CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Larasati

suami jijik utk bersama - Aku kembali! - Thread closed! Mohon mod lock thread...

 Close [Copy link]
Post time 19-11-2014 10:23 PM | Show all posts
Larasati posted on 19-11-2014 01:35 AM
19/11/2014 rabu

aku sgt down beberapa hari kebelakangan ni. puncanya - sbb aku rasa famili teruta ...

Dari awal-awal cerita bila aku baca dah nampak ada something yg tak kena dgn perancangan you dan husband. Keikhlasan dlm perkahwinan. Biasanya bila org kahwin, dgn masalah kewangan yg masih membelenggu, perancangan tu sgt penting. Pengurusan kewangan. Perbelanjaan berhemah, simpanan masa susah etc. Dah tahu yg suami tak mampu nak bawa hantaran RM10K w/pun katanya engineer so di situ aja you patut dah faham bertapa tenatnya kewangan r/tangga uolls berdua selepas kahwin. Dlm pada itu nak juga beli rumah beratus ribu, nak bayar belanja kahwin 10K tak mampu tapi ada hati nak beli rumah beratus ribu, mmg rabaklah j......r, kalau org berak besar kitapun nak berak besar.

Aku nak salahkan kaupun tak boleh sbb kau dah terbiasa dgn ibu bapa yg berumah besar-besar kat KL tu so you tak pernah rasa susah sgt. Bila Allah bg dugaan begini baru tahu langit tinggi rendah. Kalau Allah tak bg dugaan gini maka kita tak akan rasa peritnya satu kehidupan, tak ada cabaran. Masa ni adalah masa untuk muhasabah diri, belajar untuk mulakan sesuatu yg kita tak pernah buat. Masa ini baru kita tahu yg kasih saudara masa berada. Bila kita susah sedara sendiripun malu nak ngaku kita sedara.

Suami kau masa nak kahwin kaupun sama juga, tengok anak dara org berada angan-angan tinggi melangit, bolehlah lepas kahwin menumpang mertua kaya. Tapi bila tahu layanan mak mertua, cara mak mertua, baru tepuk dahi, alamak. At least anak masih kecil, umur TT masih muda dan peluang masih banyak utk mulakan hidup baru tanpa bantuan sesiapa. Bukan kau sorang aja TT yg ada ibu bapa macam gini, ramai lagi. Satu aja kau kena ingat bila kita terkena pengalaman begini berazamlah kita tak akan mengulanginya kepada anak kita bila dia besar nanti. Kita ikut landasan yg baik dan tinggalkan ajaran dan didikan yg salah.  

Cadangan aku kau cari kerja dulu, kau sabar aja dgn mak bapa kau sbb kau tak ada pilihan. Kau tak ada ke sahabat-sahabat sejati dlm dunia ni? Kdg2 sahabat2 dunia akhirat ni lebih memahami serta supportive berbanding ibu bapa disebabkan maruah. Malu kot-kot kengkawan dia org yg kerja besor2 tahu yg anak dia nak kena cerai dan menganggur pulak tu. Sedangkan itu hanya lumrah sebuah kehidupan dan boleh berlaku kpd sesiapapun.

Sebaik saja kau dapat kerja kau pindah, tinggal kat rumah yg murah2 unless family ko bermurah hati nak dermakan kau rumah sebiji supaya cucu dia tak berpanas dan berhujan. Urusan penceraian tu kau boleh mulakan kemudian, bila kau stabil sikit. Selalu ingat apa-apa tindakan mesti logik dan sistematik. Jgn semua nak buat sekaligus. Dlm dunia ni tak ada apa yg free, nak matipun kena bayar. Bila satu-satu masalah kau selesai tekanan perasaan kau akan berkurangan dan cara kau befikir akan lebih jelas dan fokus. Dlm keadaan sekarang kalau laki kau nak kasi duit belanja untuk anak dia kau terima ja, for survival kau tak ada masa nak fikir tentang emosi, geram atau dendam. Bak kata org kita boleh pilih lelaki untuk menjadi suami kita tapi kita tak boleh memilih ibu bapa sbb mereka darah daging kita.
Last edited by cmf_blingblings on 19-11-2014 10:24 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2014 11:24 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 19-11-2014 10:23 PM
Dari awal-awal cerita bila aku baca dah nampak ada something yg tak kena dgn perancangan you dan h ...

adeh..kena sedebik aku ngan blingbling..huhu..tertelan air liur aku baca...

rumah tu aku xmo beli pon sbb tau weols xstable lg masa tu, ditmbh plak laki jenis dr sblm kawin perancangan kewangan dia teruk. hutang credit card dia terbiar smpi nama masuk bank negara. tu dr sblm kawin, igtkan pandai la menyimpan bile dah anak bini tjawab bertambah, upernya tak. sama jgk malah lebih teruk lagi. aku ngikut je laki aku ms tu (ms beli umah tu br bertunang) sbb katanya kalau sesak sok2 klu xmampu nak dok umah tu kite jual jelah. tup2 lom masuk 2 tahun kawin dah jd gini, mmg jual la nti rumah tu. eh eh aku lak bahasakan laki aku..keke..

aku mmg xpenah susah dr kecik. sume mak bapak aku sediakan hatta nak gi sek pon ade dreber ngantar ngambik. aku xmerasa sgt naik bas gi sekolah mcm org lain. masa bljr pon parents bg keta sorang sebijik. lps kawin pon aku xde la susah smpi melarat..at least anak aku selesa la hidup. wpun aku sbg maknya tidaklah bahagia..

aku berkerut2 dahi bila baca ramai sajes soh aku keje basuh pinggan, bibik..aku bkn nak ego ke apa, skang ni hakikat sbnr aku lom bercerai lg. aku masih ade hak utk dok umah laki aku tu lg. tu klu aku insist nak balik umah dia balikla.. hatta klu diceraikan pon ade lg hak aku 3 bln tempoh idah utk dpt tmpt tinggal. asal laki aku tu tak halau aku kuar campak kain baju aku keluar sudahlah. skang ni aku rs belum sampai tahap aku kena paksa diri sendiri buat keje mcm tu utk hidup. at least belum sampai tahap tu lg.

bile baca pandangan ramai kat sini, ramai sajes aku dah xboleh dok lg dah nganga kat umah mak bapak aku ni. br sebulan dok ngan derang pon derang dah kira dah bape iview aku pegi pastu nape sume xdpt? masa aku ngangur kat umah laki aku ade jgk iview aku gi, mak aku tau, tp xpenah lak dia kira mcm skrg berapa aku gi iview dah. baru aku sedar masa aku xnumpang xmintak makan kat derang, derang xde kesah sgt pon aku keje ke tak..alih2 skrg betul la ckp ko blingbling..(err xpe ke pngil ko blingbling..sesedap rasa lak aku)bile susah xde harta baru kenal sedara sendiri, sedara sendiri pon malu nak ngaku sedara kot..





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2014 11:26 PM | Show all posts
scorpionkiki posted on 19-11-2014 07:41 PM
Kisah ni menjadikan rasa hormat I pd IBU tunggal bertambah tambah...kuatnya sorang IBU bwrtanggung ...

aku pon skrg baru sedar besarnya pengorbanan ibu2 yg xde laki ni. tabah besarkan anak sorang2..bukan sume org diuji mcm ni..bg aku hanya org yg kuat saje tuhan uji begini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2014 11:37 PM | Show all posts
aku nak ucapkan time kasih byk2 kpd yg sudi pm aku offer job..aku serba salah jgk nak terima sbb yelah segan jgk..lom ape2 org dah tau sal dlm kain kite..yg mana sepatutnya masalah2 yg aku cite kat sini org luar xpatut tahu pon..

mohon kalau ade yg leh pm aku balik kalau ade keje sesuai dgn aku. ni kelulusan aku

bach of info technology (major software engineering)
past exp: keje sbg Server Engineer dan Analyst (dua2 keje berstatus kontrak)


mohon kontek /pm aku ye kalau ade keje bersesuaian. kalau leh dpt keje terus lg ok hehe..ade ke gitu? bagus jgk kalau ade hehe..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2014 11:40 PM | Show all posts
beldandy posted on 19-11-2014 07:24 PM
Ye...betul2...idea yg sgt bagus.
nursery or pusat jagaan harian mmg nk cari org yg boleh stay sit ...

bel..kalau keje kat pusat asuhan/taska ni aku leh bwk baby x? bkn ape aku confuse japla cane nak keje ek cane nak jaga anak org kalau aku pon kena jg anak sendiri huhu..

aku skng xdemand sgt keje gaji besar (kalau dpt kira bonus la) asal lepas nak byr keta aku dan mkn mnm aku cukupla kot. keta aku $750 mkn mnm $300 kot..kalau keje gaji $1000 above ok kot...

sorry klu korang rs aku demand sgt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2014 11:52 PM | Show all posts
hotzzplate posted on 19-11-2014 04:19 PM
lara..betul kan macam aku post sebelum ni...

mak ayah ko sebelum ni keje, bila pencen klu boleh ...

thanks sgt..

sudi ko nak tnyakan resepi kuih kat mak ko kat kg..adeh terharu aku..siyes aku terharu..

betul jgk ckp ko tu..derang dah tua2 mebi nak bertenang je xmo serabut2 dah dgn masalah dunia..kalau boleh nak pikir akhirat je kot..
tetiba dtg lak aku bersekali pakej ngan anak aku, selambakkan mslh hidup aku yg terslh pilih laki ni kat derang..aku xsalahkan derang la kalau derang xleh terima aku..tp klu aku lah, aku xkan buat anak aku gini esp kalau aku tau aku ade simpanan ratus ribu dlm bank. bkn aku salahkan derang, tp sikit sebnyk aku terasa hati dan kecik ati dan jauh hatilah jgk, sume yg berkaitan hati tu pendek kata mmg aku terasa..haha..

aku mmg kena cari keje ni. kejela ape2 pon dulu, sementara tgu dpt keje gaji sesuai kelulusan. aku dah xleh harapkan laki aku dah. jauhla sekali nak harapkan dia berubah. aku mmg dah kena bangkit la utk masa depan anak aku..

betul ckp ko, jd anak yg bukan anak pilihan ni, mmg kena banyak membawa diri..kena pandai bawak diri, xamik ati sgt dengan layanan org tua. sian anak aku, dgn dia sekali kena pandai bawak diri padahal br 6 bulan tu. mak aku sejak selisih faham hr tu dah nak masuk seminggu dah xberckp dgn aku, dgn anak aku pon dia xnak dukung. abah aku je yg ketuk pintu bilik aku mintak nak main dgn cucu. sbb sejak hr tu aku mmg berkurung dlm bilik sbb aku mmg terasa sungguh dgn mak aku..ckp anak sednrii menumpang..xkesian ke dgn aku ni? aku ni sape bkn anak dia ke? anak dia yg lain xmenumpang plak? padahal adik aku yg lain keje gaji besar kot dah xperlu kot sbnrnya klu mak aku nak sediakan sume utk derang. aku ni yg lebih lyk ditolong xmo lak tolong..dianggap beban lak..xpelah..jawablah dgn tuhan nti buat anak sdri mcm ni..



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-11-2014 12:12 AM | Show all posts
beldandy posted on 19-11-2014 10:23 AM
owh no lara....
macam2 soalan berlari2 dalam kepala bel ni
1st and for all....NEVER EVER GOING B ...

bel..

tahla..aku pon xsure betul ke keputusan aku nak balik dok umah laki. dlm keadaan begini mgkn aku byk berpaksikan emosi. tp dah seminggu aku pikir..aku timbal balik sume..dan berpandukan layannan mak aku jgk seminggu ni, sejak selisih faham hr tu mak aku dah xberckp dgn aku. klu berckp pon cara dia ckp tu mcm nyampah sungguh kat aku numpang kat umah dia siap bwk anak kecik lak tu. langsung xmo pegang anak aku dah. hr tu berdegar2 ckp kalau aku dpt keje dia nak tlg jaga anak aku kat kg..skang ni mcm ni? emo sikit smpi anak aku jd mangsa. sian bdk tu dahla aku ni dilyn xmcm anak sendiri, cucu pon dah bkn mcm cucu dia. aku mntk jagakan kejap aku kuar beli susu pon bising mesti cpt2 call aku suh balik umah cpt..bile balik tu xnyempat aku tukar baju ke dulu trus disuakan anak aku, ckp amikla jaga. penat..gini ke nak jaga anak aku? anak tu cucu dia kot..klu benci kat aku xkan la anak aku pon benci sekali..yelah aku ni hina la sbb xkeje besar (xkeje pon aku ni) xmcm anak dia yg lain..simpan la duit dia tu byk2 dlm bank hari ni ade 200k, esok tgk mungkin dah beranak jd 400k kot..klu org lain sebok nak tlg..anak sdri susah xde tmpt nak tuju leh dilayan gini. kalau aku balik umah laki aku pon mmg patutla dgn cara dia layan aku ni..

aa..derang jarang sgt masak. mak aku tu masa aku xde sini hidup berdua je dgn ayah aku, mmg derang beli je. so dia expect klu aku dok ngan dia pon aku kenala ikut cara hidup derang jgk. jarang sgt derang .belikan utk aku sekali..salu tu buat bodoh je. nak2  lak dgn keadaan skrg ni, lg derang buat bodoh. bg aku abah ngan mak aku sama je sehati sejiwa. mak aku klu nak emo ngan aku mesti cept2 gi cite kat abah aku sambil emo2. pastu abah sebelahkan dia. mak aku tu dr dulu gitu mmg dr aku kecik kot gitu. mmg aku salu nangis dgn cara dia lyn aku. adik2 aku yg keje besar tu lg dipampernya..tlg isi mnyk keta adik aku klu derang kat kl. keta aku yg laki xduli ni dia buat bodoh je plak. pastu kalau mak aku gi kl stay umah kat kl yg adik2 aku duduk tu, hari2 dia akan msk. tgu adik2 aku balik. pastu paksa derang mkn. ade sekali tu derang serbu mkn smpi abis lauk xtngl ape. sedh gile aku dah la baru 3 hari aku dok situ numpang lps kuar dr rumah laki. igtkan leh la mkn lauk yg lebih2 anak aku lak kol 11 bru tido masa tu, bygkan lapar cane aku ms tu. mmg nangis je kuar tgk mknan dah licin. pastu mak aku selamba je ckp mknla roti ke..aku ni bkn anak pilihan, kalau aku mkn pon mak aku bising ckp makan byk. mana xkecik ati aku. padahal mkn lunch ngan dinner je..sejak aku dok sini gitula..bfast mkn oat je..tu pon dia ckp aku mkn byk. anak dia ngadap lauk sekali hadap habis licin tak bising lak eh..aku bkn nak burukkan mak bapak aku..tp ni kenyataan yg aku kena tanggung lps kuar dr rumah laki. lps setahun lbih aku mkn tk bertala..tetiba gini..mmg menitik la airmata..
tu xcite lg mak aku suh aku cr rumah sewa soh pindah dok ngan anak. aku lom dpt keje lg dia dah ajak aku g survey2 umah sewa. adik aku yg gaji beso tu (xla beso sgt pon beso lg gaji aku ms aku keje dulu) tu yg paling disayang.. sanggup belikan rumah 400k letak nama adik aku..nti rumah tu siap pon dia tolong byrkan nti. bukan adik aku byr.. tp nti mak abah aku dah takde awal2 dia dah ckp kat aku rumah tu akan jd milik adik aku. fuyo..rumah teres baru kat bangi 400k..2-3 tahun lagi mesti naik rege..tulah mak bapak aku..yg kaya akan dia tlg kayakan lagi. makin kaya anda, makin sayang mereka pada anda. kalau anda sudah sedia kaya, mereka akan bg lagi harta lain2 supaya anda melampau lampau kaya. yg mana miskin melarat papa mcm aku ni, biarlah situ. awal2 dah disuruh kuar cr umah sewa. patutnya aku ni yg derang jaga..setidaknya smpi aku keje..



Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 12:23 AM | Show all posts
Larasati posted on 19-11-2014 11:37 PM
aku nak ucapkan time kasih byk2 kpd yg sudi pm aku offer job..aku serba salah jgk nak terima sbb yel ...

Tak perlu kot nak jd maid ke apa, ko lebih tahu apa yg ko mampu buat dik oi. Kelulusan tu bagus maknanya kerja yg sesuai tu akan sampai juga cuma kau kena usaha lebih gigih sikit untuk dapatkan mana yg bersesuaian. Kita ni semua manusia dan ujian untuk kita berbeza-beza, patutlah org selalu kata jgn ingat org kaya hatinya gembira.

Aku pernah mengalami masa-masa susah lepas grad, kerja gaji kecik, sara adik, jaga ibu bapa sedangkan adik beradik lain lena kat rumah masing2 dgn anak laki/bini. Aku terlupa nak fikir pasal kahwin bila kehidupan aku hanya utk org lain. Sedara aku hina aku hanya sebab duit dia lebih banyak dari aku, mungkin dia rasa dia lebih beriman dari aku dan hari ni aku terdiam bila aku sampai kat rumah agam dia. Suram dan sunyi sepi, tidur atas sofa panjang sejak 3 ke 4 tahun lepas. Duit banyak dlm bank, anak-anak entah ke mana, isteri lari ikut jantan muda.... aku ingat setiap patah dia hina aku depan mak aku sampai menangis aku terduduk hanya sebab aku saja yg tinggal dgn mak aku, masa tu aku masih bujang. Hari ni aku tak kayapun tapi mak aku pulak yg menumpang tinggal di rumah aku, mungkin hingga akhir hayat dia. Allah pilih kita untuk ujiannya, kita perlu tabah, insaf dan melutut kpdnya. Tentu sebagai manusia tak ada sesiapa yg sempurna. At least kita sedar dan berubah. Satu aja kau selalu kena ingat, jgn lupa bersedekah walau di mana kau berada. Insya Allah, rezeki kau tak akan kering walau sesusah manapun.
Last edited by cmf_blingblings on 20-11-2014 12:25 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2014 12:25 AM | Show all posts
gurl80 posted on 19-11-2014 10:35 AM
biar lah sy cite srba sdikit...rsanya sy ada buka thread sy yg lpas...sblom bcerai sy kawin dah 7t ...

cite ko ni buat aku tingat kesah suami yg terlanjur dgn janda sbb bini busuk yg tgh viral kat fb skrg ni..laki mcm ni yg jenis menyalahkan org ni mmg sepanjang masa xkan penah salah. dah berzina bertahun pon salahkan bini busuk..aku simpati baca kesah ko..kenapa ye dunia ni dipenuhi jantan2 bertuankan nafsu mcm ni? derang ni xpikir halal haram dosa pahala ke? xpikir mati ke? klu mati eksiden lps ehem2 tu baru tau kot tah sempat ke tidak bertaubat..

baca kisah ko ni tingat laki aku ni ade aku tnya dulu..nape mcm dia xberminat ngan aku..dia salu ckp aku xpandai goda dia. pastu dia ckp kenalah pandai goda2 dia baru dia turn on. mslhnya aku dah goda kot sume xjalan. baling bantal kat aku salu kot..salu bg alasan stress..penat..siap ckp kalau nak mntk ehem kena ckp awal2 supaya dia tau..ade tu smpi kena buat appointment..nak hr ni mgu dpn baru leh bg..kadang tu postpone lg mngu depan..atau mgu dpn lg..yg hujung2 ni seingat aku penah dia tolak aku dr katil bile aku nak peluk dia pastu trs dia bgn kuar bilik. bayangkan perasaan aku sbg bini ni...

skang ni klu dia betul ade lyn betina lain kat luar pon aku xheran lah. sbb nampak sangat jelas selama dia kawin dgn aku..seolah2 sgt penting utk dia simpan air dia utk betina tu..kang klu dah layan aku nti xdelah dia turn on nak lyn betina tu kan..mmg logik la klu dia ade betina lain kat luar..cuma aku yg xtau. aku korek pon xjumpa apa2..aku godek pon xjumpa..samada aku yg xpandai jd csi atau dia mmg jauh lebih pandai bab menipu dr aku..xpe xpe..kalau aku xtau pon tuhan tu tau..xpe...sok2 kena rejam la ko kat akhirat nti..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2014 12:32 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 20-11-2014 12:23 AM
Tak perlu kot nak jd maid ke apa, ko lebih tahu apa yg ko mampu buat dik oi. Kelulusan tu bagus ma ...

ya allah,..sedihnya kisah hidup ko ni..buat aku tersedar org ni bermacam2 cite hitam dlm hidup dia..aku rs aku dah susah dah..rupanya ade org yg jauh lagi susah..

aku pon ade sedara mulut puaka cam ko..selamba je dia sound aku dulu dpn2 org ramai masa open house raya kat rumah dia. aku diam je..dpn mak aku dia sound. aku diam je..tp mmg smpi hari ni aku ingat. skang ni tuhan dah bls kat dia, anak dia sorang tu kaki mencopet kat pasaraya..smpi kena pukul teruk ngan org kg..skang ni dia pon dah bljr jaga mulut sdri dah dr mengata anak org, sbb dia tau anak dia sdri pon teruk..

betul ckp ko..aku kena pilih2 keje yg sesuai dgn kemampuan aku..yg aku mampu buat utk survive. keje2 kerani aku penahlah buat dulu zmn2 baru grad dulu..tp klu keje jd maid, basuh pinggan, pelayan restoran, bibik jaga anak kat umah org..aku xpenah buat..aku rs keje2 admin mgkn ok utk aku utk sementara ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2014 12:40 AM | Show all posts
pawie posted on 19-11-2014 12:12 PM
ini pandangan saya.
dalam menyelesaikan kemelut ini...strategi memainkan peranan yang penting. kera ...

dlm byk2 aku rasa pandangan pawie ni paling kena dgn apa yg aku dok pikir dkt seminggu dah ni..mmg aku rs laki aku tu ptt jadi batu loncatan yg baik utk sementara aku dpt keje..klu numpang lg ngan mak bapak aku ni aku xrasa aku akan bertahan..mmg aku kenal mak bapak aku cane..mmg aku tau cane dia layan aku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2014 12:48 AM | Show all posts
xoxopac08 posted on 19-11-2014 11:49 AM
Lara, aku sedang menangis sambil baca apa yang ko tulis ni. Sesungguhnya ujian yg ko hadapi ni mem ...

apa yg ko lalui mmg ade persamaan dgn kesah hidup aku..terutama cara layanan mak bapak kat kite tuh..aku pon rs mcm panas muka nak nangis je baca kesah ko..

ko tau x..aku pikir nye pikir..nak balik kat laki aku tu..smpi aku terfikir cane klu aku balik tu dia tgh ehem2 dgn pompan lain kat rumah? (ni mgkn kesan trauma ex bf aku yg aku penah tgkp bersama dgn pompan lain dpn aku, smpi skrg aku trauma) cane klu dia maki aku balik sbb akhirnya balik jgk cari dia? aku sampai ckp kat diri sendiri..kalau masa aku balik tu aku tgkp dia ngan pompan lain..sumpah aku akan pandang je..sumpah aku xkan ckp ape atau buat ape..selain dr nangis..aku xkan mintak atau tuntut hak aku sbg srg isteri dia yg masih sah utk marah..aku akan buat xnampak je..sbb aku tau aku ade matlamat aku sdri balik kat dia..bukan utk mengharap kasih dia kembali..jauh sekali la..aku cuma nak tumpang berteduh dan tumpang makan mnm..sbb famili aku nampaknya xdpt nak terima aku dengan keadaan lapang dada..aku xkan ckp ape pon klu dia kuar xnak balik rumah pon..klu dia buat aku xwujud kat rumah tu pon lg baik...mmg aku akan jd keras ati lps ni sbb aku tau dan aku sedar dia tu ape dlm hidup aku.

mcm aku ckp sblm ni, kalau laki sendiri ckp kite ni menyusahkan aku boleh dan aku mampu terima lagi..(itu yg aku tahan setahun lebih ni kot)..tp kalau dah mak bapak sendiri ckp aku ni menyusahkan..yg derang tepaksa tolong aku..cukuplah. aku mmg tekad dah pasni aku xkan cari dan xkan balik kat derang biar apa jd pon lps ni..walau suami aku buang aku suatu hr ni..aku xkan menghala pada org tua aku dah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2014 01:20 AM | Show all posts
20/11/2014 khamis

aku tau ramai akan marahkan aku bile baca keputusan yg akan aku ambil ni. mmg konfem akan ramai yg kondem aku pasni. terpulanglah..aku dah bersedia..sesungguhnya yg menanggung semua masalah ni adalah aku..berat mata memandang, bayangkan lah betapa berat bahu aku ni memikul..

buat masa ni, ini adalah keputusan yg aku akan amik. aku akan balik numpang kat umah laki aku. sejak perselisihan hari ahad lepas, smpi hari ni mak aku buat tak endah kat aku. hr ni pon aku makan bertapau aje. ngan anak aku pon mak aku buat tak endah. ayah aku je yg berminat nak main2 ngan anak aku. klu mak aku berckp dgn aku pon, bunyi suara tu mcm menyampah betul..aku pon xleh nak salahkan dia, aku ni beban..sana sini dianggap beban...

td aku dah start survey tanya2kan tiket nak balik kl..aku dah pikir jgk cane aku nak balik sana nti..cane ngan aku sorang2 nak heret beg besar, first time tu nak travel jauh ngan baby lg. aku kena beli carrier ni sbb xkan aku nak dukung baby..handbag lg..tarik beg brg kitorang lg..td dah survey2 jgk carrier baby..tp lom beli lg..aku igt aku nak balik dulu rumah..tgk cane layanan mak aku kat aku..kot2 la berubah..tp hurm sama jgk..mkn pon xde utk aku..aku dok pikir2 ni kalau mak aku tetiba nak berckp dgn aku pon, deep inside dia mmg tak suka aku..aku tetap beban jgk bagi dia selagi aku tak keje..aku kena buat sesuatu..org dah tak hendak..xkan nak tahan muka lg..

dlm pada tu dok pikir2 jgk kalau balik umah laki nti, buatnya dia halau campak dgn baju2 aku kat luar..cane? aku kena bersedia dgn bermacam kemungkinan. ok masa tu kalau katalah laki tu xde hati perut sgt sdgkan aku ni bini dia yg sah lagi..mmg aku cari umah perlindungan utk ibu tunggal la.. aku dah save no beberapa pusat perlindungan yg ada kat sekitar kl..itu last option la..tp aku nekad sekali aku kuar dr rumah mak aku ni balik kl..aku xkan pandang blkg lagi. aku xkan mntk tlg atau balik kat mak aku lagi selagi aku xbekerja..selagi aku xsiap2 pindah kuar dr rumah laki aku dan bawak anak aku..

aku tau ramai yg risau takut aku kena pukul lebih teruk kalau balik umah laki..tp aku rasalah..selama aku kenal laki aku ni..selama aku dok serumah dgn dia ni..dia xkan mengamok atau pukul aku xpasal selagi aku diam dgn maksud diam yg betul2 diam..jangan tanya atau ckp ape pon..dia xde pukul lg aku xpasal2 selama ni..so strategi aku adalah balik umah dia..tido dlm masterbedroom atas katil selesa yg aku beli dgn duit hantaran..dia nak tido mana dia nye suka..tp aku xleh bygkan tido sekatil dgn dia..aku pon rs dia xmgkn berminat nak tido sekatil dgn aku..after what we've been through ni..so much pain inside..too much pain inside..aku akan buat bodoh je kat rumah tu aku akan masak utk diri aku sendiri, urus diri aku dan anak aku..uruskan dia xtermasuk dlm agenda aku. aku akan betul2 buat hal sendiri kali ni..mmg akan jd teman serumah betul..mmg xkan ade komunikasi antara kami. and aku pon tak berminat..dia nak gi mana nak balik pkl bape..tak nak balik ke..aku xkan amik kesah dan takkan cakap ape2..hak aku sbg isteri xpenting dah lepas ni. slps ni adalah hak anak aku..aku xpenah hidup susah..anak aku xpenah hidup susah..belum sampai masanya utk aku susahkan diri sendiri nak sewa umah..melarat bagai..kalau masih ade lg option terakhir ni..aku akan cuba yg ni dulu..aku harap ini akan melindungi aku dr dipukul. tp kalau aku tetap dipukul..aku akan gi buat polis report utk bukti masa aku nak failkan cerai nti, tp bukti ni aku akan simpan elok2. sambung lg tinggal disitu sehingga aku dpt keje yg elok.

aku plan nak keje dulu apa2 yg boleh..keje kerani ke..ok jgk..dpt 1000k sebulan..ok kot utk aku bertahan.. keta aku $750..anak htr nursery dlm $200-$300 kot.. dan aku akan cari keje yg sesuai dgn kelulusan aku sementara tu. aku mohon tuhan murahkan rezeki aku semoga aku tak susah lama mcm ni..semoga cepat2 ade sinar bahagian utk aku dan anak aku..

aku xkan balik kat famili aku selagi aku tak buktikan aku boleh berdikari sendiri besarkan anak aku tnpa bantuan org tua aku. bila aku dah stable, dah ade keje ok..dah mampu pindah kuar..aku akan cari derang balik.

aku tau ramai akan tembak aku bile aku buat keputusan ni. tp aku dah timbang kan dah seminggu dah benda ni. rumusan aku klu aku balik kat laki tu:

1. mkn minum aku ditanggung. aku hrp ditanggung la. pray for me pls..sbb dulu mmg mkn mnm laki aku jaga..cukuplah tu baju aku benda2 berhias utk aku tu boleh kot hold dulu
2. keperluan anak laki aku bg
3. anak aku selesa utk membesar, ada rumah dan persekitaran yg sihat dan bersih utk dia bermain. aku tau ramai ckp pangai mental laki aku tak elok utk anak aku membesar. but let's hope laki aku xkan maki jerit aku xpasal selagi aku kunci mulut aku buat dia xwujud je kat rumah tu
4. aku takkan benti cari keje sesuai smpi aku dpt keje yg bolehkan aku sewa rumah sdri dan pindah kuar bawak anak aku.
5. lps tu aku akan filekan cerai.

tp ade few things jgk main dlm kepala aku. cane lak klu ibu mertua aku dtg terjah rumah nak jumpa aku nak ckp dgn aku..sbb smpi skrg mmg ade cubaan dia nak suh aku berbaik dgn anak dia..smpi skrg aku xpenah reply msg2 mertua aku. ade kemungkinan dia akan dtg rumah..cane lak penerimaan keluarga dia klu aku balik kat anak dia? mesti derang akan perlekeh aku sbb akhirnya balik kat anak dia. mesti nti laki aku pon akan bercerita kat mak dia aku dah balik umah..mesti dernag akan rasa derang menang..ntahla aku pon xtau cane masa tu..aku lom pikir lg bab tu..

aku nekad dah. esok nak gi beli tiket balik kl. aku tersentuh ade sorang forumner ckp..tiap kali sedih tgklah muka anak..tiap kali hilang kekuatan..tgklah muka anak..ingat anak tu perlu hidup. anak tu bergantung pada aku utk hidup. pergh..mmg dalam kata2 ni..mmg aku pegang kata2 ni skrg...aku perlu hidup utk anak aku..anak aku akan hidup bahagia klu aku bahagia..

doakan aku ye korang...ini baru permulaan..bukan penyudah kesah aku..jgn penat bg aku semangat..jgn letih baca cite aku lps ni..
Last edited by Larasati on 20-11-2014 01:23 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 01:35 AM | Show all posts
Larasati posted on 20-11-2014 01:20 AM
20/11/2014 khamis

aku tau ramai akan marahkan aku bile baca keputusan yg akan aku ambil ni. mmg k ...

Lara, since ko blk kb ada tak husband msg or call ko?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2014 01:48 AM | Show all posts
happydot posted on 19-11-2014 02:04 PM
Pembetulan.. duit tu bkn beratus2... tapi puluh2 jer. Camna survive dgn duit tu? Ntah la... amazin ...

happydot..terkejut aku baca cite ko..tak sangka sepahit tu ujian utk ko..tak sangka ko sekuat dan setabah itu..kalau aku tak taulah boleh ke tak..ikat perut tak makan sbb xde duit..ya allahh...kuatnya ko dot...

aku betul2 terkesan dgn kata2 semangat ko. kata2 ko mmg akan jd kekuatan aku..kisah ko akan jd kekuatan utk aku..utk tak mudah menyerah kalah...kisah hidup ko buat aku sayu membaca...ko sgt2 kuat dot..keje kilang? ya allah aku kena keje kilang..xdpt aku bygkan kuat ke aku utk itu...



Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Larasati posted on 19-11-2014 11:37 PM
aku nak ucapkan time kasih byk2 kpd yg sudi pm aku offer job..aku serba salah jgk nak terima sbb yel ...


Boleh detailkan lagi x lara. ..engineersoftware ni bidang IT ke...i tanya ni sebab nak cuba juga tolong lara mana tahu kut ada keje yang sesuai..

Tempat i la ni mmg nak pakai org tp dalam purchasing. ..lain pulak bidang lara...tp i boleh usha2 untuk bidang engineer tu ...tp detailkanla
Last edited by noor2 on 20-11-2014 05:51 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 08:48 AM | Show all posts
beldandy posted on 19-11-2014 12:59 PM
aku masih tak boleh hadam kenapa org sanggup suh balik dgn laki yg berpotensi membunuh tu
takat hin ...

Bel, ko marah aku ke? Aku cuma bagi pendapat aku since aku pun ada pengalaman yang hampir sama dengan lara. Bukan niat aku nak suruh lara pegi bunuh diri dia kat suami dia. Aku takde idea lain nak bagi kat lara. Aku bagi pendapat tu sebab aku pun jalani perkara yang sama. Janganlah marah aku
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:15 AM | Show all posts
Larasati posted on 20-11-2014 01:48 AM
happydot..terkejut aku baca cite ko..tak sangka sepahit tu ujian utk ko..tak sangka ko sekuat dan  ...

lara i faham perasaan u

nasihat i if u choose utk kembali pd suami u kena bersedia mentally n fizikal
bab parent u tu....
maaf mmg ada mak ayah mcm tu bersabarlah

u kena kuat
cari kerja
fokus dgn apa yg u plan

i doakan agar segalanya berjalan lancar
n
please
jgn sesekali u tinggal solat yg wajib 5 waktu
then bangunlah tahajud mohon n mintalah pd yg maha esa....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
adreen77 posted on 20-11-2014 09:15 AM
lara i faham perasaan u

nasihat i if u choose utk kembali pd suami u kena bersedia mentally n f ...


Betul tu....kembali ke laki kena tahan deraan mental dan fizikal l pulak...


Dengan mak hanya kena tahan mental...

Apa pun semua atas pilihan lara...semoga yg terbaik buat lara..



P/s....untuk minah monopos tua yang duk intip setiap posting aku...bawakla bertaubat..malu la baca posting gadoh hang...hang kena cerai dulu sbb laku hang mcm dlm.posting ka...dah la mcm org low educated cara posting kat CI nun...aku nk gadoh pun rasa mcm x berbaloi...
Last edited by noor2 on 20-11-2014 09:35 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:48 AM | Show all posts
xoxopac08 posted on 20-11-2014 08:48 AM
Bel, ko marah aku ke? Aku cuma bagi pendapat aku since aku pun ada pengalaman yang hampir sama den ...

eh tak tak...
bukan bel marah kat ko pun
cuma bel bercakap sendiri cuba memahami cadangan tu...
seriously x blh hadam...ibarat menjilat ludah sendiri

dan sekarang pun bel tgh fikir apa nak cakap dgn si lara ni lepas baca keputusan dia nak ddk menumpang semula kat rumah kelamin mereka...
hadoiiiii.....tau tak...kalau bel ddk dgn anak2 je, mmg mau bel hangkut lara ni ddk dgn bel sementara dia nk dpt keje!
seriously...balik ke rumah yang kau tinggalkan dgn penuh drama tu??? dgn apa yg dah jadi selama ni?
dgn susah payah dapat keluar....ohmai...cannot digest!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.149138 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list