|
Dah seminggu berlalu si tengkujuh tak bertegur sapa dengan aku lepas sesi soal jawab dan luahan perasaan malam tu. Dia merajuk agaknya. Tapi sebab dia dah janji yang hari ini dia nak bawak aku melawat Umi dan Mama, jadinya kami pun berlagak macam pasangan yang harmoni kekdahnya.
Lepas makan malam, aku tolong Bik Mah di dapur. Dulu, masa aku mula-mula join famili ni, Bik Mah bising kat aku, katanya aku tak layak masuk ke dapur. Tapi tahu kah Bik Mah, aku ni lagi tak layak masuk ke dalam istana ni.
"Bik, biar Ju bawak air ni ye..", saja aku offer diri. Kasihan Bik Mah. Lagipun setakat bawak sedulang air, apalah salahnya.
Sebaik sampai di sliding door yang memisahkan ruang tamu dengan taman bungan Umi, aku terdengar perbualan Naim dengan Umi dan Walid.
"Macam mana kamu dengan Ju?", itu suara Walid. Hati berdebar-debar nak mendengar jawapan Naim.
"Macam biasa aje, Walid. Alhamdulillah..", syukur, pandai dia cover. Bagus..aku belanja kau sarapan pagi esok, nasi lemak Kg Baru sambal sotong.
"Betul kamu okey, Man? Kami cuma mahu kamu bahagia. Hidup macam orang lain. Lagipun, belum tentu lagi Ju tu suka pada kamu Man..", Umi nyatakan pendapatnya. Mata orang tua yang melihat. Thumbs up untuk Umi.
"Betul Umi, kami okey. Tapi memang lah buat masa ni hanya Man aje yang bertepuk sebelah tangan..", ada nada kesal dalam nadanya. Dah aku suka Fazdwan, nak buat macam mana..
"Kan Umi dah cakap dulu, hati orang tak boleh dipaksa, Man..lagipun Ju tu tak sempat kenal dunia luar, kamu dah beria-ia ikat dia. Sebab tu agaknya dia tunjuk perasaan..",
"Entah lah Umi...selagi hati Man ni ada rasa suka dan sayang, Man akan usahakan sebaik mungkin..",
"Tak apa lah, Man. Walid doakan agar kamu berdua dapat apa yang kamu cari selama ni..", Walid kalau berbicara, memang lembut dan manis bunyinya.
"Man cuma mau Dian Juwita...",
"Atau nak Umi kawinkan kamu dengan Chenta?", terdengar gelak dari mereka bertiga.
Chenta? Siapa Chenta? Ini first time aku dengar nama Chenta disebut. Umi ada calon lain untuk Naim ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ariellin at 20-8-2010 23:17
Dengan alamat yang masih di tangan, aku beranikan diri ke Percetakan Nasional Berhad di Jalan Chan Saw Lin, KL. Aku mintak half day hari ini semata-mata nak ke sana. Dari kilang, aku naik cab untuk sampai ke sini. Alamat ni pun aku dapat daripada Ayumi.
Setelah bayar tambang cab, aku melangkah keluar. Mulut membaca Bismillah. Semoga dipermudahkan urusanku hari ini, Ya Allah.
Aku betulkan duduk baju kurung yang tersarung. Rasanya dah molek sangat ni. Melangkah masuk ke dalam lobi, aku terus menuju ke receptionist.
"Maaf tumpang tanya. Boleh saya berjumpa dengan Syed Fazdwan?", perempuan tu pandang aku. Senyum.
"Sebentar Puan..", kemudian dia mendail nombor office orang yang dicari.
Gagang telefon diletak.
"Puan boleh naik ke Three Floor",
Three Floor? Nak terburai isi perut aku bila budak perempuan tu sebut perkataan tu. Sepatutnya Third Floor, cik adik. Tapi mengenangkan niat aku datang ke sini, aku batalkan gelak jahat aku tu.
"Okey, terima kasih", dan aku berlalu menuju ke lif.
Setelah pesanan aku disampaikan oleh adik kerani di pejabat itu, terpacak Fazdwan di hadapan aku. Agaknya sebab terperanjat yang amat sangat tengok aku yang ada di depan mata, dia tepuk dahinya berkali-kalinya.
Aku cuba senyum tapi macam mampu tak mampu.
"Mimpi apa cari saya?", dia mulakan bicara saat kami putuskan untuk keluar ke coffee house yang berdekatan. Lebih selesa rasanya di sini.
"Saya nak mintak maaf..", memang itu tujuan aku. Minta maaf pada dia. Dia tenang sambil menyedut minumannya.
"Emm..saya juga. Akibat kurang waras, saya tergamak...",
"Eh...tak apa lah...mungkin sebab salah faham..", aku saja potong ayatnya. Tak nak ingat perkara tu.
Diam. Aku ambil peluang memandang wajah itu. Dia masih macam dulu jugak. Masih handsome. Masih ada ciri-ciri seorang ketua dalam dirinya. Cuma dia sedikit berisi sekarang.
"How's life?", entah soalan jenis apalah aku tanya ni.
"Macam biasa..", dia kecilkan matanya. Nampak sepet sungguh. Dulu aku suka mata itu.
"Kita mulakan semula....", dia sambung bicara. Serius memandang aku.
Fikir secara waras, Dian Juwita. Biar kau tak suka pada Naim tu sekalipun, dia tetap suami kau yang sah. Kau keluar jumpa Fazdwan ni pun, dah satu dosa. Jangan biar suami kau tu tanggung dosa besar kau..hati berbicara.
Tapi aku suka sangat dengan Fazdwan....ishhh...tak boleh...tak boleh...
"Emmm...tak per lah...saya balik dulu..ada masa, kita jumpa lagi", aku tabur janji manis pada Fazdwan. Aku terus bangun meninggalkan dia yang terkulat-kulat.. |
|
|
|
|
|
|
|
aduiih..naim ada calon lain pulak... jgnlah ariel pisahkan naim dgn dian ya???? |
|
|
|
|
|
|
|
Sungguh, biar malu macam mana sekalipun, kali ni aku tekad nak mintak tolong dengan Naim. Dengan terbongkok-bongkok menahan sakit perut, aku ketuk pintu biliknya perlahan. Diam. Aku ketuk sekali lagi. Masih diam..
Aduh !! tak tahannya..aku terduduk di muka pintu.
"Naim...", aku panggil lagi namanya. Aku ketuk lagi pintu itu berkali-kali.
Tak lama, dengar tombol dipulas.
"Ya Allah, kenapa ni..?", Naim letak tangannya di dahi aku.
"Ishh...panas ni. Kita pergi clinic ye..", Naim angkat kepala aku. Tangan aku masih memegang perut.
"Tak nak...aku sakit perut. Dah tak larat..", malu nak berterus terang dengan Naim. Aku yakin dia akan ketawakan aku.
"Kenapa? Gastrik?", aku gelengkan kepala. Bukan lah..sambil aku pandang muka Naim yang cemas.
"Habis tu, apendiks ke?", dia dah kalut. Aku geleng lagi.
"Kalau bukan gastrik, apendiks, apa dia?", dia tanya lagi sambil mendukung aku. Kemudian dia baringkan aku di katilnya. Aku merengkok menahan sakit. Rasanya peluh dah memercik. Memang rasa tak selesa.
"Dian Juwita, sakit apa sebenarnya ni? Atau senggugut?", Dah macam main teka teki pulak.
"Kena cirit birit...", lepas tu, aku sorokkan muka di balik bantal. Aku confirm, ni semua gara-gara roti canai yang aku makan dengan Miss Wong di cafe kilang semalam.
"Ya Allah, cirit birit rupanya...ingatkan apa lah tadi. Buat saya risau lah..", dia tepuk dahinya.
Aku serius lah, bongok betul. Memang dah berbelas kali aku keluar masuk toilet harini. Tapi macam dah okey sikit. Kenapa pulak aku nak mengada-ngada dengan si tengkujuh pulak ni?
"Tak pe, nanti saya masak bubur. Dian Juwita tidur dulu, ye. Rehat..", sempat dia cium pipi aku sebelum keluar dari bilik.
Buat bubur kat dapur McD lah tu...aku buat spekulasi sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya mereka bertiga nie... |
|
|
|
|
|
|
|
ler...kena cirit birit ke?....syukur ada hubby sebaik Naim {:1_134:} |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 541# ariellin
jgnlah nagis, aku xreti pujuk
bkn apa dh baca yg bila bad boy ni dapat/temui cinta sejati, diorg akan berusaha tuk berubah dan membahgiakan pasangan mereka..
akhirnya diorg bahgia walaupun pahit pd permulaanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
ummi naim ada calon tuk naim...
dian juwita tak terasa cemburu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ariellin at 21-8-2010 07:06
Perlahan-lahan aku bukak mata bila terasa ada tangan yang menyentuh kaki. Ternampak jam di dinding, pukul sepuluh malam. Patutlah samar-samar aje. Sejuknya. Aku tarik semula selimut ke badan. Pandang sekeliling.
"Eh..aku kat mana ni?", pelik, ni bukan bilik aku..spontan bangun dari tidur.
"Huhh Ya Allah...terkejut saya..", aku urut dada. Naim senyum gelihati melihat reaksi aku. Kemudian dia on lampu di tepi katil. Silau.
"Dengan hasben sendiri pun nak terkejut..", dia duduk sambil membawa dulang yang berisi semangkuk bubur dan hot choclate, barangkali berdasarkan pada aromanya. Wangi..
"Saya suap...", dia mula membawa sudu berisi bubur ke mulut aku.
"Ehh..tak payah susah-susah lah..aku boleh makan sendiri. aku makan di dapur..",
"Tak pe, saya suap. Supaya awak tak diserang cirit birit lagi..", aduh Naim, gelihati aku dengar perkataan 'diserang' tu..macam tak ada ayat lain yang kau nak guna.
"Betul..tak pe..aku boleh makan sendiri..", tunjuk keras kepala. Dan Naim macam biasa, kepala dia lagi keras dari kepala aku yang memang keras bila dengan dia. Tu lah, sendiri cari penyakit. Kau yang gatal sangat datang pada dia..rasakan!hati mengutuk diri sendiri.
Aku telan bubur itu. Sedap. Tak sangka tengkujuh ni pandai masak. Kalau nak bandingkan dengan masakan aku, memang macam langit dengan bumi. Tapi Naim tak pernah komplen apa yang aku masak untuk dia. Ya lah, aku masak pun ikut mood. Dulu aku goreng ikan sampai hangus pun, Naim tak bising. Masak sayur terlebih garam, pun Naim belasah masuk mulut dia.
"Sedap...", ikhlas aku puji. Dia senyum sambil hulurkan mug berisi hot choclate itu pada aku.
"Sedap ke?", aku angguk laju. Dah memang sedap, takkan aku nak bohong.
"Terima kasih lah pada pakcik McD..", terhenjut-henjut dia ketawa. Saat ni aku rasa macam nak kunyah-kunyah si tengkujuh ni. Kalau bubur McD, memang lah sedap..ha ha ha Dian Juwita dah kena tipu !!!
"Erk...", aku sendawa.
"Alhamdulillah..", Naim ucapkan syukur bagi pihak aku, malunya.
"Boleh pinjam katil..?", tiba-tiba timbul soalan yang mengada-ngada. Spontan aku tutup mulut.
Dia dah mai, dah...tengok tu. Dengan senyum manis dia, dengan badan yang gagah perkasa macam body builder..eh bukan, dia ni sedang-sedang aje, namun boleh menggugat iman aku kalau tengok dia hari-hari. Dian Juwita, tetapkan iman anda !!
Naim dah duduk ambil tempat di sebelah aku. Kemudian dia bangun semula. Entah kenapa, hati aku rasa sedikit perasaan kecewa. Dia tutup pintu rupanya. Hah !! tutup pintu? Aku dah kalut..baik blah sebelum apa-apa kejadian buruk berlaku.
Tapi aku tak buat apa-apa pun masa dia rebahkan badan dia di sebelah aku. Masa mata kami bersatu.
"Siapa Chenta?", aku tanya Naim tiba-tiba. Pelik ! Tak ada reaksi yang luar biasa dari dia.
Aku rasa paha dia yang dah menyentuh paha aku. Salah sendiri, dengan baju tidur singkat lepas cirit birit, aku terus meratap sendu mintak tolong dengan dia. Macam tak boleh tukar baju lain sebelum nak mintak tolong..aku kutuk diri sendiri.
"Chenta tu, anak jiran sebelah rumah Umi. Umur dia tiga tahun setengah. Umi sayang dengan dia sebab dia manja..", aku terus gigit bibir. Malunya..Naim ketawa.
"Kenapa? Dian Juwita cemburu ye?", dia pegang dagu aku. Geleng. Mana ada cemburu.
"Dian Juwita, kalau sudi katakan sudi, tidaklah kanda ternanti-nanti..", amboi..dah datang aura berpantun dia.
"Tak ada masa", aku juihkan mulut. Dia ketawa lagi.
Kemudian tangannya memaut pinggang aku kemas. Saat ini dah tak ada walau seinci jarak antara aku dengan Naim.
Kali ini, aku kena tunjuk kuat. Jangan patah semangat Dian Juwita.
Aku pandang tepat matanya. Macam nak bagitahu dia, Dian Juwita bukan insan yang lemah, tau. Tak main lah dengan pujuk rayu tu semua.
Tapi, bila bibir hangat Naim dah mencecah ke dahi, aku terus pejam mata. Aku benci kau Naim Najman. Kau suka melakukan sexual harrasment kat aku !!
"Dian Juwita, percayalah, saya cintakan awak..", bisik dia di telinga. Entah kenapa, rasa itu menyelinap masuk ke hati. Membuatkan dada berdebar-debar.
"Tapi aku suka Fazdwan..", perlahan aku bagitahu Naim. Aku tak tahu kenapa, tapi aku selesa begini bersama dia. Terasa selamat.
"Awak hanya suka dia, bukan cintakan dia..", bukan suka dengan cinta tu, benda yang sama ke? Hati bertanya. Tiba-tiba confuse.
"Saya nak cium awak puas-puas", dia minta izin? Macam tak percaya sebab selama ni, dia main aci redah aje. Pantang ada peluang.
Dia masih pandang aku. Nak jawapan ke?
"Tak boleh...nak tidur..",
Dan habis aje ayat itu, aku kena kira kambing biri-biri hingga aku sendiri tak tahu berapa banyak jumlahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
ummi naim ada calon tuk naim...
dian juwita tak terasa cemburu ke?
mijot Post at 21-8-2010 00:26
dah ada jawapannya |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ariellin at 21-8-2010 07:23
Tadi, lepas solat Zuhur Marshila telefon, katanya Mama dengan Papa nak datang menziarahi kami. Lepas tu, dia siap cakap, yang Mama dengan Papa nak bermalam kat rumah aku, eh silap ! Rumah Naim.
Aku masuk ke bilik Naim. Nampak dia sedang leka dengan kerja-kerja pejabatnya. Aku keluar semula. Kemudian ketuk pintu. Dia menoleh.
"Kenapa?", aku datang dekat pada dia. Berdiri tegak macam pesalah yang sedang menanti hukuman gantung.
"Dian Juwita, kenapa pulak ni?", Naim bertanya lembut.
"Mama dengan Papa..nak tidur sini..hari ini!", saja aku tekankan ayat 'hari ini' tu. Dia senyum. Kemudian matanya terarah semula pada kertas-kertas yang ada depan mata.
"Tidur aje lah. Nak duduk dengan kita pun, saya tak kisah..", aku rasa macam nak luku-luku aje kepala budak ni. Geram betul. Dia ni faham ke buat-buat tak faham.
Dia letak semula pen di tangan. Tarik dan dakap aku. Aku ni boleh mati lemas kalau macam ni hari-hari, Naim oiii...
Kedudukan Naim yang duduk di kerusi, menyebabkan kepala dia menyandar di perut aku yang flat ni. Mujur tak boroi..kalu tak sure malu. Tiba-tiba perasan !! Ha ha ha, hati ketawa sendiri.
Aku masih berdiri tegak. Kemudian, aku rasa tangan dia menyelak baju. Ciuman dia singgah di perut aku. Erk...Naim, kau nak buat apa ni?? Aku masih suci lagi tau !! Tak nak lah kira kambing biri-biri siang hari !! ooo kau nak kira kambing biri-biri malam hari, ye Dian Juwita..?? Hati mengejek.
"So macam mana?", aku tolak kepalanya perlahan.
"Ya lah, kita kemas bilik belakang tu. Tapi macam mana kalau Mama dan Papa tau yang kita tidur asing?", Naim ni gertak aku ke?
"Kalau malam, kita berlakun lah. Kau masuk lah bilik aku, lepas confirm Mama dengan Papa dan tidur, kau balik lah bilik kau", terasa nak main hide and seek pulak bila dah tua-tua ni.
"Deal erk...jom ..", aku terus keluar dari situ. Tak nak berlama-lama dengan Naim. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenyang sungguh perut ni sebab Makcik Ros masak macam-macam untuk dinner. Ada siakap tiga rasa, lepas tu ada sup cendawan. Lepas tu ada ketam goreng. Ada desert. Semuanya Makcik Ros yang masak. Aku? Cuma sediakan perut yang kosong aje.
Sekarang, aku dengan Naim di atas katil. Masing-masing diam, kenyang sangat agaknya. Aku buka tingkap, dari diam begini, baik dengar bunyi kereta yang lalu lalang di bawah tu. Boleh menghilangkan sedikit rasa gementar yang ada.
Kenapa entah, sejak akhir-ahir ni, ada rasa lain macam bila tengok Naim. Cara dia bercakap dengan aku. Cara dia layan aku. Cara dia protect aku. Semuanya membuatkan aku rasa selamat bila berada dekat dengan dia.
"Naim, hari tu, aku jumpa Fazdwan..", jujur aku beritahu dia. Dia pandang aku.
"Awak memang suka dia ke?", ini first time aku dengar dia tanya pasal perasaan aku. Selama ni, hanya fikir perasaan dia je. Mungkin dia dah sedar diri, agaknya.
"Yup, aku suka dia masa first time aku jumpa dia. Suka sangat..", mana mungkin aku lupa bila pertama kali ternampak kelibat Fazdwan di court bola tampar. Walau pun masa tu, aku tak kenal pun Fazdwan sebab dia baru aje daftar masuk ke Tunas Setia.
"Sekarang, suka lagi ke?", Naim bertanya. Aku pandang dia.
Suka ke? Suka agaknya. Entah, tak tahu pulak. Suka ke tidak? Kenapa sekarang ni aku tak ada rasa excited bila cakap pasal Fazdwan? Aku sebut nama Fazdwan depan Naim pun sebab nak tengok reaksi Naim.
"Awak dah confuse dengan perasaan awak sendiri, Dian Juwita...", dia pegang tangan aku erat. Dia cium.
Dulu aku menyampah tengok muka si tengkujuh ni. Aku sakit hati bila dia hantar surat cinta pada aku. Aku geram bila dia ugut budak Anis tu. Aku malu bila dia hadiahkan fireworks tu pada aku.
Tapi sekarang, hati aku macam dah lain macam. Perasaan aku pun tak sama macam dulu. Aku rasa berdebar-debar setiap kali bibir dia menjelajah setiap inci wajah aku. Bila dia kucup bibir aku.
Tapi aku tak nak terburu-buru. Hidup hanya sekali. Aku nak bahagia yang selamanya.
"Atau, awak fall in love with me?", aku jerit geli dengar pertanyaan dia.
"Perasan..!!",
Erk.....dia memang pandai ambil kesempatan mencuri bibir aku !!
"Next week, company buat function. I hope you will accompany me", dia bisik di telinga aku.
Ha !! dinner? Mana ada baju cantik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Di depan cermin, aku belek lagi muka. Berhias sebaik mungkin. Kebaya nyonya kaler hijau pucuk pisang bersulam bunga ros dengan kain silk kaler pink, cantik terletak di badan. Si tengkujuh tu yang hadiahkan untuk aku. Dia macam tau je aku tak ada baju cantik. Ye lah, duit gaji aku banyak mana kalau nak shopping hari-hari. Memanglah Naim tu baik hati bank-in duit setiap bulan tapi aku belum kemaruk nak guna duit dia. Mana tau kalau jodoh tak panjang....
Aku belek lagi wajah. Masa nak mengenakan tudung kepala, tiba-tiba Naim datang menjengah.
Terpaku aku tengok dia. Handsome nye kamu. Baru aku tau laki aku selama ni memang kacak bergaya.
Aku tersedar bila nampak dia menapak masuk ke dalam bilik. Wanginya kau, Naim. Tiba-tiba kalut aku memakai tudung.
"Eh, kejab. Aku nak pakai tudung dulu..", sempat kerling jam di tangan. Awal lagi. Takkan nak pergi sekarang. Takkan nak jadi penyambut tetamu, kut !
Dia pandang aku tak berkelip.
"La, kenapa pulak kau ni? Tepi lah sikit, aku nak pakai tudung ni..", dia beralih sedikit dari meja solek. Mengganggu gugat ketenteraman awam betul, lah.
"Cantik..",
"Apa yang cantik? Baju ni? Terima kasih..", aku selamba. Tapi baju ni memang cantik pun. Mesti mahal dan aku tak nak bayangkan berapa harganya.
Tiba-tiba dia peluk aku erat. Pergerakan aku terhenti. Nafas turun naik dengan kencang. Ada debar di dada. Aku pejam mata erat-erat.
Aku rasa dia cium hidung aku. Kemudian singgah di dahi. Menjalar ke telinga. Terus ke pipi. Terasa tangannya membuka butang baju kebaya aku. Terasa tangan sasa itu mengelus lembut bahu aku. Bibir kami bersatu. Otak mula tidak berfungsi dengan normal. Dia cium leher aku. Seram sejuk. Bibirnya sampai di pangkal dada. Oh Tuhan..!! Stop !! Lampu sudah merah.
"Chupp !! aku nak siap. Kau tunggu kat luar..", aku nampak muka Naim yang kecewa. Bila dia keluar dari bilik, aku terus tutup pintu.
Terduduk di birai katil. Sedihnya. Berdosa besar kah aku? Ya Allah...berilah aku petunjukMu.
Naim, berilah aku masa.. |
|
|
|
|
|
|
|
sian gak kat NAIM...
JUWITA bagilah peluang kat NAIM... |
|
|
|
|
|
|
|
Saat kaki melangkah masuk ke Grand Ballroom Istana Hotel itu, mata aku terpaku. Aduh ! grandnya majlis dinner ni. Kami berpimpin tangan. Aku perasan semua mata terarah melihat kami. Kenapa ya? Nampak pelik ke? Aku tak sesuai ke bila bergandingan dengan Tengku Naim Najman Naufal ni? Hati mula berprasangka.
"Assalamualaikum, Umi", aku memeluk Umi erat. Aku lihat ada garis senyuman dari wajah Abang Long yang setia dengan spek hitamnya. Dulu mula-mula memang pelik tengok perangai Abang Long. Bila aku tanya Umi, dia beritahu, fikiran Abang Long tak berapa normal akibat demam panas masa dia berumur tiga tahun. Tapi Umi kata, Abang Long baik. Yup, Abang Long memang baik. Aku sayang Abang Long macam abang aku sendiri.
Dan aku tak hairan lah bila Naim yang dilantik jadi Vice President. Sebab dia memang layak dan berkaliber. Lepas tu dia cool dua puluh empat jam.
"Umi, Man nak pinjam Dian Juwita..", Naim minta izin. Umi menganggukkan kepala.
Aku melangkah bersama-sama Naim.
"Awak cantik malam ni, Dian Juwita. Seindah nama awak..", dia puji aku. Ikhlas ke ni?
"Terima kasih..",
Saat aku ditinggalkan oleh Naim yang rancak berbual dengan beberapa eksekutif, aku perasan ada beberapa pasang mata yang memandang aku. Tengok dari wajah masing-masing, macam ada rasa tak puas hati pada aku. Aku ada buat salah ke?
Kemudian, Naim paut pinggang aku. Kami menuju ke arah sekumpulan wanita yang pada aku, semuanya cantik-cantik belaka. Nampak moden. Terliuk-liuk badan mereka bila berhadapan dengan Naim Najman. Macam ulat beluncas nak menggedik.
"Perkenalkan, my beloved wife, Dian Juwita Hussin..", aku hulurkan tangan. Nak tak nak aje mereka menyambut salam aku. Muka pun macam tak puas hati. Apa kes?
Majlis selesai tepat jam sebelas setengah malam.
"Saya dah booked bilik malam ni. Di sini..", saat aku mengajak Naim pulang.
"Ha..kenapa?", confuse aku dengan tengkujuh ni. Motif buang duit padahal rumah sekangkang kera.
Tanpa menjawab soalan aku, dia bawa aku masuk ke lift. Kemudian kami naik ke bilik paling atas.
Kaki melangkah masuk. Mata terpegun. Wah !!! cantiknya bilik ni. Selama ni, aku tak pernah tidur kat hotel. Tapi bilik yang ni, sebesar kondo kami, eh silap lagi, kondo Naim. Entah berapa ribu pulak harganya.
Aku duduk di sofa yang tersedia. Kemudian, lampu terpadam. Gelap gelita. Black out ke? Spontan aku meraba-raba.
"Naim...!! Kau kat mana?", aku memang tak nampak apa-apa sebab bilik ni tak ada tingkap langsung, aku rasa.
Aku panggil lagi nama nya.
"Naim, jangan tinggalkan aku...aku takut..", aduh ! kaki terlanggar sesuatu.
Dan tiba-tiba ada cahaya terang yang datang menerangi kegelapan. Syukur Ya Allah...
Samar-samar aku nampak kelibat Naim membawa sebiji kek. Birthday siapa?
"Happy birthday sayang..", dia kucup pipi aku. Birthday aku ke? Hari ni berapa haribulan ya?
A'ah...macam mana boleh lupa ni. Aku senyum pandang dia. Terharu. Betul-betul terharu.
"Tiup lah...", dia letak kek itu di atas meja.
"Kalau tiup, nanti bilik ni gelap", betul lah. Mana ada tingkap kat sini. Nama aje bilik mahal..tingkap pun tak boleh nak sediakan.
"Sekejab", bergegas Naim bangun. Kemudian tarik tirai yang di depan mata aku. Ha...cantiknya KLCC waktu ni. Cahaya lampunya memancar-mancar. Berkilau bak berlian.
"Okey, awak boleh tiup", dan aku terus tiup lilin itu. Dia ambil sepotong kek kemudian dia suap ke mulut aku.
"Hei...kenapa menangis ni??", dia sapu air mata yang tumpah. Entah kenapa aku rasa terharu sangat dengan kasih sayang Naim. Aku pasti, hati ini dah terbuka untuk dia. Aku yakin seratus peratus.
Seandainya benar dia diciptakan untuk aku, aku rela serahkan semuanya untuk dia kerana dia memang ada hak ke atas aku.
"Shuuuhhhh...dah...", dia peluk aku perlahan.
Buat pertama kalinya, aku balas pelukan dia dengan erat. Aku yakin kini. Sungguh benar-benar yakin.
Mungkin benar, aku suka Fazdwan tapi dengan Naim, perasaan aku lain.
Ada rasa menyampah, ada rasa benci. Ada rasa suka. Ada rasa debar. Tak perlu jadi orang lain kalau dengan Naim . Tapi kalau dengan Fazdwan, aku kontrol ayu. Cakap pun lemah lembut. Macam puteri lindungan bulan. |
|
|
|
|
|
|
|
banyaknya n3
tima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
kelakar lah..
bila NAIM peluk JUWITA mesti JU nak kena kira kambing biri
xde benda len yg nak dikira....
NAIM sikit lagi, JU dah sampai takat lebur tu...
tak lama lagi cairlah tu |
|
|
|
|
|
|
|
kelakar lah..
bila NAIM peluk JUWITA mesti JU nak kena kira kambing biri
xde benda len yg nak d ...
mijot Post at 21-8-2010 09:12
perlukah Ju kira bulu dada naim |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|