CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Santeira

[SERAM HOTEL]kisah seram di hotel (dalam dan luar negara)

  [Copy link]
Post time 7-11-2012 11:37 AM | Show all posts
Gegancu posted on 6-11-2012 04:14 PM
x pause btol2 la tu..

nk sedapkn hati punye psl..tpksa pk cm gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2012 09:55 PM | Show all posts
Ish! Ish!...lepas ni x nak ikut hasben tido kat hotel laaa...dh dia abis dinner pun tgh mlm...takuuuut!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 11:36 PM | Show all posts
Zafya posted on 5-11-2012 09:59 PM
Hi....
Now i nk share kisah i pulak,seronok sangat baca kisah seram korang ni hehe..so,nk d jadikan ...

...Hotel Grand Con********...betul x?....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 09:05 AM | Show all posts
nuyunnisa posted on 6-11-2012 12:33 PM
Tikus tak mama?...tak pun staff hotel yg sengal?Shang penang pun mmg angker ye

bukan tikuih la...cara dia koyak tu kita boleh tau,...beg make up tu bukan ja "dia" lunggok dalam sink yg basah, malah dalam beg makeup itself tu penuh ayaq...btui btui busuk perut punya "dia"...

shang penang dulu mmg angkerrrr....certain floor...la ni dah bukan shang lagi...entah apa dia tukaq nama...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 09:06 AM | Show all posts
Momod Sant...tenkiu na bagi tacang....nak mungeee
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 12:54 PM | Show all posts
Gegancu posted on 6-11-2012 04:19 PM
maybe sebab ada bukan mahram kot tidur satu biilik walaupun berteman..
jin nak bagi amaran..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2012 04:10 PM | Show all posts
flapjack posted on 13-11-2012 11:36 PM
...Hotel Grand Con********...betul x?....

Betol! Mmg u xkan percaye until u experience sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 04:19 PM | Show all posts
Dark_Vampire posted on 14-11-2012 12:54 PM

Hurrmm...might be? Neway,kita org bkn suke suki je tdo 1 bilek tu...dah tu je bilik yg ade ms tu,tpksa la grab je wpon family room yg agak besar..reach KL pun mlm,nk carik hotel laen mlm2 payah la pulak! Nk gerak ke mana2 pun kene sama2,kt tmpt org kan?? Kire emergency kes! So,korang jgn la ambik yg -ve side on my story keyh? Hihi....i know Allah sees everything
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2012 10:20 PM | Show all posts
Akhirnya khatam gak hehehehehe....montel ko kat mane oiii??
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2012 11:38 AM | Show all posts
Ni kisah aku dan member aku bermlm di hotel kat Ipoh sekitar thn 2008. Masa tu aku ada meeting dgn customer di Seri Iskandar dlm kul 10 pagi. Oleh sbb meeting hari Rabu so Selasa mlm lepas kerja kitaorg henjutlah ke Ipoh sbb nak tido di Seri Iskandar mcm tak biasa. Kalau Ipoh tu aku dah biasa.

Mmg silap kitaorg sbb tak booking hotel awal2. Kitaorg sampai Ipoh dlm kul 1 pagi cam tulah. Sbb gerak dr Sban lambat. Tunggu member aku lah lambat balik keje Tp aku hargai sbb dia sanggup ambik cuti nak temankan aku meeting kat Perak.

Cari punya cari dapatlah satu hotel kat bandar Ipoh jugaklah. Tp aku tak ingat apa nama hotel tu. Check in lah kul 1.30 pagi. Receptionist tu pun masa kitaorg sampai mamai2 jer baru bangun tido. Tgk hotel mcm ok xde lah mcm low bugdet hotel. Tp sewa satu mlm murah jer dlm 50 inggit. So aku dgn member aku takde pikir ape2. Terus cari bilik. Seingat aku kitaoeg duduk tingkat 3. Cari punya cari tak jumpa arrow yang tunjuk bilik ke bilik kitaorg. Biasa kalau hotel kan ada arrow tunjuk no bilik drpd no 1 - 8 mcm tu kan. Tp no bilik yg kitaorg  sewa takde dlm range tu. Biar betul. Aku bg tahu member aku cuba kita ikut no yg last sblm no bilik kita ni. Bdn dah penat. Mata pun dah ngantok. Pikir esok nak bng awal nak gerak ke Seri Iskandar. Akhirnya bilik tu betul2 hujung tingkat 3. Tp pelik sbb tkde kat petunjuk bilik. Ah belasah je lah. Tp dlm hati dah pikir mcm2.

Masuk bilik nampak ok jer xde pape. Aku pun mandilah apa2 yg patut. Pastu member aku lah mandi. Aku tgk member aku nmpak lain mcm. Tp dia tak cakap. Member aku ni rupa2nya family dia ni ada keturunan kalau ada benda2 halus ni  dia mcm akan rasa. So aku bg tahu dia aku nak tido, dia kata ko tidolah dulu. Then lama2 dia pun tertido. Tgh2 tido tu aku terjaga sbb dgr member aku ni mcm berlawan dlm mimpi dia. Siap tgn terangkat2 lagi. Aku pun kejutlah dia. Tanya apsal ko mcm ni? aku dgr pun naik takut. Masa tu dlm kul 5 pagi mcm tu lah.

Dia bgn jer terus tgk muka aku. Tahu dia cakap ape. Dia kata dia gaduh dgn hantu dlm mimpi dia. Rupa2nya masa dia baru nak terlelap dia citer yg dia dgr ada suara  pompuan bisik kat telinga dia bg tahu tolong... nama dia khatijah. Tp member aku ni buat keras hati sampailah dia tertido dan dlm tido tu lah dia mimpi berlawan dgn hantu. Pucat giler muka dia. Dah mcm tu aku jadi tak boleh tido sampai pagi. Dgr member aku citer. Kecut jugak perut aku. Member aku bg tahu dia rasa dlm bilik ni ada penghuni lain dan cuba nak bg tahu kita utk tolong dia.

Last2 masuk subuh member aku kata jom cepat2 lah kita check out. So kitaorg mandi, solat subuh, cepat2 check out. Ingat nak tanya org hotel tu apsal no bilik yg  kitarg duduk tu takde dlm list petunjuk hotel tu. Tp tak jadi tanya. Masa on the way ke Seri Iskandar mcm2 spekulasi yg aku dan member aku fikirkan. Patutlah no bilik kite takde dlm list. Patutlah sewa hotel tu murah. Sbb ikutkan bilik dia besor dlm rate 100 inggit ke atas lah.

Lain kali tobat kalau nak bermlm kat hotel lebih baik booking awal2 dan jgn check in lewat pagi. nasib baik aku bukan jenis yg cepat rasa kalau ada benda2 lain. Kalau tak dah pegsan dah aku ni agaknyer.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2012 12:44 PM | Show all posts
wanzulina posted on 17-11-2012 11:38 AM
Ni kisah aku dan member aku bermlm di hotel kat Ipoh sekitar thn 2008. Masa tu aku ada meeting dgn c ...

nak berkenalan kot..................
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 03:26 AM | Show all posts
ni aku nak kongsi sikit kisah aku outstation ke swiss. at the moment aku menulis nih, aku masih tercongok kat Zurich Airport. Kisah nih berlaku malam tadi waktu tempatan (lebih kurang pukul 3-5 am).

disebabkan waktu malam yg sangat panjang, pukul 5 dah bantai gelap sampai laa pukul 7 pagi, maka aku akan bangun-tido-bangun-tido 2 kali setiap malam. azabbb...

aku sampai dulu kat pergunungan ni awal dari team yg lain. ada yg ke Frankfurt dulu sebelum datang brainstorming kat swiss. so, tercongoklah aku sorang2 kat apartment 3 bilik ni. Murren Bahn waktu sekarang memang sunyi habis. Hotel semua tutup. Restoran pun bukak sebijik je and coop. The rest memang orang yg stay sini ada laa dalam 10 orang menjelang malam (local people). Sebab nak naik ke Murren ni akan by train 2 kali and cable car sekali.

memang gelap gelita sunyi sepi sesungguhnya saat ni. aku yg habis awal FAT diamanahkan buat material kat sini dulu. Fine, even aku dah rasa tak syok. nak kata apa, kuli.

masa aku mula2 sampai, aku terus masuk bilik tengah yg ada katil queen. aku memang nak tido sedap. kahkah. bilik lain semua katil single tapi yg ada pull out mattress tu.

so, tak ada apa2 yg jadi semasa aku sorang2 kat apartment tu. 3 malam aku sorang2. selamba badak je bukak pintu tengah2 malam nak ambik angin yg boleh bagi beku tu. gila ahh aku. punya laa sangap sorang2.

hari keempat, sorang member sampai. dia ambik biik depan. dia sampai tengahari. so berjalan2 laa aku dengan dia tengok orang panjat bukit dan gliding. aku nak terbang gak tapi member tak bagi. dia takut aku bersepai jatuh kat lembah. bengong. kihkih

so, disebabkan penat siang tu aku panjat bukit segala, maka lepas masak makan malam, aku cakap dengan member aku yg aku nak tido. tak leh layan dia berborak. banyak gak nak kena pre-discussion sebenarnya. dia pun angguk kepala. aku masuk tido dan aku nyenyak macam biasa.

esok pagi member aku bagitahu yg dia kena kacau malam tadi. kena tindih. aku gelak2kan dia sebab aku cakap hantu omputeh ada ke main tindih2..hahaha. hangin member. sebab setahu aku entiti omputeh nih suka imitation. menyerupai kita or sapa2 laa yg dalam rumah. itu pengalaman sepanjang aku selalu ke luar negara. baik hantu kat belgrade ke, istanbul ke and etc.

tindih2 nih jarang plak aku dengar dan kena. memang aku tak habis dok bahan member tu. galak plak aku membahan. aku sendiri heran dengan diri aku.

*****sambung kejap lagi. aku nak boarding jap*****



Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 05:27 PM | Show all posts
madeinborneo posted on 19-11-2012 03:26 AM
ni aku nak kongsi sikit kisah aku outstation ke swiss. at the moment aku menulis nih, aku masih terc ...

alamak.. lom sampai ke flight? xper kasik rehat dari jetlag tu eh.. nanti sambung lagik..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 09:29 PM | Show all posts
madeinborneo posted on 18-11-2012 07:26 PM
ni aku nak kongsi sikit kisah aku outstation ke swiss. at the moment aku menulis nih, aku masih terc ...


bila baca cite ni psl ada hantu omputih suka tindih2 ni,aku teringat khamis lepas aku
tgk satu series psl paranormal witness ni. pompuan ni beli satu rumah kat brooklyn
rumah tu berhantu,psl anak owner lama mati dlm rumah tu
memang tiap2 malam dia kena kacau,time tidur mmg kena tindih
so aku rasa betul la kwn ko tu kena tindih.sian dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 09:35 PM | Show all posts
lambat plak aku sambung. dah tulis semalam kat zurich..alih2 si forum cari nih under mentenen plak at 3.15am. now aku stopover kat dubai plak. tabah laa aku nak menunggu 3am local time for departure..

sambung...

so, malam tadi aku tido kat sofa depan tv sebab kononnya aku nak bangun sambung buat keje. tapiiii....penat satu macam aku malam tadi. tambah plak aku masak olio yg pedas menyengat sampai meleleh kuar hingus. apalgi..selsema  suka laa nak datang dengan cuaca yg cenggitu. aku pun dok srot sret srot sret berhingus. tido jadi tak selesa. agaknya member aku yg stay bilik depan tu terganggu, dia pun bangun datang dekat aku tanya aku okay ke tak. kesian plak dia. dek kerana rasa bersalah, aku pun bangun n capai gebar heret masuk bilik. yg anehnya....aku tak masuk bilik aku. aku pi redah bilik satu lagi yg kosong. tak berusik bilik tu. aku landing dan tak ingat apa dah.

sebelum tu aku keep tengok hp aku (untuk tengok waktu sebab aku menunggu2 gak report dari malaysia) dan last aku tengok waktu adalah pukul 3 pagi lebih kurang.

kiranya aku punya srot sret hilang plak bila aku masuk bilik tu. maybe kat luar tu sejuk. so, aku lena.

suddenly, aku terasa ada orang macam nak cium aku. like kalau orang dekatkan muka kat muka kita akan terasa nafas dihela tu kan. nih siap panas nafas dengan helaan sekali. mata aku terus terbukak. tengok keliling memang tak de orang. kot laa member aku nak dajalkan aku. tapi apa pekdahnya..kihkih

aku tutup mata and try to sleep. tak lama tu aku terasa sekali lagi. aku bukak mata and nampak muka anak lelaki kesayangan aku yg umo 12. aku jadi mamai dan keliru. aku nih kat mana..rasa macam kat swiss lagi tapi anak aku tu macam real. maybe aku rindu anak aku sangat kot. tu yg aku dok fikir. aku tutup mata balik n try to sleep again.

sekali lagi aku dikejutkan dengan bunyi bising2 tak tahu datang dari mana. aku terus bangun dan memang nak masuk tido bilik aku sendiri. aku tak leh nak memikir dah waktu tu sebab aku punya kepala berat gila. cold and keliru. bayangkan laa..dengan mengantuknya, dengan sejuk sampai pakai thermal 2 lapis and sweater 2 lapis. bawah paras beku -4 okay.

haaaaaa.....masa ni laa yg buat aku terus tak ada pertimbangan dah.

aku masuk bilik dan aku terhenti dengan muka pintu. sapa plak yg tido kat katil aku ni??? aku punya laa try to focus sampaiterasa tekanan kat tengkuk aku. nak tahu apasal aku tertekan????

sebab........

yang atas katil tu adalah AKU dengan PAKAIAN YG SAMA!!!!

lama aku tenung. mulut aku tak bleh kuar suara. macam mumbling. lastttttt...terpacul gak ayat dari mulut aku.

"kau siapa?" (sengal tak pertanyaan aku??)

dia reply in FRANCE!!!

ayat dia lebih kurang "ko sapa??? f**k b**t**d *&%&^$%*^$*&^$%^!!!!! apasal tido tempat aku?? nak kena terajang??!!" (sambil DIA memang nak approach aku and terajang!!!)

muka dia agak keruh. muka aku tuuuuuu...

aku apalagi...lari bilik member dan terus tanya, "aku tido ngan ko bleh?"..member aku tak banyak cakap terus ajak aku masuk selimut. tido laa aku ngan dia berpeluk. cehhh..hilang perkasa aku selama nih..aku rajin laa kutuk member kalau kat oversea kata kena kacau nih..

tobat aku tak nak bahan member dahh..

sekian.

Last edited by madeinborneo on 19-11-2012 09:37 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 09:38 PM | Show all posts
kikiharris posted on 19-11-2012 09:29 PM
bila baca cite ni psl ada hantu omputih suka tindih2 ni,aku teringat khamis lepas aku
tgk satu  ...

aku ingat hantu melayu je yg suka tindih2 sambil gesel2 bulu nih (aku selalu baca yg kena tindih sure kena tindih dengan yg berbulu).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2012 09:49 PM | Show all posts
sekian untuk malamnya...

esok pagi aku bangun angkat2 kening dengan member aku..dia pun angkat2 kening gak. fine. nothing nak comment kaann...dah nak balik pun. malas nak bother laa kononnya.

pastu aku pi dapur tengok kettle on. meaning member aku masak air la. aku tanya dia nak minum ke..if nak aku nak buat dua. dia geleng2. dia in the middle kelam kabut nak kejar train dari Murren ke Lauterbrunnen pastu nak gi airport terus. flight dia tengahari and flight aku malam. lain2 carrier. so, aku rilek2 laa lagi...

aku tanya dia, "dah tu ko masak air buat apa kalau ko tak nak minum?"...dia balas, "aku masuk dapur pun tak. masa bila aku mask air. aku ingat ko masak air."...**cengkerik**

cehhh...nak buat baik pulak ke hantu nih...kikiki

aku buat bodoh terus bancuh air untuk aku seorang. sapu roti ngan coklat, makan. member aku dah kulum2 senyum. shilakerr sungguh. dah laa aku last departure. aku nak kena kemas review lagi. sengal kepala otak aku. lepas minum aku hantar member pi station and patah balik apartment. hening.

aku terus tekun buat apa yg patut and pergi last shopping. balik kemas beg tanpa bercakap2 lagi dah (kadang datang sengal aku membebel sorang2..pasal kerja laa). by the time aku nak kuar, "are u going back?"...tak tahu mana datang pertanyaan. aku jawab, "Yes." dan aku pakai boot terus tutup pintu dan blah..

pukul 9.15pm flight aku nak depart, aku tengahari buta dah berlepas ke zurich. sangap aku ngan hantu tu..kahkahkah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 10:36 PM | Show all posts


ni laa murren yg sunyi sepi.


Last edited by madeinborneo on 1-12-2013 02:44 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 10:43 PM | Show all posts


ni depan apartment hantu tu..gambar apartment dalam Note aku..habis batt laa pulak. nih dalam pc..
Last edited by madeinborneo on 1-12-2013 02:45 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 10:46 PM | Show all posts


nampak banyak rumah kan? haram tak de manusia..low season. another 3 weeks baru ramai nak ski..mana laa hantu tak menetap...kikiki
Last edited by madeinborneo on 1-12-2013 02:46 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.149894 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list