CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`

[Copy link]
 Author| Post time 11-2-2011 01:12 AM | Show all posts
Aku memberi salam dan dijawab dengan serentak oleh beberapa orang yang telah sedia ada di dalam.Setelah menyesuaikan penglihatan maka aku dapat melihat ada beberapa orang sedang memandangku.Aku berjabat tangan pada semuanya dan kemudian mengambil tempat berdekatan dengan pintu.Beberapa ketika kemudian, salah seorang daripada mereka meminta aku duduk ke dalam sedikit dan pada ketika ini posisiku mengadap ke muka pintu pula.Seorang daripada mereka yang duduk berdekatan dengan pintu lantas bangun dan menutup pintu.Keadaan senyap seketika....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2011 01:21 AM | Show all posts
Aku mendiamkan diri. Bukan apa ,cuma aku tidak tau apa yang berlaku dan apa bantuan daripada aku yang mereka perlukan.

"Begini pak......"

Belum pun habis kata katanya , terkedengaran bunyi geselan dan ketukan kecil di pintu.Mereka memandangku seolah olah aku yang punya angkara.Serbasalah aku di buatnya.
Masing masing sepi.Aku juga sepi.Ketukan masih lagi berlaku.
Apa tak der orang ker yang nak buka pintu?Terlihat olehku dua orang yang sedang menghisap rokok pun hanya membiarkan puntung di celah jari mereka.Aku menyepikan diri.

Agak beberapa lama, yang di luar pun sepi juga.Kemudian barulah aku lihat ada pergerakan di antara mereka.Seorang bangun dan secara merendahkan lutut berjalan merapatiku. Serasanya ada bumbung yang terlalu hampir dengan kepala gamaknya.Sampai disebelahku dia duduk dan dengan perlahan melipatkan lutut dan bersila.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2011 01:35 AM | Show all posts
"Pak...."katanya berbisik.
"Itulah masalahnya yang kami butu*kan bantuan bapak.Tiap hari waktu malam begini dia akan datang ."
Aku memasang telinga cuma.Banyak persoalan bermain difikiran.Tapi sebenarnya aku buntu.
Siapa yang datang?Kenapa waktu malam?Mengapa mereka semua dalam keadaan gelabah?
Sedulang kopi dan biskut dihidangkan dihadapanku.Aku menghirup air kopi dan memasang rokok yang berjenama sama dengan mereka.

Sebentar kemudian aku bangun lalu berjalan ke arah pintu dan kemudian membukanya.Angin dingin menerobos masuk.Aku berjalan ke hadapan beberapa langkah dan kemudian menoleh ke kiri dan selepas itu ke kanan pula.
Tiada apa yang menarik perhatianku.Aku masuk semula ke dalam dan duduk semula di tempat aku duduk tadi.Mereka yang ada cuma kedengaran berbisik kecil.

Tetiba aku memecah kesunyian yang membuat mereka tidak senang.

Nanti dia datang lagi tak?
Mereka yang ada memandang di antara satu sama lain.Ada yang menggelengkan kepala dan ada yang berkata tidak dan keluarnya suara semacam ada sangkut dikerongkongnya dan ada yang membisu .

"Kalau begitu kita panggil dia datang"

Terkejut mereka semua.Aku pun terkejut jugak.Ayat yang ku katakan tadi spontan keluar dari mulutku.
Alamak....macam mana ni....
Aduuussshhh....
Mereka memandangku dengan penuh minat mungkin untuk mengetahui apa tindakan ku selanjutnya.
Aku menambah air kopi,meminumnya dan kemudian menghisap sebatang rokok lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2011 08:50 AM | Show all posts
Reply 557# Saat


   Salaam
Saya selalu berada di Masjid Bangsar dan sekitarnya.
1 minggu 3 kali ajer kekadang....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2011 10:43 PM | Show all posts
ceritalah lagi TT,siapa kat pintu itu......
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 12:06 AM | Show all posts
Reply  Saat


   Salaam
Saya selalu berada di Masjid Bangsar dan sekitarnya.
1 minggu 3 kali a ...
rdzaccess Post at 12-2-2011 08:50



    bangsar? teringin nak jumpa bro laa minum teh sesama, sambil nak belajar skit dgn bro.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-2-2011 02:23 AM | Show all posts
Salaam
Nak belajar boleh tapi ada syarat dan maharnya

maharnya
memberi masa anda yang amat bernilai (yang sepatutnya boleh diluangkan untuk yang lain)
hanya untuk bertemu ngan saya.

syaratnya

amar ma'ruf nahi mungkar
hendaklah melakukan solat sunat 2 raka'at setiap hari (selepas menunaikan solat Isya')
i   solat sunat taubat
ii  solat sunat syukur

Jawab soalan mudah

Aurat
Apakah yang di panggil aurat?
Mengapakah mendedahkan aurat itu berdosa?
Bagaimanakah pula dengan asal usulnya aurat?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 02:32 AM | Show all posts
Salaam
Nak belajar boleh tapi ada syarat dan maharnya

maharnya
memberi masa anda yang amat ber ...
rdzaccess Post at 13-2-2011 02:23



    wah bagus bagus.....tunjuk ajarmu sifu.....

    aurat tu nape bro. memanglah kena tutup aurat kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2011 02:52 AM | Show all posts
Sambilan itu aku dalam ketenangan walaupun aku sedikit pun tidak tahu apa yang harus dilakukan ataupun bagaimana harus aku mulakan.
Mereka menunggu dengan penuh minat.

Kemudian aku berkata
"Pasti ada sesuatu yang membuat dia datang ke mari"

Aku tidak membuat apa apa persiapan pun dan lagi pula aku sedikit pun tidak mempunyai satu apa pun klu tentang kejadian dan tentang apa sebenarnya berlaku.
Maka dengan itu apa yang boleh aku perbuat adalah membaca surah al Fatiha dan kemudiannya 3 Qul untuk pendinding diri disekelilingku.
Aku membetulkan posisi kedudukan menyerong sedikit dari asal agar mengahdap kiblat.Kemudiannya aku menarik nafas dalam dalam, menghembusnya perlahan lahan.Dua tiga kali aku berbuat demikain.Aku teruskan lagi dan kali ini aku semasa menarik nafas mataku pejamkan dan dalam antara kedengaran dan tidak aku menyebut,....

"Ya,..Alllah..." dan kemudian aku melepaskan nafas perlahan lahan seraya berdoa...
Begitulah aku lakukan dan doa ku dawamkan.Aku mula berkonsentrasi.Menghilang duniawi.Aku berserah dan pasrah...
Kini aku mula merasakan kedinginan di sekeliling.Pemandangan yang tadi gelap mula bercahaya.Mulanya dalam pelbagai warna....berpusing pusing di hadapanku dan tak berapa lama kemudian bertukar jingga...
Dan kini aku berada di tengah kejinggaan...Lama kelamaan muncul susuk susuk kehitaman yang makin lama makin memekat dan aku kenali ianya adalah terdiri dari pelbagai bentuk.Bergerak ke sana ke mari.Susuk hitam semakin banyak dan ada yang merapatiku.
Tangan kanan ku genggam diikuti yang kiri dan kemudian ku buka kediua duanya.Ibu jari dan jari tengah ku temukan.Aku menarik nafas dalam dalam dan mula mendengungkan huruf huruf dari al Qur'an.
Kini susuk hitam menjadi nyata.Bentuk dari pelbagai kehidupan.Bentuk bentuk itu menerawang melintasi segenap pemandanganku.
Setelah beberapa lama ibu jari dan jari tengah ku renggangkan.Kedua tangan ku letakkan hampir di pusat dan telapaknya menadah langit.Sebelah kiri di bawah kanan.Nafas ku aturkan dan kali ini pemusatan aku tumpukan disekelilingku.aku persaan ada beberapa susuk tubuh memusing untuk mendapatkan aku.Aku menarik nafas dedalam lagi dan kali ini aku menyedarkan diri pada keadaan semasa.Aku kini tahu akan rupabentuk makhluk tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2011 02:59 AM | Show all posts
Aku membuka mata yang tadinya pejam...melihat sekeliling..

"Benda ini semacam orang...."
aku mula berbicara.
"Ya,,Tok...memang orang..."
Sahut pula seorang dari mereka.

"Hei,...saya bukan kesurupan lah...saya tak menurun..."
balas ku..
'Saya masih sedar"..Mungkin  pada tanggapannya aku menurun kerana mungkin juga dia ni selalu jugak pergi melawat orang yang perbuat begitu untuk mendapatkan sesuatu.

"Oh,,,oh....maaf pak..."

"Ceritalah pada saya apa yang sebenarnya terjadi"

"Begini Pak..."
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 09:37 AM | Show all posts
Aku membuka mata yang tadinya pejam...melihat sekeliling..

"Benda ini semacam orang...."
aku mul ...
rdzaccess Post at 13-2-2011 02:59



   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2011 01:09 AM | Show all posts
Sambungan

.......dan dia menceritakan apa yang sebenarnya diperbuat oleh mereka sehinggalah musibah begini menimpa mereka.

Na udzubillah...
Apakah tiada pekerjaan yang lain yang boleh dilakukan.

Setelah mendengar penjelasan cerita mereka maka aku pun keluar dari rumah mencari sesuatu, diikuti  dengan mereka. Seorang dari mereka mendahului kami dalam pencarian tersebut.
Di suatu tempat yang berhampiran dia berhenti.Beberapa suluhan dari lampu picit menerangi sekelilingya. Kemudian dia menuruni tebing. Pergerakkannya diikuti dengan simbahan cahaya lampu picit. Dia kemudian menaikkan satu benda berupa kotak dan kemudiannya dibantu oleh empat orang yang lain. Keempat empat mereka aku perhatikan semacam amat payah dalam pengusungan kotak tersebut, semacam teramat berat.
Aku mengikuti aliran pengangkatan kotak itu yang nyata ianya diperbuat dari anyaman buluh atau rotan yang aku tidak pasti mana satu dengan lirikan mataku cuma. Dalam mereka mengangkat itua ku terpandangan kilasan dari panahan cahaya lampu suluh,diantara jaringan kotak itu sebenarnya tiada apa di dalamnya...Kok berat amat...?
Aku mengarahkan agar kotak tersebut di letakkan di serambi yang berada di sisi rumah.
Apa apa yang datangnya lampiran bersama dibawa juga. Ku dapati ianya merupakan satu kerangka orang orangan.
Kepalanya diperbuat dari tempurung kelapa.Kerangka badannya dari sebatang kayu yang diikat pertengahannya bersilang dan dipakaikan baju yang lusuh.Di hujung kerangka yang merupakan tangan terdapat sepuntung kapur tulis yang telah patah. Kemudian aku dapati mereka juga meletakkan satu papan lapis yang di cat warna hijau di depan orang orangan itu.
Orang orangan didirikan di tengah tengah kotak anyaman.Di masukkan hujung bawahnya ke dalam lubang yang ada tersedia.

Aku memerhatikan dengan penuh minat .Sungguh kreatif mereka.
Setelah semuanya sudah dan yakin tiada ada apa lagi perkerjaan, mereka pun bebar kebelakang bakul.Agak jauh juga.

Mereka menunggu...Kini giliran aku pula untuk buat sesuatu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 11:06 AM | Show all posts
lagi TT,ceritalah lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2011 10:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by rdzaccess at 18-2-2011 22:40

“Hrrrhh … ampoouun … ampouun menusaaa. Hanaaas …hanaaasss!”


Pada bahagian punggung yang terkena siraman airmengepulkan asap bak lava gunung berapi yang mengalir leleh

Sedutan peristiwa akan datang...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2011 10:54 PM | Show all posts
Keadaan sepi...
Kemudian seorang daripada mereka mendekatiku dan membisik.
Aku mengganggukkan kepala.
Dia duduk disebelahku dan membaca sesuatu.
Seakan berbisik dan berdesir bunyinya.
Tidak dapat aku tangkap apa butirannya namun sepertinya dia membaca mentera.
Apa yang aku faham adalah ungkapan "Datang tak diundang,pergi tak di hantarin..."
Itu ajer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2011 08:33 PM | Show all posts
Malam bertambah usia
Agak beberapa minit kemudian  seperti ada kabus nipis muncul di hadapan kami, semakin lama semakin menebal dan kemudiannya membentuk sesusuk tubuh.Semakin lama semakin nyata.
Ia bergerak ke arah kami  terliuk liuk ke kiri dan ke kanan bagai lalang ditiup angin.Ia semakin lama semakin hampir.
Setelah agak dekat ia berhenti namun gerakkannya terliuk ke kiri dan kanan masih ada.
Wajahnya tak berapa kelihatan.Kusam ajer....
Aku perhatikan dengan sesungguh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2011 12:01 AM | Show all posts
Ia menghampiri dan berhenti agak dekat.
Ia masih bergerak ke kiri dan ke kanan macam orang yang hilang pertimbangan badan.
Kini giliran ku pula.

" Hei, sekarang ni engkau pulang ,...jangan tinggal sini ,...pulang kamu"

"Budak budak jahat,...buat aku macam macam" sahutnya mendayu seakan tiada kedengaran seandainya jika suasana tidak sunyi.

"Kalau begitu engkau pulang saja"

"Aku tak nak pulang...tempat aku jauh..."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2011 12:17 AM | Show all posts
" Mana tempat engkau ?"

" Tempat aku di Gunung..{ ditapis......}"

Aku memandang orang di sebelah ku...dan dia membisikkan kepadaku bahawa tempat itu adalah di satu kawasan pergunungan di Jawa, Indonesia.

Jauh tu....

Kemudian aku membisikkan seseuatu kepadanya.Dia mengeluarkan beberapa cebisan kertas dari koceknya dan menghulurkan kepadaku. Aku menyambutnya dan perlakuan kami lakukan dengan cara bersembunyi.

"Nah ,...aku bagi duit tambang dan belanja..."

Aku sengaja menunjuk nampak gulungan kertas dan berdirti lalu memasukkan gulungan itu ke dalam poket orang orangan.

"Dah...aku dah bagi wang untuk belanja...Pulanglah kau....pulanglah...."

Suasana sepi...
Dia masih tercegat di situ dan masih lagi teroleng oleng kiri dan kanan.
Aku kemudian membaca ayat ayat secucuk dengan keadaan pada masa itu.
Sambil membaca , aku menjeling ke arah lembaga itu. Dia masih lagi mengoleng ke kiri dan kanan.

Wah....Gawat nih....kok tak mau pergi....

Aaaahhh....Kesilapan ku...ayat yang tak bertepatan dengan situasi...

Aku memulakan semula dengan bacaan Ayat 71, 73, dan 77... Surah Sod...

Aku menjeling lagi...Ia masih lagi terliuk liuk.Aku menutup mata dan berkonsentrasi...menggunakan cakra ke enam.Setelah sudah apabila ku buka mata dia telah tiada.

Alhamdulillah...Namun aku tidak berganjak sehinggalah aku dapat mendengar bisikan dari mereka yang berada di belakang ku...

Suasana sepi kembali tenang.Mereka yang ada kelihatannya mula bergerak namun tiada siapa yang berada di tempat lembaga itu muncul.Mereka menghindari tempat teresebut buat masa ini.

Ya...lah...Siapa yang tak takut...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2011 12:31 AM | Show all posts
Aku bangun dan meminta kepada mereka agar barangan tersebut dibakar.
Kemudiannya mereka memanggilku masuk ke dalam rumah. Terdapat beberapa kuih buatan sendiri juga biskut,kopi di antaranya...Mereka yang ada duduk mengelilingiku.
Di antara sedikit bingar ada juga yang tergelak kecil.
Serasanya tenanglah mereka malam ini dan malam malam seterusnya...

Setelah tenteram maka aku pun bertanya kepada mereka tentang apa yang mereka lakukan sehingga makhluk itu hadir.

Maka berselang selilah di antara mereka bercerita...

Kesimpulannya ceritanya begini ::::::.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2011 02:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by rdzaccess at 26-3-2011 02:38



New episode coming....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.084218 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list