CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: skuter_buruk146

Beijing, China [PART 5]

[Copy link]
Post time 23-3-2017 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
nohas replied at 22-3-2017 09:59 AM
you ddk hotel mana?
transport senang je, naik metro
sy tengok kt chaoyang theater (ambik info dl ...

Duduk dekat 161 hostel..dekat dgn dongsi station. So kang plan jalan kaki je utk ke wangfujing & forbidden city.

Tak jadi kot tgk acrobatic show. Ingatkan gempak macam cirque du solei nye..haha.

Makan tak peking duck? Ada recommendation utk restoren best?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 12:30 PM | Show all posts
plja2117 replied at 23-3-2017 02:58 AM
Duduk dekat 161 hostel..dekat dgn dongsi station. So kang plan jalan kaki je utk ke wangfujing & f ...

bagus jalan kaki..
drpd turun naik tangga kt metro..letihh
tak mkn peking duck..
Restoran Judehuatian tu ada jual. kot.

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2017 07:39 PM | Show all posts
Edited by arin51 at 30-3-2017 07:41 PM

Saya dah selamat balik dari Beijing 26 March lepas.Alhamdulillah.

Sebelum pegi sy rasa mcm separuh hati je nak pegi sebab baca kat blog rata2 cerita pasal kebersihan tandas, peniaga yg marah2, letak harga tinggi, tak boleh pegang kalau tak nak beli nanti kena jerit dan mcm2 lagi. Tapi dlm banyak2 yg sy senaraikan tu sy cuma alami 1,2 benda tak best je.

Sy tinggal kat Lucky Family Hostel. Terima kasih tuan tanah yg senaraikan nama hostel ni kan front page. Sy tak survey pun mana2 hostel, asalkan ada alamat tempat tinggal masa nak apply visa dah cukup dah. Tp kawan sy pun suka tempat tu sbb dekat dengan main attractions & subway so kitorg pun tak pening kepala nak survey hostel lain.

Sampai Beijing hari pertama kitorg stay kat hostel je, check in awal dlm pukul 9.30am pastu petang baru keluar pegi Nuijie. Dah makan kitorg pegi The Place sbb nak tgk LED show tp biasa je takde apa pun. Pastu survey ticket utk Beauty & the Beast.

Hari kedua (Rabu 22/3) kitorg pegi Forbidden City. Niat asal nak beli semua entrance ticket tp nak jln ke tempat jual tiket pun rasa dh cukup dah pemandangan indah, kitorg beli 1 tiket je. Pastu dah puas jln dekat 2 jam dlm tu, naik tourist bus pegi subway station. Pegi masjid, solat & makan then pegi Wangfujing market beli souvenir sikit. Masa ni kena tarik dgn sorang seller perempuan. Dia buat mcm tu takde rasa nk tengok pun barang kat gerai dia. Ada  seller tempat kitorg beli magnet bagitau hari Khamis & Jumaat turun salji. Patutla sejuk semacam. Then pegi  The Plaza semula - movie time. Habis movie pegi mkn & balik hostel.

Hari ketiga (Khamis 23/3) pegi Beijing Zoo. Masa ni sy yg google cara nak ke sana. Rome2rio suggest maka kami pun ikut je la. Masuk dr southern gate, bayar RMB14 je untuk entrance & panda ticket. Pastu dah hilang segala penat sbb jumpa sakura & magnolia. Hati berbunga2





Tak banyak haiwan yg ada. Kitorang aim panda je. Jumpa panda nak balik terus.



Akhirnya setelah berjalan sejam lebih jumpa la entrance untuk tgk panda. Tunjuk tiket & masuk. Ada seekor panda tgh aktif gerak sana sini. Member lain tido





Dah puas tgk panda kami balik. Masa tu jumpa main entrance. Rasa masa terhenti kejap (cewah) sebab kat depan tu betul2 ada Beijing Zoo Station. Marahnya lah!! Sebab kitorang gigih naik jejantas, jln 1.6km nak sampai ke zoo tu.. sejak tu nampak je Beijing Zoo station muram sendiri

Lepas balik zoo singgah kat subway tu ada kedai2. Ada la kedai jual baju & kasut kitorg beli cardigan & baju tebal sikit. Pastu balik hostel hibernate tak mampu nak keluar. Mlm keluar pegi Bird Nest stadium & Blue Cube. Pastu pegi mall dekat2 situ then balik hostel.

Hari keempat (Jumaat 24/3) kitorg pegi Great Wall. Sebab malas nak fikir naik bas apa & subway line mana, kitorang ambik pakej dari hostel. RMB280 per person (makan 2x - breakfast & lunch, entrance ticket included). Tp kitorg dapat RMB260 sbb tak include breakfast & lunch. 7.40am staff ketuk bilik & bawak kitorg pegi main road sbb ada van tunggu kitorg. Dlm tu ada family 5 org dari Kanada. Tour guide kitorg bgtau semalam turun salji. Dlm hati menyesal tak pegi semalam. Pastu dlm 9.30am kitorg sampai. Kitorg pegi yg kat Mutianyu. Org tak ramai sgt & tour guide kata ramai yg cancel sbb hujan. Dia suggest kitorang ambik route ke kiri dari cable car station. Pemandangan lagi cantik katanya.

Masa tu sy rasa mcm tgk gambar. Salji memutih cantik jeeee..



Pastu tour guide bagi masa sampai 12.10pm, jumpa balik kat restoran bawah tu. Tapi sebab kitorg tak makan kitorg boleh dtg balik 12.30pm. Nak naik ke cable car station sy & kawan dah mencungap. Punya la tak fit pastu sy ckp kat kawan sy tak nak pegi mana2 nak duduk situ je. Sejuk & membayangkan panjangnya Great Wall tu sy nak jalan. hehe



Lps turun cable car, sy pulak yg tak sabar. Kitorg ikut ckp tour guide, ambik route kiri.















Tiba2 rasa masa yg tour guide tu bagi tak cukup. Sempat la snow fight atas tu & video call dgn member kitorg yg terpaksa cancel trip ni sbb faktor kesihatan. Ada minah salleh bg tip suruh pijak salji yg tebal, kurang risiko jatuh. Excited sgt kitorg sbb belum pernah jumpa salji sebelum ni.

Turun bawah van dah tunggu & terus balik hostel. Kitorang tapau makanan & keluar semula malamnya.

Sabtu 25/3 check out &  pegi mall. Dah dapat barang yg dihajati pegi Silk Street habiskan masa (dan duit) pastu pegi Temple of Heaven. Lps tu balik hostel semula ambik beg & pegi airport. Flight 2.30am Ahad 26/3 delay dlm setengah jam.

Ahad 9.30am selamat sampai KLIA2.

Sy rasa boleh nak repeat lagi pegi Beijing/China. Ada juga jumpa solo traveler dr Malaysia. Sempat dia bg tip mana nak cari barang. Sambil tunggu flight malam tu sempat borak dgn 2 Chinese families masing2 share cerita diorang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
arin51 replied at 30-3-2017 07:39 PM
Saya dah selamat balik dari Beijing 26 March lepas.Alhamdulillah.

Sebelum pegi sy rasa mcm separu ...

Wah bestnya tgk gambar great wall kosong je tak sesak.

Tumpang tanya..sim card beli kat sana ke? Susah tak nak register/activate? Beli kat airport ke? Tq
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 10:25 AM | Show all posts
plja2117 replied at 4-4-2017 09:20 PM
Wah bestnya tgk gambar great wall kosong je tak sesak.

Tumpang tanya..sim card beli kat sana k ...

Saya tak beli simcard. Sewa portable wifi dari KL - Travel Recommend RM19/day. Boleh guna utk 5 devices at one time tapi kena install VPN dari KL siap2 kalau tak tak boleh access mana2 website. Sy tak install, cuma boleh guna whatsapp & kakaotalk je
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
arin51 replied at 6-4-2017 10:25 AM
Saya tak beli simcard. Sewa portable wifi dari KL - Travel Recommend RM19/day. Boleh guna utk 5 de ...

Oo ok. First time dengar ni.
Dah bukak website dia. Rasa nak guna ni jugak la kot.

Laju tak connection dia dekat beijing? U guna satu router tu brape org connect?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2017 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by arin51 at 7-4-2017 12:54 PM
plja2117 replied at 6-4-2017 03:26 PM
Oo ok. First time dengar ni.
Dah bukak website dia. Rasa nak guna ni jugak la kot.



Sy pegi berdua. So connect dgn 2 phones je. Coverage dia kadang2 ok, kadang2 tak. Ada masa dlm subway/dlm bangunan tak dpt langsung msg dr whatsapp. Cuma dpt notification "you may have new messages"

Kadang2 ok je. Tp google map paling x boleh nk predict. Kitorg cari dulu info siap2 sblm keluar hostel. Print screen, tulis semua info. Hari pertama jelah susah sikit mmg bergantung kat wifi tapi wifi slow.. hari kedua dah ok sikit sbb dah buat homework dulu.

Tp ingat tau VPN tu penting. Sy terlupa nk download. Sampai Beijing dah tak boleh buat apa lah.. nasib baik kwn sy dah download siap2
  
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
arin51 replied at 7-4-2017 12:51 PM
Sy pegi berdua. So connect dgn 2 phones je. Coverage dia kadang2 ok, kadang2 tak. Ada masa dlm s ...

Tau tak vpn kawan u guna tu..vpn yang free ke vpn kena bayar? Tadi dah google tapi jumpa vpn yg kena byr usd12 utk sebulan.

Mmg dah siap2 print peta google maps siap directions semua. Sebab ingatkan kat sana takde nak pakai phone sbb macam leceh je kan nak kena beli local sim card.

So walaupun sewa mobile wifi kiranya kena simpan jugak la printouts tu semua. Untuk back-up. Nasib tak masuk tong sampah lagi. Hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2017 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
plja2117 replied at 7-4-2017 05:54 PM
Tau tak vpn kawan u guna tu..vpn yang free ke vpn kena bayar? Tadi dah google tapi jumpa vpn yg ke ...

Free je vpn tu.. kalau android download je kat play store. Ada byk bukan satu je, kawan sy downlaod 2. Dua2 boleh guna.

Simpan map yg dah print tu. Nanti boleh guna  
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ok..byk info bole gna utk g travel lps nie..terbaiikkkk lah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2017 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
terrbaaiik info..rasa lbih bersemangat lg nk g...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru sampai beijing 1am tadi. Landing pukul 1:15am..pukul 2:30 baru masuk teksi. Adoiii takutnya tengok driver teksi bawak kereta..laju & rapat sgt dengat kereta depan. Nasib la selamat sampai ke hotel.

Kitorang ddk dekat 161 hotel kalau jalan kaki lebe kurang 15 minit dari wangfujing.

Pukul 10:30am kluar hotel..makan dekat restoren halal, dekat dgn dongsi station. Portion besar & sedap. Total kena rmb93. Lepas mkn naik subway ke pearl market kena rmb12 utk 4 tiket one way. Baby & toddler free. Org2 china baik2..dorang tgk ada baby dorang bgn offer seat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat pearl mkt takde beli brg sgt. Baju2 tshirt tiruan nampak kualiti kain elok. Silk kimono pun byk yg lawa2. Tapi tah la takde pattern yg betul2 berkenan.
Beli beg kate spade tiruan utk anak. Iyo2 je org tu ckp kalau american dia jual 1,200..tapi sbb msian dia tolak jadi 850. Lepas tawar2 dpt la 130. Tapi ni rasanya klau 100 pun bole. Tapi tu la tatau harga kat petaling street brape entah2 kat msia bole dpt lagi murah. Hahha

Pastu beli alas meja lace sbb org pesan. Yang ni dia jual daripada harga asal 320 dpt 150. Yg ni tatau la bole lagi murah ke tak sbb beriya org tu ckp harga dah takleh kurang. Kalau beli 2 pun harga 150 gak satu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 11:56 AM | Show all posts
plja2117 replied at 17-4-2017 07:37 PM
Dekat pearl mkt takde beli brg sgt. Baju2 tshirt tiruan nampak kualiti kain elok. Silk kimono pun by ...

Bila tawar harga cuba mintak 70% dari harga yang dia tawarkan.  Bab lace tu kena tgk kedai sesetengah boleh je bagi less dari tu nak2 kalau beli banyak.  Cuba gi ke silk market pilihan lebih banyak berbanding di jade.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 10:48 PM | Show all posts
plja2117 replied at 17-4-2017 07:29 PM
Baru sampai beijing 1am tadi. Landing pukul 1:15am..pukul 2:30 baru masuk teksi. Adoiii takutnya ten ...

ok tak bilik kat 161 hotel tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2017 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
cupcakes replied at 21-4-2017 10:48 PM
ok tak bilik kat 161 hotel tu...

Ok la takat untuk tido aje. Location bagus, dekat dgn subway. Kedai makan halal ada 4 dekat2 aje. Tapi jgn pegi yg selang 2 kedai dari hotel tu..tak sedap & mahal.

Hotel takde view. Tgk luar tingkap nampak bumbung kedai aje. Hehe

Dlm bilik takde almari letak baju, so baju sangkut kat dinding. Bantal bagi satu katil satu aje. Takde lif kena naik tangga tapi ok la ada org tolong angkatkan beg masa check in tu.

Bilik air pun basic je takde bathtub takat shower aje. Shower pun separated by shower curtain aje dgn toilet. Tapi ok la bukannye nak berendam ke ape takat untuk nak mandi gosok gigi cuci muka kencing berak ada toilet paper tu dah kira ok la.

House keeping bagus tiap pagi dorang replace bagi berus gigi baru. I suka berus gigi dia lembut so tiap pagi bukak paket baru. Heheh

Location dekat dgn wangfujing tpt shopping besar tu. Kitorang jalan kaki je utk ke forbidden city. Kalau malas jalan bole je naik subway. Subway beijing senang takyah print map subway pun takpe senang nak navigate.

I pergi beijing dgn anak2, siap ada baby sorang, toddler sorang. Ok la jugak hotel tu untuk family. Kalau korang2 ni backpacker jalan bujang mmg lagiii la ok. Harga pun tak mahal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2017 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 18-4-2017 11:56 AM
Bila tawar harga cuba mintak 70% dari harga yang dia tawarkan.  Bab lace tu kena tgk kedai seseten ...

Pergi silk market. Kedai lagi banyak. Tapi takde beli banyak. Sebab baju2 dorang takde yg berkenan. Semua style2 mcm high fashion (tiruan of course). Kita ni bkn jenis2 stylo so mmg tak beli. Takat beli silk purse & kipas untuk bagi souvenir anak2 sedara aje. Tapi penat weh shopping kat beijing ni. Penat mental sebab semua benda nak kena tawar. Nak beli benda harga10 yuen pun kena tawar mcm nak rak sebab starting price dorang letak sampai 80 yuen. Tu yg tak shopping byk..sbb tak larat nak kena tawar semua benda.

Pergi bawak beg 20kg..balik 30kg aje. Family pun pelik tanya tak best ke shopping kat sana. Hehe

I mmg tak minat alas meja cadar duvet2 ni. Seblom gi beijing ingatkan nak beli brooch/pin tudung byk2. Kat beijing seketul pin tudung pun tak jumpa. Hahahah.

Anak sedara ckp nak souvenir iphone 5 case. Jalan pusing2 semua tak lawa. Tak byk pilihan pun sbb org semua dah pakai iphone 6&7..so takde beli phone case langsung kat beijing. Somi pakai samsung, nak beli phone case..pun semua tak lawa & tak byk choice. Kitorang ni yg pegi salah tpt ke..i pun tatau. Tapi ni yg kat kedai silk & pearl market la ni. Ataupun maybe sbb kitorang nye taste tak sama mcm org beiing kot. Yg dia rasa lawa kitorang nampak tak lawa. Hahah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 10:09 PM | Show all posts
plja2117 replied at 22-4-2017 08:37 AM
Pergi silk market. Kedai lagi banyak. Tapi takde beli banyak. Sebab baju2 dorang takde yg berkenan ...

Benda2 cam brooch/pin tudung kena gi Ghz, Shenzen, Hangzhou atau Shanghai baru banyak.  Beijing banyak benda2 cam alas meja sulam patchworks je selain baju2, kasut, bag atau barang2 cenderamata.  Kalau setakat phone casing Ghz dan Shz memang heaven untuk dia dari model baru hingga yang lama pun masih ada dia orang jual murah2 je, bertingkat2 just jual phone casing.  Memang betul org Beijing kebanyakan suka keep up dengan latest original iphone modal.  Kalau model baru keluar je berjela dia sanggup beratur nak masuk apple store utk beli macam nak beli ticket wayang.  Kalau dulu yang paling best kat Yong Chow market suma benda ada jual setempat senang sikit nak soping.  Tapi sayang dia orang dah tutup terpaksa beralah dengan pembangunan sebab bangunan dia dah lama lepas tu area kelilingnya pun dah penuh dengan uptrand shopping mall ala2 pavillion tu.  




Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 12:51 PM | Show all posts
aku pergi beijing hari tu takde masa nak usha tempat soping,sibuk berjalan je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 01:31 PM | Show all posts
pergi china ni paling tak best infomation agak limited.Kadang pergi tourism infomation diorang nak dapat pamplet pun kena beli.Kedekut bukan main.

aku pergi china aku akan print aout semua siap siap senang dengan bahasa cina sekali.Tapi china sangat best
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.381374 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list