CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

  [Copy link]
Post time 22-2-2017 03:53 PM | Show all posts
dani-rox replied at 21-2-2017 09:49 PM
pernah baca komen kat YT psl bideo Elisa dlm lif... yg kita tengok tu, sebahagian jah. selebihnya  ...

kesiannya babe kira beth short ni mati muda lah, ruginya sbb masih jauh lagi perjalanan dalam hidup, skang ni iolsss suka tgk channel EVE (733) tiap mlm selasa ada kisah penyiasatan tajuknya beauty queen murder, setiap episod di ceritakan kisah pembunuhan ratu cantik, kesian i tgk sayang sangat dh lah muda, all victim sume cantik2 dan dibunuh kejam, ada yang case solve ada yg xsolved and ada yang lepas 20 tahun baru tau sape pembunuh dia, tq dani i tunngu next benang u

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts

Motif pembunuh ni susah nak ramal. Psiko? Dendam? Atau sekadar hobi?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
I depressed bca kes black dahlia...kejam nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2017 09:58 PM | Show all posts
bellaa replied at 22-2-2017 07:40 AM
pergghhhhh begitu details sekali penerangai pasai black dahlia
terharu membaca nya sehingga habis!  ...

kalau betul dia org yg punya angkara, memang pompuan2 kejam... tergamak nak kerat, toreh, siat2 mayat pompuan lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2017 10:04 PM | Show all posts
SepatUngu replied at 22-2-2017 09:50 AM
TT terbaekk la chuols

btw, TT ada info tak psl kisah misteri kematian pelunc ...

peluncur ais ke campers... kematian dia org ada kaitan dgn projek rahsia soviet. beberapa thn dulu cracked.com pernah bincangkan kes Dyatlov Pass ni dan bg teori yg paling masuk akal. Ada masa nanti ai share
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2017 10:19 PM | Show all posts
oh btw FBI profiler John E. Douglas yg mengkaji pembunuh Black Dahlia adalah inspirasi watak John Gideon dlm rancangan tv 'Criminal Minds'... paling arif dlm kes2 yg melibatkan serial killers.

Ai pernah baca salah satu buku beliau; Mindhunter... ingat lg kes pembunuhan bersiri kat satu kawasan jalan denai. kesemua mangsa ditembak dr belakang execution style. dia bg tahu para penyiasat, pembunuh tu ada kekurangan dr segi fizikal, kemungkinan besar juga gagap. Oleh sbb malu dan rendah diri dgn keadaannya itu, jd masa nak bunuh tu dia tak mahu berhadapan face to face dgn mangsa. Bila pembunuh ni akhirnya ditangkap, memang betul dia gagap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2017 08:11 AM | Show all posts
Jajabeans replied at 22-2-2017 02:18 PM
hi amon. rasa cm fatah amon lak

yang zodiac killer tu aku penah jugak rasa nak paste stori t ...

kannn... iols rasa lebih kpd dia bernasib baik sbb polis US masa tu xder prosedur2 mcm skrg csi bagai... in fact ms tgk dokumentari pasal  zodiak killer ni... pembunuh hampir2 tertangkap lps dia tembak sorg mangsa dpn rumah...masa nk lari lps dia tembak org bole terserempak dgn polis tp disebabkan missundertstanding pihak polis dgn walkie talkie laporan awal kejadian ditambah dgn racial tension semua org ingat pembunuh tu org kulit hitam so deme sibuk cr org kulit hitam yg mencurigakan... padahal masa tu si zodiak ni brag anto surat kat press... masa polis tahan dia nk tanya ada nmpk x org mencurigakan... baju dia abis kotor kena percikan darah dn otak mangsa...cuma keadaan gelap  so xnmpk dn polis tu plak tergesa-gesa berlalu pergi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 09:43 AM | Show all posts
dani-rox replied at 22-2-2017 02:04 PM
peluncur ais ke campers... kematian dia org ada kaitan dgn projek rahsia soviet. beberapa thn dulu ...

pelucur ais yg tengah bercamping rasanya..sbb dorang mati kat camp site cmtu..

yup ada kaitan dgn rahsia soviet katanya

okay TT..ai tunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2017 12:51 PM | Show all posts
Omg really love this thread Congrats TT.. bila baca sume kes2 yg unsolved ni membuatkan sel2 otak mula berhubung dgn teori yg ade..hehehe..

Ade movie Black Dahlia nih kan??
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2017 04:09 PM | Show all posts
dani-rox replied at 22-2-2017 10:19 PM
oh btw FBI profiler John E. Douglas yg mengkaji pembunuh Black Dahlia adalah inspirasi watak John Gi ...

kiter suke dr spencer reid. brainny
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2017 08:07 PM | Show all posts
MizzTyco replied at 23-2-2017 12:51 PM
Omg really love this thread  Congrats TT.. bila baca sume kes2 yg unsolved ni membuatkan sel ...

channel HBO astro dulu pernah tayang the Black Dahlia lakonan Josh Hartnett dan Scar-Jo... ai tak tengok sampai abis. cuma watak Elizabeth Short jah yg non-fiction... jalan cerita jauh menyimpang hokeh, ada hubungan lesbian bagai
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Geram baca cite pembunuh yg tak dpt ditangkap

Kalau tgk cite criminal minds puas hati sikit sbb sume pembunuh dpt ditangkap
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2017 05:41 PM | Show all posts
ai menunggu yang peluncur mati tu..
x
tazabar rasanyaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 01:21 PM | Show all posts

Break Jap

shernazz replied at 27-2-2017 05:41 PM
ai menunggu yang peluncur mati tu..
x
tazabar rasanyaa


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 07:17 AM | Show all posts
Jajabeans replied at 22-2-2017 02:18 PM
hi amon. rasa cm fatah amon lak

yang zodiac killer tu aku penah jugak rasa nak paste stori t ...

hi jaja... setuju...   luck dia mmg baikkk punyer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2017 04:01 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 4-3-2017 04:15 AM

INSIDEN DYATLOV PASS








Pada 25 Januari  1959, Igor Dyatlov (23thn) mengetuai sekumpulan pendaki gunung yg terdiri drpd 8 org belia Soviet – tujuh lelaki termasuk Igor, dan dua perempuan -- kebanyakannya penuntut universiti, menuju ke pergunungan Ural. Mereka bercadang utk mencapai kemuncak Gunung Ortorten, bermula dari penempatan kecil di Vizhai.




Senarai ahli kumpulan pendaki/peluncur:
1.  Igor Alekseievich Dyatlov (Игорь Алексеевич Дятлов), 23 thn
2.  Yuri Nikolaievich Doroshenko (Юрий Николаевич Дорошенко), 21 thn
3.  Lyudmila Alexandrovna Dubinina (Людмила Александровна Дубинина), 20 thn
4.  Yuri (Georgiy) Alexeievich Krivonischenko (Юрий (Георгий) Алексеевич Кривонищенко), 23 thn
5.  Alexander Sergeievich Kolevatov (Александр Сергеевич Колеватов), 24 thn
6.  Zinaida Alekseevna Kolmogorova (Зинаида Алексеевна Колмогорова, 22 thn
7.  Rustem Vladimirovich Slobodin (Рустем Владимирович Слободин), 23 thn
8.  Nicolai Vladimirovich Thibeaux-Brignolles (Николай Владимирович Тибо-Бриньоль), 23thn
9.  Semyon (Alexander) Alekseevich Zolotaryov (Семён (Александр) Алексеевич Золотарёв), 38 thn
*Salah seorg peserta bernama Yuri Yefimovich Yudin (Юрий Ефимович Юдин), terpaksa balik awal di pertengahan pendakian kerana jatuh sakit. Beliau satu2nya terselamat drpd insiden tersebut, Yudin meninggal dunia pd 2013 berusia 75thn.


Akhirnya, ia mengambil 3 bulan utk menjejaki kesemua sembilan mayat mereka di Kholat Syakhl, yg juga dikenali sbg Gunung Kematian atau Gunung Orang Mati.


Peta posisi mayat


Mereka ditemui 6 batu dari destinasi yg dirancang, di dalam hutan yg sebatu jauhnya dr kawasan perkhemahan mereka, tanpa peralatan meluncur ski, kasut dan kot sedangkan waktu itu cuaca sejuk mencecah -30 darjah fahrenheit. Tengkorak dua drpd mereka didapati retak, dua lagi mengalami keretakan bahagian dada, manakala seorg lagi kehilangan lidah. Pihak penyiasat Soviet menyifatkan punca kematian pendaki muda itu sbg ‘semulajadi’, dan tergesa2 menutup kes itu tidak sampai sebulan selepas penemuan mayat.

Mayat Igor Dyatlov




Antara fakta2 kes yg telah diketahui umum;
Enam drpd pendaki /peluncur mati akibat hipotermia (kesejukan terlampau) dan tiga lagi adalah kerana kecederaan. Mereka mati secara berasingan – dua drpd mereka ditemui di bawah pokok cedar berhampiran dgn unggun api, tiga mayat pula berada beberapa ratus kaki drpd pokok tersebut, empat lagi di celah gaung cetek 250 meter jauhnya drpd mayat2 lain. Dua mayatmempunyai tanda melecur pada tangan mereka. Mayat2 dlm gaung hanya berjaya ditemui pada 4 Mei, tiga bulan selepas insiden tersebut. Apa yg menambah kepelikan pd kes ini adalah mereka memakai pakaian bukan kepunyaan sendiri –kaki Ludmila Dubinina dibalut dgn cebisan drpd seluar Yuri Krivonischenko ,sementara Semyon Zolotaryov memakai topi dan kot Dubinina, sebahagian drpd pakaian itu terkoyak, seolah2 dibuka secara paksa drpd tubuh si pemakai. Terdapat 7-8 set kesan tapak kaki di dlm salji secara konsisten, yg para penyiasat sahkan milik para pendaki itu. Tiada tanda pergelutan atau orang asing, atau haiwan menceroboh kawasan perkhemahan mereka. Walau bagaimanapun, para penyiasat yakin waktu kematian mereka adalah pd malam 2 Februari, di mana berlakunya ribut salji – setelah membaca diari para pendaki malang itu.


Kawasan perkhemahan mereka terletak di lereng gunung Kholat Syakhl pd paras 3600 kaki. Seluruh para peluncur itu dikatakan pendaki gunung yg berpengalaman, pernah meluncur di tasik beku dan kawasan tandus. Walaupun menghadapi cuaca buruk dan perjalanan yg perlahan tidak spt yg dirancang, catatan terakhir diari mereka menggambarkan kegembiraan dan semangat positif. Selari dgn persahabatan ala Soviet waktu itu, mereka turut menerbitkan akhbar kecil yg menceritakan perjalanan mereka bertajuk ‘The Evening Ortoten’.


Yuri Yudin (tengah) memeluk Dubinina sebelum meninggalkan mereka semua dan balik ke kpg halaman atas sbb kesihatan.

Para peluncur bergambar bersama pekerja2 balak


Kiri ke kanan; Nicolai Thibeaux-Brignolle, Luydmila Dubinina, Semyon Zolotarev dan Zinaida Kolmogorova

Para peluncur sedang mendirikan khemah pd 2 Feb. 1959


Setelah 5 mayat pertama ditemui, satu penyiasatan rasmi bermula, tetapi ditamatkan dgn hipotermia sbg punca kematian. Ini kerana melihat pd keadaan mayat dlm fasa pakaian berbeza, termasuk salah seorg yg hanya berseluar dalam. Hal ini dinamakan sbg ‘paradoxical undressing’, berlaku kpd 25% mangsa hipotermia – di mana ‘hypothalamus malfunctions’ dan suhu badan terasa spt meningkat sedangkan hakikatnya tubuh badan mangsa semakin sejuk.


Walau bagaimanapun, semakin para penyiasat mengkaji dgn lebih mendalam, kes ini semakin aneh.



Khemah mangsa didapati rosak teruk – dgn potongan yg dibuat dr dalam, dan kesemua barangan mereka tidak terusik. Kenapa mereka dikatakan mati akibat terdedah pd kesejukan terlampau, memandangkan mereka masih boleh mendapatkan peralatan dan pakaian tebal SEBELUM keluar? Tempat kejadian menunjukkan mereka keluar secara kelam kabut dan tergesa2. Apa yg pelik, Zolotaryov meninggalkan khemah bersama kamera tetapi melupakan pakaian dan peralatan musim sejuknya. Begitu juga dgn Rustem Slobodin – bersama2 Dyatlov dan Zinaida Kolmogorova, mati dlm gaya seolah2 sedang kembali ke khemah mereka – tengkoraknya turut retak, tetapi para penyiasat mengatakan elemen semulajadi yg menyebabkan kematiannya. Tiada kecederaan luaran ditemui.













Para penyiasat bertambah bingung apabila empat mayat di dlm gaung ditemui dan diperiksa; kedua2 Dubinina dan Zolotaryov patah tulang rusuk, manakala tengkorak Nicolai Thibeaux-Brignolles retak teruk. Salah seorg penyiasat menyamakan kecederaan serius ini dgn apa yg dialami oleh mangsa kemalangan jalan raya. Kecederaan sebegini tidak mungkin dilakukan oleh manusia. Sekali lagi tiada tisu lembut yg terkesan, walaupun mayat mereka semua kelihatan spt telah dilenyek dgn sesuatu yg berat. Apabila lidah dan mata Dubinina didapati hilang, teori kehadiran org asing timbul – siapa yg sanggup berbuat kejam ke atas mangsa? Mengapa? Atau adakah rakan peluncur lain yg punya angkara? Ke mana lidah dan matanya dibawa/buang? – Apapun, tiada bukti menunjukkan org lain berada di kawasan itu, termasuk org tempatan kaum Mansi. Dan yg paling mengejutkan, pakaian pd beberapa mangsa telah disahkan mempunyai kesan radiasi.


Oleh kerana para penyiasat ‘tiada suspek’, penyiasatan ditutup pd Mei 1959, hanya beberapa minggu selepas penemuan empat mayat terakhir, fail2 berkaitan dgn kes ini terus dihantar ke arkib dan diklasifikasikan sbg rahsia. Selepas kejatuhan Soviet Union, fail2 ini dibuka semula namun ada beberapa bahagian yg hilang secara misteri.

Gambar misteri ini diambil dr kamera Yuri Krivonischenko

Siapa atau apa yg sedang bersembunyi di belakang?


Memandangkan tiada jawapan dan rumusan rasmi berkenaan kes yg aneh ini, maka sepanjang 50thn lebih teori2 baik yg rasional mahupun yg tidak masuk akal mula bertebaran. Namun apabila kerajaan Soviet yg berkeras ingin menutup kes ini dgn segera, menjadikan mereka sbg suspek utama oleh pengkaji dan peminat2 teori konspirasi. Dikatakan bbrp sfera berwarna jingga telah dilihat di langit pd mlm kejadian 50 batu dr kawasan perkhemahan; menurut pengkaji ini adalah hasil pelancaran peluru R-7 intercontinental dari Balikonur Cosmodrone ke Chyornaya Guba iaitu tempat ujian nuklear Soviet —secara kebetulan khemah para peluncur itu berada di dlm laluannya. Berdasarkan pd tahap radiasi pd pakaian mangsa, para pengkaji berspekulasi bahawa mangsa telah meminum cairan ais yg telah tercemar dgn bahan radioaktif. Seorg saksi berusia 12 thn yg juga menghadiri pengebumian lima peluncur memberitahu kulit mayat berwarna ‘perang gelap’.


Suasana majlis pengebumian


Sehingga ke hari ini, masih belum ada sebarang penjelasan saintifik mengenai kematian 9 org peluncur ini. Beratus2 penerbitan buku, kupasan oleh wartawan dan juga kisah fiksyen, satu pun tidak memuaskan hati bg sesiapa mengikuti kes misteri tersebut. Kawasan gunung di mana para pendaki/peluncur itu mendirikan khemah dinamakan sempena ketua mereka, Dyatlov dan Yayasan Dyatlov yg diasaskan oleh Yuri Kuntsevich – iaitu saksi remaja yg pernah menghadiri pengebumian mereka pd 1959 – berusaha mendesak kerajaan Rusia utk membuka semula penyiasatan. Yayasan itu juga mengendalikan Muzium Dyatlov di Ekaterinaburg, sbg tanda peringatan peluncur2 yg meninggal dunia dan menceritakan kematian mereka yg penuh tragis dan aneh itu.


Monument mangsa2 insiden Dyatlov Pass



Sumber 1/2


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2017 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
mungkinkah kesan radiasi menyebabkan dorang giler dan berbunuhan sesama sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2017 03:41 PM | Show all posts
Mungkinkah itu angkara pihak military soviet? Selain kesan radiasi, kemungkinan pihak military soviet yang bunuh. That's why kes ni ditutup cepat dan classified as secret case.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2017 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mgkin da kaitan dgn tentera...mudah sgt closed kes...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2017 10:26 AM | Show all posts
kalau dah sampai bunuh membunuh itu bukan hantu namanya. tapi lebih kepada pembunuhan misteri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.115565 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list