|
Originally posted by rdzaccess at 9-8-2007 11:38 PM
aaah haaa...
kan banyak hubungkait dia tu...
memerlukan pemahaman yg begitu mendalam ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia menceritakan kepada aku bahawa tempat tu sebenarnya adalah tempat di mana ....
Dia menceritakan kepada aku bahawa tempat tu sebenarnya adalah tempat di mana terjadinya satu kemalangan ngeri sekeluarga.
Pihak penyelamat terpaksa mengutip cebisan-cebisan daging yang berserakan di jalan raya tu.
Anehnya seorang anak kecil tidak dijumpai di tempat kejadian ( keluarga tersebut ada membawa anak kecil ) sedara mara dia memang dah sahkan bahawa anak kecil tu memang ada sekali dalam kenderaan yang terlibat semasa mereka bertolak dari rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam satu kejadian tu (mengikut cerita tuanpunya warung) ada sebuah kereta peronda lalu kat lebuhraya kat situ.( rondaan rutin). Tetiba mereka terlihat satu budak berlari melintasi lebuhraya dari seberang sebelah kanan terus melalui di hadapan kereta peronda tu dan kemudian menghala menuruni longkang di tepi hiway tu.
Polis tu memberhenti kan kereta , turun dan tengok kat tempat tu. Mereka mencari2 tapi tak de apa2 pun.
Cuma rumput yang agak panjang ( dalam sejengkal) dan lepas longkang tu adalah bukit.
Tak mungkin budak tu hilang begitu saja.
Dah dua tiga kali maka satu pasukan polis yang meronda rutin dah tak heran dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #564 rdzaccess's post
ni highway gi kuantan yg baru tu ke..?? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pulak barulah tau rope-rope nyer yang dikerumuni adalah tempat kejadian.
Yang dimasukkan ke dalam mulut mereka tu adalah cebisan daging manusia.
Yang bau semacam sampai aku muntah tu adalah bau hanyir.
Yang ramai-ramai berkumpul tu korang agak sendirilah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rdzaccess at 8-8-2007 23:38
http://img340.imageshack.us/img340/5899/5forumjf7.png
Dari Sa'id, ia berkata:" Aku mendengar Ibn Abbas (r.a), bagi tiap sesuatu mempunyai asas. Asas al Qur'an adalah al Fatihah, dan asas al Fatihah adalah Bismillaahir rohmaanir rohiim. Maka apabila engkau menggunakan asas itu akan sembuh dengan izin Allah Ta'ala.
Berkata Al -Ustadz Muhammad Haaqy Annazily: di dalam kitabnya Khozinatul-Asror. hal 90: Terhimpun di dalam Bismillaahir rohmaanir rohiim itu 3 nama Tuhan. Maka barangsiapa mengajarkannya dan mengucapkannya seperti ia menyebut nama Allah seluruhnya.
Huruf Bismillah itu ada sembilan belas huruf. Huruf -huruf itu ada mempunyai khasiat tertentu kerana malaikat yang mengurus neraka ada 19 malaikat. Maka barangsiapa membacanya dengan ikhlas dan yakin, nescaya terhindarlah dia dari siksaan isi malaikat Zabaniah.
Barangsiapa menyebutkannya banyak didalam sesuatu maksud, maka diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang tinggi (malaikat) dan alam yang rendah( manusia , haiwan binatang dan lain-lain.)
(Dan banyak lagi) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lily_kama at 10-8-2007 00:40
ni highway gi kuantan yg baru tu ke..??
Saya baru sekali tu mula2 gi Kuantan , tak tahu pulak baru ke lama.
Tapi ada diversion, masa tu kat sebelah kiri( macam dia baik pulih kat simpang bertingkat).
Masa tu sebelah kiri diorang blok, jadi guna jalan sebelah kanan , pas tu naik jambatan susur( kira jalan sehala- jalan kenderaan keluar di buat 2 hala-keluar dan masuk)
Kemudian dah kira macam jalan lama lah. Sunyi jer jalan tu.(waktu memalam) |
|
|
|
|
|
|
|
Allah adalah Pengatur dan Pendidik, yang menyusun dan mengatur segala sesuatu dengan sebaik-baiknya dalam menuju kesempurnaan.
Rabb ertinya Pemimpin, Pengatur,Pencipta dan juga Pemelihara.
Al 'alamin bererti alam semesta dan di antaranya terkandung segenap manusia , jin dan malaikat. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita harus memperingati perintahNya kerana kemurahan dan kasih sayangNya kepada alam semesta ini. |
|
|
|
|
|
|
|
~"Yang menguasai hari pembalasan"
Malik bererti yang memerintah
Maalik bererti yang mempunyai
Yaumiddin bererti hari pembalasan (hari akhirat sehabis kehidupan kita di dunia ini dan ketika itu setiap manusia menerima pembalasan amal nya , yang baik dan buruk).
~ "Hanyalah Engkau yang kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami meminta pertolongan,"
~ "Pimpinlah kami ke jalan yang lurus,"
~ "Jalan orang- orang yang Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan jalan orang- orang yang dimarahi( dimurkai)
dan bukan jalan orang-orang yang sesat( tidak tahu jalan)."
~ "Amin, terimalah permohonan kami!" |
|
|
|
|
|
|
|
Pas tu baca :
Ayatul Kursi
Surah an Nas
Surah al Falq
Surah al Kahf
Setiap surah ada intipatinya...
Nak terangkan secara terperinci tak leh kat sini.
Ibaratkan dakwat yang sebanyak 7 lautan.
Nasib baik aku tak simpan dakwat tu kat rumah kalau tidak....
Aku belajar 'Bismillah' pun makan 3 bulan.
(Aku cuma nak buat short- cut jauh nanti lari pulak dari tajuk asal.) |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah habis baca ayat-ayat al Qur'an maka kau pun mengambil daun sireh yang bertemu urat , lalu aku tutupkan mangkuk yang berisi air tadi.
Aku releks sekejap.
Semua orang terdiam.
Aku lagilah diam...
Kemudian selepas seketika aku buka daun sireh tu...
[ Last edited by rdzaccess at 10-8-2007 02:22 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nampak kat dalam mangkuk tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Pada air yang bagai cermin.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya...cuma wajah muka aku... |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas tu aku pun mengangkat air dengan mangkuk dia sekali maka aku pun berkata kat Pak Cik tu..
" Pak Cik, ni dah siap dah."
Dia menyambutnya , seraya bertanya" Macam mana PakCIk nak buat".
Ya tak ya jugak aku, tak bagi tau macam mana nak diperlakukan.
"Ambil air tu, kemudian bagi dia minum sikit, pas tu sapukan kat ubun2 dia (masa tu ubun2 pun aku tak tau kat mana- yang aku tak kat kepala jer). Pas tu sapukan kat muka dia. Daun sireh tu celupkan , pas tu sapukan kat mana yang sakit".
Aku memberi penerangan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|