|
[Tempatan]
USTAZ TERKENAL TANAHAIR SELAMAT NIKAH IISTERI KE 2
[Copy link]
|
|
Babai posted on 14-8-2013 12:34 AM
Pada geng2 stat ni beribadat ni hanya lebih afdal dengan kawin aje ke? Cara ibadat lain kurang afd ...
i bet you somehow know that something is seriously wrong pasal amalan poligami, tapi penuh sopan ayat ko tanya pasal lobai berpoligami. takut tergelincir akidah ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
skylab posted on 13-8-2013 07:44 PM
Artikel Panas hari ini.
DR.ZAHARUDIN: PERDANA MENTERI MSIA KE-7 !!!
Ini adalah jihadd kawww....
Jesus farking Christ. Mmg montah ijo. |
|
|
|
|
|
|
|
perangsuci1 posted on 13-8-2013 10:47 PM
sungguh hebat imaginasi maideen
Inilah realiti kehidupan.....
|
|
|
|
|
|
|
|
addamnor posted on 13-8-2013 11:55 PM
motip senah taK senang hati ostad nak celop banyak faraj?
Iya lah mcm jantan sundal sahaja ummah pencelop faraj bersiri ini |
|
|
|
|
|
|
|
“Islam memang menghukum suami yang berpoligami yang tidak adil. TAPI!!, Islam juga menghukum manusia yang membuat persepsi tidak adil terhadap lelaki yang berpoligami.” – Ustaz Azman Syah Ibnu Alias
Berwaspadalah dengan komen-komen anda, setiap perbuatan yang kita lakukan di Dunia ini, tidak akan terlepas di Akhirat walau sebesar zarah sekalipun.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.”Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Hibban)
“Adakah kamu tahu apa itu ghibah?”, mereka berkata : Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda berkata : “Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya“. Dikatakan : Beritahukanlah kepadaku, bagaimana sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan? Baginda berkata : “Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah memfitnahnya». (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Darimi, Ahmad dan Ibn Hibban)
Ghibah boleh terhasil dengan perkataan, penulisan, isyarat, gelaran dan lain-lain. Maka dengan ini, setiap perkara yang tidak disukai oleh seseorang sekiranya disebut tanpa kehadirannya, walau sekecil mana pun perkara itu, adalah dikira sebagai ghibah atau mengumpat. Oleh itu, berhati-hatilah! Dengan hanya satu kalimah atau satu isyarat sahaja kita boleh terjerumus dalam dosa mengumpat.
“Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela.” (Surah Al-Humazah 104:1)
Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com
Jawapan Dan Penjelasan Ustaz Zaharuddin Mengenai Perkahwinan Kedua
Saya & Poligami ( Mesti Baca Hingga Habis Sebelum Komen) – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Ummu Habibah r.a (salah seorang isteri nabi s.a.w) pernah berdoa meminta dikurniakan suatu nikmat dunia hasil dari perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. Namun nabi menasihatinya dengan kata baginda:
قَدْ سَأَلْت اللَّه عَزَّ وَجَلَّ لِآجَالٍ مَضْرُوبَة , وَأَيَّام مَعْدُودَة , وَأَرْزَاق مَقْسُومَة , وَلَنْ يُعَجِّل شَيْئًا قَبْل حِلّه , أَوْ يُؤَخِّر شَيْئًا عَنْ حِلّه , وَلَوْ كُنْت سَأَلْت اللَّه أَنْ يُعِيذك مِنْ عَذَاب فِي النَّار , أَوْ عَذَاب فِي الْقَبْر كَانَ خَيْرًا وَأَفْضَل
Ertinya: “Engkau telah meminta dari Allah tentang ajal maut yang telah ditentukan, hari-hari kita yang telah dihitungkan, rezeki-rezeki yang telah Allah bahagikan, dan pasti tiada diawalkan sesuatu dari masanya, atau dilewatkan dari masanya…..” (Sahih Muslim)
Justeru,
1. Perkahwinan adalah dalam rezeki dan ketentuan Allah yang pasti sampai bila tiba masanya.
2. Rezeki isteri sedia ada dan yang baru menjadi isteri juga adalah ketetapan Allah swt. Tiadalah patut poligami dianggap penyebab hak dan rezeki isteri sedia ada dirampas. Menurut hadis sohih, masing-masing tidak boleh merampas hak dan rezeki khususnya apabila ia dilaksanakan mengikut neraca, prosedur dan tatacara hukum Shariah.
3. Perkahwinan ini hanya berkait dengan tiga keluarga terdekat bagi mereka (suami, isteri sedia ada dan yang baru). Justeru, jika kalian tidak termasuk dalamnya, seeloknya doakan sahaja pasangan ini atau kamu mengulas sesuatu yang di luar urusanmu yang menjadi sebab menjadi muslim yang buruk akhlak (berdasarkan kepada hadis من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه)
4. Tiada perlu membuat dosa umpatan, sangka buruk, spekulasi sebab atau bertanya cara kenal, umur, latar belakang pasangan, sebab, jumlah mas kahwin atau apa jua. Kerana ia bukanlah urusan yang mampu kalian ketahui dengan perincian yang tepat lagi sohih. Rumahtangga orang lain yang terbina jangan pula menjadi sebab susahnya fikiran kalian atau lebih bahaya, penambah dosa.
5. Maka apa jua sebab dan alasan, jika kalian membencinya, kalian turut membenci ketetapan Allah ke atas seorang hamba Allah yang berkahwin secara halal lagi menurut tatatertibnya.
6. Jika kalian ingin tahu, prosedur ringkas poligami yang SAYA turuti adalah :
a. Istikharah dan doa istikharah di Mekah dan Madinah serta tanahair beberapa bulan. Keputusan saya khususnya bukan hanya dari logik dan aqal tetapi ilham dan kemudahan dari Ilahi.
b. Sentiasa Istisharah (berbincang) dengan isteri sedia ada dan menyakinkan beliau akan manfaat dunia akhirat dari perkahwinan kedua yang dirancang buat kesemua kami yang terlibat.
c. Meminang bakal isteri kedua dengan kehadiran isteri sedia ada yang bersama-sama menjelas dan menerangkan hatta bebas mencadangkan tarikh pernikahan.
d. Mendapat restu dan redha bakal mertua dan keluarganya.
e. Memaklumkan kepada mertua sekarang dengan jelas serta terang lalu mendapat restu dan redha mereka.
f. Memaklumkan dan menjelaskan kepada anak-anak (2 dalam usia remaja dan 2 dalam usia kanak-kanak) akan tujuan berkahwin buat kali kedua sebagai langkah awal untuk memahamkan mereka tentang poligami yang baik menurut syarak.
g. Memulakan proses undang-undang, iaitu perlu memohon izin dari Mahkamah Syariah (di negeri masing-masing). Hakim akan meneliti semua sebab musabbab serta kedudukan kewangan pemohon. Permohonan saya telah DILULUSKAN Mahkamah Tinggi Shariah Selangor. Nasihat saya, jadikan bernikah di Thailand sebagai pilihan terakhir setelah semua proses tanahair disekat secara salah atau tidak adil atau terlalu menyusahkan.
h. Menetapkan perincian nafqah, giliran dan pembahagian harta sepencarian bagi isteri sedia ada. Juga bagi anak-anak sedia ada. Ini penting agar kedudukan dan jasa isteri sedia ada terjaga serta keadilan material dan fizikal terjaga. Pembahagian ini TELAH diluluskan oleh mahkamah.
i. Bersabar dan menangani cemburu yang fitrah bagi wanita secara hikmah, sabar serta rasional. Ini perlu ilmu, tanpa ilmu kita tewas.
j. Bersikap kasih sayang, lembut serta konsisten dalam komunsikasi
k. Kemudian, bernikahlah secara terbuka dengan walimah serta jemputan.
l. Peka terhadap perasaan isteri-isteri serta meraikannya dan tambahkan kerohanianmu dan solatmu justeru bertambahlah sabarmu.
‘Say No’ kepada poligami rahsia dan dibuat secara sembrono. Bersabar hadapi cacian mereka yang cemburu di luar sana, kerana mereka hanya menambah pahalamu dan menempah tiket ke azab Allah. Bersabar juga dengan pujian yang merupakan ‘pembunuh senyap’ keikhlasan niatmu.
Kalau sebelum ini kita kagumi Rasulullah dan sifat sabarnya, bila berpoligami, pastilah bertambah fahamnya kita akan MAHA AGUNGNYA SIFAT SABAR baginda Nabi dan isteri-isterinya.
Baginda cemerlang di dalam rumah dan luar rumah. Fizikal dan spiritual.
Bantulah kami dengan mendoakan kami, itu jutaan kali lebih baik dari berspekulasi dan bersangka-sangka serta ‘terlebih mengambil berat’ dengan bertanya itu dan ini kepada isteri-isteriku yang dicintai.
Tiadalah bertambah mulia atau cela dengan poligami dan monogami. Pokoknya adalah bagaimana kamu menjalankannya.
Berhentilah dari hasrat ingin menghubungi isteri-isteri saya bagi menyampaikan rasa TIDAK PUAS HATI kalian atau cuba menyampaikan sangsi, ‘racun amarah masing-masing’ dan keraguan kalian. Tiada faedahnya dan perhatikanlah diri dan keluargamu, saya pula pasti bertanggungjawab atas keluarga saya. Insha Allah.
Bagi yang bujang, tidak perlu resah..tidak habis wanita solehah di luar sana..rezekimu akan sampai pada waktunya asalkan kamu bersedia dan soleh juga.
PADAMLAH gambar-gambar yang DISEBARKAN dan disensasikan TANPA izin kami. Inilah gambar yang kami rasakan sesuai dikongsi bersama masyarakat awam. Semoga catatan ringkas ini mampu menarik keberkatan buat kami dan kalian.
Akhir sekali, TIADA PERLU cemburu, dengki atau hasad dengan kami kerana BAHAGIA kalian BUKAN terletak pada URUSAN kami ATAU kucar kacirnya kami tetapi pada hati dan diri kalian sendiri. Janganlah mencari bahagia dengan PERKARA DOSA.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
6 Syawwal 1434
Sumber: Facebook Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
“Barakallah lakuma,wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fie khair”
Taniah kepada Ustaz Zahaaruddin (UZAR) atas perkahwinan kedua beliau, moga diberkati hubungan hingga ke Syurga.
Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Sape yg mengharamkan perkara halal scara sengaja atas logik akal sendiri, kalau enggan mengucap balik maka harap ALLAH bg petunjuk je lah....lantang sgt dgn poligami sdgkan Rasulullah pun buat. Ye lah sbb ade sape ntah ckp poligami utk masa skrg adalah dlarang...maknanya haram. Barangkali poligami di zaman Rasulullaah saja yg halal..
Sdgkan Imam Shafie ckp susah nak menang berhujah dgn sorg yg jahil, inikan pula kalau bbrapa org juhala bertagteam memanisfest kejahilan masing2 dlm bab poligami....konfem tak terlawan.
Jgn kata Imam Shafie (sape la Imam Shafie di mata hamjad2 neh sdgkan Rasulullah pun kene kutuk) - so aku sebut kata2 seorg Kristian yg urban, Mark Twain when he said: "Never argue with idiots, they'll drag you down to their level then beat you with experience" - SO TRUE Last edited by PitMie on 14-8-2013 09:55 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
berapa byk dosa umpatan korang yek sampai 23 page |
|
|
|
|
|
|
|
PitMie posted on 14-8-2013 09:53 AM
Sape yg mengharamkan perkara halal scara sengaja atas logik akal sendiri, kalau enggan mengucap bali ...
Salameykum aji...Lu pulak mengharamkan yg wajib atas alasan sumpah laknat...per citer aji? |
|
|
|
|
|
|
|
baghal_bortuqal posted on 14-8-2013 02:10 AM
Ini adalah jihadd kawww....
Hahaha....auntie baghal pon muntah hijau bila Ostad terkenal apakanamadia cuba menjustify kegatalan bebirdnya dengan mengunakan agama.....
|
|
|
|
|
|
|
|
orang tuh laki bini, aman aja pun... |
|
|
|
|
|
|
|
da smpai seru beristri lebih nak wat cam ner...
da istri2 dia redha ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-8-2013 10:42 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Jika ustaz2 diluar sane menerangkan poligami sebagai cara utk mengisi nagsu besar ustaz2..mungkin kurang royanan laa..ngaku saja nk merasa isteri ramai..
Xyah sebut nk bantu wanita janda andartu bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
True-X posted on 14-8-2013 10:42 AM
Jika ustaz2 diluar sane menerangkan poligami sebagai cara utk mengisi nagsu besar ustaz2..mungkin ku ...
andartu & janda dibantu oleh lelaki muda bukan setad2 yer |
|
|
|
|
|
|
|
haryatie posted on 14-8-2013 10:41 AM
da smpai seru beristri lebih nak wat cam ner...
da istri2 dia redha ..
ya lah semoga ustaz ni dapat menunjuk cotoh terbaik poligami yang dianjurkan oleh rasulullah SAW
|
|
|
|
|
|
|
|
Ustaz nie hanya kebetulan kut. Berlambak org bukan ustaz kawin byk. Aku pun nak kawin byk kalau mampu. The first criteria - mampu coz taraf idup skrg amat-amat tinggi. Criteria lain tu boleh adjust. Aku ada sedara bini 2, anak 11. Gaji RM60K sebulan. Nak kawin 4 pun boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-8-2013 10:54 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Innrukia posted on 14-8-2013 10:46 AM
andartu & janda dibantu oleh lelaki muda bukan setad2 yer
patutla ustaz carik yg muda...heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-8-2013 10:55 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Bell posted on 14-8-2013 10:54 AM
Ustaz nie hanya kebetulan kut. Berlambak org bukan ustaz kawin byk. Aku pun nak kawin byk kalau mamp ...
Kaka bell...kl beliyau tidak ke hulu ke hilir dgn poligami membantu wanita.. maka biarla mereka berbahagia...heheh |
|
|
|
|
|
|
|
selamat pengantin baru ustaz |
|
|
|
|
|
|
|
True-X posted on 14-8-2013 10:55 AM
Kaka bell...kl beliyau tidak ke hulu ke hilir dgn poligami membantu wanita.. maka biarla mereka be ...
Dia telah mengurangkan satu lagi bakal andartu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia posted on 14-8-2013 10:46 AM
andartu & janda dibantu oleh lelaki muda bukan setad2 yer
hehehe....mcam setuju jerk ngan ko.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|