri sbb dia dh jatuh cinta dkt makwe adeknya..
mijot Post at 20-8-2010 16:14


novel apa tu ye..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 10:20 PM | Show all posts
Reply 538# ariellin


novel SWEET SOUR - NASZ, keluaran JEMARI SENI
kiranya hero sanggup buat apa saja asal dapat apa yg diinginkan..
bila baca part NAIM tu terus teringat kt JOE JAMBUL..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2010 11:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 20-8-2010 22:26

Entah kenapa malam ni angin aku baik.  Masa nak melintas ke dapur tadi, nampak si tengkujuh tu tengah leka tengok channel HBO.  Aku nampak hero filem tu si Tom Hanks yang tak berapa nak handsome tapi sangat lah kaya raya.  Kebetulan nak bancuh milo, aku buatkan jugak se-mug tuk laki aku tu.  Opss...sejak bila pulak lah aku mengaku yang si tengkujuh tak bermusim tu suami aku?  Ha ha ha kantoi sudah kau Dian Juwita !! Hati mengejek..

"Nah, milo..", aku letak mug berisi milo panas tu di coffee table.  Naim pandang tak berkelip.  Awat?? Aku nampak macam ju-on ke?

"Thank's..", dia senyum.  Lepas tu matanya terarah semula ke TV.  Eee...entah apa lah cerita ni..mengarut sungguh !!

"Aku nak tanya sikit, boleh?", dari ekor mata, aku tau Naim pandang aku.

"Kenapa masa sekolah dulu, korang student lelaki 'perjudikan' aku?", aku tak tengok pun Naim walau pun aku tau dia memang pandang aku.

Lepas tu dia datang dan melutut depan aku.

"Eh...apa ni...?", aku jauhkan jarak.  Aku pegang erat mug di tangan.

"Saya dah agak Ayumi akan ceritakan pada awak..", Naim ambil mug ditangan.  Kemudian letak di coffee table.

Pelik.  Macam mana dia tau aku jumpa Ayumi.

"Saya nampak awak dengan dia di KLCC tempoh hari.  Dan saya tau awak akan tinggalkan saya lepas awak dengar cerita tu.  Tapi..betul..kami tak berniat pun...",

Angin aku datang tiba-tiba.  Tak ada niat?  Wak lu !!  Korang bertaruh siap letak 'harga' aku lagi...

"Kenapa buat aku macam tu?  Ingat aku ni anak ayam ke?", pandangan aku mencerlung ke arah Naim yang masih tidak berganjak.

"Mula-mula sebab suka-suka.  Lepas tu, mana nak tau, hati dah betul-betul jatuh suka..",

Huh !! Lelaki kalau mencipta alasan.

"Tapi aku betul-betul tak sangka korang sanggup buat aku macam tu!", aku sedih ni.  Kenapa mesti aku?

Naim cium tangan aku.  Dia ni kan...suka buat aku lemas.  Suka buat aku lemah.

"Maafkan saya..tapi hati saya sakit bila nampak awak main mata dengan Fazdwan..", Naim luahkan apa yang dia rasa.  Aku diam.

Tangannya menjalar ke betis aku.  Aku bergerak sedikit.  Geli lah mangkuk !!

"Tapi aku suka Fazdwan.  Kenapa kau sanggup buat dia macam tu?", soalan itulah yang sering bermain dalam kepala otak aku yang tak berapa nak besar RAMnya ni.  Sampai senak aku dibuatnya.

Naim pandang aku biarpun mata aku terarah ke TV.  Aku tak nak tengok muka dia yang ala-ala nak makan aku tu. Tak sanggup !!  Nanti aku tergoda, macam mana?

"Sebab saya nak tolong famili dia..", alasan !! Aku mencebik.  Ketawa sinis.

"Sebab tu kau tak buat police repot pasal malam tu kan?", aku saja brainwash dia.  Tapi Naim tetap Naim.  Cool dua puluh empat jam.

"Emmm...kita stop kisah lama, boleh tak..?", pinta Naim.

"Kenapa?  Takut?",

"Bukan takut..saya cuma tak nak ingat aje.  Lagipun benda dah lama..",

"Tapi suka saya pada Fazdwan masih sama macam dulu..",

Saat aku luahkan rasa itu, Naim lepaskan tangan aku.  Kemudian dia bangkit dan terus ke bilik bacaannya.  Aku salah cakap ke?





"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.071690 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list