|
suka Delia dgn Dzariff.... |
|
|
|
|
|
|
|
dzariff tu adam ker??
kan best kalo dell ngan dzariff... |
|
|
|
|
|
|
|
tolonglaa delia dgn adam.. dpt terasa betapa seksanya adam tgk dania dgn dani dr jauh tanpa kembar berdua tahu tu ayah deols.. arghh tacing plakkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Bab27
Masa berlalu pantas. Pejam celik pejam celik sudah pun menginjak ke bulan November. Bermakna tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk Delia menyiapkan segalanya. Stress! Dan hari ini dia terpaksa menemani Puan Sri Ezzah untuk food tasting yang terakhir.
“Busy sangat ke Ameer tu? Susah betul auntie nak tengokmuka dia sekarang. Memanjang hilang.”
Delia yang sedang menyudu coconut pudding angguk kepala. Akram baru-baru ini menerima tender besar dari satu syarikat multinasional untuk membekalkan racun pertanian keseluruh ladang-ladang dan estate-estate milik syarikat itu.
Oleh kerana Ameer turut bertanggungjawab dalam hal-hal marketing, jadi dia terpaksa mengiringi Marketing Director, Mr Chua turun padang untuk melawat seluruh ladang-ladang yang berkaitan. Dari utara ke selatan.Timur ke barat. Mujur tidak perlu ke Borneo sana!
“Akram dapat projek baru auntie. Tu yang lately Ameer sibuk semacam. 24 jam outstation! Lia sendiri dah dekat dua minggu tak jumpa dia.”
“Sibuk hal kerja takpe. Jangan melencong ke tempat lain sudah!”
Serentak dengan itu Delia tersedak. Pantas dia capai gelas yang berisi air kosong bagi membolehkan pudding yang tersekat di tekak meluncur laju ke perut. Dalam pada itu dia dapat rasa usapan lembut di belakang badan.
“Kunyah perlahan-lahan, Lia. Lama lagi kita dekat sini.”
Delia senyum sebelum menghirup air kosong sekali lagi untuk menghilangkan rasa perit di kerongkong. Dia pandang Puan Sri Ezzah yang sedang menguis-nguis asam pedas daging tetel di pinggan. Kata-kata Puan Sri Ezzah sebentar tadi masih lagi terngiang-ngiang di telinga.
Melencong ke tempat lain? Ameer nak melencong ke mana?
“Kenapa auntie cakap macam tu?”
“Cakap apa, sayang?” Jawab Puan Sri Ezzah pantas. Wanita itu kelihatan begitu teliti merasa dan menikmati menu-menu yang disediakan kerana mahukan yang terbaik buat seluruh tetamunya kelak.
“Yang auntie cakap tadi tulah. Pasal melencong tu.”
“Oh! Yang tu. Ingat apa tadi.” Puan Sri Ezzah tertawa kecil. Tak sangka Delia terkesan dengan bicaranya sebentar tadi. “Auntie just cakap je. Tak maksud apa-apa pun.”
Last edited by TJ2 on 15-4-2013 05:06 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nafas dihela perlahan. Delia kelegaan seolah disirami air sejuk bila dengar bicara Puan Sri Ezzah. Gila kau tak risau! Bakal suami tu! Walaupun hati belum sepenuhnya mampu untuk menerima tapi sedikit sebanyak rasa sayang itu sudah ada. Dan rasanya dia tidak bersedia untuk mendengar sesuatu yang kurang menyenangkan di kala ini di mana majlis perkahwinan mereka tinggal hanya beberapa minggu sahaja lagi.
“Kak Leha…”
Gamitan Puan Sri Ezzah pada seorang wanita bertudung pink membuatkan Delia berpaling. Dari jauh dia dapat lihat Hajah Saleha melangkah pantas menghampiri mejanya dan Puan Sri Ezzah.
“Ada apa, Puan Sri?”
“Confirm saya nak semua lauk-lauk ni. Sedap! Sekali-sekali buat ala kampung. Cuma daging ni akak bagi empuk lagi sikit! Lepas tu akak jangan lupa pula sambal belacan campur mangga dengan ulam. Memang terangkat!”
Sungguh-sungguh Puan Sri Ezzah berkata pada pemilik Saleha Catering. Hubungan yang rapat dengan Hajah Saleha buatkan Puan Sri Ezzah selesa untuk mengutarakan apa saja kehendaknya. Maklumlah mereka sudah biasa berurusan. Selalunya kalau Akram ada majlis, memang Saleha Catering yang dicari. Servis bagus dan makanan sedap! Harga pun berpatutan.
“Confirm ni tak nak daging masak hitam, ayam masak merah…”
“100 peratus confirm, kak! Saya dah jatuh hati dengan udang lemak tempoyak akak ni! Sedap betul!”
Hajah Saleha tertawa. Lucu dengan gelagat Puan Sri Ezzah yang dari tadi tidak berhenti menceduk udang masak lemak tempoyak ke dalam pinggan. Dari pakai sudu sehingga menggunakan jari. Masih tak habis-habis makan.
“Baik Puan Sri. Akak ulang menu untuk majlis ye. Asam pedas daging tetel, udang masak lemak tempoyak, sayur campur, ayam panggang, sambal belacan campur manga, ulam, cendol, jeli kelapa dan kuih-kuih. Air dengan buah-buahan akak sponsor.”
Pergh! Kecur air liur dibuatnya. Semua kedengaran menggoda. Delia telan air luar. Tak menahan bila dengar satu-satu menu yang disebut oleh Hajah Saleha.
“Ayam panggang tu kita cicah dengah sos ni kan, kak?”
“Haah! Cicah dengan homemade blackpepper sauce.”
Last edited by TJ2 on 15-4-2013 05:03 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Delia cuma memandang tanpa mencelah perbualan antara Ummi Ameer dengan Hajah Saleha. Malas untuk masuk campur. Dia lebih senang menikmati jeli kelapa yang masuk bekas ketiga. Sejuk je dekat tekak!
“Lia nak tambah apa-apa lagi tak?”
Mulut Delia terlopong. Nak tambah apa lagi? Ni pun dah cukup banyak. Auntie ni biar betul. Nak letak lauk sampai penuh meja ke?
“Tak nak lah. Kan dah banyak tu!”
“Ala…bukan selalu pun. Cakap je lauk apa Lia nak. Kambing ke sotong ke.”
Namun Delia tetap geleng. Lagi pun dah tak terfikir nak tambah lauk apa lagi. Daging ada, ayam ada dan udang pun dah ada. Takkan nak letak semua binatang kot? Mau pengsan orang yang datang tengok rimau tergolek atas meja! Eh! Mana boleh makan harimau!
“Ha! Nanti akak carikan orang jual aiskrim. Suruh dia datang sini masa tarikh tu.”
Hajah Saleha kelihatan mengangguk dan menulis sesuatu di buku kecil. Mungkin nota untuk diri sendiri bagi mengelakkan terlupa di kemudian hari.
“Nak buat apa aiskrim?” Tanya Delia lurus. Tak tercapai akalnya apa yang berada di fikiran Puan Sri Ezzah.
“Buat makanlah sayang oi!” Puan Sri Ezzah senyum lihat Delia yang terkulat-kulat. Dia kembali sambung kata-kata. “Saja auntie nak belanja. Kan Dani dengan Dania suka makan aiskrim.”
Apa-apalah auntie! Namun kata-kata itu hanya bergema di tekak. Tidak mampu diluah kerana Delia takut ada yang berkecil hati. Lagipun bukan dia yang bayar semua ni. So, Kenapa dia nak bantah? Diam-diam sudah!
Telefon bimbit jenama Samsung yang ada di atas meja berdering panjang. Puan Sri Ezzah pandang skrin dan senyum lebar.
“Hello…Assalamu’alaikum Jua. ” Ujar Puan Sri Ezzah sambil bangun. Delia cuma memandang dengan ekor mata. Auntie Najwa lah tu! Tak tau le kalau ada Jua yang lain. Entah apa yang dibualkan kedua biras itu.
Tiba-tiba Delia terbayang wajah Dzariff dan Dzara. Dua beradik yang berbeza tapi menarik. Sorang cantik dan sorang kacak. Sorang suka membebel tanpa henti dan yang sorang lagi hanya memerhati dengan senyuman.
Last edited by TJ2 on 15-4-2013 05:01 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Terkenangkan Dzariff buatkan Delia mengeluh. Dzariff sudah jauh berubah! Lelaki itu bukan lagi seperti dulu. Lebih banyak mendiamkan diri. Namun bila lelaki itu berbicara, Delia pula tidak mampu untuk memahami. Berfikir 3 hari 2 malam pun belum tentu dia boleh mengerti!
“Auntie, Dzariff pernah belajar dekat Sydney tak?”
Spontan dia bertanya bila Puan Sri Ezzah kembali ke sisi. Erk! Macamana boleh tertanya ni? Padahal dia tidak berniat pun. Delia pandang Puan Sri Ezzah yang kelihatan berkerut. Terkejut mungkin dengan pertanyaan yang muncul secara tiba-tiba. Atau mungkin…pelik? Pelik sebab bakal menantu sendiri sedang bertanya tentang lelaki lain!
Delia telan liur menanti jawapan. Dup dap dup dap! Jantungnya berdegup kencang seolah sedang menanti keputusan SPM. Nak tarik balik soalan tadi dah tak boleh.
“Pernah.”
“Eh! Bukan Dzariff dulu belajar dekat Rusia ke?”
Jantung Delia sudah berhenti berdegup kerana terlalu terkejut. Nah! Ambil kau! Gatal sangat nak tahu! Namun dia tidak boleh biarkan rasa itu terzahir di wajahnya. Dia tidak mahu Puan Sri Ezzah salah faham andai airmukanya berubah.
“Rusia?” Puan Sri Ezzah kelihatan seperti baru tersedar dari satu lena yang panjang.“Haah Rusia. Dzariff belajar kat Rusia. Yang pernah study kat Aussie tu arwah adik Dzariff bukan Dzariff.”
“Arwah adik Dzariff? Siapa?”
Ringan mulut Delia bertanya. Entah kenapa dia ada rasa ingin tahu yang amat tinggi. Mana tahu kot-kot jawapan yang bakal didengarinya nanti bisa merungkai kesemua tanda tanya yang ditinggalkan oleh Dzariff.
“Puan Sri…” Hajah Saleha kelihatan melambai dari jauh. Beri isyarat supaya Puan Sri Ezzah mendekat. Tadi hilang. Ni tiba-tiba muncul balik saat-saat kritikal macam ni! Kacau betullah! Rungut Delia geram.
“Ada apa, Kak?” Jawab Puan Sri Ezzah kembali.
“Nak tengok menu makan beradap tak? Ada dekat Pc akak dalam office.”
“Ok. Saya datang sekarang.” Tak banyak cakap Ummi Ameer ini terus berdiri. Melihat Delia yang masih tidak berganjak, wanita itu kembali berkata. “Lia tak naktengok sama ke?”
“Auntie jelah tengok.”
Wanita anggun ini terus melangkah pergi. Langsung tidak mempersoalkan kenapa Delia tidak mahu mengiringinya ke pejabat Hajah Saleha. Pandangan Delia masih lagi terhala pada langkah Puan Sri Ezzah yang semakin jauh dan kemudian hilang dibalik pintu.
Dagu ditongkat ke meja. Kusut bila terfikirkan soal Dzariff. Dah tahu kusut, kenapa sibuk-sibuk fikir? Marah suara yang ada di dalam kepalanya. Bukan sengaja nak fikirlah! Kan dah cakap tadi, terfikir! Maknanya tak sengaja nak fikir! Tingkah satu suara lagi.
Delia mengeluh. Kalau boleh, jangankan Dzariff…semua benda pun dia tak mahu fikir. Kerana bila berfikir semua jadi makin berbelit dan takut nanti dirinya sendiri yang akan terbelit…
***********************
Last edited by TJ2 on 15-4-2013 04:58 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
So Dzariff adalah abang kepada Adam......betul kan? |
|
|
|
|
|
|
|
entah2 dzariff ni kembar adam tak?maybe kembar x seiras,sbb tu delia x cam muka dzariff...speku je.... |
|
|
|
|
|
|
|
errrrkkk...adakah dharif kembar adam....ataupun yg meninggal dunia tuh dhariff...semuanya diselubungi misteri................
|
|
|
|
|
|
|
|
Segalanya mungkin... |
|
|
|
|
|
|
|
dzariff nie abg adam ker??
tt smbg ler lg.... |
|
|
|
|
|
|
|
Fuh...puas bermaraton...mmg puas hati...sila...sila...sila sambung lg yer TJ |
|
|
|
|
|
|
|
sambung la lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
agak2 ada sambungan tak hari ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm tak de sambungan je hari ni huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
semakin mantap cerita ni..cepatlah ada sambungan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|