CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Tempatan] LIWAT 2- Rayuan Kes Liwat Anwar: Keputusan Ditangguhkan(UPDATE)

[Copy link]
Post time 4-11-2014 11:57 AM | Show all posts
ladydutch posted on 4-11-2014 10:57 AM
aku tengok hujah hujah peguambela dah kukuh

jadi anwar mesti dibebaskan

you tengok peguambela je
pasal you macai pro ketum

patut tengok kedua2 nya,
bela dan dakwa

apapun, yang betul2 ada authoriti nak
nilaikan, teliti dan buat penghakiman
adalah lima orang panel hakim

pihak luar mahupun pemerhati perlu
terima apa sahaja keputusan rasmi
yang bakal dimuktamadkan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2014 12:12 PM | Show all posts
Shafee sambung hujah pendakwaan, dijangka tamat petang ini

  

KETUA Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (tengah) tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya, dijadual menamatkan hujah balas bagi pendengaran rayuan terakhir kes liwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini. - Foto Effendy Rashid

PUTRAJAYA: Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijadual menamatkan hujah balas bagi pendengaran rayuan terakhir kes liwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Beliau yang mengetuai pasukan pendakwaan dijangka mengambil masa lebih dua jam untuk menyempurnakan hujahnya bagi menjawab semua keraguan dibangkitkan pasukan peguam bela sebelum ini berhubung kes terbabit.

Beliau seperti dilapor media semalam akan memberi keterangan terperinci beberapa perkara baharu dalam hujahnya termasuk berkaitan dakwaan perlakuan liwat itu diadakan secara "suka sama suka" atau wujud paksaan.

Shafee akan dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Pasukan pendakwa raya mengambil masa tiga hari bagi menyempurnakan hujah balasnya sejak Jumaat lalu.

Empat peguam bela juga sebelum ini sudah membahaskan hujah mereka bermula Selasa dan tamat pada Khamis lalu.

Pasukan pembelaan diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Beliau tiba di Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman di sini, jam 8.20 pagi tadi diiringi beberapa peguam.

Rumusan rayuan kes liwat Ketua Umum PKR itu sama ada ia diputuskan hari ini atau pada satu tarikh lain dijangka dimaklumkan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan petang ini.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Anwar, 67, disabitkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, iaitu bekas pembantu peribadinya di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Pada 24 April, Anwar memfailkan petisyen rayuan dengan memberi 35 alasan kenapa Mahkamah Persekutuan perlu membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat, sejam sebelum berakhir tempoh yang disyaratkan beliau berbuat demikian.

Anwar tiba di bilik bicara 1 mahkamah kira-kira jam 8.50 pagi tadi dengan beberapa pemimpin pembangkang turut kelihatan antaranya, Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:13 PM | Show all posts
Ambek ko sebiji2 hujah pembelaan dipatahkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2014 12:15 PM | Show all posts
Kes rayuan liwat: Barisan peguam bela Anwar akan buat hujah balas petang ini
  
PUTRAJAYA: Barisan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat hujah balas pasukan pendakwa raya mulai petang ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam bela, Ram Karpal Singh ketika ditemui di Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman di sini, selepas prosiding rayuan berhenti rehat seketika, sebentar tadi.

Beliau turut memberitahu media hujah balas pasukannya juga akan berjalan sehingga pagi esok.

"Kita akan mula petang ini dan ia (hujah balas pendakwa raya) akan berjalan sehingga esok," katanya.


Ram Karpal juga berkata, keputusan rayuan itu dijangka tidak diputuskan esok dan akan mengambil sedikit masa bagi panel lima hakim membuat penelitian.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Sesi hujah balas petang ini dan esok dimulakan dengan penghujahan oleh Sangeet Kaur Deo, Gobind Singh Deo, Ram Karpal sebelum ditutup oleh ketua peguam bela yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:19 PM | Show all posts
Pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan peluang mereka menjawab pihak pendakwaan dapat dilakukan selepas tengahari nanti, bagaimanapun mereka tidak menolak kemungkinan perbicaraan akan berlanjutan hingga esok.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:22 PM | Show all posts
bluemenx posted on 4-11-2014 12:19 PM
Pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan peluang mereka menjawab pihak pendakwaan da ...

kalo tak lanjut dan tangguh bukan ketum la

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2014 12:28 PM | Show all posts
Fakta tetap fakta....

Apabila bukti dijadikan panduan keadilan akan tertegak.

Apabila cerita dijadikan panduan, fitnah akan berkuasa.

Bahan yang diceritakan oleh peguam Shafee dalam penghujahan kes sekarang ternyata cerita-cerita yang telah ditolak di Mahkamah Tinggi pada 2012. Shafee hanya mennampakkan kelainan cara penceritaannya.

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:35 PM | Show all posts


OTW DSAI !!

Cabang Dan Amk Klang Otw gi Putrajaya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 12:37 PM | Show all posts
Faktanya - Tiada bukti alibi dikemukakan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:37 PM | Show all posts
kalo 'cerita' tak ada asas
dah lama buang kes

mahkamah bukan dihuni individu2
bodoh penjilat ketum

tak tahu nak bezakan kes yang
perlu dibicarakan ataupun kes
yang perlu dibuang tanpa
menyemakkan fail

pfftt
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:43 PM | Show all posts
11.40am: Dalam hujahnya mengenai allele 18, Shafee berkata Saiful diperiksa oleh Dr Mohd Osman Abdul Hamid dan tiada bukti bahawa protoskop yang digunuakan itu telah disteril.

"Tiada bukti sama ada Dr Osman memakai sarung tangan memandangkan beliau memeriksa keseluruhan dubur Saiful.

“Ada kemungkinan bahawa DNA Osman tertinggal pada Saiful,” katanya.



* tu pasal peguambela DSAI kata... Dr Osman perlu dipanggil untuk jadi saksi..
* pusing2 cerita yang entah betul entah tidak.. ( teknikal problem )
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:51 PM | Show all posts
sebelum tu...



10.42am: Shafee berkata ekor sperma mungkin akan cair, namun kepalanya tetap utuh.


Last edited by bluemenx on 4-11-2014 12:55 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:54 PM | Show all posts
sendiri tak paham hal DNA dan sperma

sendiri gelakkan kebodohan
diri

pfftt
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:56 PM | Show all posts
bluemenx posted on 4-11-2014 12:43 PM
11.40am: Dalam hujahnya mengenai allele 18, Shafee berkata Saiful diperiksa oleh Dr Mohd Osman Abdul ...

Bagi macai doktor professional didakwa x pakai gloves masa periksa jubur pesakit wajib dipercayai.

ada 3 DNA dijumpai pada sipool dan sampai hari ni dia x boleh explain, itu yg sekejap duduk dlm lubang jamban, sekejap dr x pakai gloves. Karpet rumah lain, karpet bersih tp si sipool kata bersepah ky jelly, naik lif turun tingkat lain. Kejap jubur masuk plastik kejap tidak. Apartment unit lain, dlm report tulis lain.

Dulu kes liwat 1, tarikh liwat apartment pun x bina lagi.

setakat boleh hujah sipool takut tertekan jer la jadi pendakwaan.



Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 01:01 PM | Show all posts
bit posted on 4-11-2014 12:56 PM
Bagi macai doktor professional didakwa x pakai gloves masa periksa jubur pesakit wajib dipercayai. ...


lu bangla yang cuci karpet
apartment tu ka,

indon yang kerja kontrak
buat apartment tu ka?

banyak nampaknya yang lu lebih
tau daripada peguam2 ketum

apasal ketum tak
pilih lu sebagai alibi yek

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 01:04 PM | Show all posts
d'zeck posted on 4-11-2014 01:01 PM
lu bangla yang cuci karpet
apartment tu ka,

Kesian kurang membaca rupanya macai sorang ni, patutla tahu meratib aja. Fakta kes tak pernah ambik tahu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 01:05 PM | Show all posts

[gambar hanya hiasan]

12.07pm: Dalam hujahan mengenai seluar dalam Saiful, yang digunakan semasa pengadu pergi ke HKL, Shafee berkenaan bukti berkenaan bukanlah perkara yang mustahil.

Kesan mani didakwa milik Anwar ditemui di seluar dalam terbabit.

Katanya, perkara itu dipersoalkan oleh pembelaan, dan seterusnya menjelaskan bahawa ia mungkin berlaku kesan daripada Dr Osman yang memasukkan protoskop untuk memeriksa dubur Saiful.

Katanya,, ia mungkin cairan yang diambil daripada Saiful oleh doktor HKL, kata pendakwa itu lagi.

* aik.. takkan DSAI lap kat suar dalm ?
* ke DSAI pakai suar dlm sepol ?
* suar dlm masa gi Pusrawi takde lak

macam2 hal...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 01:09 PM | Show all posts
bit posted on 4-11-2014 01:04 PM
Kesian kurang membaca rupanya macai sorang ni, patutla tahu meratib aja. Fakta kes tak pernah ambi ...

membaca boleh membaca

sumber bacaan perlu dipastikan

sebelum kasihan kat orang,

pfftt
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 01:09 PM | Show all posts
Sian macai Anwar ... bukan main terer menyanggah pendakwaraya ... 14 peguam tak terer la tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa keputusan agaknya ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.233739 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list