CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Merged] Norman masih lagi BERHUTANG hantaran kawen dengan Abby

  [Copy link]
Post time 17-9-2010 08:52 PM | Show all posts
sementara masih bernyawa ni jelaskanlah segala hutang piutang, di sana nanti nak bayau ngan hape???  ...
doubleeleven Post at 17-9-2010 20:21


kesian abby, korang perasan x
bila kluar citer abby dlm 1 suratkabar..esoknya trus memiang dan 'habang dia' tu kluar citer nak defend diri sendiri dalam semua suratkhabar, x cukup dlm suratkhabar...kluar kt tv lg.......
si memiang tu x tau malu ker...nk masuk campur? tu nk cover citer pasal tilam toto dia la tu..........bwekkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2010 09:14 PM | Show all posts
memey dah bersuara ...

"Kenapa Sekarang Abby Nak Ungkit?" - Memey Suhaiza

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

SETELAHhampir setahun pelbagai kontroversi yang membabitkan Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi senyap tanpa berita, hal rumahtangga mereka yang lepas timbul lagi.

Kali ini, kenyataan mengejut daripada Abby membabitkan hutang wang hantaran berjumlah RM11,111.11 yang masih belum dilangsaikan Norman.

Hal tersebut membuatkan tunang Norman iaitu Memey Suhaiza Suhaimi turut terkena tempias yang memungkinkan reputasi dirinya terhadap keluarga dan peminat terjejas.

Beritahu Memey, dia terkejut apabila Abby menceritakan hal-hal peribadi kepada umum dan meminta pelakon itu untuk selesaikan masalah dia dengan Norman cara baik.

Malah Memey tidak risau jika situasi dialami Abby (tidak terima wang hantaran)akan terkena pula kepadanya.

“Saya harap Abby dapat selesaikan hal-hal peribadi dengan cara baik dan tak perlu buat satu Malaysia tahu.

“Kenapa baru sekarang nak ungkit? Saya tak tahu apa yang sedang dia fikirkan. Bila kami dah bertunang, hal ini pula timbul. Kalau boleh saya nak jernihkan keadaan dan selesaikan elok-elok, jadi tak seronok pula bagi kedua-dua belah pihak.

“Bila hal ini terjadi, tempiasnya terkena pada saya. Dengan keluarga, saya boleh jelaskan, tetapi orang lain macam mana? Saya tak mahu campur tangan sangat walaupun saya tahu hal yang sebenar.

“Apapun, saya tak takut jika wang hantaran saya tidak dibayar kerana saya kenal Norman. Lagipun setakat ini tiada perjanjian mengenai hantaran dibuat antara keluarga kami,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Tambah pelakon berusia 22 tahun itu, sebelum ini, Abby pernah menyatakan kepada Memey hasratnya untuk meminta balik hutang-hutang terdahulu Norman.

Malah Memey terkejut bila Abby menyatakan yang Norman tidak pernah memberi nafkah kepada anak-anak mereka.

“Sebenarnya saya dah lama tahu tentang hal ini. Dalam beberapa tahun kami kenal, Abby pernah cakap pada saya yang dia nak balik duit-duit itu dan saya tak faham kenapa dia perlu memberitahu saya. Mungkin dia ingin menunjukkan sesuatu, saya pun tak pasti.

“Cuma saya pelik, kenapa dia kata yang Norman tidak ambil kisah tentang nafkah anak-anak mereka sedangkan saya nampak sendiri depan mata segala perbelanjaan seperti barang-barang dapur serta keperluan lain yang Noman beli.

“Jadi bila keluar kenyataan sebegitu, saya terkejut. Tak seronoklah kalau orang baca, kerana orang luar tak tahu hal sebenarnya tetapi saya nampak realitinya apa yang Norman buat untuk anak-anaknya.,” ujar Memey yang akan mendirikan rumahtangga bersama Norman tahun depan.

Norman dan Abby telah bernikah pada 8 Januari 2002 dan melangsungkan perkahwinan mereka pada 31 Ogos 2002 di Perdana Grand Ballroom, Dewan Felda, Jalan Semarak.

Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.

Perkahwinan mereka gagal bertahan kerana dipercayai gara-gara gangguan pihak ketiga iaitu Memey serta kes tangkap khalwat kedua-dua mereka.

Abby Sanggup Bersumpah Norman Bohong

Sementara itu, Abby yang dihubungi berkata, dia geram bila Norman membuat kenyataan di sebuah akhbar yang menyatakan bahawa dia tidak berhutang apa-apa pun dengannya.

Dalam laman social Facebook Abby pula, pelakon itu sanggup bersumpah dengan nama Allah mengenai pembohongan yang dibuat oleh Norman Hakim.

Pelakon drama Marhabbah Delaila itu juga berkata, kenyataan Norman juga bercanggah berbanding kisah sebenar yang berlaku dan menganggap Norman dan Memey telah lama bersekongkol.

“Saya akui yang saya pernah bercakap dengan Memey meminta Norman membayar balik hutang-hutangnya kerana ini sahaja cara yang ada. Ini kerana saya gagal berkomunikasi secara baik dengan Norman.

“Sebab itu saya memberanikan diri mengeluarkan kenyataan tentang hal ini. Saya tahu, pastinya ada pihak akan mempertikaikan tindakan saya tetapi ini saja cara yang saya ada.

“Selepas saya membuat kenyataan, Norman ada menghantar SMS pada saya berunsur ugutan dan saya tak padam lagi mesej-mesej dia.

“Rasanya kalaulah dulu dia tak buat perangai dan menjadi suami dunia akhirat, saya percaya perkara ini tidak akan sampai ke tahap ini, tak dapat balik wang hantaran pun tak apa.

“Malah, jika saya tidak ada anak sekalipun, saya tak akan tuntut apa-apa. Tapi disebabkan anak-anak, saya akan tuntut hak saya demi mereka,” tegasnya.

Beritahu Abby lagi, Norman memang ada membelanjakan beberapa barangan untuk anak-anak tetapi secara ala kadar sahaja.

“Nak jenguk anak pun jarang-jarang, sedangkan dia perlu bertemu dengan anaknya dengan lebih kerap kerana itu merupakan tanggungjawabnya kepada anak-anak kami,” katanya yang akan memulakan penggambaran drama Gerak Khas, esok.

:re:
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 09:16 PM | Show all posts
"“Apapun, saya tak takut jika wang hantaran saya tidak dibayar kerana saya kenal Norman. Lagipun setakat ini tiada perjanjian mengenai hantaran dibuat antara keluarga kami,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Syd Post at 17-9-2010 10:58



    alahai murah nya rega si memeks nih... nak dapatkan khidmat pondan pun kena bayau.... dia boleh tak kesah takde hantaran... tahap2 bohsia sekolah menengah aje dia nih....dapat mee sepinggan, sirap segelas, tumpang tido setoto dah boley dapat free... mak bapak pon bodo ada anak pompuan tapi tak dapat merasa duit hantaran...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 09:23 PM | Show all posts
sape yg kata duit hantaran dan duit belanja kawin pihak pompuan tu
adalah benda yang sama...mungkin dia jenis sengkek..
so maap kan lah dia wahai forumers

jantan low class je yg berhutang duit hantaran ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 09:25 PM | Show all posts
RANGKING KEBENCIAN CRUISEKEANU

01. Memey Suhaiza Suhaimi
02. Norman Hakim
03. Abby Abadi

Bagi aku tiada yang indah dalam kes-kes hancing mereka ini, semuanya menuju ke satu arah yang pasti iaitu maruah dan harga diri sudah tiada nilai. Saya berharap pergaduhan yang tidak menguntungkan ini dihentikan kerana semakin dibiarkan semakin banyak pembohongan yang terkeluar. Entah-entah lepas ini masuk pula kes seluar dalam Abby dipakai oleh Memey. Siapa nak jawab?

Apa-apa pun aku masih mengharapkan Norman Hakim tinggalkan kedua-dua perempuan ini kerana mereka memang tidak layak untuk lelaki sebaiknya. Norman Hakim tu dah le baik, handsome, pemurah, dan manis dipandang. Kasihan, apabila ada perempuan macam ini hadir dalam hidup dia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 09:25 PM | Show all posts
motipppp mcm tuh. sume lain2 k..... ( mgkin ikut negeri gak )


aku kat kelat ...

micha Post at 17-9-2010 20:29


sepatutnya mmg mcm tu lah

duit tu hanya utk pengantin pompuan
suka ati dia la nak joli ke nak apa ngan duit tu
duit kenduri samada dari pompuan tu sendiri
atau dari pihak keluarga pompuan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2010 09:28 PM | Show all posts
aku dngar mak normiang masa merisik dulu kt rumah memey asik cakap org putih je,
supaya org kat sana tk paham apa dia cakap gaknya lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 09:32 PM | Show all posts
Malu aje jantan jenis apa kah ini...

sueism Post at 15-9-2010 09:01


jenis low class.. 

sama2 low class... sesuai la tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2010 09:39 PM | Show all posts
aku benci kau normiang botak!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 09:41 PM | Show all posts
RANGKING KEBENCIAN CRUISEKEANU

01. Memey Suhaiza Suhaimi
02. Norman Hakim
03. Abby Abadi

Ba ...
cruisekeanu Post at 17-9-2010 21:25



    aku sokong kenyataan kau mantap dan meletop..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 09:47 PM | Show all posts
sorry la aku masih kelabu asap nie...maksudnya masa Abby kawin dgn normiang dulu....dijanjikan @ dikhabarkan hantaran RM11K tapi sebenarnya tak bagi , ke atau duit yg digunakan sebagai hantaran yg sepatutnya diberikan oleh normiang ke Abby dulu tu adalah duit Abby yg dipinjam normiang tapi tak dipulangkan sampai la cerai nie?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 09:52 PM | Show all posts
amalan disesetengah negeri (kalau betul ada) yang membezakan wang hantaran dan  wang belanja kahwin adalah berlawanan dengan konsep besederhana yang dianjurkan oleh nabi. dapatkah kita bayangkan nabi bersabda kepada sahabat yang tidak berkemampuan "ko ni sengkek lah" tidak nabi bersabda "Jadikan mas kahwin sekalipun dengan sebentuk cincin daripada besi."

kita faham mas kahwin dan hantaran adalah 2 perkara berbeza dan kita dapat terima lagi. tapi bila wang hantaran dan wang belanja kahwin pun dibezakan aku kata ini dah mengarut.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 10:45 PM | Show all posts
jijix norman...dgn anak2 pon mau berkira 11k...ko blakon sikit ponya banyak filem2 ngan usop slam dulu..takkan tak ada menabung/ asb ka...gerak khas/drama bersiri/cerekarama pon tak kureng..takkan tak ada 11k lam account...forget about abby .....anggap saja 11k wang ehsan untuk blanje anak2 ..pikir pasal anak sudah lahhh...stakat beli barang dapo...bawak anak makan pasfud...lagik mao bising...poodah cit berkira punya bapak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 10:50 PM | Show all posts
ler betul lah. duit hantaran kepada pompuan tu lah yang akan digunakan untuk majlis kenduri kahw ...
FraidyCat Post at 17-9-2010 19:48


mcm lain topik je ek.hehelain negeri lain cara kot
kwn2 utara mawar ckp,duit hantaran tulah duit kenduri
tapi kwn2 belah pantai timur mawar lak ckp tmpt diorg, duit hantaran utk pengantin.duit kenduri lain
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 10:55 PM | Show all posts
aku kalau kaya..mau aku pinang Abby ni.. amin
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 10:57 PM | Show all posts
x abis2 citer tarap longkang nih...hakkktuii!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2010 10:58 PM | Show all posts
alahai murah nya rega si memeks nih... nak dapatkan khidmat pondan pun kena bayau.... dia  ...
azwalissa Post at 17-9-2010 21:16


hantaran tak wajib. yang wajib mas kahwin. hantaran tu sebetulnya hadiah pihak lelaki pada pihak perempuan bagi tujuan untuk buat kenduri dan sebagainya dalam adat orang india dan melayu. tiada dalam Islam pun. tapi kalau takde pun takpe. janganlah dikata seorang perempuan tu murah hanya kerana takde hantaran dan parents bodoh sebab tak merasa duit hantaran. kalau aku tak mintak duit hantaran dari bakal menantu aku nanti, aku dikira bodoh dan anak perempuan aku murah la ya? hmmm ...

dalam kes ni lebih kepada salah faham dari mula menikah sampai la dah bercerai-berai. pastu pihak ketiga pun tumpang sekaki nak membela konon2nya padahal belum sah isteri orang tu. gamaknya sampai dah beranak pinak dua2 tu pun, kisah dengan abby ni tak akan selesai. anak2 juga yang jadi mangsa .. kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 11:05 PM | Show all posts
apasal si memek tu nak meroyan...
mula2 norminag kata tak sedia nak kawen, so abby buat tak tau jer..
ni tiba2 nak bertunang sapa tak terkejut...
cam abby, noermiang masih ada utang ddn dia alih nak kawen dgn ko memek..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 11:07 PM | Show all posts
kat tempat aku, duet hantaran tu duet belanja kawen..
sbb kalu tak jadi duet hantaran tu kena pulang semula..
mas kawen tu baru pengantin perempuan punya...
lepas ni nak mintak mas kawen banyak sket ar..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 11:11 PM | Show all posts
mcm lain topik je ek.hehelain negeri lain cara kot
kwn2 utara mawar ckp,duit hantaran tulah dui ...
mawar_pinky Post at 17-9-2010 22:50



    selalunya duit hantaran tu kira macam hadiah orang lelaki untuk keluarga perempuan untuk buat kenduri. kalau tak takan ada parents yang naikkan harga hantaran based on harga barang! harga barang naik, nilai hantaran pun naik sama ... mesti keluar dialog ala2 .. "beras, telur, gula, garam dah naik harga. kalau hantaran setakat rm2k je macamana nak buat kenduri?!"

tapi ada juga pasangan yang sanggup kompromi .. buat satu majlis je untuk kedua2 pihak. jimat belanja. dan ada juga pengantin perempuan yang sanggup kumpul duit dan keluar belanja sendiri untuk kenduri belah dia. jadi duit hantaran tu nanti bulat2 dapat kat dia dan duit hantaran tu la yang akan digunakan untuk mulakan hidup baru di rumah sendiri .. .beli apa yang patut.

harap isu depa ni selesai segera. norman bagi je la apa yang dituntut tu dengan niat untuk anak2 bukan utk bayar hutang ... kira bersedekah untuk anak-anak dia. kan ke lebih elok bersedekah kepada keluarga sendiri dulu sebelum bersedekah pada orang lain.

benda ni jadi panjang sebab takde tanggungjawab. kalau ada tanggungjawab tak akan ada masalah. macam chef wan, aznil. even salleh yaacob yang dah bercerai dengan isteri pertama dia pun masih baik ... malah tanggungjawab terhadap anak dia dengan bekas isteri tu pun dia tak berkira. bila dah berkira tu la yang akan jadi kecoh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 08:39 AM GMT+8 , Processed in 1.062330 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list