CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
Post time 8-11-2010 12:12 PM | Show all posts
morning...... hehehe...tp dah msk tengahari....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2010 01:52 PM | Show all posts
huhuhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 04:46 PM | Show all posts
Cikgu Amir belum balik bercuti lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 06:22 PM | Show all posts
mana anak cikgu zul menyembunyikan diri ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 07:06 PM | Show all posts
new n3:cry::cry:
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 09:28 PM | Show all posts
checking22
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2010 10:38 PM | Show all posts
kecewa lagi malam ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2010 10:45 PM | Show all posts
sori uols

smiley baru balik dari cuti

cerita akan di sambung secepat mungkin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2010 10:53 PM | Show all posts
Reply 528# sang_arjuna


    thanks kak juna...we all akan sabar menanti
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 10:53 PM | Show all posts
sori uols

smiley baru balik dari cuti

cerita akan di sambung secepat mungkin
sang_arjuna Post at 8-11-2010 22:45

smiley, bercuti, macam best je.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 10:55 PM | Show all posts
kita org duk tercatuk menunggu ja.....dgn sabar dan berdebar
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 10:55 AM | Show all posts
salam semua... kami duk menanti lagi ni.. take ur time..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 10:55 AM | Show all posts
salam semua... kami duk menanti lagi ni.. take ur time..hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2010 10:57 AM | Show all posts
smiley, bercuti, macam best je.....
cmf_blingblings Post at 8-11-2010 22:53


pergi PD je, bukan jauh pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2010 11:01 AM | Show all posts
Siapalah agaknya tetamu yang sungguh istimewa sampai Babah bagi aku cuti setengah hari ni? Rasa ingin tahu mengocak hatinya. Dahlia tertanya tanya. Tengahari tadi dia di suruh pulang untuk memasak. Tak sangka pula Babah sendiri sanggup mengganti tempatnya.  Mesti extra special  punya tetamu.

Kueytiaw goreng sudah di letak dalam mangkuk Corningware dan di tutup. Dahlia meletak finishing touches pada  cupcakes, Separuh di hias dengan dengan mocha frosting dan separuh lagi dengan ising perisa vanilla. Kemudian dia mengatur karipap yang sudah di goreng dalam pinggan. Menjadi pula karipap resipi Azwa. Bosan sangat tinggal di rumah seorang diri sampai dia terpaksa memenuhkan masa dengan membuat kuih. Jarang sekali dia mendapat peluang menunjukkan bakat. Babah kena kurangkan makan barang manis dan bergoreng sebab nak jaga kesihatan. Manalah tahu kot kot tetamu yang datang akan  tertarik dengan cupcakesnya. Boleh aku buat business sampingan macam di KL dulu. Kreativiti dan kepakaran aku pasti akan menjadi sebutan di Kuala Kangsar. Silap haribulan Tuanku Bainun akan jadi pelanggan aku.

“ Dah siap ke Lia?  Kenapa tak tukar baju lagi ni?” sergahan  Hj Zul mematikan angan angannya.

“ Opocott! Babah ni buat orang terkejut lah! Awalnya Babah balik. Siapa jaga kedai?“ Dahlia mengurut dadanya.

“ Babah tutup aje. Biarlah, bukannnya ramai customer pun.” Dahlia mengeluh mendengar jawapan Hj Zul.  Tak ada disiplin lah bapa aku ni. Suka suki saja nak tutup kedai ikut rentak dia. Tapi nak buat macam mana, he is the boss. Aku cuma kuli makan gaji saja.

“ Siapa nak datang sebenarnya , Babah? Girlfriend Babah kah? Beria sangat suruh orang masak, kemas rumah semua. Muka Babah pun ceria semacam saja. Nak introduce  bakal mak tiri kat Lia, ya” Usik Dahlia bila Hj Zul mencuba juadah yang tersedia. Macam QC kat kilang pula gayanya.

“ Hisshh…kamu ni. Tak sudah sudah sebut mak tiri. Dapat mak tiri macam cerita Bawang Putih Bawang Merah baru padan muka”

“ Tak pe… sebab last sekali dapat kahwin putera raja, tinggal kat istana. Berbaloi juga” balas Dahlia.

“ Kamu ni kalau menjawab Karpal Singh pun kalah. Sudahlah, pergi salin baju. Pakai baju kurung yang elok elok. “ arah Hj Zul.

Aikkk… lain macam pula permintaan Babah ni. Apahal ni? Dahlia mula resah. Lebih lagi bila Usu  sampai. Panjang leteran Usu bila melihat Dahlia masih dengan T shirt lusuh dan seluar bawah lutut.

“ Budak bertuah ni. Takkan nak pakai macam ni depan tamu. Buat malu bapak kamu. Pergi tukar baju. Lepas tu duduk diam diam dalam bilik, jangan nak masuk campur hal orang tua. Kalau Usu panggil baru keluar.”

“ Perintah di junjung Tuanku Usu” ucap Dahlia. Walau hatinya makin sarat dengan prasangka, dia terus ke bilik. Tak sanggup nak dengar siaran Radio Perak.

Selesai mandi dan menyarungkan baju kurung sutera crepe warna kuning cair berbunga merah jambu dan tudung rona merah jambu cair, Dahlia mengintai dari bilik. Tetamu sudah sampai. Ada sepasang suami isteri sedang berbual  dengan Babah dan Usu. Macam orang biasa saja, nothing interesting. Ingatkan tetamu glamour macam mana lah sampai Babah dan Usu begitu kecoh. Dahlia cuba menangkap bait perbualan mereka tapi hampa. Dia kembali ke meja tulis dan memasang laptop untuk meleraikan kebosanan.  Yes.. adiknya Danial tengah online.

Hampir setengah jam mereka berchatting. Danial akan bercuti bulan Jun nanti selama 3 bulan. Insyaallah dia dan kawan kawan akan menunaikan umrah. Dahlia mengebam bibir. Adik aku yang baru 20 tahun dah nak pergi ke Tanah Suci. Jelesnya haku! Jarinya lincah mengetuk papan kekunci.

Liazul_86 :  Tak aci! Kak pun tak pergi lagi.

Optimus211: Kak doalah bnyk2 dpt jadi tetamu Allah. Mana tau ada rezeki

Liazul_86: Nak keluar KK pun susah. Sedey tau..

Optimus211: Nak saya doa apa utk kak? Nak kawin cepat?

Liazul_ 86: Nak kawin anak raja / billionaire. Sultan Brunei pun boleh.

Optimus211: Mana boleh doa macam tu. Doa dapat jodoh yg beriman lah. Yg dapat bimbing kak. Harta tak boleh tolong kita kat akhirat.

Dahlia menggosok hidungnya. Adeh… dah kena tarbiah  pula. Tak ada sense of humour lah adik aku ni semenjak dua menjak belajar kat Mesir.

Belum sempat dia membalas, pintunya di ketuk.  “ Lia keluar kejap. Auntie dengan Uncle nak jumpa”

Liazul_86:  gtg. Usu panggil kak.  Jaga diri & study rajin2. Assalamualaikum
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2010 11:05 AM | Show all posts
Dahlia membontoti Usu ke ruang tamu. Dua pasang mata menjurus ke arahnya. Lain macam saja pandang aku. Tiba tiba dia rasa berdebar. Adakah mereka punya “ hajat”? Dari siapa? Kakinya macam kena gam ke lantai. Usu menolak tubuhnya dari belakang.

“ Cepatlah” bisik Usu. Main kasar Usu ni!

“ Inilah Dahlia. Dahlia, ini Uncle Tarmizi dan Auntie Noraziah.”

Dahlia mengangguk dengan senyuman mesra. Nama nama yang di sebut tak pernah di dengar sebelum ini. Tiada bersangkut paut dengan mana mana lelaki yang di kenalinya. Lega! Mungkin mereka cuma tetamu biasa yang datang bertandang. Aku pula yang saspek lebih lebih. Dia menyambut salam Puan Noraziah. Wanita  itu menariknya supaya duduk di sebelah.

“ Meh, duduk dekat Auntie. Auntie nak sembang sikit. Koaytiaw yang Dahlia buat sedap sangat.  And your cupcakes are really delicious. Kalau Uncle tak jeling kat Auntie, dah habis sepinggan Auntie sapu.”

Tawa Dahlia terletus. Memang macam odd couple pun pasangan ini. Si suami kurus melengkung, si isteri berbadan gempal. Tapi dia suka Auntie Nor yang selamba dan tak kaverline.

“ Makanlah lagi Auntie. Bukannya banyak calories pun. Saya memang kurangkan gula.  Babah pun tak boleh makan manis.”

“ Dahlia suka masak?” tanya Puan Noraziah. Dahlia mengangguk. “ Di KL dulu saya ambil tempahan. Tapi bukanlah selalu. Untuk kawan kawan saja”

Dahlia berbual dengan Puan Noraziahyang ramah dan suka bergurau. Macam macam topic di bualkan, dari kisah anak cucu nya hingga ke kucing peliharaan. Suaminya jenis serius tapi juga rajin bercerita. Politik dan ekonomi negara menjadi topic perbincangannya dengan Hj Zul.

Usu menunjukkan riak kurang senang. Si Dahlia ni berbual dan ketawa tak ingat dunia. Control lah sikit. Dia memberi signal pada Dahlia. Dahlia dapat menangkap maksudnya. Dengan penuh sopan  dia meminta diri.

“ Saya ke dapur dulu ya, Auntie, Uncle. “  Tubuhnya di tunduk 45 darjah bila melintas. Perghh… macam gadis pingitan. Mesti Babah dan Usu bangga dengan lakunan aku.

“ I berkenan sangat dengan anak perempuan you , Zul. Orang kata cukup pakej. Cantik, pandai masak, pandai bawa diri. Kalau I ada anak lelaki bujang, I dah potong line Zurina dengan Leman” puji Puan Noraziah. Dia sepupu Sulaiman yang meminta dia dan Tarmizi untuk merisik Dahlia secara formal, ikut adat Melayu. Tiba tiba dia teringat anak angkatnya. Alangkah baik kalau Amir dapat mencari isteri macam Dahlia. Sayu rasanya memikirkan Amir yang sebatang kara dan masih tak ada calon isteri walaupun sudah berusia 30 lebih. Kalau Farid tak jadi dengan Dahlia, aku dah ada calon simpanan.

“ A’ah… elok budaknya. You did a good job bringing up your children lepas arwah meninggal.”  Hj Zul senyum bangga mendengar kata Tarmizi

“ Tapi kadang kadang dia tu kasar sikit. Tengoklah tadi, asyik ketawa. Menjawab pun boleh tahan. Laki dia kena sabar lah.” Usu mencelah. Dulu Farid berkawan baik dengan Suriani masa sekolah menengah tapi sampai ke sudah mereka cuma kawan saja. Hatinya sedikit terusik bila Dahlia yang jadi pilihan Sulaiman dan Zurina untuk anak mereka. Walaupun Suriani sudah berkahwin dengan pegawai polis pilihan hatinya tapi rasa iri masih bersisa.

“ Biarlah macam tu. Perempuan kalau lembut sangat nanti laki dia pijak kepala. Tengok saja dalam suratkhabar, berapa ramai isteri kena sepak terajang tapi tak berani nak repot polis.”  bidas Puan Noraziah, peminat no. 1 Dahlia. Usu memuncungkan mulut dan melepas pandang ke luar tingkap. Semua Dahlia yang betul , Dahlia yang baik. Dahlia itu, Dahlia ini. Toko Buku Nilam pun dah makin laku sejak Dahlia ambil alih dari Azlin. Kalau Dahlia bukan anak buahnya sendiri mesti dia dah tuduh Dahlia pakai pelaris.

“ Zul, ini dia cincin merisik yang Leman dan Zurina suruh kami sampaikan. Besar hati kami kalau keluarga Tuan Hj sudi terima pinangan kami. Kalau Dahlia setuju, kita buat majlis pertunangan bulan depan. Lepas itu kita bincang tarikh kahwin pula. Pihak lelaki dah sedia, lagi cepat lagi bagus.” usul Tarmizi sambil meletak kotak baldu merah di tangan Hj Zul.

“ Kalau ikut saya, sekarang juga saya terima. Saya memang suka dengan Farid. Tapi bukan saya yang nak kahwin. Saya kenalah tanya anak saya dulu.” Hj Zul berdoa semoga hajatnya untuk berbesan dengan sahabat karibnya akan termakbul. Dahlia pun nampak macam suka kat Farid. Walaupun jarang jumpa tapi dia tahu Farid selalu telefon untuk bertanya khabar. Kira okay lah tu. Jumpa selalu pun tak elok, macam macam maksiat boleh terjadi.

“ Ya lah. Kami pun faham. Ini bukan hal kecil. Biarlah Dahlia fikir dulu. Ini soal masa depan dia.  Tapi si Farid tu memang betul betul suka kat Dahlia. Leman dan Zurina pun nak belikan rumah banglo untuk di hadiahkan pada Farid dan Dahlia kalau dia orang jadi kahwin. Untung Dahlia kalau dia kahwin dengan Farid. Keluarga kita dah lama kenal, sekarang kita jadi saudara pula ” Encik Tarmizi memberi kata penutup.

" Insyaallah" Hj Zul tersenyum dari telinga ke telinga. Bukanlah aku ni kemaruk harta tapi kalau orang dah nak bagi kita terima saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2010 11:09 AM | Show all posts
itu jer utk hari ni
smiley kembali bizi
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 11:36 AM | Show all posts
t.q kak juna....
best....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 12:02 PM | Show all posts
Reply 536# sang_arjuna

TK Arjuna@ Smiley...

{:1_137:}{:1_137:}{:1_137:}
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 12:17 PM | Show all posts
terima kasih kak smiley
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.203259 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list